Adakah anda
sekarang masih belajar atau merancang untuk melanjutkan pengajian? Sekarang
anda tidak perlu lagi bimbang tentang pembayaran yuran pengajian dan
perbelanjaan hidup kerana perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional
(ptptn) sentiasa sedia membantu dan berupaya untuk memastikan masa
depan serta kejayaan anda terjamin.
Sejak penubuhan
ptptn pada tahun 1997, ptptn telah berjaya membantu ramai pelajar
melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat pengajian tinggi. Dengan bantuan
kewangan daripada kerajaan melalui ptptn, segala masalah kewangan yang anda
mungkin hadapi boleh diselesaikan dengan mudah sekali.
Apa yang
anda perlu tahu tentang ptptn? Antaranya adalah :
1. Pada tahun 2011 sahaja, ptptn telah membantu
seramai 227, 209 mahasiswa dan mahasiswi melanjutkan pelajaran mereka ke tahap
menara gading.
2. Tahukah anda, jika anda mendapat keputusan
yang cemerlang dengan ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama, anda
akan dikecualikan untuk membayar balik pinjaman ptptn? Ini bererti bahawa
segala pembiayaan pendidikan anda adalah percuma!
3. Apabila anda memohon pinjaman ptptn, ia juga
cukup untuk menampung sara hidup anda di ipt. Bermakna, anda tidak perlu lagi
bimbang tentang yuran pengajian bayaran sewa dan sebagainya.
4. Untuk makluman semua, pinjaman ptptn hanya
mengenakan kadar upah sebanyak 1% sahaja.
5. Ini jelas terbukti bahawa dakwaan sesetengah
pihak ptptn hanya mampu kutip 10% sahaja adalah tidak benar.
6. Kerajaan malaysia juga memberi subsidi yuran
pengajian kepada pelajar. Sebenarnya, yuran yang dibayar hanyalah 9.2% daripada
jumlah keseluruhan. Selebihnya 90.8% dibiayai oleh kerajaan!
7. Pendidikan percuma yang dikatakan di finland
adalah melalui kadar cukai pendapatan yang tinggi. Mereka terpaksa membayar
cukai sehingga 53%.
8. Sebenarnya turki tidak menawarkan pendidikan
percuma sehingga tahap tertiari. Apa yang ditawarkan secara percuma di turki
hanyalah pendidikan sehingga gred 12. Oleh itu, warganuffnang, sila
menggunakan peluang yang sedia ada ini untuk memastikan kejayaan anda terjamin.
Sila kunjungi laman web rasmi ptptn di http://www.ptptn.gov.my/ untuk
keterangan yang lebih lanjut.
PTPTN KEJAM LAGI?????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...