Rabu, 6 Mac 2013

MAZLAN ALIMAN CABUT LARI BERDEPAN PENGANAS SULU!~





Sebagaimana maklum, lokasi pertama yang menjadi pusat penceroboh durjana dari Filipina berkumpul sejak tiba di Sabah ialah di Felda Sabahat 17, Kampung Tanduo yang terletak di gugusan Felda Lahad Datu.

Mungkin mereka suka memilih Felda Sahabat 17 memandangkan keadaan geografinya yang agak tersembunyi dan mudah untuk menjadi markas untuk mengatur gerakan mereka. Dalam banyak-banyak tempat, tanah rancang Felda juga yang menjadi pilihan mereka…

Media terkemuka antarabangsa, Reuters dan media Filipina menjelaskan bahawa sumber risikan tentera negara itu memberitahu tentang penglibatan seorang pemimpin pembangkang yang bersekongkol dengan gerakan yang mencemar kedaulatan negara tersebut.

Khabarnya ada pertemuan sulit yang diadakan membincangkan tentang tanah. Tanah mana tidak dijelaskan, tapi berkemungkinan besar ia turut membabitkan tanah rancangan di gugusan Felda Gugusan Sahabat di Sabah.
Sumber saya menjelaskan bahawa situasi di Gugusan Felda Sahabat di sana masih terkawal dan beroperasi seperti biasa, melainkan dua ladang yang diarahkan untuk berjaga-jaga.

Persoalannya, gara-gara gilakan kuasa politik di negara ini, Mazlan Aliman sanggup bersekongkol dengan mereka-mereka yang khianat pada warga Felda di Sabah dan tanahair?
Sebagai seorang yang mengaku “pembela” kepada para peneroka Felda, di mana Mazlan Aliman ketika para peneroka Felda Sahabat 17 memerlukan pembelaan? Apakah peranan Presiden ANAK bagi membantu situasi di Felda itu?

Para peneroka bukannya mengharapkan Mazlan Aliman datang membawa M-16 atau bazooka ala-ala Rambo untuk menyerang penceroboh itu. Itu semua kerja PDRM dan ATM, Mazlan Aliman tak perlu campur urusan itu.

Namun sebagai Presiden ANAK yang kononnya menjaga kebajikan dan membela peneroka Felda, sokongan moral darinya sangat-sangat diharapkan. Dia sepatutnya awal-awal lagi bersuara dan mengecam pencerobohan di tanah rancangan itu, bukan?

Paling tidak pun, sebagai pemimpin PAS yang kononnya bakal dicalonkan pada PRU ke-13 ini, Mazlan Aliman patut mengirimkan doa, mengharapkan Allah memelihara keselamatan para peneroka. Kalau nak berdoa “penceroboh dari Sulu KO, KO,KO..” pun boleh!

Atau Mazlan Aliman takut untuk bersuara demi nak menjaga hati sekutu politiknya yang disyaki cuba memberikan kuasa autonomi pada Sabah dan mengeluarkan negeri itu dari Malaysia? Takut digugurkan dari calon kerana mengecam gerakan sulit pemimpin tertinggi Pakatan Haram?

Sehingga kini, saya belum lagi mendengar sebarang kenyataan dari individu yang banyak menabur “jasa” untuk masyarakat Felda itu. Kononnya dulu dia sanggup dilokap demi membela nasib para peneroka (padahal dia ditahan dalam lokap kerana berceramah tanpa permit!).

inikah penganas2 Sulu yang mati ditembak??


Inikah yang dikatakan sebagai “pejuang anak Felda”?


Mazlan Aliman mungkin sedang merangka strategi baru ingin “menjajah” tanah-tanah rancangan Felda di Johor. Penceroboh menjajah dengan senjata, Mazlan Aliman sebok nak masuk tanah rancangan dan menjajah minda warga Felda?

Tidakkah Mazlan Aliman rasa dia patut memberikan sokongan moral yang tinggi pada pihak berkuasa dan kerajaan BN demi kesejahteraan sebilangan para peneroka di Lahad Datu?

Dia sewajarnya mengenepikan fahaman politik di saat ini dan tidak bersikap seperti Tian Chua. Mazlan perlu memberikan kata-kata semangat kepada anggota-anggota PDRM dan ATM yang bersabung nyawa memastikan keselamatan para peneroka di sana.

Takkanlah itupun nak kena ajar? Mengambil hati para peneroka bukannya dengan menabur fitnah dan propaganda busuk seperti yang dia lakukan selama ini.

Mazlan Aliman perlu contohi sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertungkus lumus memikirkan nasib rakyat di Sabah, apatah lagi insiden pencerobohan itu turut melibatkan masyarakat Felda.

Kalau beginilah sikap Mazlan Aliman, jangan marah jika dia disambut dengan sepanduk-sepanduk yang kurang enak dipandangan matanya. Jangan marah kalau ada yang melaung menghalaunya keluar dari tanah rancangan mereka kerana warga Felda tidak memerlukan “parasit” sepertinya…


GAMBAR-GAMBAR PERANCANGAN AWAL PENGANAS-PENGANAS SULU DI LAHAD DATU!~

Tarikh:: 03 Januari 2013












AGENDA: -

1 -Mendapatkan sokongan dari Tausug Pergunungan untuk menghadapi PEMERINTAHAN MILF-FILIPINA yang bakal mentadbir Sulu Mindanao yang tidak mereka persetujui.

2 - Mendapatkan sokongan dan saranan apakah TAUSUG bersetuju menghadapi Malaysia untuk mendapatkan :

-NOERTH BORNEO SEMULA?
- KALAU NAK TUNTUT BAGAIMANA?
- ADAKAH PERLU MENGANGKAT KESULTANAN SULU?
- KALAU YA, SIAPA SULTAN YANG DISOKONG DAN DIDOKONG?

3 - Mencanangkan bahawa Malaysia dan Filipina bersama MILF bersekongkol memperbodohkan MNLF dengan membuat perjanjian baru sedangkan perjanjian lama belum dilaksanakan.

4 - APAKAH REAKSI TAUSUG di Sabah terhadap gerakan MNLF di Sulu ini?
Memandangkan kaum Sulu ni di anggarkan seramai 800,000 orang bermaustatin di Malaysia serta mendapat taraf WARGANEGARA beserta IC...mesti ada di kalangan mereka yg telah di terima bekerja di dalam sektor awam termasuk polis & tentera.

Apakah Gambar-Gambar Diatas Menunjukkan Meraka Ini Sangat2 Mahukan Tanah Borneo!~

KUASA+WANG= SULTAN SULU? 




KETUA PENGANAS MASIH HIDUP!~ Abraham Idjirani


ketua kumpulan yang menceroboh Lahad Datu, Azzimudie Kiram terbunuh dalam serangan pagi ini.

Namun begitu ia dinafikan oleh jurucakap kesultanan Sulu, Abraham Idjirani. Katanya dia bercakap melalui telefon dengan Azzimudie Kiram pada petang ini. Itulah yang dilaporkan InterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5.

Katanya lagi, Datu Raja Muda Azzimudie Kiram dan pengikutnya masih hidup. Dia juga berkata Azzimudie “seperti musang” kerana sentiasa bergerak untuk mengelak pihak keselamatan Malaysia, lapor Malaysiakini.

Cuma kita berpesan, pasukan keselamatan jangan malukan Malaysia dalam soal ini. Masih hidup dikatakan telah terbunuh!! Utusan Malaysia juga jangan cepat melatah seperti sudah-sudah!!

SM bukan mahu percaya sangat dengan kenyataan atau berita dr malaysiakini nie! tp xmahu lagi anggota keselamatan di sana ada lg yg terkorban!..

Jadik berhati2-hatilah yea...buru ketua penganas tu habis-habisan!~

LahadDatu1

*** mari kita sama2 berdoa dan terus berdoa!~.....

Selasa, 5 Mac 2013

MENGAPA ATM NAIK AIRASIA?::


Kelmarin SM perasan ramai yang terpinga-pinga mengapa Angkatan Tentera Diraja Malaysia menggunakan khidmat peswat Air Asia untuk menghantar anggota tambahan ke Sabah untuk operasi di Lahad Datu. Ada yang berkata ini adalah kerana pesawat Hercules milik TUDM rosak dan tak mampu terbang. Ada juga yag berkata ini semua helah Tony Fernandes nak buat duit. Ini semua spekulasi bangang yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Komik khas ini dihasilkan untuk menjawab persoalan di atas. 






JADIK!!! janganlah sibuk sgt nak membantai org beb! mesrilah ada pertimbangan jika mahu memutuskan sesuatu isu! jgn main sambareno jer!!

Isnin, 4 Mac 2013

Wahai Hishamuddin Tolonglah, Kau Dengar Ni Pandangan Bernas Dari Bekas KPN Tan Sri Musa Hasan

Dah semakin jelas Menteri KDN tak mampu nak selesaikan kemelut Lahad Datu...!

Pada tayangan video klip dibawah ini nanti , tolonglah dengar dengan teliti pandangan bekas Ketua Polis Negara kita, Tan Sri Musa Hasan. Beliau nyatakan dalam pasukan polis memang ada beberapa pegawai yang masih berkhidmat dan mereka ini adalah "able officers" memiliki pengetahuan dan pengalaman luas untuk menangani tipu helah pemberontak dan militan...! Kenapa mereka tidak terlibat...?

Hisham..., sudah sudahlah tu bro..! Janganlah kejarkan personal glory nak sibuk cari nama, mahukan political milage. Sudah terbukti Menteri KDN tak boleh ketuai dan selesaikan operasi ini.

Yang paling penting pada penghujung video klip dibawah ini, minit ke 10;28  Tan Sri Musa tekankan point yang sangat penting, dimana beliau persoalkan penceroboh masuk ke dalam negara kita dengan senjata, apakah kita perlu berdiam diri..?

Pada minit ke 11;23 pula Tan Sri Musa jelaskan dalam membuat negotiation dan rundingan dengan pihak musuh, sepatutnya tidak mengambil masa yang terlalu panjang. Harus ada dateline untuk bertindak menyelesaikan operasi ini... Apabila membiarkan masa terlalu panjang seperti apa yang sedang berlaku, maka ianya akan memberikan peluang kepada pihak musuh dan penceroboh ini mengambil kesempatan.

Pada minit ke 12;11 bekas Ketua Polis Negara itu menjelaskan bahawa mortar yang digunakan oleh penceroboh dikategorikan sebagai "heavy arms" dan ini bermakna sudah menjadi bidang kuasa pihak Angkatan Tentera Malaysia [ATM] untuk kendalikan Operasi ini....

Wahai Hishamuddin, tolonglah paham bro! Ketepikanlah kepentingan politik, fikirkanlah mengenai betapa besarnya nilai nyawa manusia....
Saksikan video klip ini;


***Terang2 diorang nie penceroboh dan membunuh anggota keselamatan meskipun diberi peluang utk undur secara baik:: SO, WATS ARE WE WAITING FOR? Tebak bg mampos puak2 nim....

Khamis, 28 Februari 2013

SALLEH YAACOB BERSARA DARI DUNIA HIBURAN KERANA PEMBANGKANG MEROYAN!


Kecohlah sudah perihal video BANGKANG DARI LONGKANG yang memaparkan Salleh Yaacob dan Nabil menyindir Pakatan Rakyat yang lebih banyak bermimpi dan memberikan mimpi kepada para penyokong mereka berbanding berpijak ke bumi yang nyata.

Hasilnya, Salleh Yaacob dan Radio ERA diserang oleh para pecacai Pakatan dengan menggunakan modus operandi mereka. Kekuatan pecacai Pakatan Rakyat, yang kebanyakannya diupah dan mempunyai ratusan akaun Facebook, telah dipergunakan sepenuhnya untuk menyerang dan menjatuhkan kredibiliti serta semangat Salleh Yaacob.

Akhirnya, penyampai radio, pelawak, pelakon, penyanyi serta pengacara itu mengambil keputusan untuk bersara dari dunia hiburan, sekaligus memberikan kemenangan mutlak kepada Pakatan Rakyat yang sangat terkesan dengan sindiran terhadap BUKU JINGGA yang dilihat tidak ubah seperti sebuah komik kartun yang hanya digunakan untuk dibaca di dalam jamban.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.



Serangan bertali arus oleh pecacai Pakatan Rakyat bagi mewujudkan tekanan di dalam FACEBOOK dan medium Internet, bukanlah perkara baru. Sebelum Salleh Yaacob, PSY Gangnam yang telah bersetuju untuk membuat persembahan di Pulau Pinang dan di atas pentas Barisan Nasional turut mendapat tekanan daripada para pecacai Pakatan Rakyat.

Para pecacai Pakatan Rakyat yang dikenalpasti sebagai sibertruper DAP yang pernah menyerang blog TFK dalam kes ANAK GUAN ENG RAMAS TETEK PELAJAR PEREMPUAN, membuat pelbagai cerita hodoh tentang Malaysia yang semuanya bersifat fitnah dan tohmahan.

Sebahagian besar daripada mereka, merupakan Cina Singapura dan langsung tidak faham atau tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu!

Bagaimanapun, dalam kes Salleh Yaacob, serangan telah dilakukan oleh pecacai-pecacai Pakatan Rakyat dari mereka yang boleh berbahasa Melayu.

Agak aneh memandangkan para pecacai Pakatan Rakyat langsung tidak dapat menerima sebarang bangkangan atau sindiran terhadap mereka. Belum lagi berkuasa, mereka telah bertindak menghapuskan semua bangkangan atau golongan yang tidak bersetuju dengan mereka. Dan kalau boleh, mereka hanya mahu menguasai medium Internet bagi pihak mereka sahaja. Kalau ada mana-mana pihak yang tidak bersetuju, turut menggunakan Internet, mereka akan menggunakan sebarang cara bagi menghapuskan ancaman tersebut.

Dan Salleh Yaacob adalah salah seorang daripada mereka yang terkena natijah tersebut.
Ini dalam keadaan UMNO-BN masih lagi menjadi Kerajaan. Bayangkanlah kalau UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi mempunyai kuasa, rasa-rasanya ramai yang akan mati dibunuh di tepi jalan dengan mayat-mayat mereka reput kering begitu sahaja tidak diuruskan hanya semata-mata dengan alasan, mereka yang dibunuh itu adalah penentang Pakatan Rakyat.

Kecenderungan melakukan pembunuhan dan menghapuskan tentangan dengan pembunuhan sudah semakin ketara dalam Pakatan Rakyat sekarang ini. Di Perak, kes penyokong PAS yang mahu membunuh Ketua Cawangan UMNO kerana mendakwa bendera PAS diturunkan dan dibakar, telah diketahui secara umum. Di Terengganu pula, empat orang samseng PAS telah mengugut dan mengancam hendak membunuh bekas ahli PAS yang telah masuk UMNO dan kemudian menjadi Pengerusi Penaja penubuhan cawangan, turut mendapat tempat dalam media.

Manakala di Pandan Indah pula, pemimpin PKR dan DAP memburu dan cuba membunuh sekumpulan penyokong Barisan Nasional semata-mata kerana mendedahkan keburukan Mak Lampir, Azmin Ali dan Janice Lee yang telah menjadikan MPAJ sebagai gudang duit mereka.

Kecenderungan Pakatan Rakyat untuk menjadi satu lagi REJIM POL POT di Malaysia, semakin ketara kebelakangan ini. Anda boleh mendengar sendiri bagaimana mereka AKAN MEMBALAS DENDAM apabila mereka berkuasa, jikalau anda rajin bergaul dan berbual dengan mereka!!!


Rabu, 27 Februari 2013

MONEYFESTO BUKAN JANJI- PEMBANGKANG



“Manifesto Bukan Janji-Pakatan Hancurkan Rakyat”

Analisis awal intipati ‘Manifesto Bukan Janji’ PR :

1) Caruman Wanita & Bantuan Warga Emas

Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?
Mencarum takaful RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?
Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!


2) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?

Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?
Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!

3) Gaji Minimum RM1,100??
Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.
Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?

4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!
Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?
Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!

5) Perumahan Selesa?
Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?
Sahabat 1Malaysia, walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukanlah satu perjanjian’ akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan Hancurkan Rakyat” HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!





Selasa, 26 Februari 2013

SUFIAH YUSOF SUDAH INSAF DARI AKTIVITI PELACURAN?




KUALA LUMPUR - Wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti Oxford, Sufiah Yusof,23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran. Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek yang dihubungi Harian Metro, semalam. 

Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata,pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu.

“Dia dah tak buat lagi kerja tu dan kini hanya aktif melakukan kerja amal. Melalui e-mel yang dihantar kepada saya kira-kira seminggu selepas Aidilfitri lalu, Sufiah kata dia betul-betul menyesal dengan perbuatan itu. 


Sufiah n Famly!~

“Kami juga ada menghubungi agensi teman sosial yang menguruskan Sufiah dan mengesahkan mereka tidak dapat menghubunginya serta tidak tahu di mana dia berada,” katanya.

Kisah kehidupan Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.

Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama 

dua tahun di London.


Zaman Kegelapan Sudah Berakhir!~ Tahniah

Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup. Dia dikatakan menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.

Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang begitu berprestij.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Mengulas lanjut, Hanafi berkata, Sufiah kini lebih tenang selain senang dan gembira dengan rakyat negara ini yang mengambil berat mengenai dirinya. 

"Bagaimanapun melalui e-mel sama, dia jelaskan belum bersedia untuk bertemu keluarga, terutama ibunya (Halimaton Yusof).

“Sungguhpun begitu, saya gembira dengan perkembangan positifditunjukkan Sufiah dan menasihatkannya supaya sentiasa ingat serta memohon pertolongan kepada Allah,” katanya. 

Kata Hanafi, rancangan untuk merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam mungkin dapat dilaksanakan sekitar bulan depan. Ini kerana dia akan ke Belanda atas urusan kerja sebelum ke England untuk bertemu Sufiah.

kredit : siasahkini.blogspot.com

NABIL DAN SALIH YAAKOB BANTAI PAKATAN HARAM



Dalam dialog sketsa Buku Jingga, Nabil dengan jelas menyebut"bos relaks, relaks, janji tak semestinya ditunaikan. Macam yang kita buat di empat negeri tu..." ketika Salih menggelabah kerana telah berjanji macam-macam kepada audiens ceramahnya.

Rakyat sudah sedar yang mana intan yang mana kaca!

Bantai jgn tak bantai!