Rabu, 18 Januari 2012

#POLITIK# DR RANI TETAK KEPALA DR AHMAD SEBAB MARAH TAK DAPAT JAWATAN EXCO!~



ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasan Ali yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

Dr Ahmad Yunus yang juga pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengangkat sumpah sebagai exco di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi ini.

Ahmad menggantikan Hasan selepas beliau dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakan beliau yang merugikan parti itu.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa calon pilihan adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman tetapi menurut sumber beliau menolak pencalonan berkenaan.

Pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap Kebudayaan Melayu, Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Manakala jawatankuasa mengenai hal ehawal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam akan disandang oleh Abdul Khalid. sumber: malaysiakini.

Nota:
Orang lain yang membuat kerja2 mencantas...orang lain yang dapat pangkat..hebat2 Pakatan Haram neh..alamat ada yang kena parang tengkuk neh..hahaha

#POLITIK#ANWAR BERJAYA RAYU AZIZAH JANGAN BOCOR RAHSIA

Cian....Tangisan Sahaja Peneman Lara....

Kejayaan Anwar Ibrahim ‘merayu’ terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes liwatnya sehingga menyebabkan beliau telah terlepas dan dilepaskan terhadap tuduhan meliwat biarpun perbuatan itu dilakukan secara langsung.

Kesilapan teknikal DNA yang berjaya dirungkaikan oleh doktor yang dilantik PKR bagi mempersoalkan kewibawaan doktor yang memeriksa Saiful Bukhari telah menyebabkan Anwar Ibrahim terlepas biarpun perbuatan itu secara terang dilakukan.

Atas sebab itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa dalam sejarah kehakiman negara, Anwar Ibrahim boleh dianggap sebagai 'juara pertandingan membuat rayuan' terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan ke atasnya.

Sepanjang perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari, beberapa rayuan demi rayuan telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang itu bagi tujuan mempengaruhi keputusan.

Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

Tidak kurang juga mendesak agar hakim yang mengadili perbicaraannya itu ditukar dan digantikan dengan hakim yang baru. Apabila hakim yang sedia ada ini membuat keputusan dengan menyebelahinya, kini Anwar Ibrahim pula memujinya.

Andai sekiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah, nescaya beliau akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Dan, kini memandangkan Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah, apa yang menjadi persoalan ialah mengapa hak Saiful Bukhari untuk membuat rayuan dipertikaikan oleh pelbagai pihak.

''Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah? Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?

Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung al-Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambil kira?

Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan pembangkang bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapuk dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?

Itulah Anwar Ibrahim pelakkon yang bukan sahaja berjaya menjiwai watak sebaliknya melakonkan watak yang pernah dilakukannya dalam dunia sebenar. 

#POLITIK# ANWAR DAN MAHATHIR SALING BERTUMBUK

Bertumbuk pendapat bukan fizikal ok?

Anwar semakin GILA? mayb itu yg difikirkan oleh Tun kita...


Dalam Isu Kes Liwat,Akhir Nya Tun Mahathir Telah Menyatakan sesuatu di dalam Blog Beliau.Kes Ini Berkenaan Dengan Saiful Bukhari Yang Ingin Merayu Dalam kes ini.mari kita lihat 12 Perkara yang Tun Mahathir utarakan

1. Dalam sejarah kehakiman di Malaysia,Anwar menang pertandingan membuat “appeal” atau rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan kepadanya.

2. Selama empat tahun kita tidak dengar lain selain daripada appeal Anwar terhadap keputusan mahkamah berkenaan dirinya dalam kes Saiful.

3. Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah.Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah.Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

4. Setelah diputus yang hakim berkenaan boleh dengar rayuannya,ada lagi rayuan yang dikemukakan.

5. Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah,percayalah ia akan membuat appeal kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court).

6. Jika Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi,maka Anwar akan rayu kepada Federal Court.

7. Jika Federal Court mengesahkan keputusan oleh High Court dan Appeal Court,maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Special Court.

8. Tetapi apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tidak ada corroborating evidence,hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

9. Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

10. Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?

11. Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam, dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira?

12. Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan Pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapok dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?

#POLITIK# "MAT SABU & MUSTAFA ALI SEMBUNYI 100 JUTA"-Hassan Ali

Haha, tajuk mang macam gempak! Tp SM baca boleh percaya jangan huhu..

Dah namanya pun parasite, mestilah gelapkan duit..haha..tp ini kes yang berkaitan tp tak sama..layan…

Parasit? macam ada iras2 la gak..

Setelah sekian lama berusaha untuk memasuki PAS yang selama ini dikuasai kepimpinan kumpulan ulama, pada Muktamar PAS tahun 2011 memperlihatkan kekuasaan kumpulan profesional yang selama ini mengintai peluang untuk menakluki dan menguasai PAS.

Kekalahan beberapa pemimpin kumpulan ulama seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Dr Hassan Ali dan beberapa pemimpin ulama lagi telah membuka peluang dan ruang seluas-luasnya kepada kumpulan profesional untuk berkuasa sekaligus membawa hala tuju yang baru kepada PAS.

Kumpulan profesional ini mendapat sokongan secara terbuka daripada Anwar Ibrahim dan sekaligus mendapat tajaan daripada PKR. Anwar Ibrahim terpaksa menyusup masuk ke dalam PAS disebabkan populariti PKR sudah jatuh menjunam dan kebanyakan penyokong PAS merupakan ‘hardcore’ dan ini boleh dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim untuk meraih undi.

Menyentuh mengenai pemimpin parasit PAS yang merupakan penyokong kuat kepada fahaman yang dibawa Anwar Ibrahim telah meresapi PAS dan berjaya memesongkan perjuangan sebenar PAS seperti yang didakwa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Ia bukan satu rahsia malah usaha kumpulan itu untuk menguasai Pas telah lama dirancang termasuk ketika zaman kepimpinan Allahyarham Yusuf Rawa dan Allahyarham Datuk Fadzil Noor, namun gerakan itu berjaya disekat.

Nota;

Kalo jadik lintah pun baik gak...isap darah kotoQ....

#SOSIAL#IMEJ PONTIANAK DI MENARA CONDONG TELUK INTAN


Imej menyeramkan ni katanya dirakam oleh seorang peniaga di Menara Condong Teluk Intan dengan menggunakan handphone..

Menurut sumber, peniaga tu sendiri tak tau gambar yang dirakam tu ada imej horor lagi angker tersebut..

Gambar tu katanya diambil pada tengah malam kelmarin semasa peniaga tersebut mengemaskan gerainya selepas tamat waktu perniagaan di ekspo karnival jualan sempena Tahun Baru Cina..
Sekali tengok memang menyeramkan.., dua kali gua tengok, rasa kesian pulak dengan hantu pompuan tu.. Nampak kesunyian je kann..

Mesti dia tengah menunggu seseorang dibawah menara condong tersebut.. Mungkin tunggu chenta yang tak kesampaian agaknya...

Wohaa!!! Boleh buat skrip filem baru ni... David Teo taknak cilok idea gua ke? Bolehlah selit adegan ghairah pompuan berkemban dengan hero lelaki tunjuk bulu ketiak sewaktu bermukadimah zina..

Tak salah adegan-adegan macam tu beb.., asalkan ia bertujuan untuk memberi pengajaran pada penonton.. Tak percaya tanya Zul HandyBlack... Hahahahahaha....