Khamis, 8 Disember 2011

#POLITIK# RAKYAT MALAYSIA IBARAT HILANG 1 RINGGIT!~

Rata-rata rakyat di negara ini tidak ubah seperti cerita kanak-kanak hilang RM 1 Hengget dibawah…
Renung-renungkanlah:>>>>>>>

Duit Sengget pun kalo digunakan dengan penuh manfaat pasti membawa kebaikan!

Alkisah seorang kanak-kanak hilang duit sebanyak RM1. Kemudian dia menangis teresak-esak.
Secara kebetulan pak ciknya lalu di depan kanak-kanak itu dan berkata “Boboi kenapa kamu menangis?”


“Duit saya hilang RM1″ kata kanak-kanak itu sambil terus menangis.

“La..RM1 jer hilang..” “Nah pak cik bagi RM1,dah jangan menangis…”

Kanak-kanak tersebut mengambil duit RM1 itu tetapi menangis lagi.

“Kenapa menangis lagi? Kan Pak Cik dah bagi kamu RM1?”

“Kalau duit saya tak hilang duit saya dah RM2 sekarang”katanya sambil menangis

Pak cik tersebut pening…

“Terpulang la kat anak..” Malas nak layan dan terus meninggalkan kanak-kanak tersebut yang menangis meraung-raung.

Kemudian bapanya pulang dari kerja dan mendapati anaknya masih menangis.

“Kenapa sayang? Menangis ni? mata kamu pun dah bengkak, mesti menangis dari tadi ya?” tanyanya sambil menyapu air mata anaknya.

“Duit saya hilang RM!” kata anaknya mengadu.

“Ooohhh…tapi tu ada duit RM1 tu kat tangan Boboi? Kata tadi hilang?” tanya bapanya hairan kerana dia melihat anaknya memegang duit RM1.

“Ini dari pak cik…. duit saya hilang. Kalau tidak hilang saya ada RM2” jawabnya sambil terus menangis.

“Sudahlah…. nih ayah ganti. Ayah ganti dengan duit yang lebih besar. Ayah kasi kamu RM10 jangan menangis lagi tau!” kata ayahnya sambil menyerahkan duit RM10

Anaknya menerima duit itu. Tetapi tetap menangis juga. Ayahnya hairan, kemudian bertanya lagi.

“Kenapa masih menangis saja? Kan sudah diganti?”

“Kalau tidak hilang, duit saya dah ada RM 12…”

Ayahnya hanya geleng-geleng kepala.

“Kalau gitu dikasi berapa pun, kamu akan terus menangis .” sambil mendukung anaknya.

Nota:

Itulah yang berlaku kepada rakyat di negara ini...bukan sahaja tidak bersyukur dengan apa yang kerajaan telah sediakan malah semakin tamak haloba dengan meminta-minta tanpa usaha keras!~ Siap membuat ancaman kepada kerajaan kononnya tidak menyediakan perkhidmatan dan pentadbiran yang terbaik kepada rakyat di negara ini...jangan kerana sikap ini menyebabkan 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...