Khamis, 2 Jun 2011

Mahu Cepat Kaya???

Orang Ramai Di Nasihatkan Jangan Mudah Cepat Terpedaya Dengan Skim ini!
HANYA kerana mahu cepat kaya dengan memperoleh wang seperti durian runtuh tanpa perlukan bekerja keras, ramai individu mudah terpedaya dengan penganjuran Skim Kepentingan atau lebih dikenali sebagai Skim Pelaburan bersama yang tidak sah berikutan tidak didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Secara teori skim cepat kaya adalah skim yang mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan oleh seseorang kepada penganjur berpandukan perjanjian lisan atau bertulis bahawa wang pelaburan itu akan dipulangkan berserta faedah berlipat kali ganda. Seawal tahun 1970, Skim Cepat Kaya Pak Man Telo yang dipelopori Osman Hamzah amat popular, malah beliau adalah pengasas pertama kepada kewujudan skim cepat kaya di Malaysia. Skim Pak Man Telo berjaya menarik kira-kira 50,000 dengan jumlah kutipan mencecah RM99 juta sehinggalah beliau dihadapkan ke mahkamah pada Januari 1990 atas dakwaan mengambil wang orang ramai tanpa lesen sah mengikut Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Osman meninggal dunia pada usia 70 tahun di Kuala Berang Terengganu ketika berada dalam perintah buang daerah dunia di Kuala Berang Terengganu, pada 22 Disember 1997.Pautan Yang Berkenaan!


Banyak lagi Minuman Sedap Ngape Pilih Arak???

Arak!!! Arak!!! Pe Nak Jadik Dengan Rakyat Malaysia Neh!


JAKIM tak pernah keluar sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada mana-mana produk minuman yang dikatakan sebagai ‘bir halal’ diimport dari Asia Barat, kata Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha. Klik sini untuk baca berita sepenuhnya!

Dengan RM25,000 Boley Beli Perlawanan!

Sanggup Jual Perlawan Hanya Dengan RM25,000!







 

 

Apa Koman Sangat Pemain Bola Sepak Kita Neh! klik di sini!

 

SemerahCili!: Apa nak jadik dengan pemain bola kita neh!, setakat RM25,000 pun terliur sampai jual perlawanan?ishk..ishk...koman sungguh!!!





Padah Mencari Cicak Tokek!

Perkampungan Nelayan Di Pulau Jolo, Filipina
Lelaki dakwa jadi orang tengah dengan pihak penculik di Zamboanga
USAHA menjejaki rakyat Malaysia, Mohd Nazarudin Saidin yang diculik ketika mencari cicak tokek atau gecko di selatan Filipina berjaya menemukan saya dan jurugambar, Datu Ruslan Sulai dengan beberapa orang hubungan di Zamboanga yang kemudian cuba mengatur supaya kami dapat menemui kumpulan penculik itu.

Namun, kami hanya diberikan nombor telefon seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Dr Abu, iaitu suatu yang lazim digunakan kumpulan bersenjata untuk merujuk kepada kumpulan Abu Sayyaf yang dianggap sebagai sayap pergerakan al-Qaeda di Filipina.

Kumpulan penculik yang dipercayai turut dianggotai anggota kumpulan PSP, sebuah kumpulan yang kuat dengan pegangan agama itu dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan yang diketuai oleh Albahsy Misaya, yang ada kaitan dengan al-Qaeda

Dalam perbualan itu, Dr Abu enggan membenarkan kami menemui Mohd Nazarudin atau menyatakan lokasi mereka kerana bimbang kami akan membocorkan maklumat kepada pihak berkuasa.

“Cukup untuk anda mengetahui Nazarudin kini berada dalam tangan kami. Beritahu keluarga dia keadaannya baik,” katanya dalam bahasa Inggeris dalam loghat tempatan.

Namun, saya dan penterjemah, Amran Mahalan cuba memujuknya bagi mendapatkan peluang menemui Mohd Nazarudin serta merakam gambarnya, tetapi Dr Abu menyatakan mereka akan mempertimbangkan permintaan itu dan kami mungkin diperlukan membayar kos tertentu untuk bertemu mangsa.

Sebelum itu, beberapa pihak di Zamboanga yang ditemui, memberikan maklumat bahawa Mohd Nazarudin mungkin diculik oleh kumpulan yang diketuai oleh Albahsy Misaya.
Matlamat utama kami menghubungi mereka ialah untuk mengesahkan kenyataan Ketua Superintendan Direktorat Operasi Polis Bersepadu Mindanao Barat, Felicisimo Khu, yang mengesyaki Mohd Nazarudin ditahan di sekitar kampung Barangay, Buansa, Jolo oleh kumpulan itu.

“Berpandukan maklumat risikan tentera, kali terakhir kumpulan itu dikesan ialah di kampung berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, kumpulan yang ditemui tidak dapat mengesahkan maklumat itu kerana mereka juga tidak pasti kebenarannya. Namun, laporan media sebelum ini menyatakan, Alhabsy Misaya ialah salah seorang pemerintah dalam kumpulan Abu Sayyaf dan dikatakan bertanggungjawab melakukan berapa serangan bom di Jolo tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Indanan, Ketua Inspektor Mohammad Khan Kamlon, berkata penculik dipercayai menuntut wang tebusan sebanyak 80 juta peso (kira-kira RM5.6 juta) sebagai tukaran membebaskan tebusan dengan wang pendahuluan yang perlu dibayar sebanyak lima juta peso (RM350,000).

Mohd Nazarudin diculik pada tengah malam 8 Mei lalu, ketika sedang tidur bersama rakannya, Abdul Ghafar Akkirulla di sebuah rumah, di Idanan, Jolo. Mereka ke kawasan berkenaan untuk mencari cicak tokek atau gecko yang mendapat harga tinggi di pasaran gelap.

Bekas isteri Mohd Nazarudin, Mazlina Mohamad, sebelum ini berkata, mangsa ke Filipina untuk mendapatkan cicak untuk dijual kepada pembeli luar, tetapi ditahan lanun ketika di Jolo.


SemerahCili!: Ia menjadi teladan kepada orang ramai khususnya pencari cicak Tokek atau Gecko agar tidak terlalu ghairah mencari binatang berkenaan sehingga membahayakan diri sendiri! hanya untuk mengejar wang semata-mata.

Mahu Menyuarakan Inspirasi??? Cni tempatnya!


Golongan Belia Kini Mempunyai Platform Sendiri Untuk Menyuarakan Pendapat, Sokongan Dan sebagainya!

  • Golongan belia disaran menggunakan platform komuniti generasi Y bagi menyuarakan inspirasi kepada pembuat dasar bagi memastikan suara mereka sentiasa didengar selain berganding bahu memacu pembangunan masyarakat dan negara.
  •  Datuk Seri Najib Razak, berkata golongan belia menjadi sandaran negara untuk merealisasikan Wawasan 2020 selepas generasi sebelum ini menyediakan pelbagai prasarana ke arah itu.
  • Kerajaan menyediakan pendidikan berkualiti, membina prasarana sangat baik, menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan, melaksanakan pengurusan kewangan yang bijak, dan menguruskan serta mengukuhkan perpaduan di kalangan pelbagai kumpulan etnik.
SemerahCili!: Peluang dan Platform ini seharusnya diambil oleh golongan belia di negara ini dengan sebaik-baiknya!