Kebanyakkan Pesakit Perlu Menunggu Lama sebelum mendapatkan Rawatan Doktor! |
Ramai pesakit bukan serius salah guna unit kecemasan di hospital !-Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
· Kelemumur, jerawat, gatal-gatal, batuk atau sakit tekak antara masalah yang dirujuk lebih 70 peratus pesakit tidak kritikal yang didapati menyalahguna perkhidmatan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital kerajaan di seluruh negara.
· Peningkatan jumlah pesakit yang menyalahguna kemudahan berbanding 50 peratus pada 2008 menyebabkan tempoh masa menunggu agak lama untuk mendapat rawatan di jabatan berkenaan.
· Dasar hospital kerajaan tidak menolak kehadiran pesakit yang memerlukan rawatan namun kes bukan kecemasan sedemikian mengganggu kelancaran perkhidmatan terhadap pesakit yang benar-benar memerlukan rawatan segera.
· Keadaan ini membimbangkan, ia memberi kesan negatif terhadap sistem perkhidmatan kecemasan kerana kebanyakan panggilan tulen diterima memerlukan rawatan segera.
SemerahCili!: Kemungkinan besar ramai pesakit masih keliru dengan tempat untuk mendapatkan rawatan, oleh itu pihak yang terbabit perlu menjelaskan&menerangkan dengan lebih jelas kepada rakyat.