Khamis, 22 September 2011

MANSUH ISA AKAN MEMATANGKAN RAKYAT MALAYSIA?

Seharusnya masyarakat menyambut baik pemansuhan ISA bukannya mencemuh!

Pemansuhan ISA oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak yang memansuh ISA dan tiga Proklamasi Darurat yang baru sahaja diumumkan. Pendekatan ini secara tidak langsung mematangkan pemikiran dan tingkah laku  rakyat dalam menghadapi sebarang isu dan keadaan terutamanya dalam di dalam keselamatan negara.

Tidak ke rakyat berfikir bahawa PM dengan rela hati dan memberi kepercayaan kepada rakyat dengan memansuhkan akta berkenaan demi kebaikan kita semua dan berharap kepercayaan yang diberikan olehnya digunakan sebaik mungkin…

Jika sebelum ini kecoh mengatakan ISA zalim, ketinggalan zaman dan sebagainya, setelah dimansuhkan adalah WAJIB kita bersyukur dan berharap akta baharu yang menggantikannya lebih baik dan sesuai mengikut keadaan negara ketika ini.

Persoalannya adakah dengan pemansuhan ini rakyat akan lebih bersikap terbuka atau mengambil kesempatan dengan membuat huru-hara yang lebih dasyat dr sebelumnya???  Di sinilah nanti kita akan lihat tahap kematangan dan pemikiran rakyat negeri ini…lebih bersikap terbuka dan berpendirian teguh dalam menangani sebarang isu yg mendatang atau masih lagi seperti BERUK KENA BELACAN terkinja2 berdemo di atas jalan raya kerana pd mereka tiada lagi undang2 yang akan menahan setiap perbuatan salah mereka yang merobek keamanan di negara yg kita sayangi ini dengan seribu 1 alasan yang tidak masuk akal.

Wahai saudara/I sekalian apa juga agama yg kita anuti tidak pernah mengajar kita untuk membuat kerosakkan di bumi yg indah ini. Kebaikan yang Tuhan berikan kepada kita apalah salahnya kita bersyukur bersama2 dan menerima setiap berita gembira ini hati terbuka tanpa syak wasangka yang buruk.

Mengapa tidak mengambil pendekatan menerima, bersyukur dan menggunakan kebaikan yg dianugerahkan sebaik2nya…kini bila sudah ISA dimansuhkan, tiada lagi tangisan hiba anak dan isteri apabila si suami di tahan dibawah akta berkenaan…segala bentuk kezaliman yang di sebut2 sejak 54 tahun tidak lagi dirasai…apakah pengumum baik ini dipandang enteng oleh mata2 yang sentiasa tidak berpuas hati terhadap kerajaan?

Berfikirlah wahai anda semua…Najib yang telah dipilih oleh majority rakyat di negara ini untuk memimpin negara kita pastinya mahu membawa kemakmuran. Percayalah, jikalau tidak banyak sedikit di dalam setiap kepala2 seseorang pemimpin pasti mahukan yg terbaik untuk rakyatnya. Ia seolah KPI kpdnya apabila rakyat sentiasa sejahtera dan harmoni. Jika ada sedikit sebanyak kesilapan serta kesalahan yg dilakukan oleh pemimpin2 yang telah dilantik itu lumrah sbgi seorg manusia yg tidak pernah lekang  untuk melakukan kesilapan secara sengaja atau tidak….

Apa pun pandangan SM, dengan pemansuhan ISA ini adalah terbeekkk…Najib dalam secara tidak langsung mendidikan minda rakyat negara ini bahawa keamanan dinegera ini terhasil bukan kerana ISA tetapi kerana diwujudkan oleh tangan2 kesemua rakyat di negara ini….semoga negara ini terus aman damai dan di limpahkan rezeki oleh yang maha ESA…amin…

Note:
Syahdu melihat keadaan di Somalia yang tidak henti2 dilanda bala dan malapetaka..jauhkan semua ini dr negaraku ya Allah…

Rabu, 21 September 2011

SAPA CAKAP MAT SABU TAKUT? MAT SABUn TAK DAQ TELOQ JERRRR…

Sapa Cakap Mat Sabu Takut? Mat Sabu Tak DaQ teLoq Jeq....hahaha

Kecian..cakap pong pang pong pang atas pentas!..polis kejam!..Mat Indera pejuang!..takkan sampai duit jamin tak cukup pun mintak tolong Unit Amal gerakkan tabung?...Cehwahhh…mintak simpati konon..macam2 hal pemimpin2 PAS PIS PUS neh..RM15k jeq Bro? ada apa hal???

Mat SabUn neh mang licik…licik tahap gaban gilerr…SM tengok setiap kali ada wartawan mesti pOSE gamBaq yang kononnya dia neh perjuang giler..pos dier nga tidur atas bangku makamahlah..buat muka kecian bg rakyat Malaysia neh kecian n pas2 bley sokong Pas sampai ke mati…adoiyaiii…

Yang heran pgikut2 Pas Pis Pus ini sampai skang mang suker giler bagi duit..hampa ingat bg duit pd pemimpin2 pas yg kaki penipu neh bg bawak hangpa g syurga? P syurga mang taklah..p neraka insyaALLAH…tak percaya? Kita tgk sama2..

Bagi Duit Tur Kat Anak2 Yatim Lg Baik dr jamIn Mat Sabun Yg gila Meroyan!

Berlakon mcm citer IBU MERTUAKU..kecian, napa org2 kat cTu masa diorg kira2 duit utk bayaq saman jaminan mat sabu tak lambung jeq duit syiling kat mat sabu..tragik skit…

Mat Sabun neh mang tak der lawan hebatnya..hebat bercakap..hebat berlakon…patutlah anak didiknya sgt hebat bercakap hingga semua perempuan terpedaya…sapa anak didiknya?kita tunggu pendedahan seterusnya selepas ini..skit masa jer lagi…sabar TUAN2 dan PUAN2..hahaha…Pasti Mat saBUn ternganga hasil kerja anak didiknya…

Betoi kata blogger House PK sejak dua menJak neh Mat Sabun da semakin terorrr berlakon..macam udah pergi kursus polish lakonan plak..ntah2 dah dibalun deq ANuwar smpi bley terkena badi lakonan heBAt pd Mat Sabun..WallaHua’lam…

Note:
AnaK DidiK Mat Sabu Turr Tunggu Erk..Hang Mang PelakoN Hebat..Pas Neh Hg lebih Popular Dr Mat SabuN...SeBB hg Suka Main SabUn Kan? hahaha




Selasa, 20 September 2011

NAJIB AKUI MANSUHKAN ISA DEMI…………………………..


AmBoit SyOk PUak2 PakaTan..Pas NeH Bley Suketi BuaT KaCo biLau Lagi!

Assalamualaikum…najib mansuhkan ISA demi siapa? Kerana Siapa? Atas tuntutan siapa? Jeng..jeng..jeng…semua itu kerana RAKYAT!!!...sibuk puak2 haram tur kecoh kata PM mansuhkan ISA krn tunduk dengan DESAKAN mereka selama ini..apa kes?


Pendapat SM ada Pro&KonT dalam pemansuhan ini..meh kita renung2kan seKojap..huhu

KebaiKan Pemansuhan ISA:>
1)     Najib telah lama berfikir bahawa peraturan ini bukan sahaja tidak berkesan malah orang yg dikenakan ISA pabila kuar dr pejara lebih dipercayai oleh org ramai punyer ramai pengaruh, olh tur ada baik ISA dimansuhkan segera demi kebaikan parti.
2)   Najib  merasakan tak der guna peraturan ini diteruskan krn ia menzalimi rakyat..terutamnya kpd org Melayu…Demi Rakyat Najib sanggup hapuskan satu peraturan yg mengerunkan puak2 pakatan haram ini.
3)    Pemansuhan ISA dilihat Najib anak jantan…Bukan hny tahu bercakap tp kecut telO utk buat..Rakyat akan bertambah percaya dgn Kepimpinan Najib…
4)     Najib percaya dengan berlemah lembut batang besi pun bley lentur inikan hati2 penyokong atas pagar yg hny mahu lihat pemimpin mereka ikhlas dlm setiap kebaikan yg dibuat demi rakyat sekaligus membuktikan kpd pembangkang Najib serius dgn usaha2nya selama ini. Parti dan kerajaan akan lebih kukuh dalam menghadapi PRU ke-13. Kemenangan Milik Kita InsyaALLAH>kata Najib agaknyalah SM teka jeq…

KeburuKan pemansuHan ISA:>
1)    Puak2 pakatan haram akan bersorak seluruh negara dari perlis hingga ke sabah mengatakan ini berkat perjuangan mereka menentang kezaliman konon demi rakyat!..Perjuangan ke penipu? Lembu punya susu sapi dpt nama. hahaha
2)   Penyokong2 tegar pakatan haram yang otak da tepu, bersorak gembira krn tiada lagi akta yg boleh menyekat mereka dr membuat kacau bilau di dalam negara ini. ‘Yea..yea…Najib bengong bg peluang kita bt DeMO haram lagi’-ini gamaknya ayat yg kuar dr penyokong HaramJUDU tur..
3)     Rakyat mulai sedar tanpa ISA Malaysia lebih aman..Najib di sini dilihat sebagai hero MALAYA mampu merubah sesuatu yang besar demi kepentingan rakyat…
4)     Imej Najib sedikit sebanyak dpt ditonjolkan..hah anak jantan sudah keluar!..nak apa lagi puak2 pakatan neh?...Prinsip dan dasar kerajaan selama ini yg bersikap demokrasi dpt dibuktikan dengan jelas kpd rakyat…

Note:
Joget2 ler puak2 pakatan Neh..TunGGu aper lagi?

Khamis, 15 September 2011

HARGAILAH NEGARA KITA~

1Malaysia2011  Logo dan Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke   54 Tahun 2011(Bahasa Melayu dan English)



                       SeLamaT MenYambut Hari KemerDekaaN NegaRa Yang Ke-54


Esok 16 September  2011/Jumaat..sambutan hari kemerdekaan yang ke-54. Setiap tahun kita lihat bagaimana sambutan hari kemerdekaan sangat meriah. 

Tema pada kali ini ialah ‘1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera’.

Jom Kita layan Perutusan Khas dr PM kita..layan~~~

PERUTUSAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI KEMERDEKAAN OLEH
YAB. DATO’ SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
28 OGOS 2011
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Aidilfitri serta Salam Kemerdekaan,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
1. Pertamanya, segala ucapan tahmid dipanjatkan ke hadrat Allah SWT justeru selesai sebulan kita melaksanakan ibadah puasa dalam satu perjalanan spiritual mentarbiyyah rohani dan menguji fizikal. Maka, dengan tibanya fajar Syawal yang mulia, umat Islam hari ini dengan penuh rasa kesyukuran menyambut satu kemenangan mujahadah yang tertinggi pengertiannya seperti disifatkan oleh Rasulullah SAW yakni jihad bagi melawan nafsu.
2. Pada tahun ini, ditaqdirkan sesuatu yang bitara dan unik, sebagai rakyat Malaysia kita bertuah dapat menyambut gema Aidilfitri berselang sehari dengan ulangtahun sambutan kemerdekaan negara yang ke lima puluh empat. Kedua-dua perayaan ini mempunyai signifikan begitu besar kepada negara yang mempunyai kemajmukan amat kompleks seperti Malaysia di mana bukan sahaja wujud perbezaan daripada segi etnik tetapi juga teranyam indah dengan kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan taraf sosioekonomi.
3. Pucuk pangkalnya, rakyat Malaysia yang berlainan agama, anutan dan kepercayaan mempunyai banyak sebab untuk bersyukur dan berterima kasih. Hakikat bahawa, Malaysia telah dan sedang dirahmati nikmat keamanan juga kemakmuran tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak. Jelas sekali, kita ibarat sebuah oasis di tengah-tengah dunia berkecamuk sedang dilanda badai politik dan kegoncangan ekonomi yang bertali arus.Selanjutnya Baca Disini!

KERAJAAN UMUM GUNA DAKWAT KEKAL- PRU-13

Puak2 Haram nie sudaH Mula Buat Bising..Kejap Mau.Kejap Tak Mau...meroyan!

Penggunaan dakwat kekal yang dilaung2kan oleh juak2 pakatan Haram kononnya telah dipersetujui oleh kerajaan.Baca sini..sini..sini....Juak2 pakatan Hampeh ini beria bersorak gembira sampai tak  henggat akhirat.

Bila sudah diluluskan konon, tiba2 bt spin lagi..kononnya telah ditemui bahan untuk melunturkan dakwat dan ia mudah diperolehi dan kini berada di psaran Baca sini..sini..sini..…Apa ke hal neh? Apa yg juak2 nie nak lagi? Heran..bila kerajaan tak buat pun salah..buat pun salah..gila meroyan apa?

Apa yang diorang mahu sebenarnya??? Cakap jela penyokong semakin kurang..pengikut abih lari menjadi penyokong atas pagar..silap2 haribulan berpaling tadah krn tidak sanggup lagi membontoti AnuWar Ibrahim, Mat Sabun (Yang kuat SabUnnn) dan pemimpin2 yg dilihat tidak mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin utk rakyat jelata…

Nota:
Eloknya Bila Bukak Mulut jer Puak2 Neh bagi MakaN PisaNg n SabUn byk2…Sama PemimPin MereKa yg diPuja SelaMa neh…Ok Tak?

Rabu, 14 September 2011

MAT SABU AKHIRNYA MENGAKU……………………………….

No Komen Tanda Apa?


Jeng..Jeng..Jeng...Kita tUnggu pembOngkaran YG SeterUsnya....

Mat Sabu@ nama sebenarnya Muhammad Sabu sangat suka kepada mikrofon. Pantang disua pasti menjadi..alamat ayam berkokok di reban pun akan kalah dibuatnya…terlalu obsess dengan mikrofon…

Tetapi baru2 ini apabila wartawan menayakan mengenai perbualan phonesex yang didakwa mirip suaranya bersama wanita yang bernama MAh diupload di utube, mat sabu hanya kata ‘No Komen’…

Aik ini sudah pelik Bin Ajaib, Nyiok Jatuh Naik Balik..bukan Mat Sabu neh pantang diterjah wartawan akan dilawannnya habis2an umpama gaban menyerang musuh..hahaha
Naper diam Pak cIk? Tak tahu mahu menjawab? Jawablah..putar belitlah..tunggu apa lagi?

Bercakap mengenai kredibiliti Mat Sabu yang semakin hari menjadi liabiti kepada PAS..yang ketika dulu menjadi Ayam Tambatan kini makin hari makin dibenci oleh pengikut Pas…semakin hari semakin pengikut tegar pas berfikir ‘betulker perjuangan aku neh???’….aiyerrr….mau tunggu apa lagi?

SM, rasa Mat Sabu kini dilihat menjadi ‘Biawak Hidup’ kepada Pas..yang sentiasa bertentangan dengan pendapat Parti..menyebabkan Parti tidak senang duduk dengan setiap kontraversi dan masalah peribadi Mat Sabu yg tidak boleh dipadam dalam sejarah…

Apa yg SM tahu skit masa lagi Mat Sabu akan menjadi pemimpin yg terpaksa berjuang bukan krn pari tp krn mahu menutup semua perbuatan jahat yg telah dibuat di masa lalu….sanggup bt apa pun janji Masyukkkkk….sebaris dengan anU War yang mempunyai niat, dasar, dan prinsip seRuPa….

Note:
Kalo Tak Der Ribut MasaKKan Pokok Tercabut..Apa Yang Tercabut Tunggu......

Selasa, 13 September 2011

SeMeRaH CiLi: NAJIB PERLUKAN BN @ BN PERLUKAN NAJIB?

SeMeRaH CiLi: NAJIB PERLUKAN BN @ BN PERLUKAN NAJIB?

NAJIB PERLUKAN BN @ BN PERLUKAN NAJIB?


Buat peruBahaN cepat, NescaYa dpt Kembalikan keperCayaan Rakyat!
Kami para blogger sentiasa memberi komitmen yang padu dalam menyokong usaha-usaha kerajaan yang dilihat membantu rakyat setiap hari. Menangani isu2 sensitif dan sentiasa membongkar dan mematahkan setiap agenda dari pihak pembangkang tetapi tahukah pemimpin-pemimpin ini yang sejak kebelakangan ini sering dilihat semakin tidak sedar…pelbagai kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku terjadi kerana beberapa kelemahan di antaranya ialah:

Ekonomi >:
Ekonomi yang tidak stabil amat membimbangkan khususnya rakyat marhen yang berpendapatan rendah. Kerajaan setiap hari memgumumkan pelbagai projek2 yang niat murninya untuk membantu rakyat. Seperti ETP yang dilihat mampu membantu rakyat dr pelbagai segi sekiranya ia dijalanankan dengan penuh berkesan. 

UbaH PerspekTif Di Minda rakyat! dengan KesunGguhan...Itu Yg Terbaik...

Tetapi apa yang kita dengar pelbagai keluhan khususnya golongan rakyat yang terhimpit kerana ekonomi yang tidak berkembang dan kadar inflasi yang semakin menghimpit rakyat kini. Rakyat kini sudah bijak dan pandai menilai..bukan sekadar umum, tetap perlu memastikan ini berjalana seperti objektif yg dikehendaki…wahai PM buatlah sesuatu sebleum semuanya hancur..

 Politik>:
Pelbagai janji2 manis dan projek mee segera mencurah2 tak kala menjelang pilihanraya..sampaikan orang kata jika tiada sungai di tempat DUN&PARLIMEN ketika pilihanraya berlansung  ttp minta pada BN pasti esok ada! Perspektif yg tidak boleh diubah dgn kata2 ttp pasti PM tahu apa yang perlu dibuat utk membetulkan perspektif yg akhirnya membunuh kepercayaan kini…
guna KemPen Yang Menyedarkan Rakyat buKanya KempEn Yang Bawa Kerosakkan Kpd Rakyat..Rakyat Terlalu biJak ketika ini Untuk Buat Pilihan...

Sentiasa mengutamakan isu SAMPAH..seperti isu yang tidak ada kepentingan pd rakyat…Isu seks, isu peribadi seseorang dan sebagainya..bukannya isu utama, isu yg bkaitan poket rakyat…isu yang mampu membuka mata penyokong2 atas pagar dan rakyat yang tidak ingin mengambil tahu isu politik di negara ini. PM harus sedar semua pendekatan yg baik meskipun ia tidak disukai pembangkang tetapi lama kelamaan mereka akan sedar pemerintah di negara ini sebenarnya memerintah kerana mahu berbakti kpd rakyat..bukannya mentedagah duit rakyat….

Wang2 rakyat dilaburkan kepada rakyat yg tidak menyokong kerajaan..seolah2 kawasan yg menyokong BN selama ini tidak dipedulikan krn kami sentiasa kekal setia hingga akhir hayat? Pe kes? Org yg tak sokong labur mcm2..kita yg sokong 1sen tak dpt pe?...labur mcm mana pun pemikiran mereka takkan berubah! Percayalah..melainkan mereka lihat dengan mata kepala otak yg PM benar2 ikhlas membantu rakyat…bukan hny jadik SANTA CLAUs yang pergi ke mana2 majlis..nah RM1bilion..p sini..nah RM10Bilion…p situ…Nah RM100Bilion…tak masuk akal….

 Personal>:
Isu kak mah, Isteri kepada PM yang dihormati ini..kerap kali keluar TV..bley dikatakan setiap hari..meskipun kuar berita yg baek2 tp masyrakat kini lebih mempercayai dunia baru…kini pembangkang hanya menghentam Isteri PM kita tnp menyiasat perkara sebenar..semua  berita yg keluar seolah2 tiada satu kebaikan yg dibuat sepanjang menjadi insan tersayang PM kita. 

Mengapa tiada satu kenyataan dr pihak2 pemfitnah ini diambil tindakan..adakah para blogger picisan seperti kami ini hanya berusaha untuk membersihkan setiap isu negatif yg keluar setiap hari..seolah2 kami yg bermatian2 mempertahankan kebenaran…buatlah sesuatu wahai datin Seri……

KePimpinan>:
Kebanyakkan para pemipin ADUN mahupun MP dr BN begitu lemau..sehingga sukar dilihat hny pada kempen shj baru nak jenguk muka tny khabo…adoi, generasi skang sudah pandai memilih…tmasuk ditempat gua sendirik…smpi gua pun tak tahu saper ADUN tempat gua n MP..xpnh tengok org2 penting neh bertandang setiap majlis dan aktiviti rakyat tempat gua…….sedih~~~sedih~~~berbalik kepada kepimpinan Najib dilihat sebagai liabiti kpd BN…sering mengalah kepada puak2 yang menentang kerajaan…tmasuk isu BERSIH..pelbagai laporan yang dibuat tetapi hingga kini tiada satu dakwaan pun dibuat…naper lembik sgt? Adoiyai…. isu Namawee plak..manusia lahanat yg panggil MELAYU sakai bley plak jumpa PM secara personal siap disambut bagai plak..apa Hal? Orang yg selama ini pangai cam hanjing pun dapat layanan 1st class???haha…apa nak jadi najib oitt….

Apa pun bukan Najib atau sapa2 pemimpin tur yang perlu kita tegakkan disini meskipun sebasah mana pun benangnya..tetapi dasar parti yg patut kita lihat..parti yang boleh menyelamatan Melayu/Islam dibumi bertuah ini….fikir-fikirkanlah…

Note:
Ingat2 PM Oit semua sedang Menghatiiii...........



Isnin, 12 September 2011

PAK2 MENTERI MASIH MAHU DUDUK DI PUTRAJAYA!!!



KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.
"Kerajaan mengambil kira sumbangan sebanyak RM6 bilion oleh TELCO kepada pendapatan negara dari 1998 hingga kini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.
Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Jumaat ini.-BERITA HARIAN

Fuhhh!!!..lega bila dengar berita ini...rupanya pak2 menteri kita still mahu kerja di PUTRAJAYA lagi..masih lagi mahu berkhidmat bakti kepada rakyat di negara ini..Alhamdulilah...sudah bangun dr tidur rupanya.....hope perbincangan ini akhirnya dapat menarik kembali keputusan untuk mengenakan cukai sebanyak 6%  tur.....

Note:

Hati2..segala keputusan perlu utamakan Rakyat k?huhu


JAGA2 ADA YANG MEMEGHATI PAK2 MENTERI OIIITT....

Harga topup naik 15 September ni, kena cukai 6%



Assalamualaikum….tinggal 3 hari sahaja sebelum 15 September 2011/Khamis lagi pengguna2 prepaid topup perlu membayar RM10 Hengget shj untuk kredit bernilai yang sama….Kemungkinan besar pd tarikh berkenaan pengguna yang mahu membeli topup jangan terkejut krn tauke kedai  akan meminta anda untuk membayar topu yang bernilai 10 hengget dengan harga RM10.60 atau lebih mengikut keperluan penjual….sedih, kecewa, rasa dianiayai!...

Apakah implikasi yang paling dasyat akan berlaku hanya kerana 60 Sen yang hanya diberi kepada tokey2 kedai menjual topup dipandang enteng oleh pengguna? Besar kesannya wahai pak-pak menteri….tidakkah mereka2 ini sedar kesan yang bakal berlaku sekiranya cukai ini diteruskan..

Jaminan yang paling pasti adalah, pengguna2 muda yang terbanyak memakai prepaid topup ini adalah pelajar, golongan berpendapatan rendah, dan sebahagian masyarakat di negara ini…Pak2 menteri ini sedangtidur atau aper? Dah terlalu yakin sgt ker yang akan menang pada PRU 13 yg akan dtg dengan sengaja menaikkan cukai ini tanpa berfikir panjang mengenai kesannya…

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakkan pelajar di negara ini dilihat lebih menyokong parti pembangkang..kerana terpedaya dengan janji-janji kosong dan terlalu ghairah kononnya berjuang dalam menegakkan kebenaran meskipun belajar perlu membuat pinjaman PTPTN~….dengan kenaikan cukai ini pasti para pelajar merasaka pemimpin yang sedia ada di negar aini hanya membebankan mereka lagi…sekaligus, menyebabkan mereka berfikir bahawa semua yang mereka fikir mengenai kerajaan selama ini adalah betul!...

Bagi golongan yang berpendapatan rendah pula..golongan ini yang hanya tahu bersembang berborak2 dikedai kopi menyalahkan kerajaan krn tidak memberi kemewahan dan kesenangan kepada mereka bermati-matian mengatakan kerajaan ini menzalimi hidup anak bini mereka pastinya mengiyakan lagi menambahkan lagi cerita busuk yang sedia ada didalam topik perbincangan mereka dikedai kopi setiap hari!.....

Kepada Pak2 menteri yang sedang tidur lena..amatlah mendukacitakan sekiranya anda2 semua mengambil mudah mengenai masalah ini..sedangkan anda tidak tahu apa yang bakal terjadi sekiranya isu kenaikan cukai sebanyak 6% hanya dipandang sepi dan tidak membuat sebarang langkah untuk menyelesaikannya…

Nota:
SEMERAHCILI!, ingatkan kepada mereka jangan sampai NASI SUDAH MENJADI BUBUR..baru nak sedar masa tur mang dah tak DUDUK DI PUTRAJAYA LAGI..Bak kata Kak KIAH..JAGA-JAGA ADA YANG MEGHATI  anti semue...

Jumaat, 9 September 2011

SIAPAKAH MAT INDERA YANG SEBENAR?


Mat Indera kisah sebenar
Mat Indera....Salah MenggunKan MediUm Untuk BerjuaNg Akhirnya Makan Diri Sendiri.. 


Dalam Duq KecOh2 MenGenaI sIapaKah Mat InDera..Mari Kiter Kenal siapa Manusia Ini..Perjuang Negara atau Pengkhianat Negara?



ü  Nama sebenar Mat Indera ialah Muhammad bin Indera tetapi lebih dikenali sebagai Mat Indera atau Bong Mahmudiah yang dilahirkan pada 29 Disember 1920 di Batu Pahat, Johor.


ü  Bapanya Indera bin Mat Salleh berasal dari Siak, Sumatera dan merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. 

ü  Ibunya Maimunah bt Daud berasal dari Batu Pahat. Selain itu, Mat Indera juga mempunyai 4 adik beradik tiri hasil perkahwinan kedua bapanya bersama Zainah bt Dasuki yang berasal dari Bukit Pasir, Muar.

ü  Beliau mula menjadi guru agama sejak berumur 18 tahun dan mengajar di Parit Stongkat, Muar pada tahun 1938 dan turut mengajar di Pontian pada tahun 1941.

ü  Selepas British mengambil alih semula Malaya daripada Jepun, Mat Indera telah menubuhkan Malay Nationalist Party (MNP) pada tahun 1947 di Muar dan turut menjadi setiausaha Muar Malay Harbour Board Labour Union.

ü  Memandangkan modus operandi PKM merekrut kader-kader baru komunis melalui kesatuan sekerja, Mat Indera turut dijadikan sasaran apabila beliau mula direkrut oleh G.H Jasman, wakil Seksyen Melayu PKM bermula pada bulan Januari 1948 yang sering melawatnya dan berusaha mendoktrin Mat Indera dengan ideologi perjuangan komunis sehingga mendapat simpati Mat Indera.

ü  G.H Jasman turut memberikan beberapa buah buku berkenaan komunis kepada Mat Indera yang antaranya bertajuk What is MCP yang ditulis oleh Komrad Wright@Lai Tek sendiri. dan buku bertajuk Dialectic Materialism. 

ü  Walaupun teori tentang komunis yang cuba diketengahkan oleh buku-buku tersebut jelas bertentangan dengan Islam, G.H Jasman akhirnya dapat mempengaruhi dan memujuk Mat Indera menerima perjuangan komunis dan menyertai PKM dengan alasan komunisme berbeza dengan agama dan Mat Indera turut dibenarkan mengamalkan Islam selagi tidak menjejaskan aktiviti komunis. 

ü   Mat Indera akhirnya menyertai PKM pada 13 Julai 1948 dan dilantik sebagai Pegawai Am dalam Gerila Melayu Malaya, sayap Melayu PKM dan terus menjalankan aktiviti komunis dalam usaha meresapi dan menyusup dalam masyarakat orang Melayu di sekitar Muar dan Batu Pahat melalui surau dan masjid.

ü  Latar belakang sebagais eorang guru agama Mat Indera telah dieksploitasi komunis dalam usaha merekrut orang Melayu menyertai komunis dan memberi sokongan kepada perjuangan komunis yang telah banyak menzalimi orang Melayu terutama di era Bintang Tiga hingga mewujudkan kebangkitan orang Melayu melalui Perjuangan Pahlawan Parang Panjang.

ü  Akibat keganasan dan kezaliman komunis semasa Bintang Tiga terhadap orang-orang Melayu, PKM@BintangTiga telah dicop sebagai musuh utama orang Melayu pada waktu itu.

ü  Mat Indera turut terlibat ketika serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dan menjadi watak utama menjadi orang tengah meminta polis menyerah diri kepada komunis. Pada 14 Oktober 1952 Mat Indera telah ditangkap oleh orang-orang kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat.

ü  Mat Indera telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 18 November 1952 kerana memiliki senjata api secara haram. Rayuan Mat Indera supaya hukumannya diringankan ditolak pada 2 Disember 1950 dan hukuman gantung terhadapnya telah dijalankan pada 30 Januari 1953 di Penjara Taiping.

ü   Jenazahnya telah dikebumikan di Kg. Jambu Air, Taiping. Untuk makluman juga, Mat Indera pernah dipenjarakan selama 2 bulan pada tahun 1946 kerana menjual beras secara haram.

Kenyataan Media MB Johor: Mat Indera Adalah Militan Parti Komunis Malaya

Mat Indera atau nama sebenarnya Ahmad bin Indera adalah anak Johor yang terlibat dengan gerakan-gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British sebelum Tanah Melayu beroleh kemerdekaan.

Beliau pada awalnya, seperti individu-individu lain juga telah berjuang atas platform masing-masing, dengan matlamat yang sama iaitu membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.

Bezanya, Mat Indera melibatkan diri dalam gerakan haluan kiri dengan menjadi ahli kepada sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad.

Sayap pemuda PKMM dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam. Haluan kiri ini termasuk juga gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempengaruhi pelbagai gerakan buruh dan masyarakat awam.

Apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan Undang-Undang Darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu (selepas tindakan militan dan ganas PKM membunuh peladang British), semua parti politik berhaluan kiri seperti PKMM, AWAS, API dan PKM telah diharamkan.

Oleh itu, ramai ahli gerakan haluan kiri ini memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Perjuangan melalui parti dan gerakan (UMNO) yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan melibatkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pasca merdeka di negara ini.

Bagaimanapun Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.

Tindakannnya terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.

Ini berlainan dengan para pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Kemuncak penglibatan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu adalah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950.

Fakta yang diperolehi daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas tersebut terhadap pegawai-pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong.

Sebagai seorang daripada pemimpin rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya yang diharamkan, Mat Indera adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan tersebut.

Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air.

Sedangkan ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara.

Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk dari ‘Malayan Union’ British sebelum itu.

Komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan ‘People’s Democratic Republic of Malaya’ yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu.

Malaysiayang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis.

Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan.

Akhirnya Mat Indera telah berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan teroris yang diharamkan sehingga ke hari ini.

Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berpelembagaan.

Berdasarkan fakta-fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong itu, Mat Indera adalah dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Regimen ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.

Dia bukan seorang ‘pejuang’ untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun.

Sehingga hari ini, ketika rakyat negara ini sudah merdeka dan berkerajaan sendiri sejak 1957, gerakan PKM tetap diharamkan. Gerakan itu diharamkan kerana cita-cita komunisme yang bertentangan dengan ajaran Islam, ketuhanan dan bersifat menindas perbezaan pendapat dalam sistem demokrasi, walaupun sudah ada perjanjian perletakan senjata parti itu di Betong (Thailand) dengan kerajaanMalaysiapada 1989.

Dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ) segala kajian, penulisan dan catatan yang berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, adalah data-data kemasyarakatan berkaitan seorang anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini, khususnya di negeri Johor dalam perjalanan sejarah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Penulisan dan catatan tersebut adalah menjadi bahan-bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik yang diamalkan olek kerajaanMalaysiakini, untuk mengayakan lagi khazanah maklumat dan rakaman-rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi demi generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan masa akan datang.

DATUK ABDUL GHANI OTHMAN Menteri Besar Johor

Jumaat, 19 Ogos 2011