Jumaat, 9 Mac 2012

#POLITIK# KSN MERAJUK HANYA DAPAT KENAIKAN 7% SAHAJA

7% Jer?, Tak Per, Gaji Da BEsor...

Nak Sambung Lagi???

SBPA Batal!, SSM dikekalkan..wah ayat..pehhhh tak menahan tur…

Bukan itu SM, mak citer beb!..yang SM hangin 1 badan bukan sebab pembatalan tur, tp apekejadahnyer, dulu duq kalut-kalut p taklimat, p sain, pasang angan2 baek punyer..alih2 batal..adoii…

So, sapa yang bertanggungjawab? KSN..KSN…itulah nama yang harus kita Tanya…Berapa kali dah tindakan dan dasar KSN tidak menguntungkan dan menyebelahi kerajaan terutamanya dalam menjaga kakitangan awam di peringkat bawahan.

Itu pun ada hati nak jadik presiden Perbadanan Putrajaya lagi..wahh dasat beb!..SM, ras yang dia peduli hanya gaji, elaun besar dier jer..masa SBPA ada yang cakap kenaikan gaji tahunan dia sampai 130%..nak teberak dengar punya naik gaji dia..tujuh keturunan makan tak abih woit!

Kepada PM kesayangan ramai, dah tiber masanya kita tamatkan kontrak KSN neh! Dah tiga kali sambung tp pikir TEMBOLOK dier jer…PM, jenguk2lah yang dibawah neh..sebab kami neh memang banyak masalah yang BASIC..bukan seperti yang berada di atas tur..mang tak der masalah tapi sengaja cari masalah sebab GAJI BANYAK BENORRR….



#POLITIK# ''UNDILAH BARISAN NASIONAL''- AZNIL @ PAK NIL

Ikhlas Berjuang!!!

Apa yang SM, lihat dengan Pak Nil neh, beliau ikhlas di dalam perjaungan dan berkata-kata…
Ramai diluar sana sangat bimbang untuk mempertahankan dan memperkata mengenai pendiri mereka mengenai parti apa yang mereka sokong..

Ada yang malu-malu kucing dan menyorok apabila ditanya mengenai kepentingan mereka di dalam parti, siap cakap ‘aku tak blah mana-mana pun…’ padahal di belakang siap mengutuk, memuji parti2 mana yang dia tak suka dan suka..

Aznil@pak nil tanpa segan silu menyatakan pendiriannya dengan ucapa  ‘Undilah Barisan Nasional’ di dalam programnya sendiri tanpa bimbang di boikot oleh pihak2 pembangkang di dalam programnya…

Ikhlas? Tanyalah diri anda….


Khamis, 8 Mac 2012

#POLITIK# DUA EXCO KEDAH DEDAH RAHSIA SEBENAR

Ada Kejutan Lagi????

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri. <Selesai Mankok Ayun Selesai???>

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula Exco," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.<Wah..tercapai Erk? Padahal Duq dalam Ribut Sebab nak election jer Weh!>

Ketika ditanya, apa matlamat itu, Phahrolrazi berkata, beliau mahu pentadbiran negeri Kedah dijalankan secara berjamaah.<Kalo Jemaah, Naper Duq Masok Paper Woit??>

kalo korang nak baca lagi berita neh, p bukak laman web Harakohhhh tur...SM malas nak layan beb! penat tgk laman web yang penuh dengan ubat kuat tur kuikuikui...

Jemaah bley pakai ker???

#POLITIK# PROJEK LYNAS DIBATALKAN?

Bantah Tanpa Sebab Yang Kuat!

SM, merasakan isu Lynas@ Nadir Bumi ini lebih kepada isu politik yang dimainkan untuk memancing undi masyarakat. Ini kerana isu ini dilihat tidak sekata atau lebih senang hanya mengambil isu yang dilihat negatif oleh masyarakat.

Jika bukan kerana motif politik, semua orang percaya bahawa isu Lynas @ nadir bumi ini sudah lama selesai di Pahang dan Foziah sepatutnya sudah lama menutup mulutnya. Namun, beginilah politik di tanah air kita. Segalanya dipergunakan dan permainkan semata-mata untuk meraih undi. Yang malangnya adalah segalanya dilakukan bagi memburukkan kreadibiliti kerajaan dan pemimpin dengan tujuan menjatuhkannya untuk maerbut kuasa seterusnya melapangkan jalan ke Putrajaya.

Anu arr seperti biasa, matlamatnya menghalalkan cara. Kerana itu Pahang teruskan dijadikan sasaran kerana menganggap bahawa politik Pahang berantakan dan UMNO Pahang dalam keadaan yang lemah. Seperti biasa juga, Anu arr rela mencapai nafsu dan cita-citanya biarpun melalui 'jalan belakang'. Kerana itulah isu Lynas sering saja dihangatkan dan terbaru, 'Himpunan Hijau' diadakan di Kuantan untuk tujuan sama
Rakyat sudah semakin sedar dan tidak lagi dapat diperbodohkan.

Kerana itulah 'Himpunan Hijau' tidak mendapat sambutan. Sasaran mereka 26 ribu yang hadir hanya sekitar 3 ribu, itupun termasuk mereka yang diimpot. Malahan MB Pahang menyindir supaya aktiviti berkenaan diadakan sepanjang masa kerana ianya mampu manjana ekonomi negeri. MB Pahang menganggapnya sebagai sebahagian dari sektor pelancongan dan menamakannya ‘Demo Tourism’

Sebenarnya isu kilang Lynas di Kuantan itu tidak patut langsung jadi isu. Cuma Foziah Thoron yang gagal melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen ingin menutup malu dan kemaluannya atas kegagalannya memutarbelitkan keadaan dan jadikan Lynas sebagai kambing hitam bagi mengalih pandangan.

Jika 'rare earth' ini dianggap terlalu bahaya kepada rakyat, kenapa tidak pembangkang mengadakan bantahan juga di Selangor yang turut juga mempunyai kilang yang sedang beroperasi? Kenapa hanya kilang demikian itu dipertikaikan di Pahang tidak di Selangor yang diperintah oleh Pembangkang?



#POLITIK# SBPA BATAL, SSM DITAMBAH BAIK KEKAL

Terbang Melayang??? hahaha...




PUTRAJAYA  – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54,  bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.–BERNAMA
Nak sangat! Hambik....adoiii....dapat skit jeq..kuikuikui...

Rabu, 7 Mac 2012

#POLITIK# USTAZ BADRUL AMIN PASTI TIDAK BERSALAH




Spin jangan Tak Spin 'Ostad!!!'


Kahwin Hutang??? Biar BetiQ????

Wah..wah…syok2…dapat kawin ramai…

Siap Hutang Piutang Lagi erk?

Dasyat Ostad..Ostad neh…

Putar..Putar..Putar….

Wang Besar…

#POLITIK# CARTA ALIRAN PUAK PAKATAN HARAM YANG SANGAT 'BERJAYA'



Nampak macam suci jer carta aliran neh!...sioottt jer tgk beb!...

Gunakan dana-dana kerajaan atau lebih tepat duit2 rakyat demi kepentingan mereka beb!..suketi mak bapak dier jer weh..hangin SM tgk...

#SOSIAL# KANAK-KANAK HILANG TOLONG BANTU!!!

TOLONG BANTU
NAMA  -NURUL NADIRAH BINTI ABDULLAH
   UMUR  -5 TAHUN
   JANTINA -PEREMPUAN
   BANGSA -BAJAU

SILA HUBUNGI TALIAN BERIKUT SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT ATAU
MENGETAHUI DI MANA PENAMA BERADA.
NO TEL PEGAWAI PENYIASAT   : NOOR RUBEENA BT BAHARUDDIN (012-5997705)
NO HOTLINE  KONTINJEN JOHOR       : 07-2254422
NO HOTLINE IPD SERI ALAM (DCC) : 07-3871422

#POLITIK# KEDAH HURU HARA SEBAB RM600 JUTA

 
Kawan Baik NoOO??



Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.
Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.<Aiyukk!!! Manyak Luit Lor...>
                                                                                                     
Ketika ditemui Malaysiakini semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.

Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.

Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".
"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.

Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.

Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.

Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini masih belum dapat mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar.

Seorang pembantu Azizan memberitahu, menteri besar itu mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Pada SM, kalo dah kepimpinan utama yang pangai gila seperaa...semu org pun cabut..saper tahan beb! 



Isnin, 5 Mac 2012

#POLITIK# MELAYU MEREMPAT SEBAB TAK MAHU BERFIKIR



Biarpun diperintah DAP, kerajaan BN tidak pernah memingkirkan kebajikan rakyat Pulau Pinang. Sepanjang pengambilalihan DAP, Pakatan Pembangkang hanya membelanjakan sebanyak RM3.9 juta berbanding kerajaan BN yang telah memperuntukan sebanyak RM64 juta bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Berdasarkan fakta di atas, kerajaan BN tidak pernah sesekali memingkirkan rakyat di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang apatah lagi bersikap dendam terhadap rakyat yang mengundi Pakatan Pembangkang pada PRU-12 dahulu.

Sebaliknya, kekalahan BN di beberapa buah negeri pada PRU-12 dahulu telah memberikan keinsafan kepada kepimpinan BN terhadap kuasa rakyat dan bermatlamat untuk bekerja dengan lebih kuat lagi.

Andaian bahawa kerajaan BN akan bersikap tidak mengambil berat terhadap rakyat di negeri-negeri Pakatan Pembangkang ternyata meleset, sebaliknya bersikap adil dan saksama berdasarkan keperluan rakyat.

Berbanding negeri-negeri lain di Malaysia, Pulau Pinang mempunyai penduduk yang paling ramai miskin dan memerlukan bantuan semenjak pemerintahan BN diambil alih DAP dan Pakatan Pembangkang.

Perjuangan BN dalam membantu rakyat adalah ikhlas dan kerana Allah dan sebab itu bantuan yang diberikan itu bukan berlandaskan idealogi politik. Sebagai contoh, penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sesiapa yang memenuhi syarat dan tidak kira mereka itu ahli atau penyokong DAP, PKR atau PAS boleh memohon dan menerima BR1M.

Anggapan pemimpin PAS bahawa BR1M itu adalah rasuah dan haram adalah keterlaluan biarpun SPRM menyatakan pemberian itu adalah sah. Oleh itu, terpulang kepada ahli-ahli PAS sama ada mahu menerima atau sebaliknya, yang pasti kerajaan BN ikhlas membantu rakyat.http://cetusankenyalang.blogspot.com/2012/03/sedarlah-rakyat-pulau-pinang.html

Jumaat, 2 Mac 2012

#AD-DIN# BUANG SIKAP SUKA MENGATA KAT ORG-USTAZ KAZIM ELIAS

Koleksi syarahan ustaz Kazim elias untuk tontonan semua…yang baik dijadikan iktibar..yg buruk dijadikan pengajaran untuk kita semua…insyaALLAH…


Khamis, 1 Mac 2012

#POLITIK# TINDAKAN ‘PANDAI’ GOMO, TABUR PASIR DALAM PERIUK NASI ORANG?

Baca artikel ini dengan teliti!:


Naik Tanpa Kebenaran??? Logik ker?

Tindakan panglima berkenaan yang enggan menyambung kariernya didakwa berpunca daripada ‘video sulit’ yang didedahkan oleh blog pro Umno, PapaGomo.com.

Mungkin kerana beliau memikirkan perlu bertanggungjawab di atas ‘kebenaran’ yang diberikan kepada penulis blog PapaGomo untuk memasuki ruang sulit dalam kapal selam berkenaan yang dibawah perintahnya. Selain maruah krew-krew kapal yang dijaja ke alam maya (internet), seolah-olah ianya tidak lagi sulit berkaitan soal keselamatan negara.

“Mungkin ramai rakyat Malaysia tahu mengenai kes seorang blogger yang menaiki kapal selam Scorpene tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis dari Kementerian Pertahanan Malaysia yang mana selepas itu ianya telah dijadikan kontroversi oleh pembangkang.

“Dek kerana kebodohan blogger 'ikon' yang menyiarkan segala rakaman dan wajah-wajah kru KD Tun Razak di dalam laman blognya kerana terlalu ghairah ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dialah blogger pertama yang diberi 'pengiktirafan' untuk menaiki KD Tun Razak,” tulis pemilik blog yuseriyusoff.

Menurut blog yuseriyusoff lagi, ekoran tulisan pendedahan eksklusif blogger ‘ikon’ pro kerajaan (PapaGomo), menyebabkan Kementerian Pertahanan Malaysia ‘terduduk’ seketika dari Menterinya hinggalah ke pegawai-pegawai TLDM.

“Belum sempat para pegawai di Kementerian Pertahanan menarik nafas lega, mereka dikejutkan pula dengan rakaman video yang memaparkan temubual bersama kru-kru KD Tun Razak yang mana wajah-wajah mereka tidak 'dihitamkan'.

“Mungkin beliau (PapaGomo) terlalu naif sehingga tidak tahu bahawa kerajaan melaburkan sehingga RM1.3 juta untuk melatih seorang kru KD Tun Razak, malah mungkin beliau juga terlalu naif sehingga gagal memikirkan kesan serta nasib yang mungkin menimpa kru-kru yang wajahnya didedahkan di dalam internet,” kata penulis yuseriyusoff lagi.

Penulis blog yuseriyusoff turut memberitahu, Dato Wira Jamil merupakan seorang anggota TLDM yang komited, rajin, dedikasi dalam tugasnya, namun kerana kebodohan PapaGomo yang menganggap dirinya sebagai ‘KING’ itu, pegawai TLDM berkenaan terpaksa melepaskan jawatannya walaupun beliau dikatakan akan dinaikkan pangkat sebagai Panglima Tentera Laut iaitu jawatan tertinggi dalam TLDM jika PapaGomo tidak melakukan pendedahan bodohnya itu.

Kata penulis blog yuseriyusoff lagi, kerana mahu dilihat hebat di mata rakyat Malaysia, tanpa disedari, pendedahan eksklusif ‘ruang sulit’ KD Tun Razak yang dibuat oleh blogger pro kerajaan itu telah mendedahkan satu perkara yang tidak patut didedahkan kerana ianya melibatkan soal keselamatan negara.- WARKAHDAILY

SM, tak nak ulas apa-apa berkaitan isu ini..cuma SM nak tau betul ker tidak sampai jadik macam neh...kalo tak betul sila bagitau kat Sm..if betul hope gomo boleh ambi iktibar beb!
bukan apa..rini kita susahkan org sok2 Allah susahkan kita 1000 kali ganda...
kita ada isteri&anak2..jgn kerana perlakuan kita semua org nti di timpa bala...cian...



#POLITIK# APA INI ‘MENU’ YANG RAKYAT MAHU?



Assalamualaikum….SM semakin malas mahu menaep bait-bait ayat dan menempelkan diruangan blog…semakin hari, samakin ramai para blogger yang rakus menghasilkan artikel-artikel yang hanya menjatuhkan pihak lawan (pihak lain) demi, duit, nama, pangkat, dan rasa ketidakpuas hati mereka kepada orang lain…

Rasa tidak aman langsung hidup di dalam keadaan sebegini yang hanya mementingkan diri sahaja…

Inikah ‘menu’ yang akan dihidangkan oleh para blogger,para wartawan, para pengamal media am nya? SM merasakan rasa mual& mahu muntah dengan gossip..cerita fitnah…cerita tidak betul dan sebagainya?

Apa yang SM tahu, rakyat yang semakin dihimpit dengan harga barang yang melambung tinggi, kadar sewa rumah yang semakin mahal kerana tidak mampu membeli rumah, yuran pengajian yang semakin berat untuk ditanggung tiada siapa yang serius untuk memperjuangkan tetapi parti politik di tanah MALAYSIA ini lebih rakus mempamerkan keburukkan dan aib parti-parti yang bertentangan!

Letih..penat..tension..muak..menyampah 1001 perkataan bermain difikiran SM…sampai bila ‘menu’ ini akan dihidangkan kepada rakyat?

KAMI RAKYAT YANG BERADA DIBAWAH PARAS KEMISKINAN TEGAR DAN TIDAK ADA DUIT BERIBU2 MASUK KE POKET SETIAP BULAN ini tidak mahu semua berita-berita sampah seperti ini! Tetapi KAMI MAHU PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB LEBIH MEMIKIRKAN KESUSAHAN, ISU YANG LAGI BESAR UNTUK DISELESAIKAN!!!~~~

sampai bila kita mahu dihidangkan dengan berita-berita seperti ini? adakah ini isu yang besar untuk diberikan publisiti secara meluas, sedangkan rakyat kini memerlukan pelbagai pihak untuk membantu dari banyak segi terutamanya dari segi ekonomi harian!

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, empat tahun lalu. 

Sampai bila kita mahu disajikan dengan berita-berita ini? Cuba bagitau?

Rakyat tak memerlukan pun sebenarnya cerita-cerita ini! Yang rakyat tahu dan mahu skang adalah apakah ada pihak yang betul serius mahu membantu dan merubah masa depan yang betul2 pasti…yang ikhlas..yang tak tamakkan duit! Kuas! Pangkat!..

KAMI SEMUA DAH MUAK DENGAN SEMUA INI! FULL STOP!