Selasa, 24 Mei 2011

MENGAPA PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO DIBENCI?


MENGAPA PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO DI BENCI OLEH SEGELINTIR RAKYAT? SILA NYATAKAN PANDANGAN ANDA....T.Q

Khabar Gembira Kpd pesakit Yg Memerlukan Rawatan Dialisis!

(Gambar Sekadar Hiasan)
  • Pusat Dialisis Tan Sri Muhyiddin yang akan beroperasi awal tahun depan, dijangka menjadi pusat dialisis pertama negara yang memberi rawatan secara percuma kepada pesakit kurang berkemam-puan yg beroperasi di Kuala Lumpur.
  • Presiden Yayasan Tan Sri Muhyiddin (TSM) Charity Golf, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, berkata pusat dialisis pertama akan dibina berhampiran Taman Titiwangsa dekat sini, dengan kos RM1.5 juta dan akan diikuti pusat sama di Putrajaya dan Pagoh, Johor dalam masa terdekat.
  • Megat Najmuddin berkata, pusat dialisis pertama itu akan dilengkapi kemudahan mesin rawatan canggih dan dijangka mampu memberi rawatan kepada 20 pesakit dalam satu masa
  • pihaknya akan mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti pesakit miskin yang memerlukan rawatan berkenaan.

    Semerah Cili!:  Moga Pesakit2 yg memerlukan rawatan dialisis di negara ini dpt mendapatkan khidmat di pusat ini seperti yg tlh dirancang!

Hikmah Tragedi Tanah Runtuh

 Di sebalik kesedihan kehilangan sepupu, rakan dan penjaga Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, Sabtu lalu, tragedi tanah runtuh itu rupa-rupanya ada hikmah tersendiri buat Muhd Aizad Qusyhairiry Abd Karim, 13, apabila dapat bertemu ibu kandungnya yang terpisah sejak 11 tahun lalu.

Nor Suzana yang tinggal di Jalan Klang Lama bersama suami barunya, pula berkata, ketika berpisah dengan dua anak serta bekas suaminya 11 tahun lalu, beliau sedang mengandung anak perempuan, Aerryssa Fadiana, yang kini berusia 11 tahun dan dalam jagaannya.

“Bukan saya tidak pernah cuba mencari dua anak saya itu. Sudah empat kali saya ke rumah bekas suami di Semenyih untuk berjumpa mereka, tetapi ketika itu tiada sesiapa di rumah,” katanya yang mendapat tahu Muhd Aizad Qusyhairiry terbabit dalam tragedi tanah runtuh itu selepas menonton Buletin Utama TV3.
Beliau berkata, hatinya berdebar-debar apabila melihat nama Muhd Aizad Qusyhairiry dipaparkan di televisyen antara mangsa terselamat.

“Jauh di sudut hati, saya yakin budak itu anak kandung saya yang berpisah sekian lama. Berikutan itu, saya bulatkan tekad datang ke hospital menemuinya dan melepaskan kerinduan yang terbuku 11 tahun lamanya.

SemeraH Cili: Kadangkala ALLAH hilangkan MENTARI...Kemudian DIA datangkan GURUH n HUJAN kita bersedih kerana kehilangan mentari itu, tetapi kemudiaanya Allah terbitkan pelangi yg indah....iaitu harapan&kegembiraan..sesungguhnya Allah maha mengetahui...