Selasa, 12 Julai 2011

POLIS DAN PENYOKONG BERSIH KEDUA2NYA MANUSIA

SIFAT KEMANUSIAAN MASIH TERTANAM DALAM HATI-HATI MANUSIA  DI TANAH AIR INI ~
Kedamaian, Keharmonian dan Saling Maaf Memaafkan adalah satu fitrah yang manusia perlu untuk hidup dengan baik 
(Keterangan Gambar: penunjuk perasaan dan polis yang berjabat tangan sebelum bersurai pada pukul 4 petang)


Kita tidak boleh menilai berdasarkan gambar semata-mata, sedangkan tidak tahu apa yang berlaku, apa pun sekiranya mahukan keamanan pastikan kita menghormati antara satu sama lain.Itu prinsip yg nyata!


Khemah yang selesa, Makanan yang sedap...tempat yg selesa....tidaklah sezalim yg disangka..



POLIS berkasar dengan penyokong-penyokong BERSIH….POLIS bertindak kejam dengan memukul, menyepak, POLIS membuat pelbagai ragam dan 1001 kerenah yang menyekat sedaya mungkin agar penyokong BERSIH tidak berhimpun…..Adakah kita berfikir dan melihat semua ini hanya dari 1 sudut sahaja? Adakah Polis di negara ini hanya senyum dan buat tidak endah sekiranya tahu perhimpunan ini akan diadakan? Dengan beribu orang yang berhimpun PASTI akan terjadi perkara yang tidak diingini sekiranya tidak dikawal dan diberi perhatian khusus…..Mengapa setiap kebaikan polis yang telah lama berkhidmat  di negara  ini tidak dihargai?
Sekelumit keburukan adakah mampu memadam kesemua kebaikan yang dilakukan kepada rakyat di TANAH AIR kesayangan kita ini?
Kita yang mungkin bukan dipilih sebagai pemimpin pasti merasakan ini kerja jahat yang dilakukan oleh pemimpin yang tidak sealiran dengan dasar parti mereka, ttpi mereka perlu ingat setiap pemimpin mempunyai tanggugjawab yang besar…sekiranya berlaku perkara yang buruk tanpa pengawasan dan kawalan pihak polis pastinya pemimpin yang meneraju negara juga akan dipersalahakan 100%!... “Kawal pun salah, xkawal pun salah”….terdetik di dalam hati pemimpin yang meneraju negara ketika ini mungkin…
Suara yang dibangkitkan pula ketika perhimpunan tidak mewakili kesemua suara rakyat, ini apabila masih ramai yang tidak menyokong perhimpunan haram…pelbagai kesan buruk yang  ditinggalkan selepas seronok terkinja2 di atas jalan raya tanpa tujuan yang PASTI….Semerahcili!, merasakan kebanyakkan ahli-ahli ini sebenarnya masih kabur..masih tidak tahu arah tujuan untuk memperjuangkan prinsip diri sehingga hilang punca dalam memastikan boleh berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah apabila keluar menghadapi dunia realiti yang begitu mencabar kini….
Berbalik mengenai keganasan polis kepada penyokong2 bersih, seperti yang Semerahcili! tahu pihak polis menyediakan makanan yang sedap lagi menyelerakan kpd tahanan-tahanan…tiada istilah untuk menzalimi kpd tahanan-tahanan yang tidak bertindak kasar…….kemungkinan pd pendapat Semerahcili!, dengan keadaan yang amat sesak, emosi yang tidak dpt dikawal, berlaku tolak menolak ketika perhimpunan berkenaan ada berlaku sedikit kekasaran antara kedua-dua belah pihak iaitu pihak penyokong BERSIH dan pihak polis…..semuanya tidak mustahil berlaku…oleh itu, kita tidak boleh hanya menyunding jari kepada satu pihak sahaja...
Apapun, setiap tindakan yang dibuat pihak polis bukannya semata2 utk menzalimi rakyat..pastinya beberapa kesilapan kecil berlaku ketika perhimpunan berkenaan terjadi krn situasi yang tegang……Penyokong BERSIH pun manusia…Pihak Polis pun manusia, pasti ada sifat kemanusiaan di antara hubungan ini….moga masa hadapan semua pihak mencari jalan yang paling baik demi kesejahteraan SEMUA….Wallahu’lam…..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...