Khamis, 15 Mac 2012

#POLITIK# KISAH BURUNG PIPIT DAN ANWAR IBRAHIM

 


Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa airmenggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantumemadamkan kebakaran.

Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?

Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.

Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?

Burung : Aku tahu.

Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tidak akan dapat memadamkan kebakaran itu?

Burung : Aku tahu wahai pemuda.

Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?

Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada aku nampak atau tidak kebakaran itu, aku akan jawab bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu aku akan menjawab bahawa aku telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.

Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.
Moral : Jika kita mahu menolong seseorang, bantulah sekadar yang kita mampu. Sekurang-kurangnya kita ada menyumbang bakti.
I
I
I
I
I
V
 
Bagaimana yang ini? Setahu SM, asek bercakap pongpang-pongpang atas pentas tapi tak daq satu apa pun yang diberikan untuk kebaikan rakyat..bohong..menipu..tunding jari pd org..itu jer kejernyer…

Agak2…antara burung pipit dengan Anwar Ibrahim siapa yang lebih Mulia?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...