Selasa, 5 Julai 2011

Pisau, Parang Dan 15 Mercun Bola=BERSIH


  BERSIH ker??? Tepuk Dada Tanya Selera!

Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini, Betulker apa yang Semerahcili! baca ini..Ini ker namanya BERSIH?

BERSIH apa namanya if sampai bawak parang, pisau, bahan letupan lagi..ayooo..ayooo..ayooo...nie sudah lain neh!..niat yang tak bersih neh!....kepada pengikut2 bersih nie kena ingat 'jaga-jaga ada yang meghatiiiii!!!' hahaha....

Pengikut BERSIH neh if kalo da gian sgt nak berhimpun baek dengar jeq nasihat kerajaan, pergi berkumpul di stadium jeq....yang mana da beli tiket tur ke k.l, tak lah kempunan nak buat rally betui tidak?

BERSIH..BERSIH...BERSIH....rasa nak makan jagungla plak......EH! semerahcili! tak sokong erk..just nak makan jagung jer....


Jom Makan Jagung!sedap weh!!

Mengapa Perlu Rampas Pasport Anwar???

Kerajaan Disaran Merampas pasport DSAI drpd pergi ke luar negara dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia


NIBONG TEBAL 3 Julai - Kerajaan disaran merampas pasport Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada pergi ke luar negara dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Saranan itu disuarakan oleh saksi utama kes liwat ketua pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali yang mahu pergerakan Anwar disekat agar suara kecaman dan penghinaan terhadap negara tidak lagi didengar oleh masyarakat antarabangsa.

Ummi Hafilda turut mengulangi permintaan supaya Majlis Raja-Raja mempertimbangkan supaya menarik balik gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar ketika berkhidmat dalam kerajaan dahulu.

Katanya, Anwar tidak layak dipanggil Datuk Seri kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah bekas banduan, selain terbabit dalam pelbagai isu moral yang tidak selari dengan gelaran serta darjah kebesaran yang dimilikinya.

"Saya minta gelaran Datuk Seri beliau ditarik balik kerana saya tahu macam mana perancangan Anwar jika dia dapat merampas kerajaan, malah abang saya, Azmin (Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali) juga bersekongkol dengannya untuk menghapuskan sistem beraja.

"Saya juga rela kehilangan seorang abang yang menjadi darah daging saya daripada mengecewakan seluruh rakyat Malaysia sekiranya terus membiarkan Anwar berkuasa," katanya ketika berceramah pada program Jom Dengaq Ummi Hafilda di Sungai Acheh malam tadi.

Program yang diadakan sempena Juara Rakyat UMNO Bahagian Nibong Tebal itu turut dihadiri Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria.

Tambah Ummi Hafilda, pemimpin UMNO tidak perlu takut kepada Anwar kerana beliau ialah pemimpin yang kotor dengan rasuah serta salah laku seksual.

Beliau mendakwa mengetahui semua perilaku buruk Anwar menyebabkan pemimpin pembangkang itu tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

"Jadi orang Pulau Pinang kena yakin yang Anwar, Azmin dan Wan Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) akan ditalkinkan pada tahun ini sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Pulau Pinang akan kembali dirampas UMNO dan Barisan Nasional, jadi tak perlu gentar dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang hanya bersandiwara dengan imejnya serta menjadi pelakon terhebat dunia," katanya.-Utusan

Semerahcili!, Saranan ini perlu diambil dan diteliti dgn lebih dalam lg, ini kerana sekiranya besar DSAI membuat perkara berkenaan ia akan menjejaskan kredibiliti Negara yg kita sayangi di mata dunia...ia akan menimbulkan kesan yang buruk jika ia berterusan...oleh demikian, pihak yg bertanggungjawab perlu serius menetliti dan mencari kebenaran..jika terbukti benar, tindakan yg tegas perlu diambil!

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Kepada BERSIH

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin




Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”. Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara". — BERNAMA

Semerahcili!, adakah titah ini dipandang 'enteng' oleh pihak berkenaan??? semerahcili! merasakan semua ini sia-sia kerana mereka akan terus mengadakan perhimpunan haram berkenaan. Bukan itu sahaja, mereka akan menunjukkan kepada umum 'keras kepala' mereka..kita tunggu apa yang akan dikenakan kepada mereka selepas ini.....