Sabtu, 2 Julai 2011

BERSIH=KOMUNIS??? BIAQ BETOI???

AHLI Pertubuhan Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) mengedarkan risalah Anti-BERSIH 2.0 kepada orang ramai di pekarangan pusat beli-belah Sogo, di Kuala Lumpur, semalam. - Berita Harian

Semerahcili!, Polis menemui bukti baru mengaitkan perhimpuanan haram anjuran BERSIH dipengaruhi unsur komunis berikutan penemuan 10 gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) ketika serbuan di sebuah banglo yang dijadikan sekretariat BERSIH, di seksyen 4.
Apa neh??? dikaitakan dengan komunis plak??? apa nak jadi dengan BERSIH neh kater bersih sgt, tp mengapa bertualangkan Komunis???
Rakyat akan paham setiap tindakan yang dibuat..jgn riso, rakyat mahukan keamanan dan keharmonian bkn huru hara yang dibuat untuk memuaskan hati individu ataupun sesebuah parti.
Rakyat sudah pandai menilai mana yang baik, mana yang buruk....

Padah Kemaruk Mahu Jadi Jutawan!!!

Apabila Manusia Terlalu Kemaruk Mahu Jadi Jutawan Sampai Mudah Tertipu Dan Akhirnya Menyusahkan Diri Sendiri.












6 Terjerat Penipuan Melalui SMS rugi lebih RM105,000

Semerahcili!. hanya kerana kemaruk untuk menjadi jutawan segera, enam individu terjerat dengan janji2 manis ditawarkan satu sindiket penipuan melalui SMS hingga kerugian lebih RM105,000 baru-baru ini.

Bukti Rakyat Didahulukan!!!





854 penduduk dapat geran komunal

TENOM: Selepas 60 tahun mencurahkan keringat di tanah diterokai nenek moyang mereka, 854 penduduk tiga kampung di sini semalam akhirnya diberikan hak ke atas tanah itu melalui geran komunal yang disampaikan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penduduk Kampung Pangulobon I, Pangulobon II dan Kabintaluan kini mampu mengukir senyuman apabila masing-masing dipilih sebagai peserta program pembangunan tanah itu melalui pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).

Seramai 113 penduduk Kampung Pangulobon I diberikan hak pemilikan secara bekelompok ke atas tanah seluas 720 hektar, 41 penduduk di Kampung Pangulobon II (200 hektar) dan 700 penduduk Kampung Kabintaluan (2,640 hektar).

Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pangulobon I, Larau Abau; Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Pangulobon II, Ampang Ahil dan Wakil Ketua Anak Negeri Kampung Kabintaluan, Antarik Bali menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan SLDB yang diwakili Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin dan Pengurus Besarnya, Juvairi Majid.

Melalui MoU itu, setiap peserta akan menikmati pendapatan RM1,100 sebulan selepas kelapa sawit yang dimajukan SLDB mengeluarkan hasil dalam tempoh lima tahun.

Mereka menerima geran itu daripada Najib pada program Juara Rakyat 1Malaysia anjuran UMNO Bahagian Tenom di Padang Pekan Kecil Kemabong, kira-kira 30 kilometer (km) dari sini.

Berucap pada majlis itu, Perdana Menteri berkata, masa depan dan kehidupan penduduk terbabit kini lebih terjamin melalui geran tanah komunal.

“Yang pasti setiap isi rumah terbabit akan melepasi tahap kemiskinan selama-lamanya dan inilah yang saya katakan tranformasi luar bandar boleh membawa perubahan bermakna kepada masa depan masyarakat luar bandar,” katanya turut mengumumkan peruntukan RM30 juga kerajaan Pusat untuk tujuan menyukat tanah bagi proses pengagihan geran komunal itu.

Najib kemudian mengumumkan peruntukan RM2.8 juta untuk menaikkan taraf jalan kampung bagi daerah Kemabong, selain RM3 juta lagi untuk pembinaan rumah panjang bagi menempatkan hasil kraftangan khusus untuk suku kaum Murut di sini