Rabu, 22 Jun 2011

Guna Kod Rahsia Curi Motorsikal!

                                                   Rancang jenayah di Facebook!

Kumpulan curi motosikal guna kod rahsia dalam laman sosial elak dikesanKLUANG: Sekumpulan remaja yang mendalangi kecurian motosikal di daerah ini, melangkah setapak dalam jenayah mereka apabila menggunakan laman sosial Facebook, bagi mengadakan perbincangan dan bertukar kod rahsia sesama ahli untuk menjalankan aktiviti mencuri dan urus niaga penjualan kenderaan yang dicuri dengan pelanggan.

Penggunaan laman popular itu sebagai helah menyukarkan kegiatan jenayah mereka dikesan polis yang memperhebatkan operasi memburu kumpulan curi motosikal di sekitar daerah ini. Read More...


SemerahCili!, apabila kemudahan yang disediakan disalahguna!ahkirnya bala kepada diri sendiri..moga dijadikan pengajaran....

Jangan Percaya Cerita Karut Ini!!!










KHIDMAT pesanan ringkas palsu yang disebarkan melalui telefon bimbit sejak 19 Jun lalu.
Semerahcili!, mengaharapkan agar masyarakat seharusnya peka dan berhati-hati dalam menangani isu yang sensitif. Jangan gadaikan keharmonian dan keamanan yang ada ini untuk kepentingan peribadi ataupun pihak2 yg tertentu!!!


Usah percaya khabar angin ‘Malabar’ serang orang Melayu
SHAH ALAM: Orang ramai dinasihati supaya tidak mempercayai khabar angin kononnya orang Melayu diserang sekumpulan lelaki warga India dikenali sebagai ‘Malabar’ yang didakwa berlaku di Klang.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, yang dikaitkan dalam mesej BlackBerry (BBM) itu berkata, polis Selangor masih belum menerima sebarang laporan dari mana-mana pihak berkenaan kes berkenaan.


Kenyataan media itu menyebut, jika pihak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu tidak menghentikannya dengan serta merta, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.
“Kenyataan seperti ini boleh mendatangkan khianat awam dan ia satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sejak 19 Jun lalu, maklumat palsu yang mengaitkan Ketua Polis Selangor, disebarkan melalui BBM kepada pengguna telefon pintar itu.


Ia menyebut: “Maklumat dari Ketua Polis Selangor: Sekumpulan lelaki warga India dikenali sebagai Malabar dipercayai telah menyerang kaum Melayu dengan menggunakan senjata parang di Klang dan merebak di sekitar Kuala Lumpur. Kaum Melayu terutamanya wanita diminta berhati-hati dan berwaspada. Sebarkan kepada orang Melayu yang lain.”-Berita Harian

Kaedah Biometrik Bakal digunakan Dalam Pilihanraya

Kaedah Biometrik Bakal digunakan dalam pilihanraya tidak lama lagi!



Teknik imbasan ibu jari sah identiti pengundi PRU ke-13PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan sistem biometrik atau teknik imbasan ibu jari bagi mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelakRead More....

SemerahCili!, kaedah ini mampu menyakinkan lagi orang ramai khususnya pengundi bahawa sistem yang dijalankan ketika pilihanraya adalah telus dan benar seperti mana sekarang ini.

Selasa, 21 Jun 2011

Sekalung Doa Buat konvoi flotila~~~

Doakan kejayaan Misi Konvoi Flotila!!!




Misi diharap pecah sekatan Israel

Umat Islam diminta mendoakan kejayaan misi konvoi flotila kemanusiaan ke Gaza yang akan berlepas ke sana pada 27 Jun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berharap misi kali ini membuahkan kejayaan.
Read More

Semerahcili!, mengharapkan agar misi ini berjaya ini kerana  sudah puluhan tahun umat Islam merasa kepedihan kerana Masjidil Al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat penganutnya ditawan Israel!. Meskipun, kita semua tiada upaya untuk membantu dari segi tenaga, wang ringgit dan sebagainya tetapi insyaALLAH kita ada kekuatan untuk membantu dengan mengangkat tangan dan berdoa kepada illahi agar misi ini berjalan dengan lancar.


Bukan Semua Majikan Di Malaysia Kejam!

Warga Indonesia belajar separuh masa dapat CGPA 3.39Warga Indonesia, Sarmini Muhyadi, 28, yang bekerja sebagai pembantu rumah sejak tujuh tahun lalu bersama sebuah keluarga di Damansara Utama di sini, berjaya menamatkan pengajian bidang pengurusan secara separuh masa di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) hujung tahun lalu.  

Anak kelahiran Kampung Banyumas, Jawa Tengah itu yang memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39 akan menerima Diploma Pengurusan pada hari ketiga Konvokesyen ke-10 OUM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Majikannya, Tan Choo Tang, 56, yang juga pensyarah bidang reka bentuk industri dan isteri, Wee Phooi Khuan, 47, bersama anak serta beberapa ahli keluarga mereka yang lain banyak membantu Sarmini menamatkan pengajiannya terutama dari segi pengajaran bahasa Inggeris.-Read More



SARMINI menunjukkan surat jemputan ke majlis konvokesyen kepada Phooi Khuan dan anak majikannya di rumah mereka di Damansara Utama, kelmarin.



Pada pendapat Semerahcili!, bukan semua majikan kejam kerana selama ini kita hanya sering dengar bahawa majikan di Malaysia zalim dalam melayan pembantu rumahnya. Hari ini kita dengar seorang majikan banyak membantu pembantu rumahnya sehingga pembanturumah berkenaan tamat belajar di universiti berkenaan dengan membiayai sebahagian daripada kos pengajian pembantu rumahnya. Ini boleh dijalankan contoh kepada majikan yg lain agar lebih prihatin dan membela nasib pembantu rumah mereka yang kebanyakkannya datang ke negara ini kerana miskin&memerlukan pekerjaan di Malaysia.


Penganjur BERSIH cuba pengaruhi penduduk kampung???




Pembangkang dipercayai biaya kos perhimpunan BERSIH

KUALA LUMPUR: Penganjur Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 dikesan cuba mempengaruhi penduduk kampung di beberapa negeri, termasuk Melaka, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan untuk menyertai perhimpunan haram itu yang dijadual berlangsung di ibu negara, 9 Julai ini.

Difahamkan, kegiatan itu didalangi parti pembangkang yang bersedia menanggung kos berkaitan, termasuk pengangkutan, penginapan dan makan minum penduduk kampung terbabit sebagai helah meraih sokongan terhadap penganjuran perhimpunan itu walaupun diberi amaran keras oleh polis supaya tidak meneruskan acara berkenaan

Ia didedahkan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom sambil menyatakan tindakan pihak terbabit jelas menunjukkan mereka semakin terdesak dan cuba meraih sokongan orang ramai selepas polis mengeluarkan amaran keras supaya perhimpunan itu tidak diteruskan atas sebab-sebab keselamatan.

“Kami memperoleh maklumat ada kumpulan tertentu, dipercayai parti pembangkang cuba mempengaruhi penduduk kampung dan kawasan terpencil di empat negeri berkenaan menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara dengan semua perbelanjaan ditanggung.

“Sebenarnya, penduduk kampung itu tidak sedar diperdaya, mereka hanya diberitahu terpilih menyertai program lawatan percuma ke Kuala Lumpur. Padahal, mereka akan dikumpulkan sebagai kumpulan penyokong perhimpunan itu sebaik tiba di ibu negara,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengeluarkan amaran, termasuk akan menahan penganjur Perhimpunan BERSIH 2.0 yang dirancang serentak di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu, 9 Julai ini jika masih mahu meneruskan perhimpunan itu kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kekacauan.
Amaran itu dikeluarkan selepas polis memutuskan tidak meluluskan permit perhimpunan itu, termasuk permohonan daripada Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang merancang mengadakan satu lagi perhimpunan bagi menghalang Perhimpunan BERSIH 2.0.

Mohd Ali dalam laporan polis dibuatnya turut mendakwa penduduk kampung terbabit dijangka tiba di ibu negara menggunakan 30 hingga 40 bas sebelum dikumpulkan bagi tujuan menyertai perhimpunan haram itu.

“Kami berharap polis dapat bertindak segera mengekang kegiatan tidak bertanggungjawab ini. Manakala, golongan ibu bapa diingatkan memantau gerak geri anak mereka supaya tidak diperdayakan kumpulan tertentu untuk menyertai perhimpunan haram itu. Ini juga bagi mengelak berlakunya sebarang insiden tidak diingini,” katanya-Sumber Berita Harian

Sabtu, 18 Jun 2011

Rakyat Malaysia Pemalas???


14 kematian akibat denggi menunjukkan masyarakat tidak peka dan malas membersihkan kawasan persekitaran dan menyebabkan serangan nyamuk aedes meningkat.

Pada Januari hingga 12 Jun lalu, 9,224 kes demam denggi dengan 14 kematian dilaporkan di seluruh negara berbanding 21,309 kes dengan 69 kematian bagi tempoh sama pada 2010.


Nyamuk Aedes suka kepada persekitaran yang kotor!


Semerahcili! merasakan sekiranya semua pihak sedar untuk menjaga alam sekitar khususnya kawasan dirumah kita setiap hari pastinya serangan nyamuk aedes ini dapat dikurangkan. Masyarakat di negara ini kebanyakkan kurang kesedaran sivik, seperti membuang sampah merata-merata tanpa berfikir panjang.Apabila sampah bertimbun-timbun akhirnya akan bermula pelbagai penyakit yang tidak baik. Berbeza dengan masyarakat diluar negara yg mana mereka ini sgt menjaga alam sekitar.pelbagai kempen untuk menjaga alam sekitar memndapat sambutan yang amat tinggi....hai~bilalah masyarakat kita nie mahu berubah............

Artis bakal Dorong Orang Ramai Sertai RAW!

BARISAN selebriti yang menyertai Askar Wataniah (dari kanan) Siti Nurhaliza, Intan Ladyana, Ana Raffali, Shaheizy Sam, Mohd Nor Don memberi tabik hormat di Wisma Pertahanan, semalam. 

Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, Shaheizy Sam, antara lapan selebriti yang secara rasmi menyertai Rejimen Askar Wataniah selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam.

Mereka turut menerima pakaian seragam Askar Wataniah sebagai simbolik penyertaan mereka dan akan mengikuti latihan asas ketenteraan itu dalam masa terdekat selepas pemeriksaan kesihatan selesai dijalankan.
Semerahcili! pendekatan ini sgt baik, krn dengan penglibatan artis dlm Rejimen Askar Wataniah (RAW) akan mendorong orang ramai khususnya peminat mereka menyertai RAW, Sekaligus dapat mengurangkan gejala sosial yang semakin meningkat ketika ini.

Jumaat, 17 Jun 2011

Serangan Terhadap Website Kerajaan Perlu di kekang!

Serangan terhadap website-site Malaysia seperti amaran yg dikeluarkan oleh kumpulan 'hackers' yg menggelarkan diri mereka sebagai anonymous baru2 nie tlh bermula apabila menyerang beberapa laman web kerajaan. Serangan ini dilakukan krn memprotes tindakan SKMM yang menutup laman-laman download. Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan pengguna di negara ini tetapi merugikan pihak kerajaan krn kos untuk membaik pulih sistem yg sedia ada akan meningkat.

Di bawah beberapa laman web kerajaan yang di 'hack!':-













INI SENARAI LAMAN KERAJAAN YANG TELAH DI GODDAM: -

Malaysia Official Government Website (DoS / Switched off)
Other Malaysian wesites:
SabahTourism.com - Hacked + leaked
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) - Hacked
Tourism Malaysia - Up
UiTM Penang - Hacked
JBiotech - Hacked
Social Welfare Department (Ezi2Care)- Hacked
CIDB - Hacked but back up
Land Public Transport Commision - Hacked but back up
1Malaysia - DoS / Switched off
ASEANConnect - DoS / Switched off
Malaysian Meteorological Service - DoS / Switched off
Ministry of Education - DoS / Switched off
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia - DoS / Switched off
Bomba - DoS / Switched off
TMNet - Up
Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off
Kementerian Kerja Raya Malaysia -DoS / Switched off



Petrol RON 97 turun 10 sen!

Petrol ROn 97 turun 10 sen!


Harga petrol RON 97 turun 10 sen, daripada RM2.90 seliter kepada RM2.80 selitir berkuatkuasa tengah malam tadi.

RM 1.8 Juta untuk Facebook adalah fitnah jahat!

Bayar RM 1.8 Juta Untuk Facebook Tidak Benar!!
Begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Dr . Ng Yen Yen berkata, jumlah tersebut sebenarnya meliputi jumlah keseluruhan kempen media seluruh negara bagi mempromosikan industri pelancongan dinegara ini. Semerah cili! sudah menjangka semua ini adalah tidak benar sama sekalui. Ini kerana tidak releven sama sekali  untuk membina aplikasi yang percuma tetapi memperuntukkan sebanyak wang itu. Syukur semuanya telah jelas!






Khamis, 16 Jun 2011

Amalan Mogok Hanya Membebankan Semua Pihak

Kebanyakan para peniaga ikan tidak menjual hasil tangkapan laut setelah bekalan tersebut berkurangan akibat nelayan melancarkan mogok ketika tinjauan fotoBERNAMA di Pasar Besar Kuantan baru2 nie.

Pendapat SemerahCili!, amalan mogok yang dilancarkan oleh para nelayan selama tiga hari berturut-turut selepas tidak berspuas hati dengan tindakan kerajaan menarik subsidi minyak diesel kepada nelayan laut dalam adalah dilihat satu tindakan tidak bijak. Ini, kerana pelbagai implikasi buruk kesan daripada mogok berkenaan.

Beberapa yang semerahcili! dengar, segelintir para nelayan menjual minyak bersubsidi dengan harga mahal di tengah2 laut kepada pihak asing dan mengaut keuntungan berlipat ganda dan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian saban tahun. Ini antara faktor2 mengapa subsidi minyak dikurangkan kepada nelayan uyang menggunakan bot C2...

Apabila para nelayan menjalankan mogok, sekaligus menybabkan kekurangan ikan dan menyebakan harga ikan melambung tinggi dan menyusahkan ramai pihak khususnya para pembeli....kita semua perlu melihat semua ini di perspektif positif..kerajaan telah mengkaji terlebih dahulu setiap tindakan..bukannya mahu melihat rakyat derita....subsidi kerajaan tidak bersifat kekal..ia berubah-rubah mengikut keadaan..rakyat perlu paham mengenai ekonomi yang sentiasa ada pasang surutnya....

semerahcili!, mengaharapkan masalah para nelayan ini dpt diselesaikan dengan kadar segera.......





Sahih Ke Cerita nie!

Kementerian Pelancongan di dalam jawapan lisan di Parlimen memaklumkan bahawa pihaknya memperuntukkan RM1.8juta utk 3 tahun (2011-2013) bagi mempromosikan Malaysia melalui laman sosial Facebook.

Semerahcili! yang kurang arif mengenai aplikasi facebook atau ada sesuatu yang tidak kena dengan peruntukkan sebanyak itu sedangkan kita semua makluman untuk membuka akaun facebook adalah percuma.

Kemungkinan ada beberapa software atau aplikasi sistem keselamatan yang diguna pakai sehingga menyebabkan perlu menggunakan peruntukkan sebesar itu barangkali.  
Dengan semua yang berciri 'template design' di Facebook aplikasi apakah yang ditokok tambah oleh Kementerian Pelancongan untuk merekabentuk laman Facebook kementerian tersebut?Adkah Facebook milik kementerian ini memiliki beberapa keistimewaan berbanding akaun FB yang disediakan percuma kpd orang awam.

Sesungguhnya, perkara-perkara beginilah yang dengan mudah merobek kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Kita mohon kepada Kementerian Pelancongan untuk menjelaskan justifikasi dan logik berhubung peruntukan yang dimaksudkan.

Sesiapa yang arif berhubung Facebook, mohon jelaskan pada simerahcili! tentang di mana logiknya peruntukan sebesar ini untuk mengendalikan Facebook agar orang ramai mendapat maklumat yang jelas dan tidak menimbulkan salah faham kepada kementerian berkenaan.

Terima Kasih....

Rabu, 15 Jun 2011

Kesian kat YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim.


Ape yg jadi nie. Macam2 Semerah Cili dengar dan baca. Ini semua nak menjatuhkan kradiabiliti seorang pemimpin kerana sedikit salah faham. Janganlah bom orang sesukahati selidik dulu samaada perkara tersebut betol ataupun salah. Ade ke patut Hari Seniman yang diadakan baru-baru nie menelan belanja sebanyak RM 100 juta. Hilang akal ke ape blogger yang mainkan isu ni. Untuk menerangkan perkara yang sebenar hanya RM 97,665.00 je dibelanjakan bagi menjayakan Hari Seniman Tersebut.

Layari :
http://herokecik.blogspot.com%2c%20http//jebatberkokok.blogspot.com/
http://herokecik.blogspot.com%2c%20http//jebatberkokok.blogspot.com/

Selasa, 14 Jun 2011

Berita terbaru!

Pekerja di Bangunan SUK panik akibat gegaran


Sebahagian Kakitangan Kelur drpd Bangunan Krn Berlaku Gegaran Pagi ini.
SHAH ALAM 14 jun - Ribuan kakitangan awam Negeri Selangor terpaksa bergegas keluar dari Bangunan SUK di sini setelah berlaku gegaran kira kira pukul 11.30 pagi ini.

Gegaran itu dikesan dua kali iaitu pada 8.30 pagi ini kali pertama.

Seorang kakitangan awam berkata, gegaran itu dapat dapat dirasai di tingkat lima termasuk menyedari bingkai gambar didapati bergerak-gerak.

Bagaimanapun, wartawan yang berada dalam sidang akhbar menteri besar di bangunan annex tidak merasai gegaran itu

Kegagalan kerajaan DAP umum pelan induk dipersoal

 Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mempersoalkan kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang mengumumkan Pelan Induk Perindustrian Pulau Pinang walaupun sudah lebih setahun perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), berkata Guan Eng ketika membuat lawatan kerja di Singapura Jun tahun lalu, mengumumkan pihaknya sudah mempunyai pelan berkenaan kepada pelabur antarabangsaBaca Berita Selanjutnya Di Sini!.

Kerajaan masih beri subsidi RM1

Kerajaan tidak akan melayan tuntutan 1,000 pengusaha bot pukat tunda C2 di Pahang, Johor dan Perlis yang melancarkan mogok bagi meminta kerajaan menimbang pemberian subsidi super diesel kepada mereka. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu. Berita Selanjutnya Di Sini! 

Pilihan Raya Masjid Ada Agenda?

Langkah kerajaan DAP Pulau Pinang melaksanakan ‘pilihan raya masjid’ sebagai kaedah baru pemilihan ahli jawatankuasa masjid di negeri itu adalah taktik parti berkenaan untuk meneruskan perpecahan dalam masyarakat Melayu serta melemahkan Islam secara terancang.
Ia juga bertujuan mempolitikkan institusi masjid kerana akan mewujudkan pelbagai kumpulan berbeza akibat daripada pemilihan itu.Baca Berita Selanjutnya Di sini

Kebocoran Minyak Masak Ke Negara Jiran Bakal Undang Masalah!

Sindiket guna taktik baru kerah pekerja asing beli minyak masak sebelum diseludup ke negara jiran. Sindiket penyeludupan minyak masak ke negara jiran dikesan bertindak lebih licik dengan mengerah tenaga pekerja asing untuk membeli bahan mentah berkenaan sebanyak mungkin di kedai runcit dan pasar raya bagi mengelak kegiatan dihidu pihak berkuasa.Sila Baca Berita Selanjutnya Di sini


Isnin, 6 Jun 2011

Adakah Keselamatan Rakyat Diutamakan?

Semerah Cili:  Kerajaan tidak akan terus selesa walaupun indeks jenayah seluruh negara mencatat penurunan ketara kerana rakyat masih diselubungi perasaan takut dan berpandangan negatif terhadap keselamatan mereka. Biarpun ketika ini masyarakat berpandangan negatif setiap usaha yang dijalankan oleh kerajaan dalam membenteras jenayah meskipun kadangkala penulis berasa bimbang tetapi pd masa yang sama tidak menafikan yang negara kita masih lagi aman dan tenteram.  Anda Boleh Membaca Artikel yang Berkenaan Di sini...