Selasa, 3 September 2013

Apa Tindakan Paling Wajar Dikenakan Pada Puak Kurang Ajar Ini?

rsz_sang_saka_w


Sehingga saya menulis artikel ini, difahamkan Hishamuddin Rais dan Adam Adli sedang ditahan di Balai Polis (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan mengibarkan bendera “Sang Saka Malaya” pada malam kemerdekaan baru-baru ini.

Selain Isham Rais dan Adam Adli, turut dikatakan terlibat mengibarkan bendera “songsang” itu ialah Sasterawan Negara, A Samad Said, yang mendeklamasikan sebuah sajak yang dia sendiri saja yang faham pada malam tersebut. Namun dia dikhabarkan belum ditahan polis…

Ramai benar rakyat yang marah pada geng “sesat” dan tidak tahu sejarah itu. Yang paling marah ialah pakar-pakar sejarah negara seperti Prof Datuk Ramlah Adam, Prof Madya Dr Sivamurugan dan pelbagai pihak yang mengecam tindakan bodoh tersebut.

Boleh dikatakan majoriti rakyat yang prihatin mahu kumpulan biadap yang mencemarkan malam ambang merdeka itu dikenakan tindakan tegas. Paling berat, mereka mengesyorkan agar geng kurang ajar itu dilucutkan kerakyatannya.