Selasa, 15 November 2011

#AD-DIN# ANGRY BIRDS: DITUJUKAN UNTUK ORANG ISLAM?

Permainan Yang Menyeronokkan~~

salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple
yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Azhar
semuanya suka bermain game ini~ haha..agak jerlah..

tidakkah anda pernah tertanya-tanya?
Kenapa?

Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka

sedar x kita...
jawapannya sebab....
Angry Birds....

dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah

Berjihad? yupp! 

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang

marah tu semuanya sanggup berkorban

menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka

iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan

mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri

tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?

yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!

yang putih pula?

sanggup mengorbankan anaknya!

itu bukanlah satu pengorbanan yang senang

menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad

segala-galanya untuk mencapai satu matlamat

menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."

(At-Taubah 9:111)

 
Runtuhkan Tembok2 Yahudi Termasuk Yg Berniat Jahat kpd Umat Islam!~

2) Amal Jamaie

dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh

burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan

malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan

maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah

untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu


3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?

tidak

diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza

setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza

jadi diorang susun

sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu

kenapa?


sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"


4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?

diorang susun dengan menilai

bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu

maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya

yang reti potong kayu pergi serang kayu

yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu

dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka

untuk detect, apakah kelemahan musuh kita

dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza

bagaimanakah kita ingin menyusun strategi

untuk mencapai ustaziyatul alam

eh silap

untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat


5) Taat

dan sebagai qiyadah

perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang

adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas

dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan

pasti tidak ada orang yang nak main

dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh

jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas


6) Ukhuwah

lastly

kena faham

bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat

itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang

mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya

mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka

kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara

seperti mana kita umat Islam bersaudara

jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya

dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita

daripada musuh yang nampak di dunia

dan juga musuh yang tidak nampak

yang menarik kita ke api neraka


kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita

sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang

kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam

tidak akan wujud game Angry Birds

jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka

begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam

malahan mustahil akan menang gerakan Islam

jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam


"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"

(An-Nasr 110:1-3)


sedarlah

pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam

dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna

semua yang korang baca tadi

adalah pengajaran daripada Angry Birds

tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat

iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih

kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza

dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...

Angry Birds Kaler Merah Yang Gua Paling Suka!~~


"Ukhuwah Teras Kegemilangan"






#SOSIAL# PERTANDINGAN BOLA SEPAK OBES MALAYSIA



Gemuk Betol..MacaM B*&^

Kalo kat kampung gua beb! Kalo ada budak-budak yang gemuk gedompol macam neh diorang akan kater budak tur anak orang berada, sebab makan tak benti2 dan tak payah buat kerja macam anak orang susah macam gua nie beb!...kami pergi sekolah pun naik basikal..pergi sekolah menengah atas naik bus..penat tak usah cakap lah..menitik2 peluh beb! Sebab tur kurus masa tur..masa turlah hahaha!~~

14% rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti dan jumlah ini meningkat dari tahun ke tahun (ini sebab rakyat Malaysia kuat makan dan hidup senang tak macam dulu!~)

Dulu-dulu zaman mak aku..jarang tengok anak dara gemuk gedempol macam skang..sebab zaman mak aku mana ade fast food segala…sumer makan ulam-ulaman..skang??? adoi yaiii…gemuk binti badak geng! Lota gua tengok…lemak saner sini pastu pakai plak ketat2 dah macam tong gas pakai baju kebaya beb!...tong gas pun cantik lagi…hahaha..

Bley Baca Berita Neh:>

Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara Asean dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. 
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak. 
"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).Nak Tau Lebey Lanjut Klik Cni...

Ini ada skit info dari gua..layan kan ajer:>>>

·   Dari kajian yang dilakukan pada 2006, 14% rakyat Malaysia mengalami masalah Obesiti dan jumlah ni meningkat dari tahun ke tahun

  • Masalah Obesiti di kalangan dewasa meningkat sebanyak 250% dalam tempoh 10 tahun dari 1996-2006
  • 30% atau 8.1 juta rakyat Malaysia dijangka akan mengalami masalah masalah Obesiti pada tahun 2011
  • Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 pula menunjukkan dua daripada setiap lima orang dewasa atau 43 peratus mengalami sama ada kegemukan atau masalah obesiti.
  • kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat
  • Kajian yang dilakukan baru-baru ini terhadap 10,000 orang pelajar menunjukkan 24 peratus yang berumur di antara enam tahun hingga 12 tahun terlebih gemuk atau obesiti.
Gua ada idea bernas lagi cerdas beb!, apa kater menteri sukan yang tak bapa nak sukan tur buat satu pertandingan ataupun program main bola sepak untuk lelaki2 dan perempuan2 gemuk (obes) sahaja. Hadiah yang ditawarkan sangat lumayan, duit, rumah, kereta dan sebagainyalah.


Pewut Mamat Neh Pun Dah MacaM Bola Gua TenGok...

Bukan sahaja, dapat realisasikan slogan ‘Majulah Sukan Untuk Negara’ tetapi dalam pada masa yang sama dapat plak bantu golongan-golongan ini menguruskan badan mereka yang macam tong DRAM tur…sebab nak kuruskan badan dengan iniasitif sendiri banyak tak berkesan kan?

Agak2 menteri yang tak berapa nak sukan tur terima tak cadangan gua nie beb?, kalo dia terima alamat kita dapat tengok lemak2 berjalan dan berlari pasneh..hahaha…..


 
Mana Tau Pas Neh Bley Plak Yg Obes2 tur Slim Melim Macam Neh!~


Nota:

Menteri sukan pun bukan Slim sangat pun..ntah2 tergolong dalam Obes gak..tak caya kira BMI dia!~ hahaha

Isnin, 14 November 2011

#POLITIK# RAKYAT JOHOR SOKONG PENUH MAT SABU~


Syabas Mat Sabu~~~

“Rakyat2 di negeri Johor terutamanya di kawasan perumahan di Pasir Gudang telah menyatakan akan menyokong Mat Sabu sepenuh hati dan secara sukarela menyerahkankan boring keahlian Pas untuk menjadi sukarelawan Unit Amal pada pilihanraya yang akan datang”-Berita dari Planet Pluto!

Haha, jangan percaya beb! Berita ini mustahil untuk diterbitkan!~~~…berita yang sebenar adalah, penduduk di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang cuba memantah ceramah yang diadakan oleh Mat Sabu tetapi Unit Amal Pas telah melakukan kekasaran dengan memukul salah seorang penduduk di situ.

Inikah nilai-nilai Islam yang sering keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Pas? Unit Amal bley balun orang sesukati hati erk?

Agaknya inilah hasil tarbiyah yang telah diajar kepada Unit Amal Pas kepada pengikut-pengikutnya iaitu melakukan kekerasan asalkan dapat mempertahankan PEMIMPIN mereka. Taksub terhadap pemimpin mereka meskipun melanggar undang-undang negara…

Bodoh datang dr mana nie weh???

Yang pasti mesti kebodohan Mat Sabu Turun kepada pengikutnya..itu PASti….

Nota:
Mat Sabu Sudah Berjaya Membodohkan Pengikut-pengikutnya..Syabas!

PEKERJA SECRET RESIPE YANG PEMALAS!~


Pekerja SR yang PEMALAS TAHAP GABAN! (bukan pic sebenar! gua tak sempat nak snap!

Pagi2 lagi SM nak membebel neh huh!... SM pergi makan di Secret Resipe (SR) di Tesco Ampang  semalam bersama keluarga. Al-maklumla hari cutila katakan..sibuk melayan anak buah yang comel2..Apa yang memanaskan hati SM iyerlah, perangai pekerja2 SECRET RESIPE  di SR yang pemalas gilerrrr wa cakap lu..heran sungguh….pelanggan tak ramai tapi lembap giler…

Ini bukan 1st times SM pergi ke SR tapi sudah 2nd times SM datang..still layanan macam hampeh!...1st time SM pergi bersama member2 rumah, punyerlah lama tak times untuk buat air sahaja!...lepas tur datang hantar makanan dengan muka yang berkerut2 dan masam mencuka…sakit hati beb!...minta bills pun punyalah susah!

2nd times pergi plak..pekerjanya2 sibuk menyembang di dapur tanpa peduli pelanggan yang datang…buat air pun sampai 20 minutes! Adoiiii2 diorang neh nak kerja ke per weh? Sioot betoi!...pastu2  SM dah feedup giler, minum cepat2 n mintak bills pun ambik masa sampai 10 minit. Yang kelakar giler bley plak silap bagi duit lebih 10 hengget kat SM..kira baik SM pulangkan balik duit tur n pekerja tur plak bley marah kat kawan dier n cakap ‘Wei ko nak shortkan duit aku ker’??? adoi kalo yer pun marah  janganlah bertengkar kat depan pelanggan!...


Lepas nie gua takkan pergi lagi ke situ beb! Mang pemalas giler pekerja2 kat citur…kalo ader manager SR baca artikel SM neh suh pecat jelah budak2 pempuan kat citur..semua pemalas giler..kerja tak kualiti beb! Sudahlah charged  mahai giler smapi 10 hengget! Lagi mahu malas kejer ke weh oit? Hangin gua beb!...
Nasep! kek Chocolate Indulge neh sedap! sejuk skit ati gua beb!

Buat pekerja2 SR, gua tak pernah jumpa lagi pangai, pemalas cam korang neh…mang kerja korang tak pernah ikhlas dan dapat gaji buta jeq…kalo ader pekerja macam korang neh pasti BUNGKUS lah SR kat ctur..patutlah tak ramai yang datang kat ctu…

Nota:
Kalo rasa tak nak kejer duq jerla mengangkang kat umah abih citer..nie kejer tp menyusahkan org!