Jumaat, 30 November 2012

ABIM KECAM KONSERT ELTON JOHN DAN JENNIFER LOPEZ TAPI TIDAK LGBT?


 
ABIM FUNGSI PADA SEBELAH PIHAK SAJER!?

Kehadiran dua orang penyanyi antarabangsa yang sangat popular dengan kontroversi dan keseksian, Elton John dan Jennifer Lopez telah mendapat kecaman hebat daripada beberapa NGO’s termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sesuai dengan namanya.
Artis Ini Yang Digila2kan?

Kecaman penganjuran Konsert Elton John (Elton John & Band: 40th Anniversary of the Rocket Man pada 29 November 2012), serta Konsert Jennifer Lopez (Jennifer Lopez live in Malaysia pada 2 Disember ini) sangat dialu-alukan. Mungkin sebilangan rakyat Malaysia sensitif dengan kehadiran penyanyi Elton John yang semua ketahui dia pengamal ‘gay’ manakala Jennifer Lopez terkenal dengan pakaian seksinya yang mengghairahkan.

Jika ABIM mengutuk sekeras-kerasnya konsert 2 penyanyi antarabangsa itu, kenapakah sehingga kini ABIM masih belum mengeluarkan kenyataan mengutuk Lesbian Gay Biseksual Transgender (LGBT) yang dipopulari Pakatan Pembangkang?

Apakah disebabkan pengaruh Anwar Ibrahim dalam ABIM walaupun tidak lagi menjawat jawatan pengerusi menyebabkan ABIM terpaksa tutup mulut? Juga, apakah ABIM kini dipegang orang-orang kuat Anwar Ibrahim membolehkan ABIM dipaksa senyap?
Artis ini Yang Jadik Kegilaan Ramai???

Pengaruh LGBT mula sinonim dengan Anwar Ibrahim sejak Majlis Peguam cuba menyebarluaskan fahaman itu selepas BERSIH 2.0. Sejak daripada itu, pengaruh LGBT semakin berkembang luas dan diberitakan kini semakin menular ke kawasan luar bandar.



ABIM KECAM KONSERT ELTON JOHN DAN JENNIFER LOPEZ TAPI TIDAK LGBT?



 
ABIM FUNGSI PADA SEBELAH PIHAK SAJER!?

Kehadiran dua orang penyanyi antarabangsa yang sangat popular dengan kontroversi dan keseksian, Elton John dan Jennifer Lopez telah mendapat kecaman hebat daripada beberapa NGO’s termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sesuai dengan namanya.
Artis Ini Yang Digila2kan?

Kecaman penganjuran Konsert Elton John (Elton John & Band: 40th Anniversary of the Rocket Man pada 29 November 2012), serta Konsert Jennifer Lopez (Jennifer Lopez live in Malaysia pada 2 Disember ini) sangat dialu-alukan. Mungkin sebilangan rakyat Malaysia sensitif dengan kehadiran penyanyi Elton John yang semua ketahui dia pengamal ‘gay’ manakala Jennifer Lopez terkenal dengan pakaian seksinya yang mengghairahkan.

Jika ABIM mengutuk sekeras-kerasnya konsert 2 penyanyi antarabangsa itu, kenapakah sehingga kini ABIM masih belum mengeluarkan kenyataan mengutuk Lesbian Gay Biseksual Transgender (LGBT) yang dipopulari Pakatan Pembangkang?

Apakah disebabkan pengaruh Anwar Ibrahim dalam ABIM walaupun tidak lagi menjawat jawatan pengerusi menyebabkan ABIM terpaksa tutup mulut? Juga, apakah ABIM kini dipegang orang-orang kuat Anwar Ibrahim membolehkan ABIM dipaksa senyap?
Artis ini Yang Jadik Kegilaan Ramai???

Pengaruh LGBT mula sinonim dengan Anwar Ibrahim sejak Majlis Peguam cuba menyebarluaskan fahaman itu selepas BERSIH 2.0. Sejak daripada itu, pengaruh LGBT semakin berkembang luas dan diberitakan kini semakin menular ke kawasan luar bandar.




PENGUNDI MUDA TENTU MASA DEPAN NEGARA???



Pengundi Muda Tentu Masa Depan Negara?

Kerajaan Perlu Buat Perubahan Lebih Besar! Tarik Perhatian Pengundi Muda!~

Jumlah pengundi muda seramai 5.9 juta orang dijangka menjadi faktor penentu kemenangan sesebuah parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah itu merupakan pecahan daripada keseluruhan 13.1 juta pengundi berdaftar di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, seramai 2.4 juta pengundi terdiri daripada mereka yang berumur lingkungan 21 hingga 29 tahun dan kali pertama mengundi. Mereka ini terdiri daripada kumpulan profesional dan separa profesional yang akan menjadi faktor penentu kemenangan.

"Jadi, amat penting untuk mendekati golongan ini melalui pelbagai pendekatan bagi mendapatkan sokongan sama ada secara bersemuka atau melalui media sosial,"katanya kepada Utusan Malaysia.

Selasa, 27 November 2012

MALAYSIA LAGI HEBAT BERBANDING ISRAEL?



Kamera AES & Peluru Berpandu...

Harga sebuah Roket Al-Qassam Hamas: USD 800 (RM 2,500)
Harga sebuah Peluru Berpandu Penangkis (Iron Dome) milik Yahudi Zionis: USD 50,000 (RM 160,000)

Hari pertama Hamas balas serangan Yahudi Zionis, sebanyak 225 buah Roket Al-Qassam dilancarkan & hanya 90 buah SAHAJA Roket Al-Qassam berjaya ditangkis oleh Iron Dome sehinggakan para Yahudi Zionis di Tel Aviv terpaksa menyembunyikan diri mereka dibawah tanah selama seminggu.

Tak da la hebat sangat pun Yahudi Zionis ni...
***Kerajaan Malaysia lagi hebat... Beli "kamera AES" dengan harga yang JAUH LEBIH MAHAL dari Iron Dome...
"Kementerian itu dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar memberitahu, kamera Laser Digicam itu dibeli dengan harga RM173,385 seunit manakala bagi kamera model Laser Truecam pula dibeli dengan harga RM223,500 seunit".
Hebat kan...???


APEX MABOOOKKK KEPAYANG SMPI BOLA NAMPAK MCM BAKAL ISTERI!!!




LOLOS!!!~~~duk asyek ingat nak kawin! smpi bola pon nmpk bakal isteri!~


Pemain yang paling penting dalam skuad Harimau Malaya memikul tugas menjaga gawang gol negara, Khairul Fahmi Che Mat dilihat tidak fokus menjalakan tanggungjawabnya malam tadi dalam perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2012....

Prestasi penjaga gol yang lebih dikenali dengan nama Apex ini seolah-olah berada ditahap yang meragukan mungkin beliau sedang sibuk memikirkan soal perkahawinannya pada 28 Disember yang akan datang.

Mabokkkkk!!!! bakal pengantin baru!~

PAKATAN HARAM YANG SYOK SENDIRI!~


Selepas “tsunami politik” melanda negara pada tahun 2008, saya melihat landskap politik dan budayanya semakin mundur ke belakang dengan pelbagai propaganda yang tidak masuk akal dijadikan ukuran kekuatan agenda Pakatan Haram.
Kadang-kadang, saya ketawa besar melihat gelagat para penyokong Pakatan Haram yang begitu mudah terpengaruh dengan jumlah kehadiran mana-mana himpunan, majlis mahupun program yang dianjurkan oleh PKR, PAS mahupun DAP.
Bila ada saja himpunan, demonstrasi atau program-program politik Pakatan Haram, maka media-media mereka mula menyebarkan propaganda bohong mengatakan sejumlah 5,000, 10,000, 30,000, 50,000 dan jutaan yang hadir menyokong mereka!
Pada mereka, nombor menunjukkan kekuatan. Kalau ramai yang hadir, maka mereka akan mendakwa bahawa mereka sangat kuat dan mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.
Padahal, hakikat sebenarnya ialah lebih ramai dan majoriti rakyat Malaysia yang menyampah dan meluat dengan perangai mengada-ngada Pakatan Haram yang gemar mencetus kekecohan yang menyusahkan rakyat!
Sekiranya diamati dengan teliti, para penyokong Pakatan Haram yang hadir di program-program gabungan parti pembangkang atau NGO yang pro-Pakatan Haram semuanya adalah muka yang sama sahaja.
Dalam ertikata lain, jika Pak Mat hadir di himpunan Bershit, maka dialah juga yang hadir di himpunan Bershit 2.0, Bershit 3.0, himpunan 901, himpunan “katak hijau” ke Putrajaya dan dialah juga yang hadir di himpunan anti-Lynas di perkarangan Dataran Merdeka sekarang.
Jika tidak percaya, cubalah tanyalah 10 orang peserta anti-Lynas yang sedang tunjuk perangai hodoh mereka di Dataran Merdeka dan saya yakin bahawa 8 atau 9 orang dari mereka pasti mengaku menyertai himpunan Bershit 3.0 sebelum ini.
Saya bukan berkata kosong. Saya sebenarnya rapat dengan rakan-rakan yang sering dipergunakan oleh PAS, PKR dan DAP untuk meramaikan majlis anjuran Pakatan Haram.
Tak kira sama ada dari program sekecil ceramah diperingkat kawasan, sehinggalah ke himpunan haram besar-besaran di Kuala Lumpur, muka rakan-rakan saya itulah yang akan “tercongok” di lokasi yang akan dihuru-harakan itu.
Persoalannya, dengan muka yang sama dan kehadiran yang tidak seberapa tapi kononnya berpuluh ribu orang itu, Pakatan Haram tidak malu untuk mendakwa mereka mewakili suara majoriti rakyat Malaysia?
Tak masuk akal langsung! Rasanya orang yang tak punya akal pun takkan membuat pengakuan sebegitu bodoh, bukan?
Malangnya Pakatan Haram begitu “perasan” dan memang muka tembok untuk mengaku diri mereka telah dipilih rakyat Malaysia untuk bersuara membela nasib rakyat yang kononnya tertindas dan dizalimi.
Padahal, merekalah yang menzalimi diri sendiri dan cuba menindas minda rakyat dengan propaganda-propaganda busuk yang mampu menghancurkan kestabilan dan kemakmuran negara kita.
Saya yakin, rakyat Malaysia tidak sebodoh seperti yang Pakatan Haram jangkakan. Rakyat Malaysia sememangnya celik dari dulu dan tahu membezakan di antara Pakatan Haram yang mempergunakan nama mereka dengan BN yang memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sejak merdeka lagi.
Bukan mahu memuji UMNO atau BN, namun itulah fakta dan hakikat yang diakui oleh majoriti rakyat Malaysia dan tak perlu beritahu rakyat pun mereka akan akui kebenaran tersebut dengan hati yang waras dan terbuka, kan?
Justeru itu, saya menyarankan agar Pakatan Haram menghentikan saja propaganda bodoh mereka itu kerana rakyat di negara ini sudah muak dengan taktik keji mereka yang mahu memperbodoh-bodohkan rakyat itu. Lebih elok, bubar sajalah Pakatan Haram itu, senang cerita, kan?
- PANDORA

Rabu, 21 November 2012

GAMBAR INI MENCERITAKAN BETAPA PERITNYA RAKYAT PALESTIN!~


 
Pernah Tak Kita Terbayang Situasi Ini Berlaku Di Malaysia? Ketika Anak-Anak Kita Masuk Kelas, Kawan Di Sebelah Mati Syahid Di Usia Muda Akibat Kekejaman Yahudi.

Inilah Yang Dilalui Oleh Anak-Anak Palestin Di Gaza... Kini Gaza Terus Menerus Di Serang Oleh Tentera Yahudi Laknatullah.

Kita Sebagai Umat Islam Wajib Membantu Setakat Mana Termampu. Yang Paling Penting Adakan Solat Hajat, Sentiasa Baca Qunut Nazillah Dan Berdoa Bagi Kesejahteraan Umat Islam Di Palestin.

Kepada Masjid-Masjid Di Seluruh Negara Di Anjurkan Adakan Kutipan Derma Pada Solat Jumaat Bagi Membantu Rakyat Palestin. Semoga Bantuan Tak Seberapa Kita Ini Di Kira Sebagai Amal Ibadah Oleh Allah Swt.

"Janganlah Kamu Mengira Bahawa Orang-Orang Yang Gugur Di Jalan Allah Itu Mati; Bahkan Mereka Itu Hidup Di Sisi Tuhannya Dengan Mendapat Rezeki."
~ Ali Imran: 169.

Rabu, 14 November 2012

ARTIS MALAYSIA YANG SEMAKIN MERENG!~~


Gambar HOT & SEKSI terlampau Didie Alias di ASK 2012


Errkkk..., seram sejuk gua bila tengok penampilan ala-ala zombie selebriti Didie Alias di Anugerah Skrin 2012 hari tu..

Entah apa lah yang best sangat pakai fesyen macam tu kann? Nak cari kelainan pun biarlah sesuai dengan budaya kita sebagai orang melayu..






Pendapat Anda? Hantu JerangkuNg Beb!~~adoi...

Rabu, 7 November 2012

LAWAK PAGI INI...BAKAL PRESIDEN DAN PM REPUBLIK OF MALAYSIA..!!!


Bila Anwar sebut dia nak tawan Putrajaya...

Sorang yang pakai kerusi roda tu dah mimpi nak jadi PRESIDEN REPUBLIK...

Sorang lagi yang memang chauvinis ultra kiasu tu nak jadi PM REPUBLIK...

Abih tu Anwar nak jadi apa?

Kalau dia jadi PRESIDEN/PM pun, dah tentu dia hanya jadi PUPPET jer...

Lagi dua ekor tu setuju ke?

Jadi DUTA OMEGA la kottttt..!!! Heh!

TERKINI !!! FUIYOOO.. Nurul Izzah saman Blogger dan Akhbar...




Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya, Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

Saya tidak merelakan fitnah akidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.


Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN


*** SAMANLAH KALO BERANI....

HARAP AMENG BUKAN HANGAT-HANGAT TAIK AYAM!~


Isteri Terharu Baca Surat Ameng Dari Penjara



Penyanyi Ameng (Spring) tidak sabar untuk bebas daripada penjara dan masih mempunyai perasaan sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap isterinya, Sabariah Zakariah walaupun mereka dipisahkan oleh tembok besi.

Menurut Sabariah, 43, dia terharu dengan kata-kata Ameng dalam surat yang diterimanya pada Selasa kerana ia menunjukkan sifat romantik suaminya yang tidak pernah diungkapkan dengan kata-kata selama lapan tahun mereka mendirikan rumah tangga.
“Saya baru terima surat ketiga daripada Ameng pada hari ini (Selasa). Surat itu dikirimkan pada 9 Oktober lalu tetapi baru hari ini sampai.
“Saya terharu dengan isi surat itu kerana ia menceritakan isi hati dan perasaan suami terhadap saya. Selama saya mengenalinya, tidak pernah dia meluahkan kata-kata sedalam itu kerana dia bukan jenis yang romantik.
“Surat kali ini sangat mendalam dan istimewa. Ia menguatkan lagi hubungan kami suami isteri,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Selasa.
Sabariah berkata, surat itu mengukuhkan lagi ikatan mereka biarpun dia terus disindir dengan kata-kata sinis segelintir pihak yang mempersendakan hubungan mereka sejak penahanan Ameng di Penjara Kluang, Johor kira-kira setahun lapan bulan yang lalu.
“Banyak dugaan sejak dia dipenjarakan. Ramai yang meragui kesetiaan Ameng terhadap saya apabila dia dibebaskan nanti tetapi saya percaya apa juga luahan dan kerinduannya itu adalah ikhlas.
*** Hope bukan hanya insaf dalam penjara sahaja....harap selepas kuar penjara dapat berubah diri..

Isnin, 5 November 2012

NURUL IZZAH MEMANG SENGAJA NAK PERANGKAP UMNO-BN DALAM ISU MELAYU MURTAD DAN LGBT!!!



Kalau para pemimpin Pakatan Rakyat mencipta isu, ia sebenarnya adalah ciptaan pakar strategi luar yang menjadi tuan sebenar kepada Pakatan Rakyat. Para pemimpin Pakatan Rakyat yang kelihatan 'terlebih pandai' itu sebenarnya hanyalah kakatua yang diajar bercakap sedangkan mereka sendiri tidak begitu faham dengan apa yang mereka cakapkan.

Dek kerana itulah, kebanyakan isu yang disuarakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, langsung tidak mempunyai nilai-nilai dan budaya Malaysia, sebaliknya ia menyerupai budaya Zionis yang hidup di tengah-tengah tanah dan kaum Arab yang telah dijenayahkan oleh puak Zionis yang mendatang ke jazirah Arab.

Dan seperti yang diketahui, Zionis tidak peduli dengan sebarang nyawa kerana yang penting bagi mereka adalah tembolok sendiri.

Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim memanjangkan lagi isu LGBT dan KEBEBASAN BERAGAMA yang semakin menarik perhatian golongan muda yang mahukan kebebasan serta tidak terikat dengan sebarang undang-undang. baca selanjutnya disini

Khamis, 1 November 2012

KAK JIJAH TAK MAHU TANDING PRU-13




Sehingga kini Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail masih belum menyatakan hasratnya untuk bertanding dalam PRU-13. Bagaimanapun, tegas Presiden PKR itu, beliau tidak mempunyai masalah untuk bertanding dan boleh memilih kerusi mana yang boleh ditandinginya.

Atas sebab itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie bersedia menawarkan Wan Azizah untuk bertanding di 4 kawasan DUN yang ‘selamat’ di Selangor iaitu DUN Seri Muda, DUN Kota Anggerik, DUN Seri Setia dan DUN Sementa.

Shuhaimi Shafie yang juga ADUN Sri Muda sanggup memberikan kerusi itu kepada Presiden demi Anwar Ibrahim. Ternyata Shuhaimi sanggup mengkhianati rakyat Selangor yang telah memberikan kemenangan pertama kepadanya dalam PRU-12 dulu. Walau bagaimanapun, kemenangan PRU-13 masih samar-samar memandangkan rakyat Selangor kini sudah mula memahami ‘kuasa rakyat’ atas sebab janji-janji Pakatan Pembangkang yang tidak ditepati.

Keempat-empat kerusi DUN tersebut dikatakan kerusi yang selamat berdasarkan keputusan PRU-12 yang lalu. Untuk pengetahuan Shuhaimi, rakyat Selangor tidak akan terpedaya lagi dengan Pakatan Pembangkang dan nescaya sokongan dalam PRU 2008 tidak akan sama dengan PRU-13 yang akan datang ini. Secara tidak langsung, semua kawasan DUN baik yang diwakili Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim di DUN Ijok pun masih belum selamat.

Apakah pengalaman Wan Azizah sebagai wakil rakyat? Jika ada sekalipun hanya dalam masa yang singkat. Malah telah mengkhianati rakyat dan pengundi Permatang Pauh dengan meletak jawatan bagi memberikan ruang kepada suaminya, Anwar Ibrahim untuk bertanding dan memenangi Parlimen Permatang Pauh dalam keadaan yang memalukan.

Ternyata perjuangan Pakatan Pembangkang khususnya PKR ini bukan untuk memperjuangkan nasib rakyat malah manifesto itu sekadar janji-janji kosong. Tidak keterlaluan dikatakan PKR hanya berjuang untuk jawatan dan kuasa politik sahaja. Jika benar perjuangan untuk rakyat kenapa rakyat Selangor dan Pulau Pinang tidak habis-habis ditimpa masalah. Kenapa PKR tidak mempercayainya?sumber