"Kasihnya Ibu membawa ke Syurga, dan kasihn saudara masa berada.."
Sunah Omar tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kekecewaan keluarganya di atas tindakan anaknya, Sitarunisah Ab. Kadir ketika sidang akhbar di Pekan, Pahang, malam semalam.
Ibu mana tidak sedih dan kecewa apabila mengetahui anaknya yang selama ini ahli UMNO tiba-tiba menjadi calon kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di sini pada pilihan raya umum kali ini.Sunah Omar, 61, ibu kepada calon PKR DUN Chini, Sitarunisah Ab. Kadir berkata, dia terkejut anak sulungnya itu menjadi calon pembangkang menentang calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi tersebut, Datuk Abu Bakar Harun.
Jelasnya, tindakan anak sulung daripada lima adik-beradik itu membuatkan dia dan suami, Abdul Kadir Zakaria, 63, kecewa kerana selama ini UMNO dan BN banyak membantu masyarakat peneroka di Felda Chini Timur 3 di sini.
“Saya sudah dengar khabar angin apabila kalangan jiran menyindir anak saya jadi calon PKR. Semasa hari penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, saya merasa menggigil menahan marah setelah tahu nama Sitarunisah diumumkan sebagai calon PKR di DUN Chini.
“Saya cukup kecewa dengan tindakan dia itu kerana penyandang kerusi tersebut, Abu Bakar bersama ahli UMNO banyak membantu keluarga kami," katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi.
Sunah yang menyertai UMNO sejak berusia 21 tahun dan kini ahli pergerakan Wanita UMNO Felda Chini Timur 3 berkata, anaknya itu tinggal di Kuantan bersama suaminya.
Katanya, Sitarunisah ada pulang sekali-sekala semasa kempen pilihan raya umum ini tetapi pada waktu tengah malam ketika ahli keluarga lain sudah tidur.
“Dia ada meminta restu saya selepas hari penamaan calon. Saya kata tidak dan berdoa supaya dia kalah di kerusi DUN ini.
“Sepatutnya dia bersyukur kerana kerajaan BN dan UMNO telah banyak membantu masyarakat peneroka di sini termasuk keluarga ini.
“Apa lagi yang dia tidak berpuas hati sedangkan penyandang kerusi DUN ini (Abu Bakar) disenangi masyarakat kawasan ini?" tegasnya.
Menurut Sunah, suaminya, Ab. Kadir yang sakit akibat serangan angin ahmar sejak 12 tahun lalu hanya mampu menangis dan tidak mahu memikirkan tindakan anaknya itu.
Ditanya bagaimana Sitarunisah boleh tercalon mewakili PKR, Sunah mendakwa, kemungkinan atas dorongan menantunya yang menyuruh anaknya itu di situ.
“Saya dapat rasa mungkin suaminya suruh bertanding kerana seluruh ahli keluarga ini sentiasa memberikan sokongan padu kepada UMNO dan BN.
“Saya dan suami serta empat anak lain akan tetap menyokong BN dan sanggup turun padang membantu jentera UMNO mempertahankan kerusi DUN Chini," ujarnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...