The
Telegraph melaporkan temu bual dengan seorang pemuda British yang memeluk Islam
5 tahu sebelum ini dan masuk ke Syria bagi menyertai aktivis Islam membebaskan
Syria dari pemerintah zalim. Terdapat ramai rupanya warga British muslim lain
yang turut sama menyertai aktivis Islam ini di Syria.
Jika tidak boleh mengangkat senjata cukuplah kita berdoa untuk meminta allah menolong umat2 islam yg teraniaya..
Tujuan
mereka yang paling utama adalah untuk mati syahid dan mahu merebut nikmat
syurga sebagaimana yang dijanjikan pada orang yang mati syahid. Abu Yaakob
(bukan nama sebenar) menjadi salah seorang daripada barisan pertama askar jihad
yang disertainya.
Setiap
kali berlaku kacau bilau di mana-mana tempat di seluruh dunia akan ada saja
golongan mereka yang tanpa gentar memburu syahid. Dulu ketika Afganistan
dianiaya penjahat, ada ramai juga orang dari negara kita yang dengan berani
terjun ke sana untuk sertai jihad fisabilillah.
Bukan
senang sebenarnya untuk menemui keberanian pergi berperang yang mana
kemungkinan mati lebih besar dari kemungkinan hidup. Hanya mereka yang
benar-benar percaya yakin pada Allah dan hari akhirat sahaja yang meletakkan
keredhaan Allah lebih utama daripada kesakitan dan kematian.
Aku
terfikirkan di mana kedudukan aku sekarang. Adakah sama dengan mereka yang
mencari alasan demi alasan untuk membenarkan sikap pengecut bertakhta dalam
diri atau mereka yang yakin dengan janji-janji Allah dan bergegas mendapatkan
apa yang dijanjikan.
Pernah
tak korang berfikir, adakah kita semua ini berani berjihad seperti itu? Atau adakah
kita berjihad dengan hanya pandai cakap sahaja?...termasuk diri saya, adakah
berani untuk pergi ke Negara palestin or ke myammar untuk bantu rakyat
Rohinggya?...dalam hati kecil mesti kater Takoottt…
Apa
yang kita boleh buat adalah dengan memohon doa ke hadrat illahi, jika tidak
mampu untuk menolong umat2 islam yang kesusahan…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...