Rabu, 26 Disember 2012

GUNA KALIMAH ALLAH, AGENDA MURTAD UMAT ISLAM???


Kalimah Allah menjadi isu besar dalam memastikan siapa yang punya???
""Tindakan golongan yang memperjuangkn kebebasan menggunakan istilah yang lazim digunakan oleh umat Islam, seperti kalimah Allah sebenarnya hanya satu strategi membantu agenda memurtadkan umat Islam di negara ini.
Setiusaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT), A Karim Omar berkata isu penggunaan kalimah Allah bukanlah isu terpencil dan ia juga bukanlah isu bahasa, sebaliknya ia merupakan satu strategi sesetengah pihak dari kumpulan untuk menyebarkan dakwah Kristian dan memurtadkan umat Islam.""
Mengapakah isu penggunakan kalimah Allah ini tiba-tiba menjadi kontroversi sehingga timbul perbalahan siapakah yang berhak untuk menggunakannya?....byk pihak tampil dengan pelbagai pendapat...
Pendapat SM sendiri mengatakan jika kita sibuk memperjuangkan kalimah ini tanpa mahu memperjuangkan isu agama Islam yang sebenar ia hanya perbuatan sia2 shj!~..kawan2 SM diluar negara hanya tersenyum apabila diajukan mengenai isu ini!
Adakah seseorang akan murtad hanya kerana terbaca kitab2 injil yang tertera nama Allah? adakah seseorang yang beragama Kristian akan masuk Islam jika membaca al-Quran? (dengan izin). Timbul persoalan bahawa mengapa seseorang yang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah? sedangkan Bumi ini milik Allah sepenuhnya...
Jika diteliti sebelom ini juga, iaitu beratus tahun yang lalu masyarakat Kristian telah lama menggunakan kalimah Allah di dalam kitab-kitab agama mereka. Malah di sabah n sarawak telah sekian lama berbuat demikian. Isu murtad bukan pada Kalimah yang digunakan itu tetapi soal akidah yang tidak kuat malah imam di dada yang nipis dan pelbagai kepentingan sendiri yang mahu Murtad!!!
Adakah jika orang kristian tidak  menggunakan kalimah Allah orang-orang Islam tidak akan Murtad? 100% boleh jamin? kdg2 kita org Islam terlalu obses dengan sesuatu isu...sampai kita nampak terlalu keras pd sesuatu yang seharusnya dididik dengan lemah lembut demi menunjukkan teladan yang baik kepada non-muslim.
Isu penggunakan KALIMAH ALLAH, seharusnya ditangani dengan baik..bukannya kerana kepentingan politik semata-mata!,,agar non-muslim tidak  merasakan Melayu/Islam ini bukanlah masyarakat yang keras>xbertolak ansur>..Islam itu syumul....De Way Of Islam...
Kdg2 apa yang kita perjuangan nampak seperti BENAR...tetapi pada hakikatnya orang lain nampak ia PALSU...renung2kanlah...

Jumaat, 21 Disember 2012

POLIS NAFI KEMATIAN TIGA LELAKI TERBABIT RUSUHAN DI KEDAH



KUALA LUMPUR, 20 Dis - Polis menafikan khabar angin mengenai kematian tiga lelaki kononnya terlibat dalam rusuhan di daerah Kuala Muda, Kedah dua hari lepas. 

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam satu kenyataan berkata penyebaran kematian itu dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melalui media sosial. 

"Keadaan semasa di Sungai Petani, Kedah masih tenang dan terkawal, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin dan terlebih dahulu mendapatkan kesahihan sesuatu kejadian," katanya. 

Beliau berkata penyebaran maklumat dan berita palsu di media sosial yang tidak merujuk kepada kesahihan sesuatu kejadian bukan sahaja perbuatan yang tidak bertanggungjawab malah ia juga adalah satu perlakuan jenayah yang boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada. 

Ramli berkata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa, dan maklumat terkini juga boleh diperolehi daripada Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) - BERNAMA 

Rabu, 19 Disember 2012

SETEV SHAARIIBU DAKWA PEMIMPIN PAKATAN FITNAH NAJIB


Kilang fitnah PKR sejak akhir akhir ini punyai masaalah, sejak dari dulu lagi mereka tidak pernah gagal mengeluarkan pelbagai produk fitnah untuk sajian menjadi halwa telinga kepada para penyokong dan menghasuti rakyat.

Propaganda mereka mudah,pembohongan yang diulang ulang hingga ia akan kelihatan benar. Cuba kita lihat bagaimana kes Altantuya ,dahulunya kembali senyap dan sudah basi apabila Raja Petra orang yang pertama membuat dakwaan kononnya pembabitan Rosmah dan Najib membuat pengakuan bahawa kesemua ceritanya adalah rekaan semata mata.Malah beberapa individu didalam ceritanya juga tidak wujud.

Kemudian puak haprak ini mendakwa Rosmah berada dilokasi pada tarikh dan waktu  Altantuya dibunuh. Heboh satu negara ceramah ceramah pakatan bagaikan sarkis menjadikan modal untuk membuat fitnah. Pembohongan diulang ulang lagi.. Ramai yang percaya fitnah ini..kemudian..keluarlah bukti dibawah ini.


Tarikh dan masa seperti yang didakwa oleh Raja Petra dan SD Bala pada ketika itu ternyata satu pembohongan besar dan fitnah. Rosmah berada di satu majlis menghargai anak anak yatim.Malah Najib secara terbuka melakukan sumpah laknat beberapa kali di masjid dan Pisau sendiri menyaksikan di dewan PWTC beliau melakukan sumpah bahawa dirinya dan Rosmah langsung tidak mengenali Altantuya dan terbabit didalam isu ini.

Khamis, 13 Disember 2012

Hamas Lantik Presiden KP1M Sebagai Duta Kehormat Palestin!!~


Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada Rabu dilantik kerajaan Hamas sebagai ‘duta kehormat’ untuk Palestin.
Abdul Azeez yang mengetuai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak Sabtu lalu, dilantik dalam satu upacara rasmi di Universiti Islam Gaza dan watikah pelantikan disampaikan Ketua Pengarah Kementerian Luar Hamas, Mahmoud El-Hadour.
Pelantikan itu dimaklumkan sendiri kepada Abdul Azeez oleh Perdana Menteri Hamas Ismail Haniyeh berikutan persetujuan sebulat suara jemaah kabinet Hamas yang bermesyuarat selepas kunjungan hormat Abdul Azeez dan 58 anggota sukarelawan ke atas Ismail pada Selasa.
“Saya bersyukur, ini semua kerana mereka menyanjung tinggi kepimpinan Malaysia yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan nama Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa memberi sokongan kepada mereka sekian lama tidak lekang di bibir mereka, dan juga Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)sebagai perdana menteri terdahulu,” katanya.
Antara skop tugasan beliau sebagai duta kehormat seperti tertulis di watikah pelantikan itu ialah menyampai dan memperjuang nasib rakyat Palestin melalui program-program yang sesuai.
Menurut Abdul Azeez, berita baik itu telah disampaikan kepada Najib yang mengucapkan tahniah atas pengiktirafan itu.
“InsyaAllah bantuan susulan akan kami laksanakan dalam masa terdekat. Saya akan balik dan bertemu perdana menteri serta Menteri Luar (Datuk Seri Anifah Aman) untuk minta pandangan dan nasihat bagaimana tindakan susulan boleh kita lakukan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menggesa supaya segala perbezaan politik diketepikandalam menjayakan misi bantuan kepada rakyat Palestin yang merupakan saudara sesama Islam.
Misi bantuan kemanusiaan anjuran KP1M dan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia yang membawa bantuan berjumlah US$1.5 juta (RM4.5 juta) itu berakhir hari ini di Gaza dan akan bergerak ke Kaherah, Mesir untuk menyampaikan bantuan di sana.
Semua anggota sukarelawan itu dijangka menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia malam Jumaat.

Selasa, 11 Disember 2012

ABBY ABADIE MEROYAN BILA TAK DAPAT PERGI GAZA!!!


Ketabahan dan semangat juang penduduk Palestin di Gaza memberi kesan mendalam kepada artis tanah air, Afdlin Shauki yang menyertai Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza (A2G).

Selebriti yang menyertai misi ke-11 Aqsa Syarif ke Gaza itu melihat sendiri penduduk Gaza tidak pernah meminta simpati, malah mereka tabah menghadapi kehidupan walaupun kehilangan anggota keluarga dalam serangan.



"Apabila menceritakan pengalaman mengharungi detik-detik cemas dan kekejaman Israel, mereka tidak menangis sebaliknya saya dan peserta misi yang lain yang tidak dapat menahan air mata.

"Selain itu, penduduk Gaza sentiasa bersyukur dengan setiap bantuan yang disalurkan oleh dunia antarabangsa," katanya ketika ditemui sejurus tiba dari Kaherah, Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Misi Aqsa Syarif yang diketuai Norazmi Talib bermula pada 3 Dis lalu turut disertai dua lagi artis Bront Palarae dan Zain Saidin.

Afdlin yang mengakui cuak sebelum ke Gaza, berkata jika diberi peluang, beliau ingin kembali ke Gaza untuk membantu penduduknya selain membangunkan infrastruktur yang musnah.


Mengulas kritikan sesetengah pihak yang mempertikaikan penyertaan artis dalam misi kemanusiaan, Afdlin berkata beliau tidak mahu memperbesarkan isu remeh itu malah mahu memberi tumpuan ke arah pembangunan di Gaza.



Mengenai ura-ura bahawa beliau bakal dilantik sebagai Duta Kehormat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Gaza, Afdlin mengesahkan bahawa beliau sudah bertemu dengan pihak berkenaan dan masih mengadakan perbincangan mengenai pelan pembangunan infrastruktur di sana.

Sementara itu, Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata pihaknya akan menghantar dua lagi misi bantuan ke Gaza yang bakal disertai artis dan selebriti terkenal tanah air yang dijangka bertolak pada 16 dan 24 Disember.

"Kita telah berjaya menyalurkan bantuan berjumlah RM1.9 juta kepada penduduk Gaza," katanya. - Bernama