Sabtu, 13 Ogos 2011

YANG BENAR KITA IKUT, YANG SALAH KITA SANGKAL!

LaraAnGan MenGaji DenGan Kuat di DalaM MasjiD pasti Ada HikmAh Yang BesaR..Kita SebaGAi Umat Islam Perlu PahaM dan Tahu TujuaN SebenaR RasulullaH meLaranGnya...

LaRangan menGaji menggUnakAn pembesaR suaRa hanYa MemBuatkan masyaRakat BuKan IslaM MenJauhkaN mereKa dari Islam itu SenDiri..Ruginya Kepada SiaPA?

TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.”- Berita Harian

Salam Ramdhan SEMERAHCILI!, ucapkan kepada semua…Isu berhubung Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid dilihat ada pro dan kontra di situ….

Pada pendapat SEMERAHCILI!, isu berkenaan tidak perlu dipolitikkan kerana ada kebenaran dan hadis sahih yang menyokong mengapa perbuatan berkenaan perlu diberi perhatian khusus kerana kebanyakkan masyarakat Melayu/Islam ketika ini seolah2 ‘besar kepala’ apabila membincangkan mengenai agama Islam, meskipun kesannya akan berbalik kepada Islam itu sendiri contohnya menimbulkan perasaan benci orang bukan Islam kepada Umat Islam kerana kekerasan Umat Islam yang kadangkala menggunaka Islam itu sendiri untuk menunjukkan kuasanya..akhirnya, kita tidak dapat menarik hati orang2 bukan Islam diluar sana…amat rugi kerana kita tidak dapat mengembangkan Islam ke serata dunia seperti saranan Rasullullah saw…

Dalam membaca al-Quran ada etika dan peraturannya. Dan di antara larangannya adalah membaca al-Quran dengan kadar intonasi yang agak kuat sehingga mengganggu para jamaah. Bahkan boleh juga mengganggu orang lain yang berada di luar masjid. Sama ada orang yang membacanya untuk menperdengarkan suaranya atau kaset rakaman bacaan Qari untuk dipasangkan.
Persoalan yang timbul adalah kenapa perkara ini boleh mengganggu jamaah di dalam masjid atau orang lain yang berada di luar masjid. Jika jamaah di dalam masjid, mereka akan hilang fokus dan khusyuk mereka ketika sedang menunaikan ibadah. Jika orang lain yang berada di luar masjid, aktiviti harian mereka boleh hilang fokus disebabkan suara yang agak kuat dan bising.

Oleh sebab itu, Nabi s.a.w pernah melarang orang yang menguatkan bacaan al-Quran di dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Ini dibuktikan di dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).”
Menurut kata-kata daripada Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h dalam mengulas hadis ini, beliau berkata:

Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Kebanyakkan orang Melayu kita ketika ini dilihat pantang dicabar atau ditegur terutamanya yang berkaitan Islam, padahal teguran yang baik perlu diterima dengan hati terbuka…Al-Quran dan As-Sunnah perlu diutamakan dahulu sebelum, semasa dan selepas kita menyatakan pendapat masing-masing….

SEMERAHCILI!, mengharapkan masayarakat Melayu ketika ini berubahlah demi perpaduan Islam…Larangan berkenaan seharusnya diteliti kerana ia dizahirkan dan ditegur oleh Rasulullah sendiri…pasti ada hikmahnya yang terbesar di situ…jangan terlalu bersikap prasangka yang buruk tetapi menggunakan kelebihan ini untuk menarik hati orang-orang Islam bahawa agama Islam ini sangat menghormati sesiapa pun tidak kira agama sekaligus, akan menarik mereka untuk mendalami Islam itu sendiri..Dimana ruginya kita???
Note:
Yang Benar akan Membatalkan yang batil…dibulan puasa yang penuh barakah ini bersama2lah kita muhasabah diri..dan mengharapkan Allah mengurniakan sesuatu yang baik untuk kita terutamanya masyarakay Melayu yang dilihat berpecah belah tanpa haluan ketika ini….Berilah Rahmat Kepada kami Ya Allah…Aminnn….





 


Jumaat, 12 Ogos 2011

PENYAPU DAN  MELAYU…………….

            KaitaN PenYapu Dan Melayu...

                                sEbAB dAN AkIBat BerkaiT rapat Dengan penYapu...

PenyaPu Di AnggaP sanGat SuwEi.....

Khalid IbraHim& Khalid Samad Dpt Hadiah Istimewa Iaitu Penyapu...Jeng..jeng...Jeng...


PENYAPU… sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu. Anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan mambawa sial kepada anak. Penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri. Memukul dengan penyapu kepada orang yang belum berkahwin juga dipercayai menyebabkan tiada jodoh kepada yang belum berkahwin.
Dalam filem Nasib Si Labu Labi arahan P.Ramlee, Mohd Zain yang melakonkan watak Labu dan Nana dalam persembahan "Aci-aci Buka Pintu", mengancam untuk memukul hantu dengan batang penyapu.

KEBETULAN ATAUPUN SURATAN TAKDIR……..
Pada 12 November 2007, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo telah mencetuskan kontroversi yang serius kerana "menghadiahkan" ketua pegawai PBT Majlis Daerah Hulu Selangor dan Pejabat Tanah Hulu Selangor dengan sebatang penyapu kerana gagal mengutip wang cukai seperti yang diharapkan.
Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail yang telah berkhidmat selama 30 tahun sebagai penjawat awam menerimanya dengan redha kerana mereka telah membuat persetujuan bersama setahun lalu, ketika hal ini dicadangkan.
Dalam masyarakat barat, penyapu telah lama dikaitkan dengan ilmu sihir.
Adakah Perkara Ini Akan Berulang???Tunggu..
“PENUNJUK perasaan memakai topeng Abdul Khalid (kiri) dan Hasan sambil memegang penyapu dan sepanduk dalam demonstrasi di hadapan bangunan Setiausha Kerajaan Negeri di Shah Alam semalam.”…..
Note:
Sapa Yang Kena SuWei..n Siapa Yang Di suweI jawapan sKit masa Lagi Tunggu……. 

APA TUNGGU LAGI KHALID? SAPULAH!
Ayo..yo..penunjuk perasaan bawak penyapu dan mangkuk tandas bagi pd Khalid!
                   PeninG..PeninG...Suwei Sudah Mari Maa...InI TanDa TaraK BaeK....

JaIs JanGan Serbu!!!, Tp BukA Poser Sekali DalaM GereJa..hahaha

SHAH ALAM - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiahkan penyapu kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas kegagalan mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist di Damansara Utama dekat sini, 3 Ogos lalu. 

Selain penyapu, kedua-dua NGO itu, Permuafakatan Warisan Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak) membawa mangkuk tandas, pencuci tandas, penyapu lidi dan batang mop ketika bantahan diadakan di sini semalam. 

Kira-kira 30 orang yang berhimpun di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri mulai pukul 10 pagi itu sambil ada yang memakai topeng wajah Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Ali sebagai tanda sokongan. 

Segelintir daripada mereka yang marah dengan sikap Abdul Khalid dan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Khalid Abdul Samad pula memakai topeng tanduk berwajah kedua-dua individu itu. 

Bagaimanapun kesemua peralatan membersih tersebut akhirnya terpaksa dibawa pulang selepas tiada wakil daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu muncul untuk mengambilnya. 

Setiausaha Warisan, Zulkifli Shariff berkata, pihaknya memuji tindakan berani JAIS yang melakukan pemeriksaan ke atas gereja berkenaan selepas mendapat laporan berhubung ada usaha untuk memesongkan akidah umat Islam. –kosmo
 

SEMERAHCILI!, Khalid..khalid macam mana orang bley terfikir nak bagi penyapu, mangkuk tandas, pencuci tandas, penyapu lidi dan batang mop pada Menteri Besar kesukaan Ramai neh? Hahaha….nak suruh Khalid pergi cuci gereja ke pa hah?

Bukti dan pengakuan dari yang telah ditahan oleh penguatkuasa ketika serbuan itu dijalankan sudah membuktikan bahawa ada golongan Kristiani yang mahu memesongkan akidah orang-orang Islam di negara ini. Khalid dan Khalid Samad beria menyalahkan tindakan Jais hanya mahu mempertahankan undi orang bukan Islam.

Mahu jual agama ke apa nehh?

Note:
Dua2 khalid nie elok di rejam jeq….



















Khamis, 11 Ogos 2011


HACKER ANONYMOUS AKAN SERANG FACEBOOK!!!

HaKers Yang MenGElarkan Diri Mereka AnonYmouS Mahu MenGomdam FacEbook??? MasaLahnya MamPu Ker??? 


FacebOok JarInGan SosiaL yG diSukai RamaI BaKal Di GonDam???TunggU....



Kelompok hacker Anonymous mengumumkan rancangan mereka untuk 'membunuh' sosial media Facebook. Hal ini akan mereka lakukan kerana Facebook dianggap telah menyalahgunakan identiti peribadi para pengguna.

"Media komunikasi yang sangat anda sayangi dan puja ini boleh dihancurkan," kata seorang yang mengaku ahli Anonymous di Youtube, dikutip dari CNN, Rabu, 9 Ogos 2011.

Tokoh yang wajah dan suaranya disamarkan ini mengaku wakil dari Anonymous. Dia mengajak para pengguna Facebook turut serta dalam usaha menghancurkan sosial media tersebut, demi keselamatan identiti peribadi mereka.

"Apapun yang anda masukkan di Facebook, tetap ada di Facebook. Memadam akaun anda juga tidak mungkin dilakukan. Jikapun andadapat memadamnya, semua maklumat diri anda masih ada di Facebook dan dapat dimunculkan bila-bila masa," katanya.

Dalam video tersebut, wakil Anonymous juga mengatakan bahawa Facebook telah menjual maklumat identiti pengguna kepada para agen kerajaan untuk perisikan. Rencananya, operasi ini akan dilakukan pada 5 November mendatang, bertepatan dengan hari Guy Fawkes. Hari itu, pada tahun 1605 terjadi pembunuhan raja Inggeris oleh Fawkes.

Juru cakap Facebook menolak mengomentari rencana Anonymous tersebut. Namun, Facebook sebelumnya telah berulangkali mengatakan tidak menyebarkan identiti pengguna kepada pihak ketiga tanpa adanya persetujuan dari pengguna. "Kami tidak memberikan maklumat peribadi pengguna kepada orang-orang atau badan lain. Kami tidak akan dan tidak akan pernah melakukan hal itu," kata pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, tahun lalu.

Namun, tidak semua ahli Anonymous bersetuju serangan terhadap Facebook ini. Perlu diketahui, Anonymous adalah organisasi penggodam yang tidak jelas struktur kepimpinan dan pengurusnya. Organisasi ini juga tidak mempunyai ikatan dan peraturan yang jelas dan membolehkan ahli-ahlinya melakukan tindakan secara bebas.

"FYI - # opFacebook hanya dilakukan oleh sebahagian Anons. Hal ini menunjukkan tidak semua # Anonymous menyetujuinya," tulis kumpulan ini dalam akaun Twitternya, @ GroupAnon
Note:
SEMERAHCILI!, juga merasakan facebook ini ada baik dan buruknya..adakah kita begitu pasti 100% maklumat yang dimuat turun di akaun facebook DILINDUNGI sepenuhnya? PASTI???..if sekadar mahu mencari kenalan silakan..tetapi jangan memuat turun semua maklumat yang rasmi dan penting sehingga maklumat itu akan menjadi ‘back fire’ kelak dan menyusahkan hidup kita!


HHRS 2.0 - Kelompok hacker Anonymous mengumumkan rancangan mereka untuk 'membunuh' sosial media Facebook. Hal ini akan mereka lakukan kerana Facebook dianggap telah menyalahgunakan identiti peribadi para pengguna.

"Media komunikasi yang sangat anda sayangi dan puja ini boleh dihancurkan," kata seorang yang mengaku ahli Anonymous di Youtube, dikutip dari CNN, Rabu, 9 Ogos 2011.

Tokoh yang wajah dan suaranya disamarkan ini mengaku wakil dari Anonymous. Dia mengajak para pengguna Facebook turut serta dalam usaha menghancurkan sosial media tersebut, demi keselamatan identiti peribadi mereka.

"Apapun yang anda masukkan di Facebook, tetap ada di Facebook. Memadam akaun anda juga tidak mungkin dilakukan. Jikapun andadapat memadamnya, semua maklumat diri anda masih ada di Facebook dan dapat dimunculkan bila-bila masa," "FYI - # opFacebook hanya dilakukan oleh sebahagian Anons. Hal ini menunjukkan tidak semua # Anonymous menyetujuinya," tulis kumpulan ini dalam akaun Twitternya, @ GroupAnon

Juru cakap Facebook menolak mengomentari rencana Anonymous tersebut. Namun, Facebook sebelumnya telah berulangkali mengatakan tidak menyebarkan identiti pengguna kepada pihak ketiga tanpa adanya persetujuan dari pengguna. "Kami tidak memberikan maklumat peribadi pengguna kepada orang-orang atau badan lain. Kami tidak akan dan tidak akan pernah melakukan hal itu," kata pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, tahun lalu.

Namun, tidak semua ahli Anonymous bersetuju serangan terhadap Facebook ini. Perlu diketahui, Anonymous adalah organisasi penggodam yang tidak jelas struktur kepimpinan dan pengurusnya. Organisasi ini juga tidak mempunyai ikatan dan peraturan yang jelas dan membolehkan ahli-ahlinya melakukan tindakan secara bebas.

"FYI - # opFacebook hanya dilakukan oleh sebahagian Anons. Hal ini menunjukkan tidak semua # Anonymous menyetujuinya," tulis kumpulan ini dalam akaun Twitternya, @ GroupAnon
Note:
SEMERAHCILI!, juga merasakan facebook ini ada baik dan buruknya..adakah kita begitu pasti 100% maklumat yang dimuat turun di akaun facebook DILINDUNGI sepenuhnya? PASTI???..if sekadar mahu mencari kenalan silakan..tetapi jangan memuat turun semua maklumat yang rasmi dan penting sehingga maklumat itu akan menjadi ‘back fire’ kelak dan menyusahkan hidup kita!
PENYOKONG2 BERSIH DI BRITAIN LARI LINTANG PUKANG!

KeGanaSan Yang DicetusKan Oleh PerusUh Di Britain Semakin MenjadI2

Kerajaan Britain menyifatkan perusuh yang melawan polis, merompak dan memusnahkan harta benda awam dalam keganasan yang masuk hari kedua di Bandar tersebut sebagai penjenayah.

Namun Timbalan Perdana Menterinya, Nick Clegg berkata, keganasan berkenaan yang dianggap sebagai terburuk di London dalam beberapa tahun ini  tidak akan menggugat persiapan negara tersebut menjelang Sukan Olimpik.

Setakat ini 160 orang telah ditahan selepas keganasan yang tercetus di kawasan Tottenham akibat kematian seorang pemuda  Mark Duggan telah merebak ke Enfield, Walthamstow dan Brixton.

Duggan, 29 tahun, ditembak mati oleh polis ketika pihak berkuasa sedang melancarkan operasi menyiasat penggunaan senjata api di kalangan masyarakat  Afrika dan Carribean di negara itu.
Satu inkues berhubung kematian Duggan dijadualkan pada Selasa, di Mahkamah Koroner Barnet.

Kejadian berkenaan juga menyebabkan Setiausaha Dalam Negeri Britain, Theresa May terpaksa memendekkan cutinya bagi mengadakan perbincangan dengan pihak polis berhubung insiden berkenaan.

Rusuhan itu bertambah buruk selepas penduduk yang tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi Britain, mengambil kesempatan untuk melakukan keganasan.

PenduduK MelaKukaN RusuHan KeraNa DenGan KeaadaAn EkonOmi BriTain

BercaKap Soal RusuH2 neh! SEMERAHCILI!, tiba-tiba teringat mengenai penyokong-penyokong BERSIH yang membuat demo ketika PM kita tiba di Britain dulu..Mana pergi mereka2 nie erk? Nak tahu jawapannya? Mereka2 nie lari da lintang-pukang masa rusuhan nie...hahaha...semua hangat2 taik ayam jeq!..... 

Masa Ini SemanGat konOn, Tp Bila BerlaKu RusuHan Yg SebenaR lari lintanG puKang Haha

Note:
BajU KuniNG NtaH kemaNa..BaNNer NtaH KemaNa.....hahaha

Rabu, 10 Ogos 2011

BUKTI MURTAD SUDAH DEPAN MATA, PAS LAGI MAU DOLAK DALIK?


Isu serbu gereja di Damansara Selangor, menjadi hot! Tiba2…Isu kedua pula Hassan Ali Exco Selangor yg mempertahankan pendiriaan bahawa tindakannya itu betul kerana mahu 
menyelamatkan akidah umat  Islam di negara ini...

Petikkan Akhbar mengenai isu serbu gereja berkenaan:

Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’. 
Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

Jika dilihat dengan teliti pasti kita lihat pendirian Pas yang hampas! Seharusnya Parti yang kononnya mengamalkan prinsip Islam di dalam dasar2 parti  tidak mampu langsung mempertahankan Islam itu sendiri!.

Hassan Ali yang dilihat begitu berkobar2 mempertahankan prinsipnya dalam serbuan di gereja berkenaan dilihat tiba2 lembik sebaik sahaja perjumpaan kelmarin telah mengambil sikap berdiam diri apabila DIARAHKAN menutup mulut oleh kepimpinan Pas Pusat.

Ini bukan kali pertama berlaku  macam ini. Setiap perkara buruk yang DAP buat Pas akan tutup mata seterusnya membersihkan nama DAP demi meraih undi Non-muslim! Bak kata pepatah ‘DAP Berak, PAS tolong CUci’…

Kenyataan PAS melalui Presiden PAS haji Awang yang menyatakan isu serbuan itu oleh Hassan Ali itu dan JAIS adalah perkara kecil yang diperbesarkan oleh media2 UMNO..hahaha statement giler neh!

Tak kesar Orang Tua neh, yang pelbagai agenda untuk memurtadkan orang Islam sedang giat dilakukan diseluruh dunia? Masih buta dan tidak mahu berfikir ker orang2 PAS neh? Atau sengaja mahu tunjuk hero dalam soal ini dan mahu dilihat oleh orang bukan Islam sebagai penyelamat keadaan dan akhirnya meraih undi? Sehingga Agama Islam tergadai sewenang-wenangnya???

Pihak JAIS sendiri menjumpai dan antara individu yang ditahan telah mengaku bahawa isu memurtadkan umat Islam serius dijalankan:


 Pas Neh SudaH Buta Hati AtaU Buta Mata? Mau DolaK dalIk Lagi Ker???

Pas boleh suruh Hassan Ali tutup mulut..tutplah selamanya..perkar yang buruk boleh tutup selamananya? Kita tengok dan lihat samapi mana Pas boleh pergi dengan jadik lalang seperti ini…

note:

Ntah sudah beratus Ribu Umat Islam Di mUrtadkan, sampai sekarang stiLL Pas kater ini perkara Kecik...Kepala Sudah Masuk Air Gamaknya..hati sudah hitam, so Tak dapat berfikir dengan baik...