Rabu, 26 Jun 2013

ALFATIHAH... ADUN KUALA BESUT MENINGGAL DUNIA... PRK PERTAMA AKAN BERMULA!!!





AL-FATIHAH....

Kami di TFK mendapat khabar, ADUN Kuala Besut, Dr. Abdul Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, Khamis lalu kerana sesak nafas, telah menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi. Beliau merupakan Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang memegang portfolio Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu.

Hampir dua bulan selepas PRU-13 berlangsung, kini bermula sudah PRK yang pertama.

Pada 5 Mei lalu, Allahyarham menang ke atas calon Muslimah PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,631 undi. Allahyarham mendapat undi sebanyak 8809 undi berbanding Napisah yang hanya mendapat 6375 undi sahaja.

Satu lagi pertempuran sengit nampaknya akan berlaku.... apatah lagi dengan PAS hanya ketinggalan dua kerusi berbanding UMNO-BN pada kedudukan 15-17, tentu sekali PAS sudah tidak bertangguh-tangguh mengasah parang dan tajak untuk menebas saki-baki kemenangan UMNO-BN di negeri Terengganu.

Yang pergi tetap dah pergi... perjanjiannya dah sebegitu. Yang hidup akan meneruskan hidup mereka sehinggalah kematian dan ajal menjemput.

Nampaknya kuasa juga yang menjadi taruhan!!!

Cakap berlapik-lapik dah tak berguna pada masa kini. SELAMAT BERPILIHANRAYA KECIL ler kita semua!!!