Khamis, 1 November 2012

KAK JIJAH TAK MAHU TANDING PRU-13




Sehingga kini Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail masih belum menyatakan hasratnya untuk bertanding dalam PRU-13. Bagaimanapun, tegas Presiden PKR itu, beliau tidak mempunyai masalah untuk bertanding dan boleh memilih kerusi mana yang boleh ditandinginya.

Atas sebab itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie bersedia menawarkan Wan Azizah untuk bertanding di 4 kawasan DUN yang ‘selamat’ di Selangor iaitu DUN Seri Muda, DUN Kota Anggerik, DUN Seri Setia dan DUN Sementa.

Shuhaimi Shafie yang juga ADUN Sri Muda sanggup memberikan kerusi itu kepada Presiden demi Anwar Ibrahim. Ternyata Shuhaimi sanggup mengkhianati rakyat Selangor yang telah memberikan kemenangan pertama kepadanya dalam PRU-12 dulu. Walau bagaimanapun, kemenangan PRU-13 masih samar-samar memandangkan rakyat Selangor kini sudah mula memahami ‘kuasa rakyat’ atas sebab janji-janji Pakatan Pembangkang yang tidak ditepati.

Keempat-empat kerusi DUN tersebut dikatakan kerusi yang selamat berdasarkan keputusan PRU-12 yang lalu. Untuk pengetahuan Shuhaimi, rakyat Selangor tidak akan terpedaya lagi dengan Pakatan Pembangkang dan nescaya sokongan dalam PRU 2008 tidak akan sama dengan PRU-13 yang akan datang ini. Secara tidak langsung, semua kawasan DUN baik yang diwakili Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim di DUN Ijok pun masih belum selamat.

Apakah pengalaman Wan Azizah sebagai wakil rakyat? Jika ada sekalipun hanya dalam masa yang singkat. Malah telah mengkhianati rakyat dan pengundi Permatang Pauh dengan meletak jawatan bagi memberikan ruang kepada suaminya, Anwar Ibrahim untuk bertanding dan memenangi Parlimen Permatang Pauh dalam keadaan yang memalukan.

Ternyata perjuangan Pakatan Pembangkang khususnya PKR ini bukan untuk memperjuangkan nasib rakyat malah manifesto itu sekadar janji-janji kosong. Tidak keterlaluan dikatakan PKR hanya berjuang untuk jawatan dan kuasa politik sahaja. Jika benar perjuangan untuk rakyat kenapa rakyat Selangor dan Pulau Pinang tidak habis-habis ditimpa masalah. Kenapa PKR tidak mempercayainya?sumber


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...