Isnin, 26 Ogos 2013

KJ KAGUM DENGAN PEMBANGKANG?



KJ kagumi keakraban dalam Pakatan 


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada mulanya serba salah apabila diminta menyenaraikan tiga perkara mengenai Pakatan Rakyat yang disenanginya. 

Soalan 'nakal' itu diajukan seorang mahasiswa kepada Khairy yang ketawa kecil dan secara berjenaka berkata soalan itu meletakkan beliau dalam kedudukan yang 'sukar'. 

"Hmm..perkara pertama yang saya suka tentang mereka adalah keakraban di antara mereka yang sentiasa sepakat dan kelihatan bersama," kata ketua Pemuda Umno itu. 

Menurutnya, Pakatan Rakyat sentiasa berada bersama di pentas ceramah walaupun mereka bukanlah satu gabungan yang rasmi seperti BN. 

"Kami juga cuba berbuat demikian (ceramah bersama) tetapi semangat kekitaan Pakatan amat jelas dan ia adalah satu perkara yang saya kagumi," katanya. 

Selain itu, Khairy turut mengagumi kesungguhan Pakatan Rakyat dalam memberi ruang kepada orang muda untuk terlibat aktif dalam gabungan itu dan "pengurusan media sosial mereka yang sedikit lebih baik berbanding BN"

"Mereka nampaknya mampu menjana penglibatan lebih ramai orang (menerusi media sosial)," katanya. 

Sewaktu diminta mencirikan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perkataan oleh seornag mahasiswa lain, Khairy berkata Anwar adalah seorang yang 'tidak tekal' (inconsistent). 

"(Bagaimanapun) anugerah yang ada pada beliau adalah beliau juga begitu tekal dalam mengharungi ketidaktekalannya itu," kata Khairy. 

Khairnya berkata demikian dalam sesi penutup forum Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur petang ini. -mk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...