Jumaat, 12 Julai 2013

RAMDHAN BERSAMA SYRIA, JOM SAMA-SAMA BANTU MERAKA!~




Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Membantu?


1. Share Sebanyak Mungkin Poster Ini Supaya Mereka Yang Berkemampuan Menyumbang Kepada Kami Sekaligus Menjayakan Misi Ini.



2. Jadikan Poster Ini Sebagai 'Cover Photo' Anda Sekaligus Akan Membuka Mata Lebih Ramai Dermawan Untuk Sama-Sama Menyumbang.

3. Cetak Poster Ini Dan Edarkan Di Masjid, Pasar Malam Dan Kawasan Tumpuan Orang Ramai.

“Sedekah Itu Memadamkan Dosa Sebagaimana Air Memadamkan Api.”

AGUNGNYA SEORANG MANUSIA BERNAMA MUHAMMAD S.A.W

Semua sedia maklum satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya. Rahmatan Lilalalmin.

baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...

Ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan kembali kepada panjang asal....

ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW

Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.

Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu

Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang

Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”

Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :

Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.” Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”

Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”

Istimewanya darah Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”

Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”

Peluh Rasulullah SAW wangi :

Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”

Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap

Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”

Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:

1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)

3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)

4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)

5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)

6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)

7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.

8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)

9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)

10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)

11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)

12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad)

13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)

14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)

15. Mula-mula Qarin yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya Qarin tersebut.

16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)

Wallahua'lam...

Rabu, 10 Julai 2013

ZAHID HAMIDI BANTAI GOBIND SINGH!!!




Persidangan Dewan Rakyat semalam, kembali mencuri perhatian apabila berlaku sedikit kekecohan dan pertikaman lidah yang melibatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Isu bermula ketika Zahid selaku menteri yang bertanggungjawab menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat ketika seisi perbahasan menjunjung kasih titah ucapan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong minggu lalu.

Sengaja ingin mencetuskan pertikaian, anak lelaki Karpal itu bangun untuk memohon pencerahan sambil mempertikaikan perlantikan dan menuduh beliau tidak layak untuk menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri. Ahli Parlimen yang mewakili DAP itu turut bertindak biadab dan sengaja melanggar peraturan mesyuarat Dewan Rakyat ketika meminta penjelasan.

“Adakah kamu ugut dia, adakah kamu ugut dia, adakah kamu ugut dia?” jerit Gobind berulang kali.

Walaupun diasak berulang kali, Zahid tetap tenang menjawab persoalan yang dibangkitkan itu. Malah beliau turut mempertikaikan dan menempelak tindakan Gobind itu, kerana mempunyai kepentingan peribadi.

“Kes itu bukan kes jenayah tetapi kes sivil. Untuk pengetahuan dewan yang mulia, (ahli parlimen) Puchong ini ada kepentingan peribadi kerana menjadi peguam bela…laporan polis tersebut dibuat pada 2006, saya bukan Menteri Dalam Negeri (ketika itu),” katanya.

Zahid kemudiaan membidas Gobind kerana menyalahgunakan dewan apabila membangkitkan kes itu, sebaliknya isu berkenaan diselesaikan menerusi prosedur undang-undang di mahkamah.

“Kita jumpa di mahkamah,” kata Ahmad Zahid.

Tidak berpuas hati tindakan Gobind itu yang dilihat sengaja ingin menimbulkan suasana tegang, ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional bangkit dan mempertikaikan kewajaran itu sehingga menyebabkan persidangan pada petang itu kecoh hampir 15 minit.

Antaranya Ahli Parlimen Kepala Batas, Dato Seri Reezal Merican yang membangkitkan Peraturan Mesyuarat bagi meminta Speaker Dewan Rakyat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, 35 (6) menetapkan “Seseorang ahli tidak boleh bercakap berkenaan dengan apa-apa perkara yang ada dalamnya faedah kewangan yang tepat bagi dirinya jika tidak diterangkannya sebanyak mana faedah bagi dirinya dalam perkara itu.”

Gobind membangkitkan isu mengenai tindakan saman yang difailkan oleh Amir Bazli Abdullah terhadap Zahid yang dikatakan telah menumbuk muka anak guamannya kerana dikatakan telah melarikan anak perempuan Ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

Gobind menyalahgunakan kepentingan Parlimen untuk kepentingan firma guamannya yang menyaman Zahid dalam satu pertikaian sivil.

TAZKIRAH 1st RAMADHAN



Orang yang berpuasa mempunyai adab-adabnya, yang mana tidak akan sempurna puasa itu kecuali dengan adanya adab adab tersebut. Yang terpenting daripada itu adalah menjaga lidah dari dusta dan ghibah (menggunjing) serta membicarakan sesuatu yang tidak perlu baginya.


Ia jaga mata dan telinganya dari mendengarkan dan melihat kepada sesuatu yang tidak halal baginya serta sesuatu yang dianggap fudhul (berlebihan). Begitu pula ia jaga dirinya dari memakan makanan haram dan syubhat, khususnya keika berbuka puasa. Ia berusaha dengan sangat hati-hati untuk tidak berbuka puasa, kecuali dengan memakan makanan yang halal.

Seorang ulama salaf berkata: ”Apabila engkau puasa, lihat makanan apa yang engkau makan ketika berbuka dan di tempat siapa engkau berbuka.”

Hal itu merupakan dorongan agar berhati-hati mengenai makanan untuk berbuka puasa. Begitu pula orang yang berpuasa harus menjaga semua anggota tubuhnya dari melakukan dosa-dosa, kemdian dari perbuatan yang tidak perlu. Dengan itu puasanya menjadi sempurna dan bersih.

Banyak orang berpuasa dengan memayahkan dirinya dengan lapar dan haus, namun ia biarkan anggota tubuhnya berbuat maksiat sehingga merosakkan puasanya dan mensia-siakan kepayahannya. Nabi Muhammad SAW bersabda (yang ertinya):

“Banyak orang berpuasa, tetapi puasanya hanya menghasilkan lapar dan dahaga.”

Meninggalkan maksiat adalah wajib untuk selamanya keatas orang yang berpuasa mahupun orang yang tidak berpuasa. Akan tetapi bagi orang yang berpuasa lebih hati-hati dan lebih wajib. Nabi SAW bersabda (yang ertinya):

“Puasa itu adalah perisai. Maka pada hari seorang dari kamu berpuasa, janganlah ia berkata keji dan berbuat kefasikan serta jangan mengganggu orang lain. Jika ada orang memarahinya atau memakinya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa."




Termasuk adab orang berpuasa ialah untuk tidak banyak tidur di siang hari dan tidak banyak makan di waktu malam. Hendaknya dia makan sekadarnya hingga dia merasakan sentuhan lapar dan dahaga supaya jiwanya menjadi baik dan syahwatnya menjadi lemah serta hatinya menjadi terang. Itulah rahsia puasa dan tujuannya.

Hendaklah orang yang puasa menjauhi kemahuan dan kesenangan syahwat serta kenikmatan yang banyak. Sedikit-sedikitnya adalah kebiasaan bersenang-senang itu hanya sekali di bulan Ramadhan dan lainnya. Ini adalah sedikit-dikitnya yang patut. Akan tetapi latihan dan menjauhi keinginan nafsu menimbulkan pengaruh besar dalam dalam menerangi hati dan secara khusus di tuntut di bulan Ramadhan.

Adapun orang-orang yang menjadikan bersenang-senang dan hidup mewah di bulan Ramadhan yang mereka tidak biasa lakukan diluar bulan Ramadhan, maka hal itu adalah tipu daya syaitan yang menipu mereka supaya mereka tidak merasakan keberkahan puasa mereka. Dan supaya tidak nampak pada mereka pengaruhnya berupa cahaya, mukassafat, sifat khusyuk kepada Allah dan tunduk dihadapan-Nya menikmati munajat-Nya dan pembacaan kitab-Nya serta dzikir-Nya.

Kebiasaan salaf kita adalah mengurangi kebiasan dan kesenangan nafsu serta memperbanyakkan amal baik di bulan Ramadhan secara khusus, meskipun hal itu sudah dikenal dari perilaku mereka dalam seluruh waktu. Termasuk adanya ialah tidak terlalu banyak mengurusi dunia di bulan Ramadhan, tetapi mengkhususkan diri beribadah kepada Allah dan menyebut namaNya sebanyak mungkin.

Janganlah ia mengurusi dunia, kecuali bila sangat mendesak bagi keperluannya atau keluarganya yang wajib diurusinya. Hal itu disebabkan bulan Ramadhan di antara bulan-bulan lain seperti hari Jumaat di antara hari-hari yang lain. Oleh kerana itu orang2 mukmin harus menjadikan hari Jumaat dan bulannya ini khusus untuk akhiratnya.

Termasuk sunnah adalah menyegerakan berbuka puasa dan berbuka dengan kurma, jika tidak menemukannya, maka mencukupi ianya berbuka dengan air. Adalah Nabi SAW berbuka sebelum shalat maghrib, Nabi SAW bersabda:

“Umatku selalu dalam kebaikan selama mereka menyegerakan dalam berbuka puasa dan mengakhiri sahur.” Maka mengakhirkan sahur adalah sunnah pula. Orang yang puasa hendaknya makan sedikit.



Hal itu dimaksudkan supaya nampak pengaruh puasa padanya dan iapun bisa mendapat hikmahnya dan mencapai tujuannya, iaitu mendidik nafsu dan melemahkan keinginannya. Kerana rasa lapar dan kekosongan perut berpengaruh besar dalam menerangi hati dan kekuatan anggota badan dalam beribadah, sedangkan kekenyangan adalah menyebabkan kekerasan hati dan kelalaian serta kemalasan dalam melakukan ibadah. Nabi Muhammad SAW bersabda (yang ertinya):

“Tidaklah anak Adam mengisi wadah yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah anak Adam beberapa suap makanan untuk menegakkan tubuhnya. Jika ia tidak mampu menghindarinya, maka sepertiga perut itu untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya.”

Seorang arif berkata: “Apabila perut menjadi kenyang maka semua anggota tubuh menjadi lapar, dan apabila perut menjadi lapar, maka semua anggota tubuh menjadi kenyang.”

Maksud laparnya anggota-anggota tubuh adalah ibarat usaha dan keinginannya yang sangat untuk melampiaskan kesenangannya. Maka lidah suka bicara, mata suka memandang, dan telinga suka mendengar. Begitu juga anggota tubuh yang lain. Bangkitnya anggota-anggota tubuh itu adalah untuk mencari kelebihan dari kesenangannya ketika perut menjadi penuh.

Dan ketika perut kosong maka diamnya dan ketenangan anggota-anggota tubuh itulah yang diungkapkan dengan istilah kekenyangan anggota tubuh dan hal itu dapat disaksikan.

Sangat dianjurkan memberi makan orang-orang yang berpuasa, walaupun hanya beberapa butir kurma atau seteguk air. Nabi Muhammad SAW bersabda (yang ertinya):

“Barangsiapa yang memberi makan orang puasa, maka ia mendapat pahala seperti orang yang puasa itu tanpa mengurangi sedikitpun”.

Pahala ini mampu diperolehi orang yang memberi makan untuk berbuka puasa, walaupun hanya air. Ada pun orang yang memberi makan orang yang berpuasa sesudah berbuka puasa dirumahnya atau ditempat lain, maka ia tidak mendapat pahala ini, tetapi mendapat pahala memberi makan, dan pahalanya besar.

Bagaimanapun, memberi makan orang yang berpuasa sehingga kenyang adalah perbuatan yang mendapat banyak pahala.

CUEPACS SUDAH TUKAR NAMA JDK KESATUAN MEMINTA BONUS TAHUNAN!!!! KAHKAHKAH


bonus raya penjawat awam 2013

CUEPACS patutnya dah tukar nama jadi Kesatuan Meminta Bonus Tahunan (KEMUTAN) memandangkan setiap kali Presidennya buka mulut, suara yang keluar ialah KENAIKAN GAJI dan BONUS!!!


Dengan bersandarkan kepada alasannya bahawa pemberian bonus akan menjadi khabar gembira kepada kakitangan awam selain akan mengaktifkan lagi aliran tunai dalam negara, Omar Osman pastinya akan sangat menceriakan kakitangan awam, terutama sekali yang menjadi penyokong Pakatan Rakyat, memandangkan jumlah mereka adalah yang paling ramai menjawat jawatan tinggi.

Dari semasa ke semasa, rungutan tentang tahap dan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan awam tidak menurun sebaliknya bertambah. Walaupun lama-lama sekali Omar Osman ada juga mengeluarkan suara tentang hal berkenaan dan menasihati kakitangan awam agar mempertingkatkan mutu kerja mereka, tetapi yang lebih kerap keluar dari mulut Omar Osman adalah naik gaji, bagi bonus!

Tapi tak mengapalah, memang itu pun yang dikehendaki oleh kakitangan awam. Pastinya Omar Osman akan mendapat sokongan terbesar kerana kerap menimbulkan dan menekan kerajaan agar memberikan bonus serta menaikkan gaji selain memberikan pelbagai kemudahan dan manfaat lain kepada kakitangan awam.

Dua bulan setengah bonus... kalau dapat sebulan setengah pun dah dikira bagus!

Memandangkan kerajaan sekarang akan menuruti semua kehendak dan tuntutan, maka kita sekali lagi akan menyaksikan kakitangan awam akan mendapat bonus dan kita bolehlah tumpang gembira dengan bonus yang diterima oleh kakitangan awam.

Rasa-rasanya, elok kalau kerajaan tambah lagi tenaga kerja dalam semua perkhidmatan dan agensi kerajaan. Kalau boleh, biarlah sehingga 75% gunatenaga berada dalam bidang perkhidmatan awam. Nak lagi cantik, lagi kuat menyokong Pakatan Rakyat, maka lagilah tinggi pangkat dan manfaat diberikan kepadanya... SEPERTI YANG SEDANG BERLAKU SECARA BERLELUASA DALAM KEMENTERIAN PELAJARAN dan GOLONGAN PTD!!!

Isnin, 8 Julai 2013

PAS UMUM CALON ESOK PRK N1, KUALA BESUT!~

kuala besut prk
PAS telah mempunyai tiga calon yang disenarai pendek bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.
Setiausaha agung parti Datuk Mustafa Ali berkata, presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan calonnya malam Selasa, di Kuala Besut.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan mengumumkan pilihan Barisan Nasional (BN) pada Selasa.
Hari penamaan calon telah ditetapkan pada 12 Julai dan hari pengundian ditetapkan pada 24 Julai.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kosong berikutan kematian Datuk Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu.
Ketua Ulama PAS Terengganu Hussin Awang berkata walaupun menghadapi banyak kemungkinan, parti itu akan berusaha untuk memastikan kemenangan.
Pada pilihan raya umum baru-baru ini, BN memenangi 17 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat (PR) memperolehi 15 kerusi negeri di Terengganu.
Jika PAS menang, BN dan PR masing-masing akan mempunyai 16 kerusi DUN.
Hussin berkata rampasan ke atas kerusi DUN Kuala Besut tidak mustahil kerana PAS telah memperolehi kemenangan di sana pada pilihan raya umum tahun 1959, 1969 dan 1999.
“Ia akan menjadi sukar tetapi kita masih mempunyai peluang untuk berjuang,” katanya, sambil menambah PAS juga memenangi kerusi itu pada tahun 1974 apabila PAS berada di BN.
Hussin berkata, PAS akan memberi tumpuan berkempen kepada nelayan dan petani yang membentuk sebahagian besar daripada pengundi di Kuala Besut.
- mStar

Rabu, 3 Julai 2013

MURAHNYA GADIS MELAYU DI MALAYSIA!~



Boleh nilai sendiri...apa nak jadi dengan anak2 melayu kita skang...

SERAM! MISTERI KAMPUNG TANDUO YANG JARANG DIKETAHUI UMUM




Bunyi aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang berkawal. Sejak awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami. Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar.

Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai. Beberapa penduduk berhampiran, terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke Pekan Lahad Datu.

Menurut Ali Hadi, 30, dia pernah ‘bertemu’ dengan ‘lembaga’ seperti manusia yang melintas di laluan utama kawasan Felda itu. “Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang. “Saya beranikan diri turun dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika benar-benar terlanggar orang. Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada siapa yang saya langgar. Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam kenderaan dan terus memecut laju.”

Menurut Ali, hingga hari ini dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnya ketika itu. Seorang lagi penduduk Felda Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga menceritakan perasaan aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula. “Ada satu hari saya dengar bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun kelapa sawit berhampiran rumah saya. “Mendayu-dayu. Nak kata bunyi anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih jelas didengari. Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi polis, tapi kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja.”

Perkara itu turut diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam. “Kami beberapa kali terdengar bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam kesakitan. “Bila diperiksa, tiada sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan terutama pada waktu malam dan tengah hari,” katanya. Malah ada juga yang mendakwa pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan.

Menurutnya pernah pada suatu ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa di lokasi berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada sesiapa di situ. Peluang menjejak kaki ke Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk dinafikan. Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh penduduk Felda Sahabat ditunjukkan kepada kami.

Melalui jalan-jalan sunyi dan menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada sejenis aura yang dirasai. Tidak pasti sama ada yang hadir itu ‘angin’ negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik rasa berjaga-jaga sepanjang berada di sini.

Bertandang seketika di surau Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak degup dada berubah rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan mengawasi kehadiran

Selasa, 2 Julai 2013

AZAN FLOWER - MEKAR SEMASA AZAN BERKUMANDANG

Subhanallah, laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang tertidur. Stesen televisyen CNN, pernah menayangkan sebuah dokumentari yang menunjukkan keajaiban laungan azan.

Bunga-bunga yang pada awalnya kuncup berubah menjadi mekar ketika azan berkumandang. Fenomena mengagumkan yang terjadi di Azerbaijan ini (juga terdapat di Turki) telah  mendapat perhatian dari media Barat. Lihat keajaiban bunga azan di dalam video di bawah ini.

bunga pon tahu memberi tindak balas...kerana apa? kerana ia fitrah...

tapi manusia? manusia2 yg jahil azan pon kdg2 xheran...

moga kita semua dikalangan manusia2 yg beriman....

KEHIDUPAN ADIK BARACK OBAMA YANG BERBEZA DENGAN ABANGNYA, PRESIDEN US

Presiden Barack Obama mungkin merupakan pemimpin bagi negara yang paling berkuasa di dunia iaitu Amerika Syarikat..Namun, di sebalik kehidupannya sebagai seorang pemimpin, mungkin ramai daripada kita tak tahu yang beliau sebenarnya mempunyai seorang adik tiri yang dikenali sebagai George Hussein Obama yang mempunyai kehidupan berbeza dari beliau..

Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..

Jika Barrack Obama tinggal di rumah Putih serba mewah dengan pesawat canggih Air Force One, adiknya pula, George Hussein Obama,30 tinggal di dalam pondok buruk satu bilik berdindingkan zink di perkampungan Huruma, kawasan setinggan terkenal di Nairobi.

Kedua-dua beradik ini berkongsi bapa yang sama, tetapi berlainan ibu. Barrack Obama dilahirkan di Hawai, daripada isteri kedua bapanya, manakala George Hussein Obama pula daripada isteri keempat dilahirkan di Kenya.

George membesar di pinggir bandar kelas pertengahan Nairobi dengan ibunya, yang berkahwin semula dengan seorang lelaki kulit putih, seorang pekerja bantuan Perancis. sebenarnya dia begitu kesal dengan kehidupannya berbapakan lelaki kulit putih. 'Saya satu-satunya lelaki yang mempunyai bapa kulit putih di kampung saya. Saya mahu menjadi sama seperti kanak-kanak kulit hitam yang lain,"katanya.


George mula minum dan menghisap ganja pada usia sepuluh tahun dan lima tahun kemudian dia telah dibuang daripada sekolah berasrama penuh tempat beliau bermain ragbi dan belajar bahasa asing kerana mengambil dadah.

Bekas penagih dadah dan arak ini berhijrah ke Nairobi di kawasan perumahan miskin dengan alasan nama keluarganya menjadi beban kepadanya sejak Barrack Obama menjadi Presiden Amerika.

Beliau kini merupakan penyelaras Huruma Football Club, sebuah pasukan perbandaran yang terdiri daripada anak-anak yatim, bekas banduan dan penagih dadah - Daily Mail

Berjaya atau tidak semuanya pangkal dari diri kita..mayb abangnya obama berusaha keras untuk sampai ke tahap sekarang....adeknya? terlibat dengan dadah n drunk....bukan salah abangnya....


p/s: Abang orang berkuasa atas planet, adik terpinggir miskin macam ni..

10 LALUAN DARI DUNIA MENUJU AKHIRAT

10 laluan yang bakal dilalui oleh manusia dari DUNIA SAMPAI AKHIRAT
 
1. LALUAN MENUJU KE KUBUR 
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji 
b. Hindarkan perasaan irihati (benci) 
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia 
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

2. LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL 
a. Bersihkan diri dengan bertaubat 
b. Gembirakan hati orang Mu'min 
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

3. LALUAN UNTUK BERTEMU MUNKAR NAKIR 
a. Mengucap dua kalimah syahadat 
b. Suka memberi sedekah 
c. Berkata benar 
d. Bersihkan dan perbaiki hati

4. LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN 
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat 
b. Sucikan perkataan dan pakaian 
c. Bersyukur dengan yang sedikit 
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

5. LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN 
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia 
b. Pendekkan cita-cita dunia 
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH 
d. Banyakkan sedekah dan khairat



6. LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM 
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala 
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa 
c. Berpegang teguh dengan hukum syara' 
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA 
a. Banyakkan membaca al-Quran 
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu 
c. Tinggalkan perkara yang maksiat 
d. Jauhkan segala yang haram

8. LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA 
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh 
b. Kasihi orang yang soleh 
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH 
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

9. LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W
a. Kasihilah Nabi ALLAH 
b. Kasihilah Rasulluah 
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH 
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

10. LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH S.W.T
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH 
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH 
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH 
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

MENCURI KERETA TAPI TAK TAHU BAWA MANUAL

Lawak pula cerita ni. Kes ini berlaku di Florida, Amerika di mana penjenayah muda berusia 19 tahun, Antoren Bell yang ingin merompak sebuah kereta terpaksa membatalkan hajatnya kerana tidak tahu membawa kereta manual.

fender 3

Menurut ABC, kejadian yang berlaku apabila beliau menahan kereta di lebuhraya kononnya untuk menumpang. Apabila seorang pemandu wanita memberhentikan kereta, beliau mengacukan pistol dan memaksa wanita tersebut keluar.


Walaubagaimanapun, beliau membatalkan hajat apabila melihat kereta tersebut menggunakan transmisi manual dan beliau tidak tahu menggunakannya. Penjenayah muda itu telah ditangkap dan disabitkan kesalahan mencuri kereta dan kesalahan jenayah.
Sumber :- OpposingViews

DUGAAN SEORANG WARTAWAN BBC YANG MASUK ISLAM


Bila Akhirat Kita Kejar, Dunia Ikot Belakang!~

Betapa besarnya ujian seorang wartawan British yang masuk Islam. Keislamannya bukan hanya ditentang oleh keluarga juga sukar untuknya mencari wang untuk sara hidup.

Namanya John Ridley. Da dilahirkan dalam sebuah keluarga Nasrani. Dia rajin ke gereja setiap minggu bersama orang tua dan saudara perempuannya. Namun, semakin bertambah usianya pemikiran John pun semakin kritikal. Banyak soalan dari hatinya mengenai Tuhan dan kebenaran agama yang tidak menemui jawapan tersebut di gereja.

Hingga tibalah saat itu, ketika John mendapatkan kesempatan untuk mengenali Islam. John diterima di BBC Worldwide sebagai wartawan untuk dihantar ke Timur Tengah. Sebelum berangkat ke Timur Tengah, John berkenalan dengan seorang Muslim ketika sedang menjalani latihan broadcasting dan jurnalistik BBC. Dia juga mempelajari Islam sebelum berangkat ke Timur Tengah dan berinteraksi dengan umat Islam di sana.

John ditugaskan di Oman. Di sana dia bebas bercakap dengan umat Islam, membolehkanya dia berbual tentang Islam selain aktif membaca sastera Islam. Hidup John mula berubah, dia sudah menemui jawapan yang dicari selama ini.

"Aku berpelung bertugas di Timur Tengah selama enam bulan. Itu adalah pengembaraan pertama yang menakjubkan yang pernah ada dalam hidupku," kata John Ridley, menceritakan kisahnya menemui hidayah.

Di Timur Tengah itulah, setelah menyedari kebenaran Islam dan menyaksikan secara langsung kehidupan muslim di sana, John mengucap dua kalimah syahadah.

Perjuangan Mempertahankan Islam

Masuk Islam bukanlah perjalanan mudah bagi John Ridley. Ketika pulang semua ke Britain, John mendapati keluarganya menentangnya. John terus mendekati keluarganya, tetapi mereka tetap berkeras. Di negeranya sendiri, John juga mula sukar untuk mendapatkan pendapatan.

Ketika itu barangkali adalah saat-saat yang paling sukar dalam hidup John. Tetapi, Allah tidak membiarkannya sendirian. Allah membukakan jalan kepada John. Sebuah stesen radio Arab Saudi memintanya menjadi seorang wartawan selama pencerobohan AS ke Iraq pada 2003. John menerima tawaran itu. Dia terbang semula ke Timur Tengah.

Mula bertugas di Saudi selepas itu John berpindah ke Malaysia iaitu di KL. Makin bertambahlah pegetahuannya tentang Islam. Lapan bulan kemudian, dia kembali semula ke Timur Tengah. Negara yang telah dia kunjungi dalam 30 tahun terakhir ini iaitu Lebanon, Oman, Yaman, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Bahrain, Iran dan Jordan.

Pengalaman John hidup puluhan tahun di Timur Tengah menjadi kekuatan tersendiri bagi profesionnya sebagai wartawan, penyiar dan penulis. Pengetahuan dan pemahamannya tentang dunia Islam dinilai luar biasa.

Membela Palestin

Menulis menjadi senjata John untuk membela Palestin. Dalam pelbagai tulisannya, John menyeru hak warga Palestin.

"Kemanusiaan, perdamaian, perlindungan anak, diajarkan dalam Islam. Bagaimana saling mengerti antara manusia dan hidup berdampingan. Saya benar-benar beruntung menemukan Islam," ujar John bersyukur.

Namun demikian, pembelaan John untuk Palestin tidak hanya diwujudkan melalui tulisan. Dia juga turun padang menyampaikan pidato di kem-kem pelarian Palestin.

Menulis, bagi John, bukanlah masalah menghasilkan wang. Apalagi menulis untuk membela hak-hak kemanusiaan di Palestin dan dunia Islam. "Kita memang memerlukan wang. Tapi, ada hal yang lebih penting yakni manusia dan kemanusiaan. Saya tidak mau hanya diam, sementara orang-orang di luar sana telantar dan kesusahan. Saya sangat mahu menjadi sebahagian untuk membela mereka," kata John menegaskan misinya .

Diterjemah oleh Detik Islam dari sumber bersamadakwah.com
Wallahu'alam bissawab ÙˆØ§Ù„له أعلمُ بالـصـواب

APABILA AZALINA 'TAWAR' JAWATAN PENGURUS KEMPEN PADA RAFIZI BAGI MENENTANG SHAHRIZAT



Azalina Udah2 la tur.....Bagi lah peluang pada orang lain pula...


Gurauan Datuk Seri Azalina Othman Said menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita Umno membuka ruang santai di Dewan Rakyat hari ini.

Seloroh bersahaja Azalina (BN-Pengerang) tercetus ketika Rafizi (PKR-Pandan) bangun untuk meminta laluan bagi mencelah perbahasan bekas Ketua Puteri Umno itu atas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

"Oh, Rafizi. Saya beri peluang sebab saya nak dia jadi 'campaign manager' saya nanti semasa bertanding Ketua Wanita Umno," katanya sebelum memberikan laluan kepada Rafizi.

Tawaran Azalina itu mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir sebelum disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengalu-alukan persetujuan Rafizi, Azalina seterusnya memberi syarat kepada Anggota Parlimen baharu itu untuk menyertai Umno terlebih dahulu dan beliau sebagai Ketua Umno Bahagian Pengerang boleh membantunya.

Azalina pada Jumaat lepas dilaporkan mengakui kesediaannya untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno itu pada Pemilihan Agung Umno hujung tahun ini, membayangkan pertembungan sengit bagi merebut jawatan tertinggi sayap parti itu.

Ini memandangkan Shahrizat turut mengesahkan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu yang dimenanginya pada 2009, selepas berdepan pertandingan hebat ketika menentang Tan Sri Rafidah Aziz. Shahrizat sebelum ini "terpalit" dalam kontroversi NFC (National Feedlot Corporation) kerana perbadanan itu diterajui suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan ironinya kontroversi itu meletus setelah Rafizi membuat beberapa pendedahan berkaitan NFC.

Dalam pada itu, Azalina yang terkenal dengan sikap tegas dan lantang turut membidas cubaan anggota Parlimen pembangkang untuk mempolitikkan isu bantuan kerajaan kepada rakyat.

Kali ini dakwaan Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) bahawa kerajaan tidak memberi layanan sama kepada rakyat di negeri pembangkang berbanding yang ditadbir BN ditempelak Azalina dengan menyifatkan anggota Parlimen itu "lambat faham".

"Pada Kota Bharu (Takiyuddin), saya ingin menyebut duit BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang diberi oleh kerajaan BN, tidak kisah rupa, sokongan politik, jantina...asalkan dia (rakyat) tidak mampu (mengikut syarat kelayakan), kerajaan bantu.

"Saya sebagai wakil rakyat BN tidak pernah bertanya penerima BR1M sama ada dia sokong Umno, PAS, DAP atau PKR. Semua rakyat disamakan asalkan rakyat itu memerlukan bantuan. Jadi Kota Bharu, saya minta maaflah, mungkin kefahaman Kota Bharu ini agak lambat setahun," katanya.

Malah, Azalina secara sinis berkata Takiyuddin juga mungkin tidak mendengar perbahasan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh), minggu lepas yang menyebut bahawa Kelantan di bawah pentadbiran PAS, mendapat agihan peruntukan lebih tinggi daripada Kerajaan Persekutuan berbanding negeri-negeri yang dikuasai BN. 


- Bernama

Jumaat, 28 Jun 2013

PRK Kuala Besut: Ujian Besar Pada BN

N1 Kuala Besut bakal menentukan!~

PILIHAN RAYA KECIL (PRK) yang bakal diadakan di N1 Kuala Besut dalam Parlimen P33 Besut Terengganu, kerana kematian penyandangnya Datuk Dr A. Rahman Mokhtar pada Rabu.

Pada PRU-13, 5 Mei lalu, Dr A. Rahman berjaya mempertahankan kawasan Dun itu dengan majoriti 2,434 mengalahkan calon PAS Napisah Ismail. Rahman mendapat undi 8,809, sementara Napisah 6,375.

PRK Kuala Besut mengulangi PRK selepas PRU-12 lalu, di mana untuk pertama kalinya, selepas PRU itu BN kehilangan satu kerusi yang dimenanginya; apabila kerusi Parlimen Kuala Terengganu berjaya dirampas oleh PAS.

Apa kah keputusan pada PRK di Kuala Terengganu itu berulang, di mana BN kehilangan kerusi DUN Kuala Besut pula?

PRK kali ini, sungguh mencabar, kerana jika kerusi itu berjaya dirampas Pembangkang, maka kemungkinan berlaku krisis perlembagaan, kerana kedudukan ADUN akan seimbang antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Kedudukkan sekarang ada 17 kerusi DUN bagi BN, dan 15 kerusi DUN bagi PR. DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN.

Jika kerusi DUN Kuala Besut berjaya dirampas PR, maka perkiraannya kedudukan pengundian belah bahagi, akan menyebelahi PR, dengan jumlah kerusi ADUN 16, makakala BN 15, kerana Speaker tiada hak mengundi dibawah undang-undang tubuh kerajaan Terenggangu.

Sesungguhnya PRK Kuala Besut merupakan ujian besar kepada BN, apa kah masih memerintah Terengganu atau sebaliknya.

Dalam keadaan begini, ada baiknya, DUN Terengganu dibubarkan sahaja untuk memberi peluang pilihanraya bagi negeri itu sahaja, kerana tiada jaminan bahawa kawasan yang dipertandingkan melalui PRK itu boleh dimenangi calon BN.. Ambil iktibar kepada PRK Kuala Terengganu pada tahun 2009; di mana calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan kekalahan 2,631 undi. Pada PRU-12 kawasan Parlimen itu dimenangi calon BN Datuk Razali Ismail. Kawasan tersebut diistiharkan kosong, apabila penyandangnya Datuk Razali meninggal dunia ketika bermain badminton.