
"Saya nak join bloglist Lily!!! klik cni Geng!!!
JOM KEKAWAN B4 TERLAMBAT!!!!
Ibu pejabat DAP Pulau Pinang yang disimbah cat merah empat hari lalu, sekali lagi menjadi sasaran dengan percubaan membakar bangunan itu. Kali ini deretan akhbar lama yang diletakkan di luar bangunan itu dinyalakan pada kira-kira jam 3 pagi.
DUN Komtar Ng Wei Aik, yang menulis di Twitter berkata: “Ada orang cuba bakar HQ DAP Pulau Pinang sekitar jam 3 pagi. Semua suratkhabar di luar HQ dibakar. Serangan kedua selepas empat hari.”
Ketika dihubungi, Ng berkata api berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran di kawasan itu dan Jabatan Bomba kira-kira 20 minit kemudian. Bomba datang kira-kira 15 minit kemudian, setelah dihubungi oleh penduduk tempatan.
Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan itu.
"Sebiji botol dijumpai tetapi kita tidak dapat menentukan sama suspek itu menggunakan minyak tanah untuk memulakan api. Bomba telah ambil botol itu untuk diuji,” katanya.
"Seorang jiran yang tinggal di hadapan bangunan nampak seseorang menaiki motosikal meninggalkan kawasan itu selepas api dinyalakan.”
Ng percaya kejadian itu bermotifkan politik dan katanya, DAP akan membuat laporan polis pagi ini.
Polis kini memburu beberapa suspek dipercayai terbabit dalam dua kes simbah asid berasingan di ibu negara baru-baru ini, namun menafikan suspek individu yang sama menggemparkan negara dengan beberapa kes simbah asid awal tahun ini.
Satu kes berkenaan berlaku pada 26 Julai lalu, menyebabkan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat dirompak RM18,000 milik syarikatnya selepas disimbah cecair selepas keluar tandas di sebuah stesen minyak di Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi, di sini.
Polis kini memburu beberapa suspek dipercayai terbabit dalam dua kes simbah asid berasingan di ibu negara baru-baru ini, namun menafikan suspek individu yang sama menggemparkan negara dengan beberapa kes simbah asid awal tahun ini.
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Satu demi satu amalan agama dan tradisi umat Melayu Islam di negara ini bakal tergadai sekiranya tiada pihak mahu mempertahankannya semata-mata kerana mengejar kepentingan politik pihak tertentu.
Dalam isu terbaru berkenaan larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara yang disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu jelas membuktikan undi rakyat adalah lebih penting daripada mempertahankan akidah Islam.
Justeru katanya, adalah lebih baik pemimpin Pas menukar slogan perjuangan mereka kepada 'Berjuang Demi Undi' yang memberi maksud 'Aku mesti menang walaupun Islam kalah'.
''Nampaknya hujan sudah naik ke langit. Agaknya Menteri Besar Kelantan dan pemimpin Pas lain tidak lagi berhasrat menggunakan pembesar suara apabila memberi tazkirah atau program qiyamullail di masjid atau surau walaupun jumlah jemaah ramai," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat 7 April lalu memutuskan, membaca al-Quran dengan pembesar suara di masjid dan surau adalah dilarang mengikut hukum syarak.
Dalam pada itu, Presiden Ikatan Muslim Malaysia, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, jabatan agama Islam negeri perlu membuat penelitian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang fatwa.
Katanya, selagi tidak mendapat bantahan besar masyarakat termasuk penduduk bukan Islam, amalan Islam harus diteruskan.
"kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi mengkaji cadangan-cadangan bagi mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya negara ini".
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, jawatankuasa itu bakal dianggotai wakil daripada parti kerajaan dan pembangkang.
"Ia akan ditubuhkan dalam masa terdekat. Kita akan bincang segala reformasi pilihan raya supaya tidak ada pihak lagi syak wasangka terdapat manipulasi kerajaan.
Berucap dalam majlis berbuka puasa dengan media di Wisma Bernama di ibu negara hari ini, Najib menegaskan sekali lagi bahawa beliau berharap berjaya dalam pilihan raya melalui sistem yang bersih.
"Seperti yang sering saya sebut, hari ini saya ulang sekali lagi, saya dan jemaah menteri tidak rela menjadi perdana menteri dan menteri tanpa sokongan rakyat.
"Jadi, jangan ada yang salah anggap kita tak ingin proses pilihan raya yang bersih," katanya di hadapan kira-kira beberapa ratus petugas media.
1. Jika jabatan itu dan Hasan tidak dikawal, mungkin perbuatan menggeledah dan memecah masuk majlis jamuan makan malam anjuran gereja-gereja akan berlarutan dan berulang.Kenyataan di atas sungguh biadap sekali. Apakah timbalan editor akhbar Cina itu tidak tahu bahawa JAIS mempunyai protokol dan enakmen-enakmen yang perlu diikuti dan juga mesti dipatuhi oleh seluruh rakyat Selangor tidak kira bangsa atau agama?
2. Rekod lampau JAIS dan Hasan juga bukannya begitu baik. Sebelum ini, jabatan itu pernah mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai serbaguna di kawasan Shah Alam. Ia turut melarang pengambilan pekerja-pekerja Islam bekerja di tempat-tempat hiburan yang menjual arak dan melakukan tangkapan terhadap pasangan yang meraikan Hari Kekasih.Adalah kurang ajar apabila timbalan editor akhbar Cina itu menuduh jabatan hal ehwal Islam mempunyai rekod yang TIDAK BAIK hanya kerana membongkar muslihat pihak tertentu memurtadkan orang Islam atau pun merampas arak.
3. Besar kemungkinan kerajaan negeri sudah tidak dapat mengawal Hasan lagi. Dengan itu, jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor yang disandang beliau perlu ditarik balik.Bagaimanapun tindakan itu masih tidak mencukupi, sepatutnya beliau tidak lagi dilantik sebagai Exco.
4. Kita juga berharap pegawai-pegawai agama diberi latihan semula supaya mereka memahami perbezaan antara aktiviti penyebaran agama dan kegiatan amal di gereja.Pegawai-pegawai agama Islam di beri latihan semula?
Sepatutnya, bukan penganut Kristian dibenarkan menghadiri aktiviti amal dan program ditaja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di gereja bagi mewujudkan perasaan saling faham memahami antara berlainan agama.Kita tidak ada masaalah dengan bukan penganut Kristian menghadiri program NGO di gereja tetapi kita akan marah dan pihak berkuasa wajib siasat jika aktiviti tersebut menyalahi enakmen Syariah dan memurtadkan Islam!