Isnin, 17 Oktober 2011

APA UNTUNGNYA RAKYAT PILIH BN???

sewajarnya PM naik bas yg tidak diubah suai seperti rakyat

Mesti ramai yg tertanya2 ‘apakah untung&ruginya kalo aku pilih BN neh?’ ayat berkenaan akan sentiasa bermain2 dipikiran rakyat khususnya di kawasan2 luar Bandar ketika bersidai bersembang@mengumpat bersama kawan2…huhu


Adakah persoalan2 ini akan terjawab dengan baik, betul dan tepat? @pun persoalan ini akan terjawab dr mulut pembangkang ‘Pilih BN barang Naek!’ ‘Pilih BN, Negara Hancur’, ‘say NO to BN’ dan sebagainya yang semuanya hanya memberikan maklumat yang salah dan mengelirukan.


Adakah kerajaan terus-menerus berdiam diri dalam membiarkan rakyat di dalam persoalan berkenaan? KERAJAAN kini pelu buka mata dan tidak mengharapkan pihak lain seperti  jabatan2 kerajaan, agensi penerangan untuk memberikan maklumat yg kepada rakyat tetapi secara terus berkomunikasi dengan rakyat!

Mungkin pd SM, PM kita Datuk Seri Najib Tun Razak secara serius mengembalikan keyakinan rakyat seperti “turun padang” dengan menaiki Bus yang tidak diubah sesuai..menaiki basikal tanpa diiringgi berpuluh pengawal keselamatan,  berkunjung ke rumah rakyat tanpa layanan yg sangat istimewa…dan yg paling penting tidak terlalu hidup mewah cukup sekadar keperluan…
Rakyat bukan hanya mahu PM menaiki basikal shj tetapi mahu PM merasai setiap susah payah rakyat dinegara ini...Kami mahu BN terus terajui kepimpinan..berubahlah demi kebaikan rakyat~~~

SM, rasa ini yg terbaik dalam mengembalikan keyakinan kepada rakyat dinegara ini..Apa yg SM lihat rakyat kini semakin bijak..adakah logik deq akal fikiran ‘Rakyat hidup susah, pemimpin hidup senang’ akan diterima oleh rakyat? Rakyat akan sokong membabi buta? Pasti tidak…SM percaya semua ini sebenarnya akan memberikan impak yg cukup besaR dalam meraih perhatian&keyakinan rakyat kepada BARISAN NASIONAL.

Pemimpin2 BN juga perlu berubah…Membuang segala perspektif negatif rakyat bahawa pemimpin BN hidup kaya raya, sombong,pakai kereta mewah, kaki penipu, hidup penuh rasuah, kaki perempuan, ‘western life’  dan sebagainya.

Persoalannya adakah semua pemimpin BN sejahat itu? Adakah kerana nila setitik  habis susu sebelanga? SM sendiri pernah berjumpa dengan seorang yang sangat kuat berpolitik dr BN yang sangat baik, dr segi hubungan dengan Allah mahupun sesame manusia…

BERUBAH, dan BERTINDAK iaitu dari akar umbi sehinggalah kepimpinan tertinggi perlu berubah kearah kebaikan rakyat. Buktikan kepada rakyat kepimpinan BN ini hanyalah untuk kepentingan rakyat bukan peribadi…bertindak seperti mana yang sering dilaung2kan..InsyaALLAH rakyat pasti menyokong penuh barisan nasional seperti 54 tahun yg lalu…

Berfikirlah sebelum terlambat, kerana rakyat kini semakin bijak dan mereka hanya tunggu masa untuk menzahirkan pada PRU13 yg semakin hampir…jangan nanti da gulung tikar semua baru nak meraung2&melalak mahu membela masa depan rakyat…masa tur da terlambat wahai semua pemimpinku…

Note:
Rakyat Mahu BN terus membela mereka…