Khamis, 26 April 2012

#POLITIK# BERSIH 3.0 ADALAH HARAM

HARAM. Apa yang dimaksudkan dengan haram? Haram bermaksud perkara-perkara yang dilarang oleh syarak dengan sebenar-benar larangan.Bagi yang melanggari apa yang diharamkan ini akan mendapat azab di akhirat.

PERHIMPUNAN BERSIH 3.0. apa plak kaitan dengan haram dan perhimpunan BERSIH 3.0 ini? Sila lihat di bawah>>>>>>

KUALA LUMPUR 25 April - Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.

“Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,’’ katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.


Apa lagi??? mahu fikir apa lagi? jangan sokong BERSIH 3.0..lepak kat umah lagi baik~~