Sabtu, 13 Ogos 2011

YANG BENAR KITA IKUT, YANG SALAH KITA SANGKAL!

LaraAnGan MenGaji DenGan Kuat di DalaM MasjiD pasti Ada HikmAh Yang BesaR..Kita SebaGAi Umat Islam Perlu PahaM dan Tahu TujuaN SebenaR RasulullaH meLaranGnya...

LaRangan menGaji menggUnakAn pembesaR suaRa hanYa MemBuatkan masyaRakat BuKan IslaM MenJauhkaN mereKa dari Islam itu SenDiri..Ruginya Kepada SiaPA?

TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.”- Berita Harian

Salam Ramdhan SEMERAHCILI!, ucapkan kepada semua…Isu berhubung Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid dilihat ada pro dan kontra di situ….

Pada pendapat SEMERAHCILI!, isu berkenaan tidak perlu dipolitikkan kerana ada kebenaran dan hadis sahih yang menyokong mengapa perbuatan berkenaan perlu diberi perhatian khusus kerana kebanyakkan masyarakat Melayu/Islam ketika ini seolah2 ‘besar kepala’ apabila membincangkan mengenai agama Islam, meskipun kesannya akan berbalik kepada Islam itu sendiri contohnya menimbulkan perasaan benci orang bukan Islam kepada Umat Islam kerana kekerasan Umat Islam yang kadangkala menggunaka Islam itu sendiri untuk menunjukkan kuasanya..akhirnya, kita tidak dapat menarik hati orang2 bukan Islam diluar sana…amat rugi kerana kita tidak dapat mengembangkan Islam ke serata dunia seperti saranan Rasullullah saw…

Dalam membaca al-Quran ada etika dan peraturannya. Dan di antara larangannya adalah membaca al-Quran dengan kadar intonasi yang agak kuat sehingga mengganggu para jamaah. Bahkan boleh juga mengganggu orang lain yang berada di luar masjid. Sama ada orang yang membacanya untuk menperdengarkan suaranya atau kaset rakaman bacaan Qari untuk dipasangkan.
Persoalan yang timbul adalah kenapa perkara ini boleh mengganggu jamaah di dalam masjid atau orang lain yang berada di luar masjid. Jika jamaah di dalam masjid, mereka akan hilang fokus dan khusyuk mereka ketika sedang menunaikan ibadah. Jika orang lain yang berada di luar masjid, aktiviti harian mereka boleh hilang fokus disebabkan suara yang agak kuat dan bising.

Oleh sebab itu, Nabi s.a.w pernah melarang orang yang menguatkan bacaan al-Quran di dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Ini dibuktikan di dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).”
Menurut kata-kata daripada Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h dalam mengulas hadis ini, beliau berkata:

Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Kebanyakkan orang Melayu kita ketika ini dilihat pantang dicabar atau ditegur terutamanya yang berkaitan Islam, padahal teguran yang baik perlu diterima dengan hati terbuka…Al-Quran dan As-Sunnah perlu diutamakan dahulu sebelum, semasa dan selepas kita menyatakan pendapat masing-masing….

SEMERAHCILI!, mengharapkan masayarakat Melayu ketika ini berubahlah demi perpaduan Islam…Larangan berkenaan seharusnya diteliti kerana ia dizahirkan dan ditegur oleh Rasulullah sendiri…pasti ada hikmahnya yang terbesar di situ…jangan terlalu bersikap prasangka yang buruk tetapi menggunakan kelebihan ini untuk menarik hati orang-orang Islam bahawa agama Islam ini sangat menghormati sesiapa pun tidak kira agama sekaligus, akan menarik mereka untuk mendalami Islam itu sendiri..Dimana ruginya kita???
Note:
Yang Benar akan Membatalkan yang batil…dibulan puasa yang penuh barakah ini bersama2lah kita muhasabah diri..dan mengharapkan Allah mengurniakan sesuatu yang baik untuk kita terutamanya masyarakay Melayu yang dilihat berpecah belah tanpa haluan ketika ini….Berilah Rahmat Kepada kami Ya Allah…Aminnn….