Isnin, 12 September 2011

JAGA2 ADA YANG MEMEGHATI PAK2 MENTERI OIIITT....

Harga topup naik 15 September ni, kena cukai 6%



Assalamualaikum….tinggal 3 hari sahaja sebelum 15 September 2011/Khamis lagi pengguna2 prepaid topup perlu membayar RM10 Hengget shj untuk kredit bernilai yang sama….Kemungkinan besar pd tarikh berkenaan pengguna yang mahu membeli topup jangan terkejut krn tauke kedai  akan meminta anda untuk membayar topu yang bernilai 10 hengget dengan harga RM10.60 atau lebih mengikut keperluan penjual….sedih, kecewa, rasa dianiayai!...

Apakah implikasi yang paling dasyat akan berlaku hanya kerana 60 Sen yang hanya diberi kepada tokey2 kedai menjual topup dipandang enteng oleh pengguna? Besar kesannya wahai pak-pak menteri….tidakkah mereka2 ini sedar kesan yang bakal berlaku sekiranya cukai ini diteruskan..

Jaminan yang paling pasti adalah, pengguna2 muda yang terbanyak memakai prepaid topup ini adalah pelajar, golongan berpendapatan rendah, dan sebahagian masyarakat di negara ini…Pak2 menteri ini sedangtidur atau aper? Dah terlalu yakin sgt ker yang akan menang pada PRU 13 yg akan dtg dengan sengaja menaikkan cukai ini tanpa berfikir panjang mengenai kesannya…

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakkan pelajar di negara ini dilihat lebih menyokong parti pembangkang..kerana terpedaya dengan janji-janji kosong dan terlalu ghairah kononnya berjuang dalam menegakkan kebenaran meskipun belajar perlu membuat pinjaman PTPTN~….dengan kenaikan cukai ini pasti para pelajar merasaka pemimpin yang sedia ada di negar aini hanya membebankan mereka lagi…sekaligus, menyebabkan mereka berfikir bahawa semua yang mereka fikir mengenai kerajaan selama ini adalah betul!...

Bagi golongan yang berpendapatan rendah pula..golongan ini yang hanya tahu bersembang berborak2 dikedai kopi menyalahkan kerajaan krn tidak memberi kemewahan dan kesenangan kepada mereka bermati-matian mengatakan kerajaan ini menzalimi hidup anak bini mereka pastinya mengiyakan lagi menambahkan lagi cerita busuk yang sedia ada didalam topik perbincangan mereka dikedai kopi setiap hari!.....

Kepada Pak2 menteri yang sedang tidur lena..amatlah mendukacitakan sekiranya anda2 semua mengambil mudah mengenai masalah ini..sedangkan anda tidak tahu apa yang bakal terjadi sekiranya isu kenaikan cukai sebanyak 6% hanya dipandang sepi dan tidak membuat sebarang langkah untuk menyelesaikannya…

Nota:
SEMERAHCILI!, ingatkan kepada mereka jangan sampai NASI SUDAH MENJADI BUBUR..baru nak sedar masa tur mang dah tak DUDUK DI PUTRAJAYA LAGI..Bak kata Kak KIAH..JAGA-JAGA ADA YANG MEGHATI  anti semue...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...