Mungkin Pas Neh "Bapa" Kita Perlu Berhati-hati Dalam Berkata2....
Masa kecil-kecil dulu dalam rumah JR ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Antaranya tak boleh mencarut (menyebut benda-benda yang ada dalam seluar dalam lelaki dan wanita), tak boleh menyebut beberapa perkataan yang "diharamkan" dalam rumah seperti "babi", "celaka" dan "haram jadah". Kami anak-anak bapa tak sekali pun pernah menyebut perkataan-perkataan yang "diharamkan" itu. Tak boleh dibayangkan jika anak-anak bapa menyebutnya, agaknya mungkin semua gigi akan tersepai keluar dari gusi kena penampar bapa kami yang sangat garang itu.
Tapi pagi tadi kira-kira jam 11.00 pagi ketika kebetulan sedang tertonton TV di sebuah klinik, JR terkejut bukan main kerana ucapan "haram jadah" itu keluar dari seorang "bapa". "Bapa" itu bukan menyebutnya dalam lakonan drama TV tapi dia menyebutnya dalam satu majlis yang dihadiri ramai orang yang disiarkan secara langsung oleh TV.
"Haram jadah mereka!” kata "bapa" di hadapan orang ramai yang beribu-ribu orang itu. Kalau tak silap JR dua kali "bapa" mengucap perkataan "haram jadah" itu. Dan kata-kata "haram jadah"nya itu menerima tepukan gemuruh dari khalayak di depannya.
Sebenarnya majlis yang diadakan dan dihadiri oleh beribu-ribu orang itu diadakan di Felda 8, Jerantut, Pahang. Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sebahagian dari ucapannya banyak mengkritik segelintir generasi peneroka Felda dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang tak habis-habis mempertikaikan penyenaraian saham FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di bursa saham Malaysia.
Pada mulanya JR bukan beri perhatian sangat kepada apa yang ada dalam skrin TV, sebab perhatian JR lebih kepada nombor angka giliran di pintu bilik rawatan doktor. Tapi bila Datuk Seri Najib mengulang perkataan "haram jadah" itu dua kali kepada pengkritiknya, JR sangat-sangatlah terkejut.
Mana tak terkejut, Perdana Menteri adalah seperti "bapa" bukan saja kepada peneroka tapi juga kepada semua rakyat Malaysia. Memang kadang-kadang anak-anak nakal, anak mengkritik bapa biasalah, anak JR pun pernah menegur JR jika JR buat salah. Tapi JR tak pernah membalas teguran anak dengan suara kuat dan lantang, "Haram jadah kamu!".
Perdana Menteri adalah umpama "bapa" kepada rakyat Malaysia. Mengapa Perdana Menteri sebagai "bapa" sanggup memaki hamun "haram jadah" kepada anak-anaknya sendiri? Jika anak nakal, wajarkah perkataan "haram jadah" itu dihamburkan? Sebagai "bapa" tidak adakah kata-kata lain yang lebih sesuai digunakan kerana bukankah orang Melayu selalu digambarkan sebagai bangsa yang "bersopan santun dan berbudi bahasa"?
Yang lorek itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa
Budi Bahasa Budaya Kita
Malang sungguh kerana kata-kata ucapan "haram jadah" Perdana Menteri kita itu disiarkan secara langsung oleh TV. Ramai rakyat termasuk JR yang menontonnya. Malang sungguh.
Nasib baik juga allayarham bapa JR sudah lama meninggal. Jika dia masih hidup dan menonton TV pagi tadi, pasti dia sudah pengsan kerana kata-kata yang "diharam"kannya itu diucap sendiri oleh pemimpin tertinggi kita yang sangat dihormatinya!
Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak kata.....
Dipetik dari - http://mycuteshoppe.blogspot.com/2012/05/bila-ayah-panggil-anaknya-haram-jadah.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...