Jumaat, 15 Julai 2011

SERANG IDEOLOGI DENGAN FITNAH?
semerah cili~
Pemimpin Yang Telah diBeri mandat Oleh Rakyat Utk Meneraju Negara Juga Difitnah dengan Mengaitkan Dirinya mempunyai Kaitan Pembunuhan Seorg Wanita Mongolia. Fitnah~ 
Datin Seri Rosmah Mansur Tidak Terlepas Dari di Fitnah Setiap Hari dan antara fitnah yang paling terbaru adalah beliau di katakan memiliki cincin berlian bernilai berjuta2 ringgit!. Fitnah~
Ketua Umum PKR, DSAI sering mengatakan dirinya difitnah dan kini sedang dibicarakan didalam kes Liwat II. Fitnah~

Gambar seorang lelaki yang sedang terbaring dan sesak nafas di atas jalan raya ketika perhimpunan BERSIH didakwa adalah Suhardi bukannya gambar arwah Baharuddin. Fitnah~

                                                                                                Gambar Sebenar Arwah Baharuddin
FITNAH~..FITNAH~..FITNAH~..
Muktahir ini negara kita sering digemparkan dengan pelbagai fitnah jahat dan terkutuk. Ini demi menegakkan ‘benang yang basah’ bagi memuaskan kehendak individu dan sesebuah parti yang diterajui.
Menyingkap semula fakta yang tersimpan di dalam lipatan sejarah kewujudan politik fitnah di negara ini bukanlah sesuatu yang baru. Hakikatnya, negara kita telah lama dihidangkan dengan adengan politik fitnah yang cukup mengaibkan khususnya kepada individu yang terlibat secara langsung dan menjadi mangsa kepada politik fitnah di negara ini. Bahkan, bukan sekadar individu yang terkesan dengan permainan politik fitnah malah Islam dalam sejarah di Malaysia juga pernah dimangsakan oleh pemain-pemain politik fitnah di Malaysia.
Bukan sesuatu yang mudah untuk membuat satu unjuran secara tepat di manakah tapak bercambahnya budaya politik fitnah ini. Semerahcili!, merasakan apabila seseorang individu begitu rakus untuk mengekalkan kekuasaan dan terlalu mahu berkuasa ia akan menjadi benteng yang nyata menyebabkan seseorang pemimpin itu buta mata untuk melihat segala masalah yang dihadapi oleh rakyat..tanpa pembangunan..tanpa kemajuan..hanya bersandarkan agama semata-mata untuk meraih simpati dalam memikat hati pengundi….ataupun hanya mengejar kemajuan semata-mata tanpa emmpedulikan nasib rakyat dan kemahuan rakyat yang dahagakan tuntutan rohani berbanding aspek fizikal semata-mata…rakyat kini lebih cenderung untuk berfikir..berfikir..berfikir..kerana pelbagai saluran maklumat mudah di dapati setiap saat bukan seperti zaman dahulu seperti ‘mengharapkan setitik hujan di gurun sahaja’…
Fitnah kini dijadikan sebagai peluru ajaib yang mana ia ketika ini dilihat sebagai satu senjata yang sangat berkuasa dalam menjatuhkan kredibiliti seseorang pemimpin….membuat kenyataan, menyebarkan dan seterusnya menggunakan media massa, media cetak dan media2 baru untuk merealisasikan niat jahat masing-masing…adakah ini yang rakyat mahu kini? Adakah serangan ini akan kekal lama?
Pendedahan..demi pendedahan fitnah disebarkan tanpa menyelidiki dengan sebetulnya mengenai sesuatu berita seperti satu ‘trend’…seolah2 semuanya dihalalkan oleh Allah SWT..budaya memfitnah seperti satu kewajiban di dalam budaya kini khususnya di dalam masyarakat melayu….adakah ini yang kita mahu? Fitrah manusia pasti mengatakan TIDAK!..kerana itu semua pendekatan dengan menggunakan fitnah adalah merugikan semua pihak khususnya bangsa MELAYU dan agama ISLAM….
Di hati-hati rakyat kini, pelbagai pergolakkan di dada masing-masing…terkadang keliru yang mana mahu dipilih sebagai pemimpin mereka..yang pasti JAWAPANNYA adalah mahu pemimpin yang bersih, memperjuangkan agama, bangsa dan CERDIK dalam mentadbir negara…..pakej yang lengkap ini perlu ada dalam meneruskan kesinambungan generasi MELAYU yang bijak, beragama dan berdaya saing khususnya diperingkat global…..
Oleh itu, jauhkanlah diri kita dr memfitnah..besar kesannya pd kehidupan kita..dan akhirnya ia akan merosakkan bangsa sekaligus agama yang diperjuang selama ini…Walahu’alam……



   



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...