Khamis, 24 November 2011

#POLITIK#NALLA SIMPAN SPERMA ANUWAR IBRAHIM!~

Ni apa kes pulak dengan Senator Datuk Nalakaruppan ni? Apa 'Butir' yang dia perlu serahkan berkaitan dengan Si Ketua Penipu tu? Meh baca sikit cerita dia dibawah ni:
Dua-dua Kaki Putar Alam!~

PUTRAJAYA 23 Nov. - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa Senator Datuk S. Nallakarupan hendaklah memberikan butir-butir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dakwaan ketua pembangkang itu menerima RM60 juta daripada beliau dan sebuah syarikat perjudian.

Panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Datuk K.N.Segara, Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Clement Allan Skinner sebulat suara menolak rayuan Nallakarupan terhadap perintah penolong pendaftar kanan Mahkamah Tinggi (SAR) bahawa beliau memberikan butir-butir yang diminta Anwar yang menyamannya (Nallakarupan) RM50 juta kerana memfitnah.

Hakim Segara juga memerintahkan Nallakarupan membayar kepada Anwar RM15,000 untuk kos perundangan.

Nallakarupan hendaklah menyediakan butir-butir dalam masa 14 hari dari hari ini.

Pada 28 Ogos 2009, SAR itu memerintahkan Nallakarupan memberikan butir-butir seperti yang diminta, iaitu siapa yang beri wang, bila dan di mana mereka diberikan.

Nallakarupan memfailkan rayuan kepada mahkamah rayuan selepas rayuan beliau ditolak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana pada 16 November 2009, mengekalkan perintah SAR. Beliau disaman oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai satu artikel bertajuk “Anwar terima RM60 juta” (Anwar received RM60 million) yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia dan akhbar harian bahasa Malaysia Sinar Harian pada Ogos 2008.

Anwar mendakwa bahawa Nallakarupan telah membuat dakwaan palsu dan memfitnah mengenai beliau ketika kempen pilihan raya negeri Permatang Pauh pada 23 Ogos 2008.

Bagaimanapun, dalam pembelaannya, Nallakarupan mendakwa bahawa asal dan biasa bermakna perkataan yang diperkatakan oleh beliau ialah Anwar menerima wang itu menerusi orang tengah.
Nallakarupan diwakili peguam S.Sivanesan sementara Anwar oleh R.Sivarasa. - Bernama

Memang sepatutnya, Si Nallakaruppan ni mendedahkan semua butiran yang dia ada berkaitan dengan Si Ketua Penipu tu.

Dia jugak yang kata sebelum ini yang dia akan membongkarkan segala rahsia Si Ketua Penipu tu kepada umu. Sekarang, tunggu apa lagi?

Apa gunanya kalau dia setakat bercakap nak dedahkan itu dan ini, tapi sampai hari ni, HABUK pun tarak. Sama jugak macam Si Ezam Mohd Noor tu.

Jangan sia - siakan kepercayaan rakyat. Kalau betul mereka ada bukti yang dapat mengaitkan Si Ketua Penipu tu dengan salah laku, tunjukkan kepada rakyat. Tak payah nak simpan - simpan. Biar rakyat tengok sendiri. Baru diorang tau siapa dia Si Ketua Penipu ni!!!

Nota:
Nalla..Nalla...

#LAWAK PAGI# PEMAIN LIVERPOOL, GERARD DIMALUKAN!~

Lawak pagi neh SM, Nak kongsi dengan lu org!~..haha..lawak siotttt!~~….

Kuang Ajaq BetOi!~...Buts Gerard tetap Cool!..