Jumaat, 13 Januari 2012

#POLITIK# PKR TERPAKSA TUKAR PLAN B, BILER ANUWAR TERLEPAS!~


Apa yang SM, dengar dari orang-orang terdekat dalam PKR…Anuwar Ibrahim dan pengikut2nya terpaksa mengubah plan..dari plan A..bertukar ke plan B!...nak buat macam mana plan sudah kena cantas deq kerana Anuwar terlepas kes khalwat huhu……………..

Kesian pun ada. Pelik pun ada. Agaknya memang PKR tak jangka Anwar dibebaskan oleh mahkamah. 14 Januari 2012 ini dijangka PR akan merasmikan manifesto PRU yang akan datang.

Kalau mengikutkan persediaan awal, 14 Januari ini akan digunakan sebagai MEDAN UTAMA merasmikan manifesto – yang terkandung beberapa perkara 
utama.

Tapi antara yang paling utama adalah – agenda BEBAS ANWAR 901. Semua dah siap. Logo dah siap. Gambar dah siap. Montage dah siap.

Sudahnya, banyak benda kena buat semula. Program yang awalnya menjadi medan – MENDEWAKAN Anwar sudah perlu ditukar kepada sesuatu yang lain. BERSIHKAN RAKYAT dijadikan agenda utama. Berbanding BEBAS ANWAR.

Nampaknya, banyak benda yang kena re-design. Apa nak buat. Kalau sebelum ini boleh maksimakan kes Anwar. Sekarang sudah kena tukar. Banyak juga belanja. Tapi tak apa. Bak kata Setiausaha Agung PKR, ‘nak buat macamana….kita agak lain; jadinya lain’.

Berdasarkan info rakan-rakan di HQ; manifesto baru tidak banyak beza. Cuma beberapa bab awal mengenai BEBAS ANWAR terpaksa diperbaik dan diperbetulkan.

Tuduhan bahawa HAKIM makan suap, Polis mengikut telunjuk PM, Jude Pereira adalah alat politik – sudah tidak boleh dipakai lagi.

Sebab itu, tema BERSIHKAN RAKYAT dijadikan tagline baru. Perkataan ‘BERSIH’ perlu ada bagi menumpang populariti program tersebut. Rakyat hanya penyedap sahaja.
Apa benda lain dalam manifesto? Tak lari banyak daripada Buku Jingga, kata rakan tersebut. - Gelagat Anwar

#SOSIAL# BERKAT AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN, SELAMATKAN WARDINA SEKELUARGA

Wardina dirompak
Wardina-pelakon, model dan pengacara membaca  ayat-ayat Al-Quran dan dengan izin Allah telah  menjadi penyelamat diri dan keluarganya apabila rumahnya di Bukit Utama 2 dekat sini, dipecah masuk tiga perompak bertopeng, awal pagi 12 Januari.
“Keluarga saya tak putus-putus membaca ayat suci al-Quran agar kami sekeluarga dilindungi oleh ALLAH dan tidak diapa-apakan oleh perompak.” “Sewaktu keluarga tidak henti-henti melafazkan kalimah suci al-Quran, perompak tersebut tidak tenang dan berkali-kali mengarahkan mereka berhenti melafazkannya,” tambah Wardina lagi.

Ini menunjukkan pembuat kejahatan dan kemungkaran menjadi takut dan gerun dengan Al Quran, itupun kalau ada iman dalam dada walaupun perompak.
Nasib baiklah Wardina dan keluarga dapat membaca dan melafazkan ayat Al Quran. Bagaimana kalau artis atau kita sendiri yang tak pernah mengambil tahu tentang Al Quran dan tak pun pernah mengingati. Tentu lagi leceh, takkan nak menyanyi…..
Apapun syukur, Wardina dan keluarga selamat. Moga kita semua dilindungi oleh Allah Setiap Saat..InsyaAllah..

Khamis, 12 Januari 2012

#POLITIK# WUJUD KEMPEN TIKAM BELAKANG NAJIB?


Kempen Letak Jawatan Najib Yang Dirancang Oleh Org2 Dalam UMNO sendiri?


1. Momentum Anu arr kembali segar pada kedudukannya setelah hakim memutuskan Ketua Pembangkang itu bebas dari bersalah dalam kes meliwat Saiful. Keputusan itu disambut dengan sorakan penyokong-penyokongnya serta pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang...(dan BN juga)

2. Bukan lagi rahsia bahawa ada beberapa politikus BN yang menyokong Anu arr dalam gelap dan juga dalam terang. 'SuckMongkol' dan Aspan Alias dulu UMNO sekarang DAP. UMNO masih berbalah sesama sendiri hingga ke bahagian dan cawangan.

3. Kehadiran Kadir Sheikh Fadzil bekas menteri (UMNO) yang kini aktif dengan AMANAH yang diasaskan oleh Ku Li jadi tandatanya kemanakah arahnya secara peribadi dan kemanakah arah AMANAH akan dibawa Ku Li?

4. Isu lompat parti 16 September 3 tahun lalu marak kembali. Ianya diperkatakan secara senyap dan juga terbuka. Kita mendengar ada gerakan berusaha mendesak DS Najib melepaskan jawatannya selain itu ada juga usaha memancing wakil rakyat sedang dijalankan.

5. PRU13 dibayangkan akan jadi sengit. Kemenangan 2/3 BN tentu sekali masih mustahil. Khabarnya pemimpin BN sendiri akan membiarkan keadaannya jadi 50-50 supaya kerajaan campuran boleh dibentuk dan PM baharu akan ditunjuk.

6. Suara ke-3 inginkan perubah total dalam politik dan pentadbiran negara. DS Najib akan disingkirkan kerana 'liabilitinya'. Bagaimanapun bukan Anu arr yang akan diangkat kerana mereka juga sedar itu adalah malapetaka untuk negara. Tokoh yang khabarnya disenangi banyak pihak adalah yang berpengalaman dalam urusan kewangan negara. Tidak terlibat dengan masalah dan skandal dan dia AMANAH serta 'flexible'.

7. Zaid Ibrahim KITA akan turut serta untuk menambah kekuatan. Setitik menjadi selautan. Dari Bumi Kenyalang pun kahabarnya serupa. Demi mempertahan kekuasaannya dan jadi pemimpin selama-lamanya. Sabah negeri dibawah bayu sukar diramal. Pernah dahulu menukar arah pada saat-saat akhir. Tidak mustahil peristiwa ini berulang.

8. UMNO masih seperti dulu, masih belum berubah. Jika tidak dicalonkan mereka akan sabotaj calon baru kerana ingin buktikan bahawa merekalah 'Winnable Candidates'. Jika bukan dari team mereka yang jadi calon mereka rela menyokong lawan. Demikianlah sifat UMNO, dari pecah sebiji mereka rela pecah sesarang.

9 Justeru, PRU13 adalah bayang hitam dan misteri. Jika nasib semakin buruk kerajaan akan bertukar sebelum PRU, bergantung kepada seberani mana kita meredah ombak dan badai. Rakyat sudah semakin cerdik dan tidak 'makan' retorik. Pejuang hanyalah bagi mereka yang berani!

10. Apabila ada yang sudah berani menuntut PM letak jawatan bermakna beliau tidak lagi dihormati dan tidak dilihat sebagai pejuang yang berani:


1. Momentum Anu arr kembali segar pada kedudukannya setelah hakim memutuskan Ketua Pembangkang itu bebas dari bersalah dalam kes meliwat Saiful. Keputusan itu disambut dengan sorakan penyokong-penyokongnya serta pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang...(dan BN juga)

2. Bukan lagi rahsia bahawa ada beberapa politikus BN yang menyokong Anu arr dalam gelap dan juga dalam terang. 'SuckMongkol' dan Aspan Alias dulu UMNO sekarang DAP. UMNO masih berbalah sesama sendiri hingga ke bahagian dan cawangan.

3. Kehadiran Kadir Sheikh Fadzil bekas menteri (UMNO) yang kini aktif dengan AMANAH yang diasaskan oleh Ku Li jadi tandatanya kemanakah arahnya secara peribadi dan kemanakah arah AMANAH akan dibawa Ku Li?

4. Isu lompat parti 16 September 3 tahun lalu marak kembali. Ianya diperkatakan secara senyap dan juga terbuka. Kita mendengar ada gerakan berusaha mendesak DS Najib melepaskan jawatannya selain itu ada juga usaha memancing wakil rakyat sedang dijalankan.

5. PRU13 dibayangkan akan jadi sengit. Kemenangan 2/3 BN tentu sekali masih mustahil. Khabarnya pemimpin BN sendiri akan membiarkan keadaannya jadi 50-50 supaya kerajaan campuran boleh dibentuk dan PM baharu akan ditunjuk.

6. Suara ke-3 inginkan perubah total dalam politik dan pentadbiran negara. DS Najib akan disingkirkan kerana 'liabilitinya'. Bagaimanapun bukan Anu arr yang akan diangkat kerana mereka juga sedar itu adalah malapetaka untuk negara. Tokoh yang khabarnya disenangi banyak pihak adalah yang berpengalaman dalam urusan kewangan negara. Tidak terlibat dengan masalah dan skandal dan dia AMANAH serta 'flexible'.

7. Zaid Ibrahim KITA akan turut serta untuk menambah kekuatan. Setitik menjadi selautan. Dari Bumi Kenyalang pun kahabarnya serupa. Demi mempertahan kekuasaannya dan jadi pemimpin selama-lamanya. Sabah negeri dibawah bayu sukar diramal. Pernah dahulu menukar arah pada saat-saat akhir. Tidak mustahil peristiwa ini berulang.

8. UMNO masih seperti dulu, masih belum berubah. Jika tidak dicalonkan mereka akan sabotaj calon baru kerana ingin buktikan bahawa merekalah 'Winnable Candidates'. Jika bukan dari team mereka yang jadi calon mereka rela menyokong lawan. Demikianlah sifat UMNO, dari pecah sebiji mereka rela pecah sesarang.

9 Justeru, PRU13 adalah bayang hitam dan misteri. Jika nasib semakin buruk kerajaan akan bertukar sebelum PRU, bergantung kepada seberani mana kita meredah ombak dan badai. Rakyat sudah semakin cerdik dan tidak 'makan' retorik. Pejuang hanyalah bagi mereka yang berani!

10. Apabila ada yang sudah berani menuntut PM letak jawatan bermakna beliau tidak lagi dihormati dan tidak dilihat sebagai pejuang yang berani:

#POLITIK#HADI AWANG MAHU JADI NELAYAN SELEPAS KALAH PRU-13


Ini sudah hebat,Hadi  Awang mengaku nak jadi nelayan plak lepas ini biler PAS sudah menguasaik Pentadbiran Malaysia…
Agak-agak korang lah, betul ker statement neh? Macam menipu jeq…wakil-wakil rakyat neh jika dah duduk dikerusi idaman tur tak daq mana nak turun kan?kan?kan?
Sorg blogger yang terlalu taksub kepada pemimpin mereka ini sampai berkata-kata seperti dibawah ini!~
“SAYA terpegun bercampur pilu membaca kenyataan Persiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi nelayan semula setelah adanya Perdana Menteri dan kerajaan yang hendak menjalankan pemerintahan bagai yang dikehendaki oleh Islam.”-Penyokong Taksub
Wah terpegun tur..jangan percaya weh….nak jadik nelayan konon..nak raikh simpati apa?
SM, malas nak linkkan siapa dia tur..korang carik sendiri..nti tak pasai2 popular plak dier kuikuikui…
Berita Pemuja Hadi Awang>>>>
Adios….

Rabu, 11 Januari 2012

#POLITIK# HASSAN ALI CERAI BINI LAMA...CARI CALON BINI BARU


“AIDCNews – 10/01/12 – “Saya komen Anwar Ibrahim yang pertama itu soal peribadi..saya tak mahu dia mengheret rakyat ini supaya menjunjung perjuangannya yang saya rasa kotor”, kata Datuk Dr. Hasan Ali mengulas isu pemecatannya dalam keahlian PAS 

Sampai begitu komen Hassan Ali kepada kepimpinan DSAI…Apakah perkara yang Hassan Ali tahu tetapi kita tidak tahu?

Pelik, tp benar..sekali pandang seperti permusuhan dalaman antara Hassan Ali dan DSAI…tetapi pada masa yang sama seperti ada perkara yang berlaku tetapi disembunyikan demi kepentingan parti…...
Carik jer 'BINI' baru habis citer....duq kater perbuatan buruk Janda buat per?  

Seperti kata-kata Hassan Ali ini:>>>>>
“Saya dah ikut daripada tahun 1997 sampai sekarang..satu persatu..saya belajar sampai PHD, satu tahu sistem pengkajian, saya tahu research, saya tahu data, saya tahu mengklasifikasi data..saya tengok data ini reliable(tepat)..tak reliable

“Saya terdidik dengan itu..jadi saya nak gunakan ilmu itu untuk melihat apa yang berlaku kepada saudara Anwar Ibrahim”, katanya.

Nak turun berdemo untuk 901 pun Hassan Ali tak ingin!~….bagi 100juta (agak2 lepas kot bayar hutang hassan Ali) pun HA tak ingin weh..huhu..
Nie kenyataan….ayat penegasan tahu tak?:>>>>>>
“Saya tak sanggup saudara..betul-betul saya tak sanggup..tak sanggup saya..saya tak sanggup nak hadir 901..tak sanggup..saya tak sanggup bersama..

“Saya adalah di antara orang PAS yang tidak pernah keluar bersama Anwar Ibrahim untuk memberikan justifikasi kenapa Anwar Ibrahim mesti terus dilonjakkan menjadi Perdana Menteri”,

 
Nota:
HA org tua-tua kata kalo dah tak suka ceraikan ajer…p cari bini baru..lagi best…macam tur gak..kalo dah tak suka PAS..carik jer parti yang sekepala dan sehati jiwa kiter…dari asek perkata mengenai perbuatan jahat bini lama buat per? Iyer daq??? …

Isnin, 9 Januari 2012

#POLITIK#ADAKAH KEPUTUSAN MAHKAMAH JADI PENAMAT KEPADA SAIFUL BUKHARI?


Adakah kebebasan sebenarnya milik beliau?

Keputusan Mahkamah pada jam 9.00 pagi tadi di mahkamah Tinggi Jalan Duta pagi tadi mengejutkan ramai pihak. Ramai pihak mengandaikan termasuk pihak pembangkang mengenai keputusan mahkamah bahasa DSAI akan dihumbankan ke dalam penjara sungai buloh.

Sekiranya keputusan pagi tadi adalah sebaliknya, apakah yang akan terjadi di mahkamah jalan duta? Pasti penyokong-penyokong Pembangkang akan membuat kecoh dan mencetuskan huru-hara membantah keputusan mahkamah.

Apa pun pihak pembangkang perlu sedar bahawa kehakiman di negara ini adalah benar dan adil..jika tidak benar seperti yang mereka laung-laungkan selama ini pasti keptusan mahkmah tadi adalah sebaliknya bukan?
Mengenai Saiful Bukhari pula, SM sempat menjenguk FB miliknya dan tertera ayat seperti dibawah:>

"Reda apa jua keputusan. Kepada Allah saya berserah. Akan terus doa, istiqamah dan sabar," –kata-kata Saiful Bukhari Di dalm Facebook Miliknya

Kedengaran seperti belaiu sedih dengan keputusan mahkmah berkenaan…Reda, bermaksud sudah pasrah dengan apa yang berlaku…itulah yang terbaik Saiful…Sebarang keputusan yang Allah beri kepada kita itulah yang terbaik untuk kita..pasti ada hikmah yg terbaik untuk kita perlajari dari setiap dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh itu.

Apa pun, setiap keadilan pasti akan ditunjukkan Allah kebenarannya…kalo tidak sakang pasti akan datang…(sekiranya kita dipihak yang benar)…InsyaAllah…

Nota:
Adakah keputusan mahkamah itu benar? Kita tunggu sedikit masa lagi….

Jumaat, 6 Januari 2012

#POLITIK# 901 HARI TERAKHIR ANUWAR MEMINTA SIMPATI DARI RAKYAT MALAYSIA!~

Anuar Ibrahim Menggunaka Golongan Muda Demi Kelangsungan Hidupnya di dalam Politik

Kemungkinan Besar 9 Januari 2011 Adalah Hari Terakhir Anuwar Meminta Simpati Dari Rakyat Malaysia sebelum dipenjarakan sekali lagi!~

Salam dari Semerahcili!~..lagi 2hari sebelum 09 Januari 2012 @ 901..semua penyokong-penyokong pakatan rakyat khususnya PKR rasanya sudah paneh punggung menunggu keputusan mahkamah mengenai pemimpin utama mereka.

Apa yang SM nak tekankan di sini, apakah yang akan berlaku pada pagi hari berkenaan? Yang pasti SM rasa kesesakkan, provokasi, pergaduahan kecil dan sebagainya pasti berlaku seperti perhimpunan Haram BERSIH julai lalu…

Jumlah pengundi yang minoriti dan tidak mempunyai pengikut yang ramai menyebabkan Pakatan Rakyat terdesak untuk ‘Bersuara Lantang’….Kenapa? ini kerana dalam kuantiti jumlah pengundi yang kecil berbanding Parti yang memerintah kini jauh lebih besar..sekiranya tidak berbuat Demo, provokasi, Hura-hara pastinya jumlah kecil ini akan terus senyap dan lama kelamaan akan hilang dimamah masa sehingga pilihanraya yang akan tiba tidak lama lagi…

Jumlah pengikut yang berubah mengikut musim menyebabkan Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan 1001 cara bagi menonjolkan dirinya kepada umum meskipun terpaksa memburukkan diri sendiri.
Ini penting untuk kesinambungan Parti PKR yang umum melihatnya seperti parti untuk memperjuangkan kebangkitan Anuwar bukannya Parti yang memperjuangkan agama dan kebajikan rakyat. Parti yang telalu focus mengenai Anuwar..Anuwar..Anuwar…Balik2 kredibiliti Anuwar….Kes-kes Mahkamah Anuwar yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar…

SM melihat parti PKR ini seperti Parti yang dihuni oleh bekas-bekas pengikut UMNO yang telah busuk..baik dari segi pemikiran, masalah peribadi, terjebak dengan pelbagai masalah keluarga dan hasad dengki yang bertimbun-timbun kerana tidak dapat tempat mahupun  pangkat di dalam pentadbiran UMNO khususnya pentadbiran kerajaan.

Apabila sudah membusuk, automatic akan di tending keluar secara suka rela ataupun secara paksa…itu pasti…

Apa akan jadi sekiranya dari akar sendiri tergolong dari orang-orang seperti ini? Sebagai contoh sebatang pokok yang tumbuh tetapi akarnya busuk, banyak anai-anai…? Pasti lama kelamaan akan tumbang pokok berkenaan ataupun pokok akan mati kerana semua masalah berkenaan.

Begitulah Parti PKR…Nampak kuat di dalam, tetapi sebenarnya ia semakin membusuk dari sehari ke hari…Anuwar Ibrahim terpaksa membuat 1001 daya usaha untuk mempertahankan Part Anak Beranak tersebut.
Perhimpunan 901, bukanlah relevan untuk mengubah keputusan mahkamah tetapi sebagai persiapan terakhir Anuwar untuk meminta simpati kepada pengikut-pengikutnya terutamanya kepada golongan muda yang terlalu TAKSUB dengan Anuwar Ibrahim…….

Khamis, 5 Januari 2012

#HIBURAN# ROZITA CHE WAN AJAK ZAIN SAIDIN KE GENTING, BUAT APA?!~


Wah..Wah..Rozita Che Wan neh  mang pilih anak-anak ikan muda-muda jer erk? Badan yang sasa jer..siap p genting lagi…buat apa g genting tur erk akak oit?

Siap bagi Zain Saidin drive kereta akak kiter lagi..hohoho…ada makna apa-apa kern eh?

Lanjut……

JIKA dulu Rozita Che Wan lebih bersikap terbuka dan mengaku mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi Akademi Fantasi (AF8), Shahir, dan akhirnya hubungan tersebut terputus begitu sahaja, kini pelakon Kiah Pekasam itu mengambil jalan selamat untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya. Terkini, ramai yang sudah menghidu mengenai bibit percintaan di antara Rozita bersama adik kepada Shasha Elite iaitu Zain Saidin sehinggakan Zain sanggup menemani Rozita dan anak-anaknya iaitu Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12, ke Genting Highlands, Pahang pada hari Selasa lalu sempena musim cuti persekolahan anak-anak Rozita. Nak baca lebih lanjut klik cini..cini..cini...

Nota:
Janda Sama Teruna, Ada apa hal beb? janji suka sama suka...bahagia weh hahaha....



#POLITIK# ANWAR HANYA GUNAKAN RAKYAT ‘BACKUP’ PADA 6 JANUARI!~




Tiap kali tengok muka Anuwar Ibrahim neh SM rasa nak muntah! Balik2 citer pasai liwat, balun china doll, konspirasi dan sebagainyalah…tak abih2 citer dier yg tak pernah bersalah tur….

Sampai biler Anuwar Ibrahim mahu memperalatkan kesemua pengikut dan rakyat di negara ini? Setiap kali perbicaraan pasti diajak semua pengikut turun ke mahkamah. Apakah dengan berkumpul beramai-ramai akan ubah segala keputusan mahkamah?

Pengikut2 yg kurang cerdik tur berteriak2, menjerit2, kononya pemimpin ‘Imam Mahadi’ meraka itu suci dosa!~

Berhimpun beramai-ramai, membuat kesesakkan lalu lintas, apa kes? Buat kerja bongok jer….
Anuwar Ibrahim, menggunkan rakyatnya untuk menegakkan benang yang basah, sebab apa? Kerana dia tahu yang sememangnya dia bersalah..oleh itu, dengan mengadakan Rapat Umum sedikit sebanyak dapat menghuru harakan mahkamah ketika keputusan dilaksanakan.!~

Itu sebenar motif utama Anuwar Ibrahim mengajak orang ramai untuk berhimpun di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 9 Januari  akan datang…..

Nota:
Komen anda pula bagaimana? Lepaskan segala pendapat anda diruangan komen huhu







Rabu, 4 Januari 2012

#SOSIAL# SITI FATIMAH VS AMALINA CHE BAKRI

Heboh seantero Malaya apabila pelajar pintar@genius Malaysia Amalina Che Bakri yang berpakaian tidak senonoh dan memuat tururn gambarnya ke dalam facebook.

SM, heran dengan anak-anak yang pintar dan genius apabila berada di tanah air bertudung liptup tetapi apabila sampai di luar negara semua hilang siap berposing2 maut lagi..adakah ini nilai seoarang genius? 

Adakah ini pelajaran yang mereka dapat dengan kecemerlangan di dalam peperiksaan mereka selama ini?

Pada SM,  biarpun kita tidak dianugerahkan oleh Allah dengan pintar dan genius seperti mereka itu tetapi cukuplah kita ada agama untuk membimbing diri kita ke jalan yang Allah. Itu lebih baik dari bijak, pandai dalam akademik tetapi agama&iman hancur berkecai kerana terlalu ikotkan nafsu serakah. Berpakaian tidak senonoh..berpeluk sakan dan bangga dengan perangai buruk itu.

Berbeza pula dengan seorang pelajar pintar ini yang mana pergi ke luar negara tetapi masih mempunyai pegangang agama dan tidak tercemar kerana kejutan budaya…

Jom Layan&Ambil Iktibar dari Pengkisahan INI!~

pada tahun 2006, anak kelantan yang mendapat anugerah pelajar cemerlang  dalam spm bagi tahun 2006, dengan keputusan 17 1a dan 1 2a, kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam jurusan perubatan di university of nottingham, united kingdom. disebutkan, beliau ialah siti fatimah mukhtar.

Siti Fatimah kelihatan masih kekal dengan imej tudung labuh, kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan terutama sekali para pelajar di seluruh negara.
Di Malaysia tahun demi tahun pelajar-pelajar yang cerdik pandai sering meningkat jumlah peratusannya. Ini mewujudkan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua contohi.




 
Siti Fatimah Ketika Mendapat Result SPM, Still Bertudung... (Atas)
Nur Amalina Che Bakri cantik manis bertudung ketika menunjukkan sijil kecemerlangannya (Bawah)
Perbezaan CEMERLANG+AGAMA
Tetap Mengenakan Hijab meskipun di rantau Orang...
PERBEZAAN CEMERLANG TANPA AGAMA 
Baju yang dibelikan oleh ibunya? Sanggup seorang ibu membelikan anaknya baju sebegini? adoi..

Khamis, 29 Disember 2011

#POLITIK# PENYAMAR PALING HEBAT DIDUNIA!~

Siapakah penyamar yang paling hebat di dunia??? cuba teka? anugerah tuhan yang diberikan sangat Istimewa ini...


Apakah sebab Allah memberikan kelebihan ini kepada di bawah...mungkin untuk menyelamatkan diri dari pemangsa, dijadikan mangsa atau Menipu 'orang' disekelilingnya...JOM LIHAT!~







Yang Nie Special Kessss!! kena tengOk dalam2 kat Mana Yang PENYAMAR!!!huhu


#LUCU# 3 KALI MALANG!~

Adakah anda rasa gambar ini lucu. Tidak?  mungkin bagi anda yang melihat hanya satu gambar tidak merasa lucu. tetapi anda harus perhatikan satu persatu gambar-gambar di bawah ini. Anda akan rasa geli hati tentang gambar ini..
Ada sebuah kereta yang tercampak kedalam sungai. 

 sebuah kren sedang menaikkan kereta yang tercampak kedalam sungai.

Hampir berjaya kren menaikkan kereta  ke atas. namun!!!

oppps! kren yang menaikkan kereta tadi juga telah tercampak kedalam sungai..

keadaan kren yang tercampak kedalam sungai


kren yang lebih besar di perlukan untuk menaikkan kedua dua kenderaan yang tercampak.




kereta yang ttercampak kedalam sungai telah berjaya dinaikkan keatas.



namun untuk menaikkan kren yang terjatuh tadi juga  malang akhirnya. kedua dua kren tadi telah tercampak kedalam sungai. mungkin mereka memerlukan kren yang lebih besar lagi. tapi tidak tahu lah kalau kren yang lebih besar juga tercampak kedalam sungai untuk menaikkan kedua dua kren ini..


Read more: http://republicofmonggol.blogspot.com/2011/12/lucu-3-x-3-malang.html#ixzz1hsoSWTTE