Selasa, 3 Julai 2012

#POLITIK# BONUS RAYA UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN?


Kerajaan telah bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangan penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan juga.
“Bonus dan bayaran khas raya ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” jelas Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
menurutnya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara kini.
Perdana Menteri juga berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan sekaligus membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.- dipetik dari arkib pada 8 ogos 2011
sabar...sabar jangan bersorak lagi kakak-kakak hahaha!!

Berikut adalah lembaran pengumuman duit bonus raya penjawat awam atau kakitangan kerajaan tahun lepas. Bagaimana pula dengan tahun ini, adakah pengumuman yang sama akan di ulang sekali lagi sebegai sedikit penghargaan kepada penjawat awam.

Sempena kedatangan bulan mulia ramadhan yang menjelang lagi berapa hari dan hari raya yang akan disambut sepurnama kemudian, para penjawat awam ternanti-nanti status bonus atau duit raya 2012 kali ini sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya ; adakah juga diperoleh kali ini ataupun tidak.

Dengan situasi kini yang  menjangkakan PRU 13 semakin hampir, tidak kurang juga desas desus ramalan Bonus Raya 2012 adalah lebih berbanding tahun sebelumnya. Turut menjadi khabar angin bahawa Bonus Raya 2012 adalah  sebulan gaji.

Sungguhpun demikian, ianya tetap sekadar omongan kosong sahaja selagi Perdana Menteri Malaysia belum mengumumkan perkhabaran bagi status Duit Bonus Raya 2012. Seandainya ada pasti penjawat awam mensyukuri dan menghargainya juga boleh digunakan sebagai persediaan menyambut hari raya aidilfitri bersama orang terdekat – Bonus Raya 2012




#SERAM# BAS TIBA-TIBA TERSADAI DI DALAM HUTAN?

Betoi Ka Citer Neh Bro? Pelik Plak AKu Dengar...

JAKARTA - Seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.


Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.

Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu. <Betoi Ke Neh? Takkan Tibe2 Jer Ada Dalam Hutan Weh?>

Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.

Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut. <Jauh Tur Jin@Syaitan BawaK huhu>

Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.

Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.

Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.

"Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.

"Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu," katanya kepada Tribunnews.com. - AGENSI - Utusan

SM~~Kalo Difikirkan secara logik mang tak masuk deq akal beb! tapi kat dunia nie tak der apa yang mustahil....


#POLITIK# SOMEBODY MAHU SABOTAJ NAJIB?

Adoi, Najib nak sampai macam mana ke destinasi yang ditujui, if sampan asyek Bocor beb???pikir-pikirlah... 


Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.
   
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM. 

Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
   
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian. 
   
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.
    
- Bernama

Salam, aku pelik woo, apesal semakin hari semakin pilihanraya ada jer SPA or JPA nie nak buat spoil!!!..takkan tak bley PK weh, bukan semua org ada Deegreeeeee....ada jer kawan2 aku yang hanya ada SPM jer...mestilah diorang panas ati bila baca berita neh..sudahlah skang keje gomen susah nak dapat pastu nak bersaing plak dengan budak2 lepasan U neh...aiyooooo....sapa punya kejer nie weh?

Takkan DS najib kita nie tak nak pikir plak, yang selalu pegi mengundi nie sebenarnya kebanyakkan golongan marhen mcm aku..kalo dan bt spoiil cam gini agak2 diorang nak ker sokong gomen lagi?

Aku agak cam ader tangan-tangan ghaib yg cube sebotaj Najib..lu org pikir cam ner?

Isnin, 2 Julai 2012

#POLITIK# KETUA PENGARANG NST/BH SEBOTAJ NAJIB?


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang Kumpulan NST/BH, Dato Jalil Abdul Hamid telah sabotaj persediaan pilihanraya Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan sepatutnya dipecat di atas pengkhianatan ini.

Sabotaj ini dilakukan dengan melaporkan kenyataan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Dato Abu Bakar Abdullah seolah beliau dianiaya dipecat dari jawatan dan membantu menimbulkan salahfaham dan keresahan dikalangan kakitangan awam. 











Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan. Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan. 

Laporan Berita Harian, yang telah diluluskan penyiaran oleh Jalil, mendedahkan rungutan Abdullah yang sebelum ini hanya desas desus dikalangan sekumpulan kecil pegawai kerajaan. Kini ianya telah tersebar hingga ke portal pro-pembangkang.

Disebarkan pembangkang

Laporan tersebut tidak dapat diperolehi secara online tetapi disiarkan di Berita Harian edisi hari minggu semalam bertarikh Julai 1hb.

sm~~ADA UDANG DISEBALIK BATU KER?

#HIBURAN# SHARIFAH SOFIA TERINGIN MASUK PAS, SELEPAS ABBY ABADIE







Comei..comei....


Sharifah Sofia telah mengumumkan di twitternya
"From 502 pictures on my Instagram. I now have 406 after deleting all pictures of me uncovered. Here's to a new chapter in life! InsyaAllah!"

"My dear friends... I am about to delete this account for I need to refresh this page and also my life. Maybe a new page Akan muncul but for now, just follow my fan page Kay. Thanks!! Assalamualaikum," 



Demikian luah Sharifah dalam laman sosialnya seolah-olah menggambarkan satu kamus baru akan muncul dalam kehidupannya.


Hope bukan kerana trend jeq!..sok dah abis trend pakat2 bukak ramai2 adoi...


Jumaat, 29 Jun 2012

#POLITIK# PEMBANGKANG AMBIK ALIH JABATAN PENERANGAN???




Ni la padahnya kalau suka sangat buat jahat tak tentu arah. Niat diorang ialah nak memburukkan nama jabatan kerajaan. Tapi akhirnya kantoi jugak.

Nampak sangat la puak - puak Pakatan Pembangkang tu dah semakin terdesak sekarang ni sampai terpaksa merompak hak orang lain. Itu tandanya diorang dah mula tewas dalam perang siber ni. Dalam perang nyata, dah tentu la diorang akan hanyut!!!


SM~ kalo yer pun nak publish mengenai kejayaan sendiri gunalah sendiri punyer medium sibuk nak hack org naper???? tak der kejer gamaknyer............

#HIBURAN# JUPE PERGI UMRAH TAPI BERTELANJANG?

Tak Dapat Cium Hajar Aswad sebab baju ketat sangat kot?

Sembilan hari selepas berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Umrah bersama keluarga, kelibat penyanyi dan pelakon sensasi dari seberang pastinya dinantikan oleh wartawan yang ingin bertanyakan mengenai pengalamannya di sana.

“Setibanya di Mekkah, saya terus menunaikan solat. Sedih sangat dan ini merupakan satu-satunya tempat yang buat saya tidak berhenti menangis,” ujar pelantun ‘Belah Duren’ ini dipetik dari laman Kapanlagi.com.

Tambahnya lagi, sebelum berangkat ke Tanah Suci, Jupe menyimpan hasrat untuk menyentuh Kaabah dan hasratnya tercapai pada hari pertama dia berada di sana.

Walaubagaimanapun, artis sensasi ini punya kisah menarik untuk dikongsi.

“Hari pertama saya bisa menyentuh Kaabah dan dalam hati saya berkata, “Ya Allah, aku sangat beruntung kerana dapat menjejakkan kaki ke sini, lalu saya berniat mahu mencium Hajar Aswad.

“Pada hari ketiga, saya berjaya mencium Hajar Aswad namun ketika mencium batu hitam yang terletak di sebelah tenggara Kaabah itu, hijab saya terbuka gara-gara ditarik oleh seorang wanita. Semuanya terlepas.

“Banyak yang mengharapkan untuk berada betul-betul di hadapan Hajar Aswad seperti saya ketika itu. 

"Orang-orang di belakang saya berebut-rebut untuk mencium Hajar Aswad. Saya nangis dan cuma berdoa agar dosa saya diampuni, doa soal jodoh, rezeki dan sebagainya saya sudah tidak ingat lagi. 

"Tidak dapat menahan tolakan, saya akhirnya berundur, “ cerita pelakon filem ‘Arwah Goyang Karawang ini lagi.

sm~ artis-artis nie pergi umrah sebab nak bertaubat nasuha atau nak popular sebenarnyer? baju mengalahkan nak main tenis jeq...adoiii..macam2 artis skang nie....


Selasa, 26 Jun 2012

#SENI# RAS ADIBA DI GAM DARI MUNCUL DI TV!~





Gambar Ras Adiba Tampil Imej Botak. Memang sangat pelik apabila seorang wanita sanggup botakkan kepala kerana rambut itu bagai mahkota bagi seorang perempuan. Namun, Ras bukanlah suka hati untuk membotakkan kepala, tapi kerana untuk menyokong satu majlis amal yang dinamakan Majlis Kanser Nasional (Makna) menerusi kempen Jom Botak bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.

Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2012/06/gambar-ras-adiba-tampil-imej-botak.html#ixzz1yst0TUyd



Tapi alangkah malangnya Ras Adiba di senarai hitam dari muncul ke layar TV sehingga rambutnya dikira panjang..apa punyer manusia dia neh..heran sungguh..dah pakai kerusi roda pun tak henggat nak pakai tudung lagi ker? tp sanggup nak botakkan kepala..pelik2..

#POLITIK# ABBY ABADIE CALON PRU-13???


 Pelakon terkenal, Abby Abadi baru-baru ini melahirkan rasa kecewa atas tindakan beberapa pihak yang melemparkan kata-kata kurang manis kepadanya ekoran penglibatannya di dalam beberapa program anjuran PAS.


Kekecewaan Abby itu diluahkan melalui laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini. Kata Abby…

“Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul. Sampai kata saya dapat ‘hidayah sesat’? Apa tu?,”.

Apa yang mengharu-birukan, PAS melalui lidah rasminya, Harakahdaily, cuba menjadi “batu api” apabila cuba memutar belitkan kenyataan Abby dan seolah-olah cuba menjauhkan pelakon itu dari Barisan Nasional atau UMNO.

Sebenarnya, saya menyokong penuh langkah Abby Abadi yang berhijrah mengenakan tudung di kepala, yang menandakan perubahan positif dari selebriti itu ke arah yang lebih Islamik berbanding sebelumnya.

Sama ada Abby masih lagi mengenakan pakaian yang ketat, menampakkan susuk tubuh atau tidak menutup aurat sepenuhnya tidak timbul buat masa sekarang.

Pada masa ini, saya bersyukur kerana dia mula diberikan hidayah untuk menutup bahagian kepala dan lehernya yang sebelum ini terdedah. Itu adalah lebih baik dari imejnya sebelum ini yang langsung tidak bertudung kepala.

Namun pada saya, kenyataan Harakahdaily yang mengatakan bahawa Abby naik ke pentas ceramah PAS adalah tidak benar sama sekali.NAK BACA SETERUSNYA KLIK CINI BEB!

Abby..abby..hangnie betoi ker nak berubah.. nak berubah ker nak popular..

Jumaat, 22 Jun 2012

#POLITIK# DAP BINA 99 SEKOLAH AGAMA DI PERAK?



Dalam sistem demokrasi kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk check & balance tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.

Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.

Ambil contoh bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.

Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa.

Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi.

Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.

Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).

Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.

Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.seterusnya baca di sini...


*** Perlu ker bersolat di depan bangunan DAP? Masjid dan tak der ker? pelik



#POLITIK# UMMI- BUKTI BARU LAGI MENGANCAM!~

Anwar Cukup Kenal Wanita Ini - Ummi Hafilda

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2012 - Ummi Hafilda mendakwa mempunyai bukti baru dalam mengaitkan pemilikan akaun luar biasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar RM3 bilion.

Beliau berkata demikian setelah disoal siasat selama lima jam dan mengemukakan bukti baru ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ahli perniagaan ini turut mendakwa seorang wanita misteri yang memiliki 62 hartanah mewah kebanyakannya di Pulau Pinang ini cukup dikenali oleh Anwar.

"Saya disoal siasat selama lima jam malam tadi oleh tiga pegawai SPRM.

"Mereka teruja dengan bukti-bukti baru ini malah mengesahkan tidak pernah mempunyai sebarang bukti mengenai wanita ini atau 62 hartanah terlibat," katanya.

Ummi Hafilda turut memberitahu belum tiba masanya untuk beliau mendedahkan identiti wanita itu.

"Anwar cukup kenal dengan wanita ini," katanya.

Beliau turut mendakwa wanita terbabit berada di luar negara sejak pendedahan terbaru ini dilakukannya.

"Wanita ini bukanlah ahli korporat dan istimewa namun cukai pendapatannya mencecah RM50 juta. Anda boleh bayangkan berapa jumlah pendapatannya," kata Ummi Hafilda.

***Anda Nilai Sendiri...............

Khamis, 21 Jun 2012

#SENI# GAMBAR EDIT TERBAEEEKKKKK...




catbirds

catbird

caterrabit

catrrabits

catsquirre

frobird

giraftoise

hamsad

mousemelion

no idea

no idea

pifrog

tigerabbit

tigeruire

wasp

koalalai

hahaha lawak giler..tapi Awesome!!! 



#POLITIK # 8 FAKTA MENARIK TENTANG PTPTN


Adakah anda sekarang masih belajar atau merancang untuk melanjutkan pengajian? Sekarang anda tidak perlu lagi bimbang tentang pembayaran yuran pengajian dan perbelanjaan hidup kerana perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional (ptptn) sentiasa sedia membantu dan berupaya untuk memastikan masa depan serta kejayaan anda terjamin.

Sejak penubuhan ptptn pada tahun 1997, ptptn telah berjaya membantu ramai pelajar melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat pengajian tinggi. Dengan bantuan kewangan daripada kerajaan melalui ptptn, segala masalah kewangan yang anda mungkin hadapi boleh diselesaikan dengan mudah sekali.

Apa yang anda perlu tahu tentang ptptn? Antaranya adalah :

1.       Pada tahun 2011 sahaja, ptptn telah membantu seramai 227, 209 mahasiswa dan mahasiswi melanjutkan pelajaran mereka ke tahap menara gading.

2.       Tahukah anda, jika anda mendapat keputusan yang cemerlang dengan ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama, anda akan dikecualikan untuk membayar balik pinjaman ptptn? Ini bererti bahawa segala pembiayaan pendidikan anda adalah percuma!

3.       Apabila anda memohon pinjaman ptptn, ia juga cukup untuk menampung sara hidup anda di ipt. Bermakna, anda tidak perlu lagi bimbang tentang yuran pengajian bayaran sewa dan sebagainya.

4.       Untuk makluman semua, pinjaman ptptn hanya mengenakan kadar upah sebanyak  1% sahaja.

5.       Ini jelas terbukti bahawa dakwaan sesetengah pihak ptptn hanya mampu kutip 10% sahaja adalah tidak benar.

6.       Kerajaan malaysia juga memberi subsidi yuran pengajian kepada pelajar. Sebenarnya, yuran yang dibayar hanyalah 9.2% daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya 90.8% dibiayai oleh kerajaan!

7.       Pendidikan percuma yang dikatakan di finland adalah melalui kadar cukai pendapatan yang tinggi. Mereka terpaksa membayar cukai sehingga 53%.

8.       Sebenarnya turki tidak menawarkan pendidikan percuma sehingga tahap tertiari. Apa yang ditawarkan secara percuma di turki hanyalah pendidikan sehingga gred 12. Oleh itu, warganuffnang, sila menggunakan peluang yang sedia ada ini untuk memastikan kejayaan anda terjamin. Sila kunjungi laman web rasmi ptptn di http://www.ptptn.gov.my/ untuk keterangan yang lebih lanjut.



PTPTN KEJAM LAGI?????

#POLITIK#LELAKI HODOH MAHU JADI MODEL IKLAN


Pemenang wajah terhodoh di Zimbabwe, menyimpan hasrat menjadi terkenal dan kaya selepas memenangi pertandingan itu, dua bulan lalu.

William Masvinu, 38, dari bandar Mbare berharap kemenangannya itu dapat memberi peluang untuknya menjadi model iklan sekali gus keluar dari belenggu kemiskinan.

“Saya berbangga dikurniakan wajah hodoh, muka saya membuatkan saya istimewa dan tiada sebab untuk berasa rendah diri,” katanya.

Ketika pertandingan itu, beliau meraih wang AS$100 (RM320) dan menginap di hotel mewah selepas menewaskan empat lelaki lain.

“Saya telah menukar baucar itu kepada tunai untuk membeli makanan kerana tiada sebab untuk menginap di hotel mewah sedangkan terpaksa berlapar, “ katanya.

Menurut penganjur, pertandingan itu dibuat sebagai cara baru menghiburkan penonton kerana selama ini Zimbabwe sering menjadi tuan rumah untuk pertandingan ratu cantik konvensional.[sumber]

*** Saper Kater Muka Hodoh Tak Laku Beb???

Rabu, 20 Jun 2012

#POLITIK# Kalau Pakatan menang-LGBT disahkan? Biar BetiQ?


Dalam Perlembagaan Negara khususnya Perkara 8 Klausa 1 dan 2, gender yang dimaksudkan adalah lelaki dan wanita. Untuk itu, dalam tafsiran Pelembangaan, seseorang rakyat negara ini, perlu mengisthirkan dirinya sesuai dengan tafsiran dalam klausa tersebut.

Namun, menurut Pakatan Rakyat, klausa tersebut tidak adil, kerana tidak mengiktiraf pilihan individu atau hak individu untuk mengklasifikasikan dirinya.

Pakatan Rakyat, menggunapakai tafsiran hak menurut barat, yakni pengkelasan jantina, selain lelaki dan perempuan, namun termasuk juga Lesbian, Gay, Biseksiual dan Transeksual (LGBT).

Melalui pengiktirafan itu nanti, adalah untuk membolehkan perkahwinan sejenis, seperti yang berlaku di barat. Nota- mana-mana agamapun di dunia, tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis.-sumber Apa Yang Tersirat..

Kawan2 Boley Nilai Sendiri Apa Yang Diperjuangkan Oleh PR...adakah ini yang U Alls Mahu? Bertepok Tanganlah Semua  Kaum-Kaum yang Dilaknat Tuahan neh!...ada lelaki nak 
lelaki gak...bengong...
Terlalu Mengikut Nafsu Songsang, Padah Yang Menanti...Chau!!!


Selasa, 19 Jun 2012

Wong Fei Hung adalah seorang Muslim???


Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei Hung dipegang oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Pengobatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu pengobatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pasien klinik keluarga Wong yang meminta bantuan pengobatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar biaya pengobatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pasien yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pamrih.

Secara rahasia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarinya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung sukses melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang legendaris. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang lolos dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepang), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli pengobatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.

Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berhasil menghajar lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karena ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.
Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya wafat, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri.

Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung wafat dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Alah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amin.

SM, tak berani nak cakap.....adakah betoi atau tidak....just share jer....if Muslim, alhamdulilah...ia memberi impak yang cukup besar kepada perkembangan ilmuan Islam dan tangapan masyarakat luar mengenai Islam...

Jumaat, 15 Jun 2012

#SOSIAL# NERAKA DI DUNIA???







Tak Paham Mengapa Taman Seperti Ini Di wujudkan.....Hell??? Dia tak tau Hell tur bukan setakat seperti ini...Ya Allah jauhkanlah kami untuk berada di NERAKA..amin...

♥sharing is caring ♥



PETUA IMAM SYAFIE
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.
♥sharing is caring ♥