Pada tahun 1833, Mexico mengalami wabak taun. Beribu-ribu lelaki, wanita dan kanak-kanak Mexico menjadi mangsa penyakit itu. Undang-undang yang pada masa itu menyatakan bahawa cukai kubur terpaksa dibayar oleh keluarga si mati. Sekiranya cukai kubur tidak dibayar, mayat manusia akan dikubur dan disimpan, sehingga cukai telah dibayar.
Ini mengakibatkan mereka yang tidak mempunyai waris, mayat mereka di simpan oleh pihak kerajaan. Keadaan iklim yang kering dan keadaan tanah dikenalpasti punca mengapa mayat tidak mereput dan menjadi mumia secara semulajadi.Hinggalah pada lewat 1990an kerajaan mula menjadikan mumia ini sebagai tarikan pelancong.
Beberapa mumia yang dipamerkan membuktikan yang mereka ditanam hidup-hidup. Terdapat begitu banyak mangsa untuk dikebumikan semasa wabak taun dan ada beberapa orang yang sakit telah ditanam sebelum mereka meninggal dunia. Wajah mereka yang ditemui menunjukkan betapa mereka mengalami kesengsaraan dan berputus asa.
Sesetengah orang-orang yang telah ditanam hidup-hidup didapati menutup muka mereka dengan tangan mereka, dan banyak tanda calar pada badan mereka, disebabkan oleh perjuangan mereka untuk melarikan diri dari kubur masing-masing. Mumia ini mewujudkan paparan mengerikan
dan menyeramkan.
Tidak semua mayat-mayat yang disebabkan oleh wabak taun. Salah satunya Ignacia Aguilar yang mengalami keadaan jantung yang berhenti untuk beberapa jam pada satu-satu masa. Satu pengalaman pahit bagi dirinya bila jantungnya berhenti lebih panjang daripada biasa.
Menganggap dia mati, keluarganya telah mengkebumikannya. Setelah lama tertanam, mayatnya ditemui terletak dengan cara yang luar biasa. Aguilar telah didapati cuba bangkit dengan
lengan kemukanya dan telah menggigit daging lengannya. Terdapat darah di dalam mulut dan calar- calar pada dahinya. Sangat kasihan bila saja dia menemui dirinya ditanam hidup-hidup dan terperangkap, Ignacia Aguilar cuba untuk membunuh diri.
I
I
I
I
V
INI MAYAT YANG SANGAT MENGERIKAN DARI GAMBAR-GAMBAR DI ATAS!!!
SILA JANGAN LIHAT LAMA-LAMA DIKHUATIRI ANDA AKAN DISERANG SAKIT JANTUNG!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...