Jumaat, 13 Januari 2012

#POLITIK# ANWAR SAYANG FARA AFIFA MACAM ANAK SENDIRI?


SM, tak terkejot tengok anak kucing neh sayang kepada binatang lain meskipun bukan anaknya…Sebab aper..Anuwar Ibrahim pun gitu..terlalu menyayangi Fara Afifah seperti ANAK SENDIRI…..Betoi tak…
 kucing buta1 Kisah touching Kucing Buta
Ni la anak kucing tu. CJ namanye
Jack adalah seekor kucing yang dilahirkan tanpa mata dan tidak boleh melihat. Walaubagaimanapun, kucing ni gigih untuk terus hidup. Baru-baru ini dia diperkenalkan dengan seekor anak kucing terbiar, C.J. namanya. Lantas Jack menjadikan anak kucing tersebut sebagai anaknya. Oh, jack ni kucing jantan ye tapi dah jadi macam mak pulak.

kucing buta2 Kisah touching Kucing Buta
Jack, melayan anak kucing tu macam anaknya sendiri

kucing buta3 Kisah touching Kucing Buta

C.J Belajar memanjat ditemani Jack

Jack bukan sahaja menjaga anak kucing tersebut malah membawa anak kucing tersebut menggunakan mulut, membersihkan badan anak kucing tu dan juga bermain dengannya.
Waa, ‘touching’ nya. kadang-kadang manusia pun belum tentu sanggup nak jaga anak orang lain. Renung-renungkan. =_=

Nota:
Mana Lebih Baik? Kucing nie ker atau Anuwar Ibrahim? kui..kui..kui

#AD-DIN# PERUNTUH MASJID BABRI AKHIRNYA MEMELUK ISLAM


Masjid Babri yang kini terbiar selepas serangan

Mereka sentiasa berusaha untuk memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak menyukainya.Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
(Al-Saff ayat 8 dan 9)

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu,Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Lokasi Masjid Babri di Ayodhya, India

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab ‘suci’ untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.

Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.
Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.

Mereka melaung-laungkan perkataan “Ram! Ram!” sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.



 

 Suasana tegang ketika Masjid Babri diserang

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.

Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas ‘kejahatan’ beliau terhadap Masjid Babri itu. 

Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.




Kuasa Allah
Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.

Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.

Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.

Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.

Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.

Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia ‘baru’ yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.

Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.

“Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.

“Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan,” ujarnya sayu.

#POLITIK# KAK JAT BERCUTI KEMANA?

Jika Dipihak Yang Benar Jangan Takot Kat Jat...

Keputusan Shahrizat Abdul Jalil mengambil cuti tiga minggu daripada tugas menteri bermula hari ini dilihat sebagai rancangan meredakan keadaan oleh Putrajaya buat Ketua Wanita Umno dan partinya ekoran penyelewengan dana kerajaan melalui syarikat penternakan yang dibiayai kerajaan, demikian menurut kenyataan satu sumber dalaman.

The Malaysian Insider difahamkan pentadbiran Najib merasakan itu adalah langkah terbaik dalam situasi sekarang walaupun sesetengah pihak beranggapan cutinya itu atas dasar rasa bersalah terhadap skandal projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Turut berkemungkinan tindakan akan diambil terhadap suami dan anak-anaknya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis selesai menjalankan siasatan terhadap projek bernilai RM250 juta yang memperolehi pinjaman mudah pada 2008.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan terdapat kecelaruan di dalam projek tersebut.
-berita Yang Tak Bley Percaya

Amboi lama benor kak jat kiter bercuti? Kemana wehhhh???? Jauh benor ke pergi bercutinya sampai 21 Hari…

Kalo pergi Oversea belikan ler SM ole..ole yer…jangan riso kak jat…Duit Ritu ada banyak lagi kan?kan?kan?
Hahu..gurO jer kak jat..jangan mareee erk….selamat bercuti…

Nota:
Kalo tak salah jangan Takot Kak Jat..Tak Yah Lari pergi Mana-Mana pun...rileks sudeyyy...

#POLITIK# PKR TERPAKSA TUKAR PLAN B, BILER ANUWAR TERLEPAS!~


Apa yang SM, dengar dari orang-orang terdekat dalam PKR…Anuwar Ibrahim dan pengikut2nya terpaksa mengubah plan..dari plan A..bertukar ke plan B!...nak buat macam mana plan sudah kena cantas deq kerana Anuwar terlepas kes khalwat huhu……………..

Kesian pun ada. Pelik pun ada. Agaknya memang PKR tak jangka Anwar dibebaskan oleh mahkamah. 14 Januari 2012 ini dijangka PR akan merasmikan manifesto PRU yang akan datang.

Kalau mengikutkan persediaan awal, 14 Januari ini akan digunakan sebagai MEDAN UTAMA merasmikan manifesto – yang terkandung beberapa perkara 
utama.

Tapi antara yang paling utama adalah – agenda BEBAS ANWAR 901. Semua dah siap. Logo dah siap. Gambar dah siap. Montage dah siap.

Sudahnya, banyak benda kena buat semula. Program yang awalnya menjadi medan – MENDEWAKAN Anwar sudah perlu ditukar kepada sesuatu yang lain. BERSIHKAN RAKYAT dijadikan agenda utama. Berbanding BEBAS ANWAR.

Nampaknya, banyak benda yang kena re-design. Apa nak buat. Kalau sebelum ini boleh maksimakan kes Anwar. Sekarang sudah kena tukar. Banyak juga belanja. Tapi tak apa. Bak kata Setiausaha Agung PKR, ‘nak buat macamana….kita agak lain; jadinya lain’.

Berdasarkan info rakan-rakan di HQ; manifesto baru tidak banyak beza. Cuma beberapa bab awal mengenai BEBAS ANWAR terpaksa diperbaik dan diperbetulkan.

Tuduhan bahawa HAKIM makan suap, Polis mengikut telunjuk PM, Jude Pereira adalah alat politik – sudah tidak boleh dipakai lagi.

Sebab itu, tema BERSIHKAN RAKYAT dijadikan tagline baru. Perkataan ‘BERSIH’ perlu ada bagi menumpang populariti program tersebut. Rakyat hanya penyedap sahaja.
Apa benda lain dalam manifesto? Tak lari banyak daripada Buku Jingga, kata rakan tersebut. - Gelagat Anwar

#SOSIAL# BERKAT AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN, SELAMATKAN WARDINA SEKELUARGA

Wardina dirompak
Wardina-pelakon, model dan pengacara membaca  ayat-ayat Al-Quran dan dengan izin Allah telah  menjadi penyelamat diri dan keluarganya apabila rumahnya di Bukit Utama 2 dekat sini, dipecah masuk tiga perompak bertopeng, awal pagi 12 Januari.
“Keluarga saya tak putus-putus membaca ayat suci al-Quran agar kami sekeluarga dilindungi oleh ALLAH dan tidak diapa-apakan oleh perompak.” “Sewaktu keluarga tidak henti-henti melafazkan kalimah suci al-Quran, perompak tersebut tidak tenang dan berkali-kali mengarahkan mereka berhenti melafazkannya,” tambah Wardina lagi.

Ini menunjukkan pembuat kejahatan dan kemungkaran menjadi takut dan gerun dengan Al Quran, itupun kalau ada iman dalam dada walaupun perompak.
Nasib baiklah Wardina dan keluarga dapat membaca dan melafazkan ayat Al Quran. Bagaimana kalau artis atau kita sendiri yang tak pernah mengambil tahu tentang Al Quran dan tak pun pernah mengingati. Tentu lagi leceh, takkan nak menyanyi…..
Apapun syukur, Wardina dan keluarga selamat. Moga kita semua dilindungi oleh Allah Setiap Saat..InsyaAllah..