Rabu, 27 Julai 2011

RAKYAT BIJAK DALAM MEMILIH!
Perdana Menteri Malaysia
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak Yang telah dipilih oleh majoriti Rakyat seharusnya dihormati dan dimuliakan sebagai seorang pemimpin

Pemimpin yang sah perlu diperakui serta diterima meskipun kadang kala kita berbeza fahaman politik


Generasi muda perlu dipupuk perasaan sayangkan negara agar dapatt melahirkan umat yang mendukung dasar agama, negara dan bangsa


Rakyat kini bukan saje didedahkan dengan pelbagai informasi tanpa sempadan tetapi bijak berfikir dan memilih setiap tindak-tanduk pemimpin mereka. Adakah dengan hanya janji2 kosong, hebat berpidato akan dapat menjamin kesinambungan dari segenap aspek di negara ini?
Dalam menghormati setiap pemimpin yang telah dipilih oleh majority rakyat di negara ini hukumnya adalah wajib seperti Firman Allah SWT:
Patuh kepada ketua dan pemimpin meliputi pelbagai bidang dan pengertian. Firman Allah swt bermaksud: “Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil Amri (pemerintah) daripada kalangan kamu” - (An Nisa: 59).

Mengapa kita perlu hormat dan taat kepada pemimpin? Penerangan di bawah mungkin dapat membantu:
1.      Sebenarnya sebagai rakyat Malaysia pemimpin kita ialah Perdana Menteri yang dilantik secara sah. Manakala pemerintah ialah Yang diPertuan Agong. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan juga parti wajib taat kepada kedua-dua selagi perintah itu tidak melanggar undang-undang dan syariat.

2.      Seluruh rakyat yang bermustautin dan bermukim di negeri-negeri berkenaan tanpa mengira agama, bangsa, dan parti politik wajib taat kepada pemimpin dan pemerintah mereka selagi kedua-duanya tidak mengarahkan sesuatu yang melanggar undang-undang dan syariat.

Persoalan sekarang, adakah realiti rakyat Malaysia hari ini taat kepada pemimpin dan pemerintah? Adakah pemimpin dan pemerintah sekarang ikut undang-undang dan syariat dan mengarahkan sesuatu yang berlandaskan undang-undang dan syariat? Apakah mereka adil dalam melaksanakan amanah Allah dan rakyat?
Mengikut pemerhatian Semerahcili! ada pemimpin yang tidak adil kepada rakyat yang berlainan parti. Ada pemimpin yang memilih kroni untuk memberi projek kerajaan. Ada juga pemimpin yang cakap tak serupa bikin, janji politik yang sukar ditunaikan. Pemimpin sebegitu sudah tentu tidak mengikut undang-undang dan syariat, maka sesiapa yang terlibat dalam urusan dengan pemimpin itu, tidak perlu taat. Tetapi dalam perkara lain yang elok dan menepati undang-undang dan syariat masih wajib ditaati.
Sebenarnya kalau semua rakyat ikut perintah Allah dan Rasul, mereka pasti tidak menjadi pembangkang kepada pemimpin yang telah dilantik. Maknanya seluruh rakyat Malaysia akan taat kepada Perdana Menteri dan pemimpin di bawahnya.
Seluruh rakyat negeri Selangor wajib taat kepada Mengeri Besar dan pemimpin di bawahnya. Seluruh rakyat Perak wajib taat kepada Menteri Besar yang sah dan pemimpin yang di bawahnya.
Begitu juga di negeri-negeri lain termasuk pemimpin yang bukan Islam seperti di Pulau Pinang. Rakyat tersebut boleh menjadi pembangkang kepada perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan Syariat tetapi dengan cara yang betul dan melalui saluran yang betul.
Dalam ini yang menjadi pembangkang bukan semestinya daripada golongan parti pembangkang, sebaliknya mereka daripada parti pemerintah juga boleh membangkang pemimpin.
Kalau perkara ini boleh dipraktikkan oleh rakyat, pastilah negera kita akan maju, aman dan mendapat keredaan Allah.
Sedarlah wahai pemimpin dan pemerintah dan juga seluruh rakyat Malaysia, kita dihidupkan oleh Allah di muka bumi ini untuk memakmurkan bumi ini. Kalau kita asyik mempertikaikan itu dan ini, masa bila kita hendak memakmurkan bumi ini. Ingatlah amanah Allah akan dipersoalkan di akhirat nanti, jadi fikirlah sebelum kita semua dijemput oleh Allah bertemunya nanti. Wallahu’lam….
Note:
Pemimpin Yang Baik&Berakhlak mulia pasti Rakyat Akan Sanjung….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...