Rabu, 11 September 2013

POLIS RAJA DIMALAYSIA???? RTM PUN NAK ROSAKKAN IMEJ PDRM?



Lihat betul-betul logo PDRM. Tertulis Polis Raja di Malaysia. Bagaimana imej logo polis ini boleh dikeluarkan? Tentunya sudah ada tangan-tangan yang mengedit logo tersebut. 

Walaupun RTM sudah memohon maaf melalui beritanya pada jam 12.00 malam, aku melihat ini merupakan sabotaj yang serius terhadap PDRM.

Umum tahu cubaan memburukkan imej PDRM telah lama dilakukan oleh pihak cacai Pakatan Ranjang. Kini dengan mempunyai kaki di RTM, maka lebih mudahlah puak cacai PR melakukan kerja mereka.


Kdg editor pon terlepas pandang...kdg2 main ambik jer sumber kat tenet tanpa semak dulu beb!

" POLIS RAJA DI MALAYSIA"





SYAMSUL YUSOF MERAJUK, XNAK MENGARAH FILEM LAGI...RILEKSSS BRO..

yusof 1
Insiden filem KL Gangster 2 yang dicetak rompak sebelum tayangan membuatkan pengarahnya, Syamsul Yusof berputus asa sehingga membuatkan dia ingin berhenti daripada bidang pengarahan.
Bapanya yang juga merupakan penerbit filem itu, Datuk Yusof Haslam berkata, perkara itu benar-benar membimbangkannya kerana beliau risau jika Syamsul nekad membuat keputusan itu.
“Emosi Syamsul masih terganggu sehinggakan dia cakap tak nak buat filem lagi. Dia benar-benar kecewa dengan apa yang dah berlaku.
“Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya dan takut jika dia benar-benar bermaksud begitu,” katanya.
Yusof ditemui pada majlis pratonton filem KL Gangster 2 di GSC One Utama di sini pada malam Isnin. Bagaimanapun Syamsul tidak menghadiri majlis tersebut.
Aloooo..Rileks la.....Lepas nie insyaallah filem akan meletop punya....percayalah...