Jumaat, 24 Februari 2012

#AD-DIN# POKOK YANG BERKHIDMAT KEPADA RASULLULLAH

Sedangkan Pokok boleh berjasa kepada Rasullullah tetapi kita yang umatnya menjadi sebaliknya!

Setelah sampai masanya dan ketika yang baik Nabi bersama rombongan niaga telah berangkat membawa barang dagangan Siti Khadijah ke negeri Syam. Selama dalam perjalanan Nabi tidak henti-henti daripada berzikir dan tidak akan bercampur dengan para ahli rombongan yang akan bernyanyi dan bersyair apabila berhenti berehat. Sikap Nabi yang amat berlainan dari sikap kawan-kawan yang lain diperhatikan oleh Maisarah orang kanan Siti Khadijah.

Apabila sampai di negeri Huran semua rombongan niaga dari selatan khususnya dari Mekah akan berhenti rehat di Kota Busra. Nabi akan mengasingkan diri di bawah pokok kayu yang rendangsementara menunggu rombongan bergerak semula ke destinasi yang sebenar negeri Syam. Tempat yang biasa para khafilah Arab singgah ini adalah dekat dengan gereja atau biara rahib Nasrani atau paderi Kristian.

Ketika rombongan Nabi sedang berehat tiba-tiba muncul seorang paderi bernama Nastura dari dalam biara bertemu Maisarah bertanyakan tentang pemuda yang sedang duduk berehat di bawah pokok kayu rendang.

“Siapakah pemuda yang duduk di bawah pokok sana itu”

“Dia adalah pemuda yang berasal dari Tanah Haram dan berasal dari keturunan Quraisy” beritahu Maisarah.

“Adakah dalam kedua matanya ada tanda merah” tanya paderi Nastura. Maksud tanda merah di mata Nabi ialah terdapat bintik-bintik kecil berwarna merah di mata putih Nabi.

” Ya!” Jawab Maisarah.

“Itulah dia penghabisan nabi-nabi Allah. Mudah-mudahan nanti akan manusia mengetahui di kala dia diangkat menjadi Nabi” Jawab paderi Nastura. Paderi Nastura bergegas ke tempat Nabi terus tunduk mencium kepala dan kaki Nabi dan berkata ;

“Aku percaya kepada engkau dan aku menyaksikan bahawasanya engkaulah yang disebut oleh Allah dalam Taurat. Sesungguhnya wahai Muhamad, aku telah melihat tanda-tanda kenabian yang ada pada diri engkau sebagaimana yang telah disebut dalam kitab-kitab yang terdahulu. Hanya tinggal satu tanda yang belum aku lihat pada dirimu. Kerana itu bukalah belakangmu untuk aku lihat.”

Setelah Nabi membuka pakaian baginda dan Nastura melihat belakang Nabi, dia berkata kepada Nabi ;

“Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan selain daripada Allah, dan saya naik saksi bahawa engkau Utusan Allah yang ummi dari bangsa Arab Bani Hasyim yang berasal dari penduduk Mekah.”

Dengan berjumpanya Nabi dengan paderi Kristian bernama Nastura di Kota Busra ini bererti dua orang paderi Nasrani yang telah baginda temui mengakui kerasulan baginda sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi Musa dan Nabi Isa sebelumnya. Kali pertama adalah paderi Buhaira ketika Nabi berusia 12 tahun mengikut rombongan perniagaan Pak Ciknya Abu Talib. 


Dengan pengakuan para ulama besar Kristian pada zaman kehidupan Nabi Muhamad SAW tentang kerasulan baginda menunjukkan betapa tanda-tanda atau alamat kedatangan Rasulullah SAW telah diberitahu oleh Allah SWT terlebih dahulu semoga manusia tidak akan ragu-ragu terhadap kerasulan dan kenabian Nabi Muhamad SAW.

Selepas peristiwa bertemu Paderi Nastura Nabi bersama rombongan meneruskan perjalanan ke negeri Syam untuk menjual barang-barang dagangan yang dibawa.

Kisah ini petikan dari buku “Sejarah Rasulullah Uul Azmi Terbesar Nabi Muhamad SAW” susunan Tarikuddin Haji Hassan mukasurat 79 – 81.

Sekadar peringatan, pernahkan kita membaca dan menjiwai sirah Nabi Muhamad SAW. Kalau sudah alahmdulillah dan kalau belum usahakanlah sekurang-kurang sekali seumur hidup. Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.


Jumaat, 17 Februari 2012

#POLITIK# GAMBAR MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA...

anwar_ponggal4  
Gambar AnuWar...                          Gambar YaNg Di Edit KonoNya DS Najib..

Ayoyo.....Mau tipu apa lagi weh?

*** puak pakatan haram neh nak spinn aper lak pas neh?

#AD-DIN# KELAB MURTAD SEMAKIN BIADAP

frontpage 11 Kelab Facebook Murtad | Kelab Murtad dalam Facebook yang BIADAP

KUALA LUMPUR: Biadab. Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook (fb) bagi meraih sokongan masyarakat.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali fb terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.

pix middle4 Kelab Facebook Murtad | Kelab Murtad dalam Facebook yang BIADAP
Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.

 Pemerhatian wartawan Harian Metro ke atas fb berkenaan sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw.

***Sumber Kelab Facebook Murtad | Kelab Murtad dalam Facebook yang BIADAP : mymetro
SIla like Kelab Facebook Murtad | Kelab Murtad dalam Facebook yang BIADAP



#AD-DIN# TAZKIRAH TERBAIKKKK PAGI INI UNTUK ANDA

Assalamualaikum, pagi jumaat ini mahu gua hidangkan sedikit tazkirah ringan untuk manfaat semua..layan~~~

Jumaat, 10 Februari 2012

#POLITIK# 'SAYA AKAN LETAK JAWATAN'-ELI WONG

“SAYA AKAN LETAK JAWATAN”-ELI WONG


Aisyemenn..kiamat ler kalo si eli neh nak bercakap gitur..baca tak per…percaya skit2 pun tak per..percaya sume jangan huhu…

Itu persoalan yang bermain dalam kepala otak setiap rakyat Malaysi pada ketika ini. Agak - agaknya, bila PAS nak mintak Si Eli Wong ni letak jawatan?

Dia tidak pernah menjelaskan kepada rakyat mengenai hubung kait dia dengan Hilmi Hazmin Malek yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia sebelum ini.

Walaupun Si Khalid Gagap pernah berjanji akan menyiarkan kenyataan mengenai keputusan tersebut, tapi tak boleh pakai jugak janji tu.

Nanti jadi macam janji dia nak bagitau hasil siasatan berkaitan dengan pemeriksaan pihak JAIS ke atas DUMC. Sampai hari ni, dia masih senyap dan mendiamkan diri.

Kalau betul la Si Eli Wong ni tak terlibat dalam isu berkaitan dengan Hilmi ni, kenapa dia mengelak untuk bertemu dengan wartawan semalam?

Hutan Sungguh....Asyik cermah Tak sempat Nak Buang erk?

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mengelak untuk bertembung dengan wartawan yang menunggunya di luar pintu bilik Mesyuarat Exco yang terletak di tingkat 20, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini semalam.
Malah Elizabeth yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri itu dilihat tergesa-gesa meninggalkan bilik mesyuarat melalui pintu lain.
Ekoran itu, usaha wartawan menunggu selama lima jam untuk mendapat reaksi Elizabeth. 40, mengenai penahanan bekas teman lelakinya, Hilmi atau Azmin Helmi di Batam, Indonesia pada 3 Februari lalu kerana kesalahan menggunakan dokumen palsu berakhir dengan kehampaan. - Kosmo On
Nota:
Mana Mau Lari Eliiiiii??? Hilmi Sudah Muncul..Duit Sudah Abih Ker??

#POLITIK# KETUA CAWANGAN UMNO BAGI PR BUAT CERAMAH DIRUMAHNYA?

Bodoh datang dari mana? Haiyerrr....

Bukan Bodoh, mungkin ketua cawangan ini nak tunjukkan pada chegu bard nie yang orang umno bukan cikai&kedekut sangat..malah berhati mulia dengan memberi keizinan membuat ceramah dirumahnya...
Inilah hati-hati org2 umno yang mana puak2 PR asyik mengutuk tur...

#POLITIK# ANUWAR IBRAHIM SUDAH BUANG TABIAT

Demi Meraih Undi Anwar Ibrahim Sanggup tur menyanyi lagu Tamil...

Tengok sekali imbas macam dah buang tabiat..nielah aNuwar Ibrahim...

Joget2, tp tak tahu makna lagu tur..silap2 boleh puja2 dewa bagai..gila! Demi Meraih Undi Apa PUn BOLEh! Syabas Anwar!


Jumaat, 3 Februari 2012

#POLITIK# PUTIH, MERAH ADA APA HAL?


 
Duit ambik gak!tp mulut bising Woorrr...

Gua nak ulas skit pasal Ang Pow Merah...

Kalo Tak Nak ‘Ang Pow’ tur bak cni bagi aku, lagi baik dari bising2..duit ambik gak, tapi menyalak cakap pasal sampul..apa darrr..

Pada gua, warna kadangkala membawa pelbagai maksud…warna merah boleh juga dikaitkan dengan cinta..warna putih selalu dikaitkan dengan warna merah…masing-masing mempunyai sebab dan munasabah masing-masing….

Puak2 belah sana yang tak tau membudi bicarakan setiap kesalahan yang terjadi sering kali Nampak salah orang…Sampul berwarna putih (ANG PAU CNY 2012) yang diagih-agihkan oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dijadikan sebagai Isu. Kononya tidak menghormati kaum cina dengan memberikan sampul putih, padahal Datuk Ibrahim Ali sudah menggunakan sampul Merah pada mulanya tetapi terpaksa menggunakan sampul putih apabila kehabisan sampul merah.

Sampul merah sudah abiS! sampul lain pun bley gak...

Gua percaya puak2 neh sudah dapat maklumat berkenaan tetapi sengaja mencetuskan kontroversi dengan menggunakan isu berkenaan untuk mencari kesalahan perkasa.

Jadi sekurang-kurangnya ada sopan sikit memberi sesuatu itu didalam satu bungkusan atau sampul walau apapun warnanya berbanding kalau diberi suatu pemberian itu sehingga orang lain nampak jelas nilai apa yang kita terima. Tindakan Datuk Ibrahim Ali lebih berhemah dan beradab sebenarnya.


Diorang selalu  mengutuk orang kononya mereka baik dan alim..padalah sama jer..2 X5…tak der bezanya mereka2 ini…

Nota:

Kalo taknak Bak Cini..gua Mahu..sampul mang gua tak nak..gua nak yg dalam sampul tur..bising benor! Poyor jer…duit ambik tp mulut tak pernah bersyukur n berterima kasih…


#POLITIK# “ Please Move Out...!”-RAFIDAH AZIZ

Dulu KawaN Skang Lawan???

Umno Wanita chief Shahrizat Abdul Jalil has been told to resign from all her party and government posts - by none other than her predecessor and archrival Rafidah Abdul Aziz.

In an interview published by The Malay Mail today, the former international trade and industry minister makes an obvious reference to Shahrizat and tells her, "If you are a problem to the party and government, please move out! 
<Wahh Sula Belani Ini PempUan HalaU Itu Kak Ijat....Mau Itu Kerusi Ka???>

"That's it (for) everyone, whether it's got to do with cows or anything (else). That's the most matured way of dealing with your problems."

In the damning interview, Rafidah also slammed the women, family and community development minister for referring any decision to quit on her part to Prime Minister Najib Abdul Razak.

"The point is: damn it, decide, don't leave it (the decision to go) to the prime minister. Don't leave the onus on the prime minister to decide for you."

Shahrizat has been under fire for her family's involvement in the National Feedlot Corporation (NFC) scandal, where the company was awarded a RM250 million government soft loan to develop the cattle industry.

Opponents, especially PKR strategy director Rafizi Ramli, have alleged that NFC used its funds for unrelated expenditures.

Shahrizat has denied any involvement in NFC and her family members have denied any wrongdoing by the company.



Nota:

Adat Manusia, Dulu Masa Senang Kawan Ramai..Masa Susah dengan Kawan2 Bantai kiter..huhuhu

Khamis, 2 Februari 2012

#SOSIAL# TEKNOLOGI HAARP DIBANGUNKAN UNTUK HAPUSKAN MANUSIA DIBUMI?



AARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, 
 
University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, HAARP dipercayai merahsiakan penyelidikan untuk kepentingan DARPA itu dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.


Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi dan tercanggih iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

Selain itu, IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Diandaikan bahawa hasil dari IRI tersebut telah menjadi medium frekuensi yang dipancarkan ke lapisan ionosfera sebelum dihantar kembali ke bumi yang menghasilkan ‘bunyi aneh’ seakan-akan guruh dan menggemparkan di beberapa lokasi di dunia.

Kenali HAARP

 

HAARP bagaimanapun dikatakan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut sehingga kini. Program yang bermula sejak tahun 1993 itu sering dikaitkan sebagai penyebab kepada beberapa insiden bencana alam oleh beberapa saintis ekoran aktiviti-aktiviti program tersebut yang menjadi tanda tanya ramai pihak.

Dan mungkin ramai lagi yang tidak percaya bahawa kemungkinan kebanyakan bala bencana yang berlaku di dunia sekarang adalah buatan kerajaan Amerika Syarikat, dengan mereka memanipulasikan cuaca menggunakan HAARP, Scalar (teknologi dari Nikola Tesla) dan bermacam-macam teknologi lagi. Dan ada saintis yang telah membuktikan bahawa HAARP mampu mengubah cuaca, mengawal hujan, mengawal panas sejuk, dan paling hebat mampu membina satu tsunami atau gempa bumi berskala besar.

Konspirasi mengaitkan bencana alam dengan hasil kerja tangan manusia telah berkisar sekitar teknologi yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat, telah sengaja mencetuskan bencana alam seperti Banjir Kilat, Taufan, Puting Beliung dan Gempa Bumi. Kejadian gempa bumi di China pada 2008 berukuran 7.8 skala ritcher juga dikaitkan dengan aktiviti yang dijalankan oleh HAARP.


Pencetusan bencana juga adalah salah satu projek 'depopulation' iaitu untuk mengurangkan populasi penduduk dunia.Ini mungkin satu lagi retorik dan propaganda mereka untuk mengaburkan dunia, kerana matlamat utama golongan-golongan elit antarabangsa yang juga berpengaruh dalam PBB ialah untuk mengurangkan populasi (depopulation) penduduk dunia ini dengan apa cara sekali pun kepada jumlah 4 billion orang sahaja menjelang tahun 2040.

Sumber: http://majalahbiarbetul.blogspot.com/2012/01/teknologi-haarp-tentera-udara-amerika.html#ixzz1l2x48Jk8

#SUKAN# SAFEE SALI DAPAT RM2 JUTA!!!


Tahniah!!! Tingkatkan Prestasi!

Penyerang sensasi negara,Safee Sali pada mencatat sejarah sebagai jutawan bolasepak pertama negara apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi.

Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia semalam.Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media. Safee juga akan menerima pakej tambahan iaitu hak imej menerusi tajaan pengiklanan produk tertentu.

Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.

LATAR BELAKANG

Nama penuh: Mohd Safee Mohd Sali

Tarikh lahir: 29 Januari 1984

Tempat lahir: Selangor

Tinggi: 1.70 meter

Posisi permainan: Penyerang

Kelab terkini: Pelita Jaya FC

Nombor jersi: 55

Kerjaya senior:

2003-2005 (Kuala Lumpur FA)

2005-2006 (Sarawak FA)

2006-2011 (Selangor FA)

2011 (Pelita Jaya FC)

2012-2013 (Pelita Jaya FC)

Pasukan kebangsaan:

2004-2007 (Malaysia bawah 23 tahun)

2007 (Malaysia)

Anugerah:

- Olahragawan Paling Digemari Anjuran Astro Awani 2010

- Piala SUZUKI AFF 2010 (Penjaring terbanyak, 5 gol )