Bila Tentera2 Syaitan nie nak Mampos!~
ABUBAKAR Abelnasser adalah anak
kepada Abdilnasser Kiram. Abdilnasser Kiram pula adik kepada Jamalul Kiram III.
Abubakar yang menetap di Sabah
senantiasa in-contact dengan Agbimuddin Kiram, bapa saudaranya. Agbimuddin
merupakan individu yang paling diehendaki oleh pasukan keselamatan ekoran
tindakan keganasan di Lahad Datu dan Semporna.
Agbimuddin berjaya dihubungi oleh
jurucakap Jamalul Kiram Abraham Idjirani kira-kira jam 2 pagi semalam, menurut
jurucakap itu, Agbimuddin kini masih berada dilokasi pertempuran dan masih
berusaha untuk berkumpul dengan anggota kumpulannya.
Agbimuddin menurut Idjirani
mengesahkan telah kehilangan 23 pengikutnya tidak termasuk dua semalam di
Sungai Nyamuk, Kg Tanjung Batu.
Setakat ini, pasukan keselamatan
negara menyatakan telah 57 pengganas maut, walaupun hanya menjumpai 25 mayat.
Berkaitan Jeneral Haji Musa
Abdulla, ada kebenaran laporan bahawa komander MNLF itu terbunuh, kerana
Agbimuddin sendiri mengesahkan, Haji Musa belum bergabung dengan kumpulannya
setakat ini.
Pihak polis semalam melaporkan
telah menangkap dua orang saudara terdekat Agbimuddin, mungkinkan Abubakar?
Abubakar perlu ditangkap kerana
peranannya yang senantiasa in-contact dengan bapa saudaranya itu, menyebabkan
bapa saudaranya sukar dijumpai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...