Ketabahan
dan semangat juang penduduk Palestin di Gaza memberi kesan mendalam kepada
artis tanah air, Afdlin Shauki yang menyertai Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif ke
Gaza (A2G).
Selebriti yang menyertai misi ke-11 Aqsa Syarif ke Gaza itu melihat sendiri penduduk Gaza tidak pernah meminta simpati, malah mereka tabah menghadapi kehidupan walaupun kehilangan anggota keluarga dalam serangan.
Selebriti yang menyertai misi ke-11 Aqsa Syarif ke Gaza itu melihat sendiri penduduk Gaza tidak pernah meminta simpati, malah mereka tabah menghadapi kehidupan walaupun kehilangan anggota keluarga dalam serangan.
"Apabila menceritakan pengalaman mengharungi detik-detik cemas dan kekejaman Israel, mereka tidak menangis sebaliknya saya dan peserta misi yang lain yang tidak dapat menahan air mata.
"Selain itu, penduduk Gaza sentiasa bersyukur dengan setiap bantuan yang disalurkan oleh dunia antarabangsa," katanya ketika ditemui sejurus tiba dari Kaherah, Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.
Misi Aqsa Syarif yang diketuai Norazmi Talib bermula pada 3 Dis lalu turut disertai dua lagi artis Bront Palarae dan Zain Saidin.
Afdlin yang mengakui cuak sebelum ke Gaza, berkata jika diberi peluang, beliau ingin kembali ke Gaza untuk membantu penduduknya selain membangunkan infrastruktur yang musnah.
Mengulas
kritikan sesetengah pihak yang mempertikaikan penyertaan artis dalam misi
kemanusiaan, Afdlin berkata beliau tidak mahu memperbesarkan isu remeh itu
malah mahu memberi tumpuan ke arah pembangunan di Gaza.
Mengenai ura-ura bahawa beliau bakal dilantik sebagai Duta Kehormat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Gaza, Afdlin mengesahkan bahawa beliau sudah bertemu dengan pihak berkenaan dan masih mengadakan perbincangan mengenai pelan pembangunan infrastruktur di sana.
Sementara itu, Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata pihaknya akan menghantar dua lagi misi bantuan ke Gaza yang bakal disertai artis dan selebriti terkenal tanah air yang dijangka bertolak pada 16 dan 24 Disember.
"Kita telah berjaya menyalurkan bantuan berjumlah RM1.9 juta kepada penduduk Gaza," katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...