Khamis, 18 Ogos 2011

SLOGAN POLIS TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH ADAKAH BENAR DIREALISASIKAN?


Anggota Polis Trafiq secara tidak segan silu meminta duit RASUAH kepada pesalah trafiQ!

Salam SEMERAHCILI!, ucapkan kepada semua rakan2 bloger…slogan PDRM  yang kini berubah kepada Tegas, Adil dan Berhemah bagi mengantikan ‘Mesra, Cepat dan Betul’ sebelum ini adakah benar2 direalisasikan sepenuhnya..ataupun sekadar retorik semata2 dalam memperbaharui imej PDRM yang semakin tercalar deQ kerana pelbagai Kontroversi  sejak akhir2 ini ?

Video yang bertarikh, 08.07.2011/jam 8.56 A.M mungkin berlaku berhampiran sempadan singapura dan Malaysia..anggota polis trafiq tanpa segan silu meminta pesalah trafiq yang tidak mempunyai lessen memandu kereta duit ataupun rasuah bagi tidak menyaman pesalah berkenaan.


Amatlah memalukan kepada PDRM apatah selama ini sentiasa meningkatkan imej yang bersih kepada rakyat agar masyarakat sentiasa menghormati perundangan undang2 yang telah diwujudkan sejak Malaysia ini ditubuhkan lagi. Imej negara MALAYSIA tercemar teruk apabila perkara berkenaan melibatkan rakyat negara luar. Anggota polis trafiq berkenaan hanya mengadaikan kredibiliti sebagai anggota polis yang sepatutnya Tegas, Adil dan Berhemah dalam menjalankan tugas terutamanya kepada pesalah2 tarfiq yang sering tidak serik melakukan kesalahan.

Apakah tindakan yang dibuat oleh PDRM dalam memastikan setiap anggota tidak mengamalkan rasuah? Adakah tindakan ini hanya dibiarkan berlalu tanpa ada penjelasan permohonan maaf ataupun tindakan tata tertib kerana melakukan kesalahan berkenaan?


Adakah ini sikap yang biasa diamalkan oleh setiap anggota polis trafiq di dalam negara ini? Mohon pihak yang bertanggungjawab memberi penjelasan agar perkara ini tidak menjadi “barah dalam daging” di dalam PDRM dan menjadi ikutan setiap anggotanya seolah2 ia amalan yang biasa dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya ia dilakukan.

Note:
Kepada Yang Berkenaan siLa Ambil Perhatin Mengenai Isu Ini, sebeLum ia Menjadi lebih Parah akhirnya Merosakkan Segala Kebaikan dan terus mencalarkan Imej PDRM khusunya!



1 ulasan:

  1. tak sepatutnya macam ni...rasuah tu satu kesalahan besar...ish..ish..

    BalasPadam

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...