Isnin, 15 Ogos 2011

Ngaku janda, jual agama demi WANG!!!
BuaT PeRABIHHH DuiT GerEja Jeq PemPuan Neh Nak DUit BuKan Nak AGAMA MaNa2 Pun..

Seorang “Ibu tunggal” bernama Nur, 40, dari negeri Sembilan yang mengaku pd media tempoh hari ketika pemeriksaan JAIS di gereja DUMC mengaku kepada wartawan bahawa ada menerima dari gereja kerana tak dapat bantuan dari BaitulMal…Pasti Pembaca ingat lagi..pelbagai perspektif timbul..Baitulmal neh kejam lah…zalim lah..macam2lah..

Artikel ini disiarkan pada tarikh 7 Ogos, muka surat 6. Disebabkan pendedahan wanita yang giler duit neh BaitulMal dipandang negatif oleh masyarakat. Nur yang sebelum ini mengatakan bahawa dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal

Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya lagi. 

TETAPI JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK MAINS SANGAT BERBEZA!!! AYO..YO..KAKAK, JANGANLAH SAMPAI TAMAKKAN DUIT PASTU BUSUKKAN NAMA ORANG LAIN PLAK!!!

1. Pihak MAINS merakam rasa kesal dan amat dukacita diatas penyiaran berita yang tidak tepat, mengelirukan dan menemubual prasangka negatif masyarakat terhadap institusi pengurusan zakat di N.Sembilan dan di Malaysia amnya. 

2. Setelah siasatan dijalankan, pihak MAINS mendapati status Puan Nur sebagai ibu tunggal adalah tidak benar. Beliau mempunyai 4 orang anak dan suami yang bekerja tetap dengan gaji berjumlah RM 1,300 sebulan. 

3. Beliau dan suami pernah dibantu beberapa kali oleh Baitulmal N.Sembilan sejak 2006 sehingga kini. Tidak kurang dari 10,960.00 pelbagai jenis bantuan dalam bentuk tunai dan barangan makanan di salurkan. 

4. Beliau juga mendapat bantuan kanak-kanak (bulanan) sebanyak RM400.00 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat N.Sembilan sejak Januari 2011 dan suanminya turut bertanggungjawab menguruskan keprluan dan persekolahan anak-anak mereka. 

5. Pihak pengurusan MAINS sejak dari awal 2011 telah menasihatkan beliau agar tidak menerima bantuan gereja dan beliau insaf serta berjanji tidak akan menerima bantuan dari pihak berkenaan lagi. 

6. Siasatan juga mendapati selama ini bantuan berkenaan di beri atas dasar persahabatan beliau dengan rakan lama persekolahan yang bertugas di gereja berkenaan. Tiada bahan bacaan atau barang berkaitan agama Kristian yang di bekalkan kepada beliau atau suaminya untuk menukar agama atau murtad. 

7. MAINS juga mendapati Baitulmal N.Sembilan telah melayan semua permohonan dan menyalurkan bantuan kepada beliau secara profesional dan tidak timbul isu mencemuh, menghalau atau memarahi beliau secara keterlaluan. Baitulmal N.Sembilan melaksanakan inisiatif Indeks Kepuasan Pelanggan dan semua kaunter Baitulmal dirakam oleh kamera litar tertutup bagi memastikan tiada pelanggan yang tidak di layan dengan sewajarnya. 

8. Pihak MAINS berharap isu ini tidak dipanjangkan dan dipolemikkan sehingga menimbulkan ketegangan agama di kalangan masyarakat N.Sembilan dan Malaysia amnya. 

Sekian. 

Kamal Amran b. Kamarudin 
Setiausaha, Majlis Agama Islam N.Sembilan 
12 Ogos 2011 / 12 Ramadhan 1432

Note: 

OtaK masUk Air BIla 24 Jam InGat DuIt!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...