Khamis, 31 Mei 2012

#POLITIK# NAJIB SAH PAKAI RANTAI!


Jelas Rantai Yang DS Najib pakai....



Wahai saudara pembaca sekalian, walaupun saya seorang penyokong kerajaan. Tetapi saya tidak berminat membuat penafian kosong semata-mata dengan melemparkan pelbagai tuduhan kerana tindakan tersebut persis tindakan Anwar Ibrahim yang sentiasa menuduh kerajaan setiap kali beliau melakukan kesalahan.

Kita menuduh pembangkang super-impose, ada pula yang kata Najib Razak bukan memakai rantai sebaliknya memakai 'Ear-Piece' sejenis alat yang disambung ke walkie-talkie yang biasa digunakan oleh pengawal-pengawal VVIP.

Untuk lebih adil jom kita buat sedikit penyelidikan.

Kita 'zoom-in' dengan lebih dekat lagi foto DS Najib Tun Razak :


Nak TAHU LEBIH LANJUT http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/05/rantai-apa-yang-dipakai-oleh-ds.html

Selasa, 22 Mei 2012

#POLITIK# KALO ADA 100 ORANG DALAM UMNO SEPERTI INI, HANCUS UMNO!!!~


Nak meluat nengok sikap kome yangmacam lalang..tak dapat tender kome mengamuk macam lembu naik minyak yer yeob?
 Dapat lembu terus kome nunduk macam lembu kena cucuk hidung!~

Inilahlah pengikut yang tak pernah ikhlas dalam perjuangan…kome nie tak ubah macam lalang 

weh!...perjungan kome neh takkan bertahan lama..serius beb!

Hanya memalukan parti UMNO jer dengan melayan org mcm ini…

Mengamuk sakan macam lembu naik minyak, sebab tak dapat projek PASIR..kome nak kuar pergi la kuar..heran sangat ke Zambry tak dapat orang mcm kome neh...duduk dalam parti tur sebab nak projek semata2...bodoh kalo ambik orang mcm nie lagi...

Udah dapat projek lain pulok citernyer yer yeob? ajer muka tak malu sungguh....tak tau teman kome neh orang jenis aper....LALANG...LALANG...LALANG.....

Jumaat, 18 Mei 2012

#SOSIAL# VIDEO TERBAEKKKK UNTUK KAKITANGAN AWAM


Video Untuk Kakitangan Awam??

Haha, dasat video neh..Makan dalam tur….

Adakah betul kakitangan awam di negara ini seperti ini?

Rasanya segelintir ajer kot…if ada yang terkena batang hidung sila nyatakan ok?

Kalo SM kena macam kat dalam video tur SM taraaaa kan ajer baru dier tau....hahaha

#POLITIK# SAYA RELA MASUK PAS-rita


Artis Masuk Pas????

Sudah lama diperkatakan…bukan SM nak mempertikaikan kehendak dan pilihan retis-retis neh yang tiap kali dah bertaubat akan memasuki PAS…tapi mengapa perlu setiap kalinak bertaubat mesti masuk ke arah saner???

Pelik2 babe!....

Wah.....Cun..Cun...Hope Terus Menutup Aurat!~~~

Selasa, 15 Mei 2012

#POLITIK# RAKYAT SUDAH MULA MENGHITUNG MASA


Akhlak dan sikap pemain politik di Malaysia………

Salam, sikap, akhlak, keikhlasan, kepimpinan, kebaikan dan keburukan pemimpin-pemimpin di  negara ini dinilai dengan penuh teliti oleh rakyat di negara ini….
Ramai rakyat diluar sana  yang mempunyai prinsip ‘Atas Pagar’…yang asek melihat perilaku-perilaku pemain politik dinegara ini…

Semakin hari semakin SM lihat kebanyakkan pemain politik semakin hilang arah…mempamerkan budaya yang tidak sihat dan memualkan dengan memainkan sentimen “dalam kain”…persoalannya adakah ini yang rakyat mahu dari pemain-pemain politik? Simpan jawapan anda………

Pening Najib Dengan Ahli-ahlinya...

Ada sesetengah pemimpin yang melakukan kempen untuk rakyat, tetapi pada masa yang sama menyusahkan pemimpin atasan yang mahu menjelaskan keadaan sukar tersebut kepada rakyat..sebagi contoh ahli-ahli UMNO Bahagian Shah Alam yang bersorak terkinja-kinja  di Plaza Tol Sungai Rasau bagi menuntut Kerajaan Pusat memansuhkan tol itu dan tol Batu Tiga, Shah Alam.

Pening kepala Najib bila ahli-ahli UMNO membuat keputusan terburu-buru bagi memperlihatkan kepada rakyat yang mereka buat keje tp pd masa yang sama memberi impak yang cukup besar kepada Najib mahu menjelaskan kepada rakyat…ia akan menimbulkan kemarahan atau kesukaan rakyat? Simpan jawapan anda…

Bagus Ker? Pak cik-Pak Cik Neh PK Apa Masa Buat Keje Neh?

Bukan itu sahaja, lawak pagi berlangsung di rumah Ambiga, apabila Sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi ini. Adakah rakyat melihat ini satu lawak atau kebangangan? Simpan jawapan anda…

Lawak malam harinya pula, apabila bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin yang  menyerbu masuk ke dalam khemah ceramah anjuran UMNO di kpg Tualang Sekap, Malim Nawar....penceramah yang sedang asek berceramah terkedu dan mengalihkan topik perbualan (Video yg ditonton oleh SM)….melihatkan kepada rakyat apakah Berani itu benar, atau Takot itu salah???....simpan jawapan anda…

Pemain-pemain politik dinegara ini khususnya dari kerajaan yang kita sanjung kini semakin hilang pertimbangan dan arah yang sebenar…

Dimana semangat perjuangan sebenar wahai perwira-perwiraku? Semakin malap dengan $$$$ atau samakin malas kerana $$$?....simpan jawapan anda….
Apa pun, PRU 13  akan berubah pentadbiranya JIKA semua pemain-pemain politik ini khususnya di dalam kerajaan masih lagi alpa, sibuk bermain politik “Dalam Kain”, asyek dgn $$$, ego kerana kuasa…Rakyat Kini Bukan seperti dulu…….Simpan Jawapan Anda sehingga PRU-13..

Alahaiiiiiiiiiiiiii..................ini ker yang Mahu Kita Hidangkan Kepada Rakyat????



Khamis, 10 Mei 2012

#POLITIK# "I never want to see you again aziz!"-AnuWar


DAP ialah singkatan kepada Democratic Action Party.Namun nama itu tidak seindah rupa.Ini bila Naib Pengerusi Kebangsaan parti itu menjadi korban pandangan ikhlasnya mengenai gejala negatif tentang himpunan Bersih 28 April lalu yang bertukar ganas.

Tempoh jawatan beliau sebagai Senator yang dijadual berakhir 30 Mei ini tidak akan dilanjutkan.

Jawatan Senator boleh disandang selama dua penggal enam tahun yakni tiga tahun satu penggal.

Perkara itu disahkan oleh Tunku Abdul Aziz sendiri kepada Bernama ketika ditanya mengenai laporan portal berita bahawa tempoh keanggotaan beliau sebagai Senator, yang akan berakhir pada 30 Mei ini, tidak akan diperbaharui.

“Ya, perkara itu (tidak dilantik semula) benar. Itu cuma pengorbanan yang kecil,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis jamuan perpisahan bagi meraikan anggota Dewan Negara yang tamat tempoh perkhidmatan di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur Rabu.

Tunku Abdul Aziz mengesahkan bahawa ia adalah susulan kenyataannya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara 24 April lepas yang secara terbuka menolak perhimpunan dirancang badan bukan kerajaan dan disokong pembangkang di Kuala Lumpur 28 April lepas.

Beliau antara lain menduga keadaan yang tidak terkawal pasti akan berlaku dari perhimpunan seumpama itu.
Katanya bila berlaku kekecohan dan kecederaan biasanya pihak berkuasa dan polis akan dipersalahkan.

Tunku Abdul Aziz menyertai DAP pada 2008 dan dilantik sebagai Senator pada 2009 bagi kuota kerajaan negeri Pulau Pinang.

Beliau merupakan segelintir kecil orang Melayu yang bergiat aktif dalam parti itu – Agendadaily



Rabu, 9 Mei 2012

#POLITIK# BILA "BAPA" AJAR ANAK MAKI HAMUN?




                          Mungkin Pas Neh "Bapa" Kita Perlu Berhati-hati Dalam Berkata2....

Masa kecil-kecil dulu dalam rumah JR ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Antaranya tak boleh mencarut (menyebut benda-benda yang ada dalam seluar dalam lelaki dan wanita), tak boleh menyebut beberapa perkataan yang "diharamkan" dalam rumah seperti "babi", "celaka" dan "haram jadah". Kami anak-anak bapa tak sekali pun pernah menyebut perkataan-perkataan yang "diharamkan" itu. Tak boleh dibayangkan jika anak-anak bapa menyebutnya, agaknya mungkin semua gigi akan tersepai keluar dari gusi kena penampar bapa kami yang sangat garang itu.

Tapi pagi tadi kira-kira jam 11.00 pagi ketika kebetulan sedang tertonton TV di sebuah klinik, JR terkejut bukan main kerana ucapan "haram jadah" itu keluar dari seorang "bapa". "Bapa" itu bukan menyebutnya dalam lakonan drama TV tapi dia menyebutnya dalam satu majlis yang dihadiri ramai orang yang disiarkan secara langsung oleh TV.

"Haram jadah mereka!” kata "bapa" di hadapan orang ramai yang beribu-ribu orang itu. Kalau tak silap JR dua kali "bapa" mengucap perkataan "haram jadah" itu. Dan kata-kata "haram jadah"nya itu menerima tepukan gemuruh dari khalayak di depannya.


Sebenarnya majlis yang diadakan dan dihadiri oleh beribu-ribu orang itu diadakan di Felda 8, Jerantut, Pahang. Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sebahagian dari ucapannya banyak mengkritik segelintir generasi peneroka Felda dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang tak habis-habis mempertikaikan penyenaraian saham FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di bursa saham Malaysia. 


Pada mulanya JR bukan beri perhatian sangat kepada apa yang ada dalam skrin TV, sebab perhatian JR lebih kepada nombor angka giliran di pintu bilik rawatan doktor. Tapi bila Datuk Seri Najib mengulang perkataan "haram jadah" itu dua kali kepada pengkritiknya, JR sangat-sangatlah terkejut.

Mana tak terkejut, Perdana Menteri adalah seperti "bapa" bukan saja kepada peneroka tapi juga kepada semua rakyat Malaysia. Memang kadang-kadang anak-anak nakal, anak mengkritik bapa biasalah, anak JR pun pernah menegur JR jika JR buat salah. Tapi JR tak pernah membalas teguran anak dengan suara kuat dan lantang, "Haram jadah kamu!".

Perdana Menteri adalah umpama "bapa" kepada rakyat Malaysia. Mengapa Perdana Menteri sebagai "bapa" sanggup memaki hamun "haram jadah" kepada anak-anaknya sendiri? Jika anak nakal, wajarkah perkataan "haram jadah" itu dihamburkan? Sebagai "bapa" tidak adakah kata-kata lain yang lebih sesuai digunakan kerana bukankah orang Melayu selalu digambarkan sebagai bangsa yang "bersopan santun dan berbudi bahasa"?

Yang lorek itu kendi
Yang merah itu saga 
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa

Budi Bahasa Budaya Kita

Malang sungguh kerana kata-kata ucapan "haram jadah" Perdana Menteri kita itu disiarkan secara langsung oleh TV. Ramai rakyat termasuk JR yang menontonnya. Malang sungguh.

Nasib baik juga allayarham bapa JR sudah lama meninggal. Jika dia masih hidup dan menonton TV pagi tadi, pasti dia sudah pengsan kerana kata-kata yang "diharam"kannya itu diucap sendiri oleh pemimpin tertinggi kita yang sangat dihormatinya!

Terlajak perahu boleh diundur 
Terlajak kata.....

Dipetik dari - http://mycuteshoppe.blogspot.com/2012/05/bila-ayah-panggil-anaknya-haram-jadah.html

Selasa, 8 Mei 2012

#POLITIK#PENYOKONG UMNO YANG SEMAKIN BODOH



Macam BABI!..serius aku cakap kat penyokong UMNO yang bodoh, bangang dan tak tau nak bersoapan santun…

Ko cakap BERSIH tur kotor? Ko plak? Lagi macam babi kot..ckp tak der bahasa..aku makin meluat dgn penyokong-penyokong UMNO skang..Cian la kat PM yang ada kat atas tur..sibuk beri perspaektif positif pada rakyat..tiap2 hari ambil hati rakyat..bekerja siang malam untuk rakyat..tp pangai korang yang buat rakyat makin benci dgn BN ada paham?

Nia aku cakap terus terang beb!...yang datang nak haling BERSIH hantar memorandum tur aku rasa semua tua2 panjang dah…tapi boleh nak buat pangai macam budak2..korang tengok muka dan reaksi POLIS dalam video tur, polis pun nyampah kat korang (penyokong umno) faham tak? Sampai polis yang bergaduh dengan BERSIH pun tak back up korang, skang korang tau kenapa kan? Sebab pangai bodoh korang…

Siap polis ckp ‘tak2 per..kitorang excot’…dari siapa? Mestilah dari sikap2 bangang korang..paham?

Korang langsung tak der skill handla masalah tanpa marah kan? pas habis marah mesti korang malu sendiri sebab nampak bodoh bila terjerit2 macam mnyet kat ctu..serius!

Cuba korang  tunjukkan sikap hormat menghormati..deal cara org professional..so, pihak lawan pun pun jadik segan paham tak?

Siap cakap benda2 kotor lagi…kutuk2 org sedap2 jer…ORANG RAMAI TENGOK VIDEO NEH HANYA AKAN MENAMBAHKAN RASA MELUAT YANG DITUNJUKKAN SEMASA MENGUNDI..ada paham? Kepada pak-cik2 yang mulut celupar tur aku rasa baiklah insaf dan tnjukkan teladan yang baik pada org2 muda…

Aku makin tawar hati bila aku asyek jumpa org2 UMNO yang hanya ada nilai buruk dalam diri...

k bye

Jumaat, 4 Mei 2012

#SOSIAL# AKHIRNYA BOB KUMAN TINGGALKAN KITA.............


Arwah....

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Husni Rawi atau Bob Kuman disahkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini. 
Kematian artis komedi terbabit yang berusia 40 tahun disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.

Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama “Jangan Pandang Belakang Congkak” di Hulu Langat tahun lalu. 
Menurut personaliti TV3, Mazidul Akmal Sidek, arwah dilaporkan tidak sedarkan diri dan kemudian dimaklumkan kepada beliau.

Ketika tiba di rumah arwah pada jam 4.30 petang, jururawat peribadi arwah, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR. 

“Berapa minit buat CPR?,” soal Mazidul.
“Lebih kurang 20 minit bang,” balasnya. 

Beberapa minit kemudian, dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan mengesahkan Bob meninggal dunia 8 minit kemudian.

“Tiada nadi dan nafas, anak mata sudah membesar,” ujar kakitangan hospital terbabit.
Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya. 
Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan.

Kini jenazah sedang diziarahi oleh orang ramai di rumah arwah, C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.