Isnin, 16 Julai 2012

#POLITIK# JOM SERTAI PARTI IKATAN 'BOW'-KHADIaQ


Hai La Badan....Hai La Nyawa....Tinggal Nyawa2 Ikan Ja KhadiQ!

Kecian Oooo....Khadiq2 heran gua tengok lue neh...apa cam? ceramah da tak laku ker wei?
ish2...pas nie nak p mana la nie? sume org duq teranjang hang....tubuhlah parti sendiri..PARTI IKATAN 'BOW' hahaha




#POLITIK# DUIT YANG NAJIB BAGI TAK CUKUP!!!-MAK CIK SALMAH


Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.!!!





Mak cik..mak cik...apalah yang tak cukup lagi? sanggup tur menunggang motorsikal sejauh 260 km!..adoi hebat gak mak cik nie merempit!

Apa yang tak cukup lagi nie mak cik? bukan ker da riban2..riban.. kerajaan bantu orang2 felda nie? apa lagi nak tuntut?...

"Menurut Salmiah, beliau sanggup turun ke perhimpunan itu semata-mata menyatakan sokongan padunya kepada himpunan yang mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong bagi membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH)."

Agak2 ritu mak cik nie dapat tak duit riban2 tur? hehehehe




#POLITIK# PAK LEBAI KANTOI MENCURI


Kalo da namanya kaki pencuri tetap gak pencuri!!!


Heran gua tengok PAK CIK nie, pakai kopiah sebab nak mencurik ker? Maling punyer org! huhu

Pakai kopiah beb! Ini bukan memalukan pasrti PAS beb! Tapi keseluruhan orang Islam u Noe!..

Ishh aku dapat kat pakcik nie aku bantai cukup2…

Laen kali kalo nak mencurik pakai topeng ninja okee??? Hehehe…

#POLITIK# UMNO BUKAN PILIHAN SAYA-YATT HAMZAH



UMNO bukan pilihan saya!~










Hahaha..gitur erk? Rasa-rasa heran sangat ker tak artis2 nie nak masuk juak2 blah sana? Skang da jadik semacam trend plak kalo bab dah pakai tudung yang sememangnya wajib dipakai setiap muslimah mesti umum nak masuk PAS…apa nak heran? Artis kalo bab glomorrrr no 1..

Inikah keikhlasan yang mahu ditunjukkan kepada masyarakat?

Perjuangan???

Perjuangan Hampeh!!!


Isnin, 9 Julai 2012

#POLITIK# GAMBAR NEELOFA SERTAI PAS







SabaQ sat!~..

Amboit! pantang artis mula pakai tudung hengat sume nak masuk PAS erk?

Nie pic neelofa pegi umrah yang lalu..

Hope Neelofa dapat terus menutup aurat...orang cantik bila menutup aurat lagi canteeekkk...








Khamis, 5 Julai 2012

#POLITIK# JAWAPAN ABBY SUDAH KAWIN KE BLOM?




Ini lah jawapan oleh Abby Abadi apabila timbul desas desus beliau didakwa telab bernikah dengan Exco PAS , YB Takiyuddin yang juga Adun PAS Bunut Payung.Beliau menegaskan ini adalah fitnah pihak lawan  untuk artis -artis yang menyertai parti pembangkang.

Betoi Ker..jangan sok2 tgk da berbadan dua plak...anak saper? anak Takiyuddin....hahaha

#POLITIK# SELATAN THAILAND BERGOLAK DEQ KERANA ANUWAR IBRAHIM



Khabar dari Thailand menyatakan bahawa Anwar akan berceramah di Pattani pada 4 dan 7 Julai. Kunjungan Anwar ke sana adalah untuk mencari pengundi yang memiliki dwi kerakyataan dengan bantuan beberapa orang politik pembangkang, orang-orang agama serta NGO-NGO Muslim di Selatan Thailand.

Beliau kini sedang mendekati Dr. Ismail Lutfi iaitu puak Wahabbi di Thailand dan Tuan Guru Nik Dir Waba.

Anwar juga akan melabur di koperasi Islam di sana dan merancang untuk membentangkan kertas kerja ekonomi dalam program yang dianjur oleh Koperasi Ibnu Affan yang dimiliki oleh Wahabbi di sana.

Jika khabar yang diterima ini benar, maka kunjungan Anwar ke Thailand ini perlu dilihat dari sudut yang lebih luas dari sekadar politik kepartian di Malaysia. Ini bukan sahaja soal berapa banyak undi yang mampu diraihnya bagi membantu Pakatan Rakyat di Kelantan ataupun Kedah. Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah kecenderungan Anwar ke arah mencetuskan huru-hara dan keganasan. Dengan keadaan di Selatan Thailand yang sedia bergolak di tambah dengan penduduk yang rata-ratanya miskin, bukan sukar untuk Anwar merekrut kumpulan yang sanggup melakukan keganasan dengan bayaran yang setimpal sekiranya difikirkannya perlu.

Dari segi jangka panjang pula, kita perlu melihat dari segi bahaya corak pemikiran yang bakal disebarkan Anwar di kalangan orang-orang Islam di sana. Sebelum keadaan menjadi parah, mereka wajar dimaklumkan bahawa apa yang disentuh oleh Anwar pasti akan hancur.

Sejurus Anwar melangkah kaki ke dalam UMNO, maka kehancuran peribadi orang-orang muda di dalam UMNO pun bermula apabila beliau memperkenalkan mereka kepada politik wang dan cantas-mencantas. Kita bernasib baik kerana pemimpin tertinggi UMNO terdiri dari mereka-mereka yang amat bijaksana dan telah berjaya menyelamatkan parti dari terus hancur lebur dikerjakan Anwar. Akhirnya, mereka yang peribadinya telah hancur, perlahan-lahan mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim dengan meninggalkan UMNO.

Apabila Anwar memegang jawatan Menteri Pendidikan, beliau membawa kecelaruan dalam pemikiran bangsa Melayu dengan menerapkan dasar-dasar ekstrem yang tidak membawa manfaat kepada bangsa. Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau hampir membangkrapkan negara. Tidak dapat dibayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri.

Kerana itu, kita merasa bimbang akan nasib dan masa depan saudara-saudara kita di Thailand apabila ‘disentuh’ oleh Anwar. 

Apa yang pasti, Anwar akan membawa bersamanya kecelaruan pemikiran kepada komuniti Islam di sana. Pada awalnya, beliau akan mengikut rentak kumpulan yang ditemuinya. Jika Wahabbi, maka Wahabbilah Anwar. Jika Syiah, maka Syiahlah Anwar. Jika Buddha, maka mesra Buddhalah Anwar. Lakonan ini akan diteruskan sehingga semua kumpulan mempercayainya, menyanjungnya dan menobatkannya sebagai pemimpin dan penyelamat mereka.


Apabila ketaksuban mula menguasai penduduk di sana, Anwar akan secara perlahan-lahan memasukkan jarum liberalnya. Dan perlahan-lahan juga, Anwar akan membentuk satu kumpulan liberal di celah-celah kumpulan Islam di Thailand. Dengan dana yang berterusan dari barat, kumpulan ini akan menyebarkan fahaman liberal di samping melemahkan lagi umat Islam di Selatan Thailand melalui perpecahan. Malah wang yang dilaburkan di koperasi di sana juga kemungkinan besar merupakan dana yang disediakan oleh sahabat neo-connya di barat.

Cukuplah Anwar merosakkan Malaysia, jangan benarkan beliau merosakkan saudara seagama kita yang telah sedia menderita di Selatan Thailand. Kerosakan sesebuah negara, mampu merebak kepada jiran-jirannya. Dan inilah yang barat inginkan.

Justeru, demi Islam dan persaudaraan, umat Islam di Thailand wajar diberi amaran segera mengenai bahaya kunjungan Anwar ke sana. Mereka perlu tahu bahawa bahaya yang dibawa Anwar adalah lebih berat dari letupan bom dan tembakan yang mereka terpaksa lalui setiap hari. Ini kerana Anwar membawa agenda musuh Islam melalui pemikiran dan emosi dan ia akan berakar umbi dan merebak sehingga akhirnya umat Islam akan memusnahkan sesama sendiri dan diri sendiri.-sumber~~


Rabu, 4 Julai 2012

Selasa, 3 Julai 2012

#POLITIK# BONUS RAYA UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN?


Kerajaan telah bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangan penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan juga.
“Bonus dan bayaran khas raya ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” jelas Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
menurutnya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara kini.
Perdana Menteri juga berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan sekaligus membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.- dipetik dari arkib pada 8 ogos 2011
sabar...sabar jangan bersorak lagi kakak-kakak hahaha!!

Berikut adalah lembaran pengumuman duit bonus raya penjawat awam atau kakitangan kerajaan tahun lepas. Bagaimana pula dengan tahun ini, adakah pengumuman yang sama akan di ulang sekali lagi sebegai sedikit penghargaan kepada penjawat awam.

Sempena kedatangan bulan mulia ramadhan yang menjelang lagi berapa hari dan hari raya yang akan disambut sepurnama kemudian, para penjawat awam ternanti-nanti status bonus atau duit raya 2012 kali ini sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya ; adakah juga diperoleh kali ini ataupun tidak.

Dengan situasi kini yang  menjangkakan PRU 13 semakin hampir, tidak kurang juga desas desus ramalan Bonus Raya 2012 adalah lebih berbanding tahun sebelumnya. Turut menjadi khabar angin bahawa Bonus Raya 2012 adalah  sebulan gaji.

Sungguhpun demikian, ianya tetap sekadar omongan kosong sahaja selagi Perdana Menteri Malaysia belum mengumumkan perkhabaran bagi status Duit Bonus Raya 2012. Seandainya ada pasti penjawat awam mensyukuri dan menghargainya juga boleh digunakan sebagai persediaan menyambut hari raya aidilfitri bersama orang terdekat – Bonus Raya 2012




#SERAM# BAS TIBA-TIBA TERSADAI DI DALAM HUTAN?

Betoi Ka Citer Neh Bro? Pelik Plak AKu Dengar...

JAKARTA - Seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.


Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.

Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu. <Betoi Ke Neh? Takkan Tibe2 Jer Ada Dalam Hutan Weh?>

Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.

Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut. <Jauh Tur Jin@Syaitan BawaK huhu>

Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.

Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.

Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.

"Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.

"Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu," katanya kepada Tribunnews.com. - AGENSI - Utusan

SM~~Kalo Difikirkan secara logik mang tak masuk deq akal beb! tapi kat dunia nie tak der apa yang mustahil....


#POLITIK# SOMEBODY MAHU SABOTAJ NAJIB?

Adoi, Najib nak sampai macam mana ke destinasi yang ditujui, if sampan asyek Bocor beb???pikir-pikirlah... 


Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.
   
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM. 

Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
   
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian. 
   
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.
    
- Bernama

Salam, aku pelik woo, apesal semakin hari semakin pilihanraya ada jer SPA or JPA nie nak buat spoil!!!..takkan tak bley PK weh, bukan semua org ada Deegreeeeee....ada jer kawan2 aku yang hanya ada SPM jer...mestilah diorang panas ati bila baca berita neh..sudahlah skang keje gomen susah nak dapat pastu nak bersaing plak dengan budak2 lepasan U neh...aiyooooo....sapa punya kejer nie weh?

Takkan DS najib kita nie tak nak pikir plak, yang selalu pegi mengundi nie sebenarnya kebanyakkan golongan marhen mcm aku..kalo dan bt spoiil cam gini agak2 diorang nak ker sokong gomen lagi?

Aku agak cam ader tangan-tangan ghaib yg cube sebotaj Najib..lu org pikir cam ner?

Isnin, 2 Julai 2012

#POLITIK# KETUA PENGARANG NST/BH SEBOTAJ NAJIB?


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang Kumpulan NST/BH, Dato Jalil Abdul Hamid telah sabotaj persediaan pilihanraya Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan sepatutnya dipecat di atas pengkhianatan ini.

Sabotaj ini dilakukan dengan melaporkan kenyataan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Dato Abu Bakar Abdullah seolah beliau dianiaya dipecat dari jawatan dan membantu menimbulkan salahfaham dan keresahan dikalangan kakitangan awam. 











Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan. Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan. 

Laporan Berita Harian, yang telah diluluskan penyiaran oleh Jalil, mendedahkan rungutan Abdullah yang sebelum ini hanya desas desus dikalangan sekumpulan kecil pegawai kerajaan. Kini ianya telah tersebar hingga ke portal pro-pembangkang.

Disebarkan pembangkang

Laporan tersebut tidak dapat diperolehi secara online tetapi disiarkan di Berita Harian edisi hari minggu semalam bertarikh Julai 1hb.

sm~~ADA UDANG DISEBALIK BATU KER?

#HIBURAN# SHARIFAH SOFIA TERINGIN MASUK PAS, SELEPAS ABBY ABADIE







Comei..comei....


Sharifah Sofia telah mengumumkan di twitternya
"From 502 pictures on my Instagram. I now have 406 after deleting all pictures of me uncovered. Here's to a new chapter in life! InsyaAllah!"

"My dear friends... I am about to delete this account for I need to refresh this page and also my life. Maybe a new page Akan muncul but for now, just follow my fan page Kay. Thanks!! Assalamualaikum," 



Demikian luah Sharifah dalam laman sosialnya seolah-olah menggambarkan satu kamus baru akan muncul dalam kehidupannya.


Hope bukan kerana trend jeq!..sok dah abis trend pakat2 bukak ramai2 adoi...


Jumaat, 29 Jun 2012

#POLITIK# PEMBANGKANG AMBIK ALIH JABATAN PENERANGAN???




Ni la padahnya kalau suka sangat buat jahat tak tentu arah. Niat diorang ialah nak memburukkan nama jabatan kerajaan. Tapi akhirnya kantoi jugak.

Nampak sangat la puak - puak Pakatan Pembangkang tu dah semakin terdesak sekarang ni sampai terpaksa merompak hak orang lain. Itu tandanya diorang dah mula tewas dalam perang siber ni. Dalam perang nyata, dah tentu la diorang akan hanyut!!!


SM~ kalo yer pun nak publish mengenai kejayaan sendiri gunalah sendiri punyer medium sibuk nak hack org naper???? tak der kejer gamaknyer............

#HIBURAN# JUPE PERGI UMRAH TAPI BERTELANJANG?

Tak Dapat Cium Hajar Aswad sebab baju ketat sangat kot?

Sembilan hari selepas berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Umrah bersama keluarga, kelibat penyanyi dan pelakon sensasi dari seberang pastinya dinantikan oleh wartawan yang ingin bertanyakan mengenai pengalamannya di sana.

“Setibanya di Mekkah, saya terus menunaikan solat. Sedih sangat dan ini merupakan satu-satunya tempat yang buat saya tidak berhenti menangis,” ujar pelantun ‘Belah Duren’ ini dipetik dari laman Kapanlagi.com.

Tambahnya lagi, sebelum berangkat ke Tanah Suci, Jupe menyimpan hasrat untuk menyentuh Kaabah dan hasratnya tercapai pada hari pertama dia berada di sana.

Walaubagaimanapun, artis sensasi ini punya kisah menarik untuk dikongsi.

“Hari pertama saya bisa menyentuh Kaabah dan dalam hati saya berkata, “Ya Allah, aku sangat beruntung kerana dapat menjejakkan kaki ke sini, lalu saya berniat mahu mencium Hajar Aswad.

“Pada hari ketiga, saya berjaya mencium Hajar Aswad namun ketika mencium batu hitam yang terletak di sebelah tenggara Kaabah itu, hijab saya terbuka gara-gara ditarik oleh seorang wanita. Semuanya terlepas.

“Banyak yang mengharapkan untuk berada betul-betul di hadapan Hajar Aswad seperti saya ketika itu. 

"Orang-orang di belakang saya berebut-rebut untuk mencium Hajar Aswad. Saya nangis dan cuma berdoa agar dosa saya diampuni, doa soal jodoh, rezeki dan sebagainya saya sudah tidak ingat lagi. 

"Tidak dapat menahan tolakan, saya akhirnya berundur, “ cerita pelakon filem ‘Arwah Goyang Karawang ini lagi.

sm~ artis-artis nie pergi umrah sebab nak bertaubat nasuha atau nak popular sebenarnyer? baju mengalahkan nak main tenis jeq...adoiii..macam2 artis skang nie....


Selasa, 26 Jun 2012

#SENI# RAS ADIBA DI GAM DARI MUNCUL DI TV!~





Gambar Ras Adiba Tampil Imej Botak. Memang sangat pelik apabila seorang wanita sanggup botakkan kepala kerana rambut itu bagai mahkota bagi seorang perempuan. Namun, Ras bukanlah suka hati untuk membotakkan kepala, tapi kerana untuk menyokong satu majlis amal yang dinamakan Majlis Kanser Nasional (Makna) menerusi kempen Jom Botak bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.

Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2012/06/gambar-ras-adiba-tampil-imej-botak.html#ixzz1yst0TUyd



Tapi alangkah malangnya Ras Adiba di senarai hitam dari muncul ke layar TV sehingga rambutnya dikira panjang..apa punyer manusia dia neh..heran sungguh..dah pakai kerusi roda pun tak henggat nak pakai tudung lagi ker? tp sanggup nak botakkan kepala..pelik2..

#POLITIK# ABBY ABADIE CALON PRU-13???


 Pelakon terkenal, Abby Abadi baru-baru ini melahirkan rasa kecewa atas tindakan beberapa pihak yang melemparkan kata-kata kurang manis kepadanya ekoran penglibatannya di dalam beberapa program anjuran PAS.


Kekecewaan Abby itu diluahkan melalui laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini. Kata Abby…

“Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul. Sampai kata saya dapat ‘hidayah sesat’? Apa tu?,”.

Apa yang mengharu-birukan, PAS melalui lidah rasminya, Harakahdaily, cuba menjadi “batu api” apabila cuba memutar belitkan kenyataan Abby dan seolah-olah cuba menjauhkan pelakon itu dari Barisan Nasional atau UMNO.

Sebenarnya, saya menyokong penuh langkah Abby Abadi yang berhijrah mengenakan tudung di kepala, yang menandakan perubahan positif dari selebriti itu ke arah yang lebih Islamik berbanding sebelumnya.

Sama ada Abby masih lagi mengenakan pakaian yang ketat, menampakkan susuk tubuh atau tidak menutup aurat sepenuhnya tidak timbul buat masa sekarang.

Pada masa ini, saya bersyukur kerana dia mula diberikan hidayah untuk menutup bahagian kepala dan lehernya yang sebelum ini terdedah. Itu adalah lebih baik dari imejnya sebelum ini yang langsung tidak bertudung kepala.

Namun pada saya, kenyataan Harakahdaily yang mengatakan bahawa Abby naik ke pentas ceramah PAS adalah tidak benar sama sekali.NAK BACA SETERUSNYA KLIK CINI BEB!

Abby..abby..hangnie betoi ker nak berubah.. nak berubah ker nak popular..

Jumaat, 22 Jun 2012

#POLITIK# DAP BINA 99 SEKOLAH AGAMA DI PERAK?



Dalam sistem demokrasi kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk check & balance tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.

Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.

Ambil contoh bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.

Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa.

Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi.

Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.

Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).

Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.

Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.seterusnya baca di sini...


*** Perlu ker bersolat di depan bangunan DAP? Masjid dan tak der ker? pelik



#POLITIK# UMMI- BUKTI BARU LAGI MENGANCAM!~

Anwar Cukup Kenal Wanita Ini - Ummi Hafilda

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2012 - Ummi Hafilda mendakwa mempunyai bukti baru dalam mengaitkan pemilikan akaun luar biasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar RM3 bilion.

Beliau berkata demikian setelah disoal siasat selama lima jam dan mengemukakan bukti baru ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ahli perniagaan ini turut mendakwa seorang wanita misteri yang memiliki 62 hartanah mewah kebanyakannya di Pulau Pinang ini cukup dikenali oleh Anwar.

"Saya disoal siasat selama lima jam malam tadi oleh tiga pegawai SPRM.

"Mereka teruja dengan bukti-bukti baru ini malah mengesahkan tidak pernah mempunyai sebarang bukti mengenai wanita ini atau 62 hartanah terlibat," katanya.

Ummi Hafilda turut memberitahu belum tiba masanya untuk beliau mendedahkan identiti wanita itu.

"Anwar cukup kenal dengan wanita ini," katanya.

Beliau turut mendakwa wanita terbabit berada di luar negara sejak pendedahan terbaru ini dilakukannya.

"Wanita ini bukanlah ahli korporat dan istimewa namun cukai pendapatannya mencecah RM50 juta. Anda boleh bayangkan berapa jumlah pendapatannya," kata Ummi Hafilda.

***Anda Nilai Sendiri...............