Selasa, 9 Oktober 2012

TASHA SHILA BERCINTA DENGAN DATUK J?





Kosmo! telah menghubungi Tasha bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya semalam. 

Biarpun dia ketika itu dalam keadaan tergesa-gesa kerana berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Brunei. Tasha dengan penuh profesional menjawab segala persoalan berhubung kait gosip berkenaan.

Kosmo!: Tahniah Tasha atas kemenangan anda meraih Anugerah Heroin Baru Terhebat pada majlis Anugerah Blockbuster 2012 malam kelmarin?

TASHA: Terima kasih, saya juga tidak sangka atas kemenangan itu.

Adakah Tasha sudah tahu mengenai gosip terbaharu mengenai diri anda?

Ada gosip terbaharu ke? Saya tidak tahu lagi sebab sudah lama berada di Brunei.

Adakah benar dakwaan bahawa Tasha berparti di sebuah disko pada minggu lepas bersama rakan-rakan yang turut disertai oleh lelaki yang dikenali sebagai Datuk J yang dikatakan menaja anda?

Itu pun sudah nama gosip, sesiapa boleh cakap saya macam-macam. Sudah tentu ia tidak benar. Sudah 10 hari sya berada di Brunei. 

Pulang sekejap (semalam, selama sehari) ini pun untuk Anugerah Blockbuster 2012. Saya sekarang sibuk kerja bukan ke mana-mana disko.

Tasha berada di Brunei atas urusan apa?

Saya menjalani penggambaran drama bersiri Erna Suraya selama 10 hari di Brunei. Ia merupakan produksi syarikat di negara itu. 

Sebelum itu saya berada di Cameron Highlands untuk drama yang sama. Untuk drama ini, saya sering berada (menjalani penggambaran) di beberapa tempat lain lagi seperti di Legolands, Johor.

Apa komen Tasha mengenai gosip terbaharu ini?

Cerita ini tentu dibuat-buat oleh pihak yang menyampaikan kepada pengetahuan media yang ingin lihat saya jatuh. Tidak benar sama sekali saya ada penaja. 

Datuk J pun saya tidak tahu dia siapa, macam mana cerita ini timbul pun saya tidak tahu kerana saya tidak berada di Kuala Lumpur dalam tempoh yang dikatakan saya ke disko itu.

Kenapa agaknya Tasha sering dikaitkan dengan disko dan Datuk J?

Saya tidak tahu. Apa yang saya tahu, saya kerja keras untuk cari duit. Hari-hari saya ada kerja dengan berada di lokasi penggambaran, malas saya hendak layan gosip berkenaan.

Apakah pesanan Tasha kepada pihak mencipta gosip berkenaan?

Ia adalah lumrah apabila saya berada dalam dunia seni. Saya malas hendak ambil kisah gosip tidak benar sebegitu sebab saya tahu ramai yang hendak jatuhkan kerjaya saya.

Selepas penggambaran drama di Brunei, apakah drama lain yang dibintangi Tasha?

Pada bulan November nanti, saya akan masuk lokasi drama 28 episod slot Akasia dan berada di Abu Dhabi untuk drama Cinta Abu Dhabi.

Sibuk Benar Di Brunei, Tapi yang Sorang tu Sibuk Duq Dalam Toilet!

Khamis, 4 Oktober 2012

KONSTABEL MABUK TEMBAK PELAYAN




Boleh Tembak Orang Sesukati Hati Jer Ker? Adoi...

KUCHING – Seorang anggota polis berpangkat konstabel berusia 21 tahun berlagak samseng apabila dengan selamba melepaskan tiga das tembakan selepas gagal mengawal emosi ketika bertengkar dalam keadaan mabuk di sebuah pub di kawasan hiburan Travilion Mall, Padungan di sini semalam.

Kejadian pukul 3 pagi itu mengakibatkan seorang pelayan premis cedera apabila terkena serpihan peluru di lehernya.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila anggota yang bertugas di Bahagian Tugas Am Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman itu pergi berhibur di premis berkenaan bersama seorang rakannya selepas menyertai satu operasi di Serian. Anggota itu menyertai pasukan polis sejak lebih setahun lalu.

P/s: Buat 'taik' selepas buat operasi. Menyusahkan orang. Perlukah PDRM menyimpan anggota berperangai sebegini?


JANET JACKSON PELUK ISLAM? BOLEH CAYA KER?



Penyanyi sekaligus bintang top Amerika Syarikat, Janet Jackson kini menjadi sensasi. Jackson dikhabarkan sudah bersiap sedia untuk berkahwin dengan calon suaminya, seorang jutawan Timur Tengah, Wissam al-Mana.

Media Showbizspy, melaporkan pada Isnin 1 Okt kelmarin menyebutkan bahawa pernikahan Janet dengan Wissam akan menelan dana hingga 20 juta dolar atau kira-kira RM60 juta. Menurut sumber perkahwinan itu akan menjadi ' terbesar sepanjang sejarah.'

“Mereka telah merencanakan pernikahan pada tahun 2013, namun untuk waktu tepatnya masih difikirkan,” kata salah satu sumber.

Janet dan Wissam akan mengundang 500 tamu. Wissam juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cenderahati untuk tamu. Kini menjadi isu mengejutkan, bila Janet telah masuk Islam, mengikuti agama yang dianut Wissam.

Majalah Mediatakeout, Ahad 30 Sept memperlihatkan gambar Janet memakai tudung yang menutup aurat semasa berada di Miami, Florida. Tabloid gosip National Enquirer mengumumkan Janet kini sudah positif menganut agama Islam dengan tajuk “Janet Jackson’s Secret Muslim Life: Inside Her Bizarre World“.

Sebenarnya, Islam bukan agama yang asing bagi keluarga Jackson. Kakak Janet, Jermaine diketahui adalah seorang Muslim. Begitu juga Michael Jackson menganut Islam, meskipun hingga kini misteri kematiannya masih simpang siur. -ibnuhasyim

erm, boleh caya ker janet nie kawin sebb nak peluk islam or sebb bakal suaminya ini seprg muslim? duit...duit..duit....kalo tak der duit agama pon boleh tukar? apalah nak jadikan? 

moga janet dapat hidayah n mendalami islam dengan baik..insyaallah....




Rabu, 3 Oktober 2012

PERBUATAN DJ RADIO INI HARUS DICONTOHI...TERBAIK!!





PETALING JAYA: Percubaan seorang anggota polis trafik yang ingin meminta sogokan daripada Tyzo bakal menerima padah apabila penyampai radio Suria FM itu telah melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris berkata, dia terpaksa melakukan tindakan tersebut semata-mata untuk menyokong usaha pihak PDRM bagi membanteras kegiatan tersebut khususnya melibatkan anggota mereka.

"Saya ditahan oleh salah seorang anggota polis trafik pada Isnin lalu dan dia meminta sogokan sehingga menyebabkan saya terpaksa melaporkan perbuatan buruk itu kepada pihak atasannya agar menjadi pengajaran kepada anggota terbabit serta polis-polis lain.

"Bukan setakat pihak PDRM sahaja, malah saya turut memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka telah memberikan respons terhadap laporan berkenaan," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Tyzo diminta mengulas luahannya menerusi segmen 'Citra Muzik Di Suria FM' (8 malam hingga 11 malam) yang dikendalikannya pada malam Isnin lalu yang antara lain turut berkongsi pengalaman apabila seorang anggota polis cuba meminta sogokan ketika menahannya. Bercerita mengenai kejadian itu Tyzo berkata, ia berlaku ketika dia dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah mesyuarat dan ditahan dalam satu sekatan jalan raya di sekitar Jalan Sunway dekat sini, kira-kura pukul 12 tengah hari pada Isnin lalu.

Tyzo berkata dia ditahan kerana kesalahannya memandu kenderaan menggunakan cermin gelap dan anggota polis berkenaan memberi pilihan sama ada untuk menyelesaikan kes tersebut dengan memberi sogokan ataupun mengeluarkan saman. Katanya, selepas memohon maaf kerana kesalahan itu, anggota polis tersebut tetap menyuruhnya membuat pilihan yang ditawarkan sehinggalah Tyzo terpaksa memberitahu dia adalah petugas media dan akan melaporkan perbuatan itu kepada pihak atasan PDRM.

“Mungkin kerana terkejut dengan penjelasan itu, anggota tersebut melepaskan saya dengan meninggalkan saya begitu sahaja tetapi saya sempat mencatat nama dan nombor badannya,” jelas Tyzo. Katanya, selepas memikirkan beberapa perkara, dia telah menulis mengenai peristiwa itu lalu mengirimkannya kepada pihak atasan PDRM termasuklah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi e-mel serta pihak SPRM.

Ujar Tyzo lagi, dia mendapat respons yang positif apabila seorang pegawai kanan polis dari bahagian tatatertib, Bukit Aman telah menelefonnya untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu manakala pihak berkuasa SPRM turut mengambil langkah serupa.

“Saya berterima kasih kepada pihak berkenaan kerana memandang kes ini dengan serius demi kebaikan anggota polis. Ini menunjukkan pihak berkuasa benar-benar mahu membanteras kegiatan rasuah di negara ini," ujarnya.Sehubungan itu Tyzo juga menyarankan kepada orang ramai agar tidak takut untuk melaporkan salah laku penjawat awam atau sesiapa sahaja agar perbuatan rasuah dapat dibanteras sepenuhnya. - mStar

Anggota yang mahu rasuah harus dikenakan hukuman yang berat...jangan buat malu PDRM yang sentiasa berkhidmat untuk masyarakat.

#SIAPAKAH CIK P PADA LIM GUAN ENG#




Cik P menghabiskan jutaan ringgit semata mata nak kutip sewa banglow RM5ribu daripada Guan Eng... 

Kenapa murah hati sangat? sehingga sekarang sejak di sewa iaitu  RM5ribu x 12 x 4 = RM240,000.

Kenapa begitu bermurah hati sanggup menanggung kos ubahsuai rumah yang tinggi dan  beri Guan Eng sewa dirumah banglow Jalan Pinghorn? Nak baca Cerita Panas nie? Klik Cini!!




Isnin, 1 Oktober 2012

BOLEH KER POLIS MALAYSIA BUAT MACAM INI?



Ini video lagak seorang polis trafik terlebih happy kat Charlote : Clayton County USA.Aku ingat polis trafik kita kena trim part yang 'boroi' tu kalau nak tiru gaya mamat ini.Apapun polis trafik kita terbaik kerana terpaksa bertugas dalam cuaca panas terik dan hujan tak tentu masa.Kalau mamat ini dihantar attached sebulan kat Polis Trafik Jalan Bandar harus masuk ICU....


The video of First Brig. Norman Kamaru from the Gorontalo Mobile Brigade Police dancing and singing to Indian dance song has gone viral on the internet. (Photo Source YouTube)
Eh Plis nie bley plak bertindik kat lidah dier..korang perasan tak kat video bawah nie?
\
agak-agak korang kalo kat Malaysia buat mcm nie apa akan jadi?

Kalo kat Malaysia pastikan abag-abg polis perotnya TAK BOROI baru leh dance mcm nie kuikukui....


Khamis, 27 September 2012

ESOK BAJET 2013!!! KAKITANGAN AWAM DAPAT BONUS RAKYAT DAPAT BR1M2?


BAJET MURAH HATI


Bonus dan BRIM2 adalah perkara yang di tunggu-tunggu oleh kakitangan Kerajaan dan Rakyat dalam pengumuman bajet 2013 yang akang dibentang oleh Perdana Menteri pada 28 september ini. Berdasarkan cakap-cakap dan rumus-rumus kedua-dua perkara ini hampir pasti akan menjadi perkara penting yang bakal diumumkan.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memang berharap kerajaan dapat memberi bonus 2 bulan gaji. Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata  Cuepacs memohon kerajaan memberi bonus 2 bulan gaji kepada 1.4 juta kakitangan awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.

Menurutnya  dalam sejarah, kita tidak pernah dapat bonus 2 bulan gaji. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialah bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Yang pastinya ole-ole untuk kakitangan kerajaan pasti ada samada ia merupakan bonus atau imbuhan-imbuhan yang lain.

Bagi rakyat sudah tentunya BRIM2 menjadi ole-ole yang dinantikan dalam bajet 2013. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini pernah berkata kerajaan akan membuat keputusan tidak lama lagi sama ada pusingan kedua Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) akan dilaksanakan atau tidak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan perlu melihat kepada kemampuan dan pengurusan kewangan negara.

"Saya akan melihat aliran tunai kerajaan tidak lama lagi untuk memutuskan sama ada kita mampu untuk melakukan BR1M kedua dan pada masa sama memastikan disiplin fiskal."

Najib juga berkata semua golongan rakyat akan menikmati "sesuatu" daripada Belanjawan 2013.

"Akan ada sesuatu untuk rakyat tetapi anda perlu tunggu pembentangan Belanjawan itu," katanya.

Memandangkan bajet ini adalah bajet terakhir sebelum PRU 13. Sudah tentunya Perdana Menteri akan cuba mencari seberapa banyak sokongan daripada rakyat melalui bajet yang akan dibentangkan. Semestinya banyak ole-ole yang akan dibahagi-bahagikan kepada rakyat.  Sama-sama lah kita tunggu apakah yang akan diberi oleh Perdana Menteri kepada Kakitangan Kerajaan dan rakyat dalam bajet 2013.

Tungggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!

#LOKASI PENAHANAN SUSPEK UTAMA KES BUNUH, ROMPAK RM1.2 JUTA#


TAIPING 26 Sept. - Selepas lebih seminggu menjadi buruan polis, seorang pengawal keselamatan yang disyaki menembak mati rakan sekerjanya sebelum melarikan enam beg berisi wang RM1.23 juta, akhirnya berjaya diberkas malam tadi.

Suspek ditahan kira-kira pukul 11 malam di kawasan hutan berbukit di Kampung Syed Omar, Perlis oleh anggota pasukan khas Polis Perak dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditemui keletihan dipercayai kelaparan dalam hutan tanpa sebarang bekalan makanan selepas bersembunyi sejak beberapa hari lalu.

Pemeriksaan polis turut menemui wang tunai RM7,250 dan mata wang Thailand 550 baht (RM54) bersama suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek dipercayai memasuki Thailand melalui laluan tikus di sempadan negara sebelum masuk semula ke Malaysia beberapa hari lalu.

Rabu, 26 September 2012

#ANWAR SINDIR UMAT ISLAM EMOSI BANTAH FILEM HINA NABI MUHAMAD SAW!!!#


Ketika majoriti umat Islam di seluruh dunia membantah filem Innocence of Muslimsyang menghina Nabi Muhamad SAW, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertindak sebaliknya dengan menempelak tindakan bantahan itu sebagai beremosi dan cepat melenting.

“Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu ‘masalah dalam jiwa umat Islam..mudah marah dan emosi,” lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman, media terbitan British, ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini.

Wartawan The Scotsman melaporkan kata-kata Anwar itu dalam artikel yang bertajuk, “Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia“. Baca Berita Selanjutnya Di Sini....


#SUARAM KANTOI!!!#





apa dah jadi sekarang ??? pertubuhan ini kononnya nak pertahankan hak asasi,sekarang dah kantoi.Suaram tidak senang duduk sejak pendedahan bahawa pertubuhan tersebut telah menerima RM2.4 juta daripada dua dana asing itu Open Society Institute (OSI) dan National Endowment for Democracy antara tahun 2005 hingga 2011.OSI di miliki oleh George Soros,penyangak matawang berbangsa Yahudi Poland yang pernah memporak perandakan ekonomi negara-negara Asia Tenggara pada tahun 1997.Serangan matawang negara-negara rantau membolehkan Soros menggaut keuntungan berbilion dolar di atas kesengasaraan beratus juta rakyat serta keruntuhan struktur sosial dan kewangan negara terbabit.Kesannya masih dirasai sehingga sekarang di negara seperti Indonesia,Filipina dan Thailand yang masih dibebani hutang daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).Orang yang samalah membiayai kegiatan Suaram untuk menghentam dan mengkritik kerajaan melalui entiti korporatnya,Suara Inisiatif Sdn Bhd.NED pula berkait dengan golongan Neocons yang menjadi sahabat karib Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. baca selanjutnya disini




Khamis, 20 September 2012

#INI JADINYA BILA DRUMMER YANG MELEBIH-LEBIH DARI PENYANYI#

sepatutnya penyanyi yang mendapat lebih perhatian jika ada nyanyian di atas pentas, apatah lagi jika penyanyi itu cantik dan seksi.

Ini lain pula jadinya, si drummer pulak yang terlebih entertaining! Kemerduan suara penyanyi ini terganggu dengan aksi-aksi pakcik berambut putih (dan berbaju putih) ini.

Apa pun, tepukan untuk pakcik ini jugak sebab berjaya menghiburkan kami dengan aksi-aksinya yang pada kami memang cukup lawak. Walaupun disebabkan aksi-aksinya itu pukulan drum pun ntah terabur ke mana ntah jadinya.

Tonton video di bawah untuk bergelak ketawa sama. 



#BILA HANDPHONE LEBIH PENTING DARIPADA ANAK#

Bila handphone lebih didahulukan berbanding anak! Anak dah jatuh pun handphone masih 
dalam genggaman..hurrmmm - asiantown.net
Peaches out with Astala 01

Peaches out with Astala 02

Peaches out with Astala 03

Peaches out with Astala 04

Peaches out with Astala 05




#GEMPAR !!! AWAS PENCURI LAP TOP , DI SEBELAH ANDA SAHAJA DIA BEROPERASI..BERHATI HATI TAU....#


Lihat Selamba Je Pencuri lap top ni..dia dok  sebelah . kawan tu je..ambil dan terus belah...nak tangkap pun bukan payah. tapi dia ambil depan mata sahaja...huhu

# 14 KENA PECAT GARA2 GANGNAM STYLE#


Dengan gaya renang berirama, koreografi yang unik dan usaha yang gigih, sekumpulan 14 orang pekerja penyelamat dari city pool di El Monte, California telah menghasilkan video berkenaan lagu hangat Gangnam Style daripada rapper K-Pop, PSY. Malangnya, bos mereka tidak menghargai usaha itu dan 14 pekerja ini akhirnya dipecat akibat menghasilkan video dua minit yang diberi nama 'Lifeguard Style' itu. Lihat video di bawah:

#ANAK PATUNG BARBIE TIBA-TIBA HIDUP DAN JADI KEGILAAN DI INTERNET?#


Selama ini Barbie Doll hanyalah khayalan manusia dan amat digemari oleh kanak-kanak perempuan dan mak budak juga aku rasa sukakannya.Semacam suatu impian untuk mereka memiliki rupa paras dan bentuk tubuh seperti Barbie Doll yang menghampiri kesempurnaan.

Valeria Lukyanova 21,dikatakan amat bertuah kerana dikatakan mempunya ciri-ciri Barbie Doll,berambut perang,bermata biru dan bertubuh langsing.Dia kini menjadi terkenal di Rusia menerusi blog dan laman facebooknya.



 

 

Yang Ini Kot Muka Sebenar Dia....

Sebenarnya banyk persoalan yang ditimbulkan didalam facebook beliau,ramai yang tidak berkeyakinan yang ianya adalah asli dan hanyalah teknik gambar photoshope.Mungkin anda boleh membuat tafsiran sendiri samada dia adalah jelmaan Barbie Doll atau mulut anda yang ternganga bila sahaja menatap wajahnya...

Plastic Surgery bleylah....cuba tgk muka dia yg asal? buruk kot..



KAMI DOAKAN KEJAYAAN SHILA HAMZAH DI SHANGHAI!!!


WAH..Wah… Nampaknya semakin murah rezeki penyanyi yang cantik bertudung- Shila Amzah tau!
Haa… Mangga Online (MO) dan rakyat Malaysia berbangga bila Shila berjaya ke peringkat akhir pertandingan Asian Wave di Shanghai, China yang akan berlangsung pada 20 September HARI INI ini.

Shila bersama ibunya akan ke Shanghai pada 17 hingga 26 September ni. Sikap Shila yang tak gentar menyahut cabaran ni boleh dijadikan contoh kepada penyanyi remaja yang lain tau!

 Cerita Shila:
“Alhamdulillah… Mula-mula rasa macam tak percaya dipilih ke final sebab semua peserta hebat-hebat. Maklumlah… Mereka terdiri daripada penyanyi-penyanyi berbakat dan popular dari negara masing-masing di seluruh Asia ni.

“Shila akan nyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (nyanyian Jaclyn Victor) , Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu bahasa Cina. Shila dan praktis sebaik mungkin. Cuma Shila perlu jaga kesihatan agar dapat beraksi dengan baik di pentas final nanti.

“Semua orang nak menang. Namun berjaya ke peringkat akhir sudah buat Shila happy kerana ini adalah pengalaman baru.

“Kalau dulu (tahun 2008), Shila pernah bertanding di Shanghai yang menghimpunkan penyanyi baru, sekarang Shila bersaing dengan penyanyi hebat. Nervous juga! Doakan yang terbaik buat Shila ye!

“Syukur… Pihak media luar dah mula nampak bakat Shila. Apa yang Shila tak sangka, ramai peminat muzik di sana teruja bila Shila nyanyi lagu bahasa Cina semasa separuh akhir dulu.

“Shila harap selepas ini, Shila lebih berpeluang mempromosikan diri di luar negara. Insya Allah…jika semuanya berjalan lancar, Shila nak hasilkan lagu dalam bahasa China dan masuk pasaran di sini.”
MO doakan Shila berjaya bawa kemenangan untuk negara yer… Shila memang berbakat besar dan berpesonaliti menarik. MO yakin Shila boleh pergi jauh! (Mangga Online)

SM rasa secara tidak langsung Shila juga menunjukkan yang orang pakai tudung juga mempunyai bakat yang sangat baik.....tengoklah macam mana lontaran vokal Shila Hamzah masa nyanyi lagu berbahasa CINA.sedap n merdu...

Doakan kejayaan shila pada hari ini...