Selasa, 26 Julai 2011


MENGAPA PEMBANGKANG TAKUT GUNA SISTEM BIOMETRIK?

Sistem Biometrik yang akan digunakan pakai tidak lama lagi sudah dikaji sepenuhnya











Dakwat jari kekal mampu dimanupulasi oleh pelbagai pihak kerana dakwatnya boleh dibeli di mana-mana terutamanya di Thailand





INFO BIOMETRIK
Biometrik merupakan kaedah untuk mengecam (recognize) individu berdasarkan ciri-ciri biologi (biological) dan tingkah laku (behavioral) individu tersebut.Ciri-ciri biologi dan tingkah laku individu seperti cap jari, tapak tangan,anak mata,suara,muka,pengecaman asid deoxyribonucleic (DNA),keystroke,tandatangan dan sebagainya telah digunakan untuk mengenal pasti individu sejak dahulu lagi.Di peringkat global,penggunaan teknologi biometrik telah meningkat terutamanya dalam bidang keselamatan dan forensik bagi tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti seseorang individu. Contohnya,semua lapangan terbang di Amerika Syarikat menggunakan sistem pengenalan biometrik yang mengandungi gambar serta cap jari pelawat-pelawat asing. Negara Jepun pula banyak menggunakan kaedah urat saraf (vein) bagi sistem kedatangan di pejabat atau syarikat dan sistem maklumat peribadi di institusi-institusi pendidikan serta kesihatan.

Pelbagai persoalan bermain di minda semerahcili ketika ini, nak tau sebab apa? Sebab heran dengan pihak pembangkang yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang disediakan oleh kerajaan ketika ini!
Dulu ketika pilihanraya 2008 sibuk menolak menggunakan dakwat kekal, sebab dakwat kekal ini tidak boleh di bawa ketika bersolat kerana dakwat kekal di jari ketika mengambil wudhuk…itulah..inilah…pastu kali ini sibuk pulak mahu menggunakan dakwat kekal dijari dan menolak mentah2 menggunakan sistem biometrik yang dicadangankan oleh kerajaan…apa ini? Cakap putar belit pula..kejap mahu ini..kejap mahu itu…tak tetap pendirian langsung!

Ketua Pembangkang sendiri mengakui kelebihan penggunaan biometrik tetapi sebaliknya mereka mempertikaikan kos penggunaan biometrik. Antara petikan daripada blog ketua pembangkang “Penggunaan Biometrik ini sebenarnya baik namun saya tak lihat ia praktikal untuk jangka masa pendek.SPR perlu betul-betul bersiap sedia kerana mereka memerlukan peralatan biometrik yang banyak memandangkan tempat mengundi yang banyak,” katanya. Hai sudah mengakui sendiri lepas tur sibuk membangkang lagi??? Inilah namanya PEMBANGKANG yang hanya tau membangkang meskipun satu2 perkara itu baik untuk kesejahteraan rakyat ketika ini.
Seharusnya puak2 pembangkang ini sedar yg kiter tidak semua perkara yang boleh mengikut kehendak mereka sahaja! Hanya mahu memuaskan hati mereka shj! Kerajaan bukan keldai mereka untuk memenuhi semua permintaan yang tidak munasabah! Tapi kerajaan perlu menimbang semua permintaan sesuai dengan keadaan dan memudahkan semua pihak terutamanya rakyat jelata!

Kejap dgn perhimpunan BERSIH yang menyusahkan ramai pihak! Kejap dgn permintaan yang tak masuk akal..apa neh??? Kepala otak masuk air ke per? Pembangkang..pembangkang…..macam2 hal…

nOTE:
Menyusahkan Orang.........