Semua maklum semenjak 5 tahun
lalu, BN Kelantan telah menetapkan sasaran utamanya untuk mencapai kemenangan
di sekurang-kurangnya 23 DUN dan 8 Parlimen di Kelantan bagi merealisasikan
hasrat memerintah kembali negeri ini.
Lima tahun sudah berlalu, sasaran
yang sama masih dipegang erat oleh BN Kelantan meskipun sepanjang tempoh itu
sehingga kini PAS sering mempersendakan dan menganggapnya sebagai sesuatu yang
sukar dicapai.
Malah di kalangan sesetengah
pemimpin dan ahli UMNO sendiri masih ada yang was-was dan masih tertanya-tanya
mampukah BN menawan jumlah kerusi yang disasarkan itu meski pun masing-masing
menyedari wujud perubahan ketara dalam tempoh 5 tahun itu.
Namun bagi pemerhati politik
sasaran tersebut realistik kerana ianya pernah hampir menjadi realiti pada PRU
11 tahun 2004 dulu, di mana UMNO selaku komponen utama BN telah berjaya beroleh
kemenangan di 21 dari 45 DUN.
Ia tak mustahil bakal menjadi
kenyataan dalam PRU-13 yang akan berlangsung 5 Mei 2013 nanti memandangkan
trend akhir-akhir ini juga saling tak ubah seperti mood tahun 2004 yang
memperlihatkan sokongan rakyat kepada BN.
Hakikat itu tidak disedari PAS
sehinggalah mereka terpana kelu melihat sendiri perubahan mood rakyat yang mana
ketara bezanya apabila PAS hanya berupaya menang nyawa-nyawa ikan dengan
majoriti tipis 65 undi ketika PRK Manek Urai tahun 2009.
Selepas itu, asakan Gelombang
Merah mengakibatkan PAS lemas dibadai kebangkitan rakyat pada PRK Galas tahun
2010 sekali gus mengundang igauan mimpi ngeri di kalangan pemimpin PAS
Kelantan.
Mereka sedar UMNO sedang mara
untuk merealisasikan kemenangan yang sudah lama BN idamkan.
Hari ini kedudukan PAS di
Kelantan sudah tidak sekuat dulu apatah lagi dengan pelbagai isu seperti
kesucian kalimah Allah S.W.T yang cuba dinodai oleh DAP serta kegagalan PAS
mengatasi percaturan politik PKR dan DAP dalam PR, menyebabkan ramai penyokong
hardcore PAS berjauh hati.
Itu belum lagi dikira impak buruk
berikutan penolakan terhadap PAS oleh golongan ulama dari kalangan tok guru
pondok dan cendekiawan Islam, sedangkan dulu golongan inilah yang menguatkan
tulang belakang PAS semenjak 62 tahun lalu.
Di lihat pada senario ini, jelas
sekali BN berpeluang mencapai sasaran tersebut apatah lagi berdasarkan trend sokongan
umum kini menunjukkan 25 kerusi DUN dan 9 parlimen di Kelantan adalah putih dan
condong kepada BN.
Jika trend itu berkekalan,
bermakna ia sudah melebihi sasaran yang diletakkan 5 tahun lalu, seandainya ia
direalisasikan dalam bentuk undi sokongan kepada BN maka itulah takdir
buruk yang paling sukar untuk PAS akui dan akan dikenang sampai ke dalam liang
lahad.
BN utk semua....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...