Kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul
Razak pada majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat Kedah,
yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee
Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, kelmarin mengundang pelbagai reaksi.
Difahamkan, terdapat segelintir pemimpin Pas
tidak senang dengan tindakan Azizan yang dilihat ‘mesra’ dengan beberapa
pemimpin Barisan Nasional (BN) pada majlis itu.
Malah beberapa blog tempatan ‘menyerang’ Azizan
sehingga menimbulkan spekulasi konon Azizan bakal menjadi mangsa selepas bekas
Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, gara-gara tindakan Pas Pusat yang
dilihat mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin parti yang menjalin
hubungan mesra dengan pemimpin BN.
Cheq X Lama!~ Cheq Nak Pencen Dah!~
Kemesraan Azizan dengan Chee Heung serta
Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dipolitikkan pihak tertentu,
sehingga wujud persepsi konon hayat politik Azizan akan menerima nasib sama seperti
Nasharuddin.
Azizan ketika dihubungi bagaimanapun tidak
melatah, sebaliknya menyifatkan perkara itu tidak wajar dipolitikkan kerana ia
isu sejagat.
“Itu pemikiran cetek, saya sokong program
gotong-royong itu, bukan sokong perjuangan parti politik selaku penganjur
program itu,” katanya.
Menurutnya, pihaknya menyambut baik program
anjuran kerajaan pusat itu kerana amalan gotong royong perdana seperti itu
sudah lama diamalkan di Kedah.
“Polisi kerajaan negeri itu sama dengan agenda
program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia bukan satu
kesalahan. Lagi pun saya hadir sebagai ketua kerajaan setelah dijemput oleh
penganjur,” katanya.
Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata,
kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sudah mendahului kerajaan BN (Pusat) dalam
memperkenalkan program seumpama itu kerana program gotong-royong adalah
sebahagian dasar kerajaan yang diperkenalkan pada 2008.
“Saya sekadar mahu menggalakkan belia dan
masyarakat sertai program gotong royong kerana banyak manfaatnya. Saya cuma
menggalakkan usaha baik seperti itu di Kedah,” katanya.
Menurutnya, ia bukan suatu isu dan kehadiran
beliau ke program terbabit tidak wajar dipolitikkan.
“Ini isu alam sekitar bersifat universal
melangkaui sempadan politik, tidak timbul isu dan tak wajar dijadikan isu,”
katanya.
- SINAR HARIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...